Sepanjang Jalan Di Sibu

@Facebook ~ "Tinta Dakwah Al Maranji"

~ Salam Persahabatan , Terima Kasih.

Wednesday, October 15, 2008

Mencari Tenang

Oleh isma daud

Malam ni semacam ada sesuatu yang mengganggu benak dan fikiran saya. Mungkin beban tugas yang saya pikul dua tiga hari ini di sebelah siangnyai. Maka saya cuba meluangkan sedikit masa dengan uzlah diri dan zikrullah agar ruang kosong ini dipenuhi dan terisi dengan perkara yang berfaedah. Agar terawat jiwa yang terasa. Mujurlah anak-anak dan isteri sudah masuk tidur awal malam ini.


Merenung

Hari ini ada banyak hal yang menggugah jiwa; hal-hal kecil saja tetapi berada di bawah tekanan kerja dan tanggungjawab menjadikan saya mudah terasa. Merenung kembali akan apa yang berlaku hari ini membuatkan saya insaf bahawa kita ini hanyalah hamba Allah yang lemah. Banyak yang tak diduga dan terjangka tetapi rahsia Allah siapalah yang tahu?

Dalam saya menjalankan tugas; tiba-tiba perasaan saya terganggu dengan anak yang kurang sihat, tenaga kerja dalam kumpulan saya juga call beritahu jatuh sakit, ada yang ada urusan lain tidak dapat hadir, orang yang berhubung dengan kita pula ada yang mengadu sakit; menyebabkan saya sedikit bercelaru dalam menjalankan tugas. Rasa tidak cukup tangan untuk menyiapkan sesuatu yang agak ada kesegeraannya. Ramai yang tidak sihat ni???

Ya Allah berikanlah Aku ketenangan. Permudahkanlah urusanku.

Esok masih ada tugas yang sedang menunggu.... Cabaran tetap baru atau berulang sesuatu yang sama tanpa cabaran baru... Hanya Allah SWT yang Maha Tahu.



Nota: Aku letakkan gambar Tuan Guru Nik Abdul Aziz kat sini kerana aku nampak betapa tampak ketenangan pada raut wajahnya biarpun setiap hari sibuk dengan tugasannya sebagai seorang pemimpin negeri dan masyarakat insan lainnya.

No comments:

Related Posts with Thumbnails