Sepanjang Jalan Di Sibu

@Facebook ~ "Tinta Dakwah Al Maranji"

~ Salam Persahabatan , Terima Kasih.

Friday, October 17, 2008

Dalam Lupa Ada Hikmah

Oleh isma daud


Saya benar-benar lupa. Lupa sungguh-sungguh.

Tuan Hj Jarman; imam 1 Masjid Darus Salam, Kg Jariah, menelifon saya pagi kelmarin minta jadi khatib Jumaat. Oleh kerana pada masa itu saya belum pasti tentang tugas yang saya pikul sempat selesai atau tidak, saya menolak permintaan imam untuk hadir. Alasannya saya bimbang tidak siap tugasan yang ada dan nak ke Jariah tu agak jauh dan mengambil masa untuk sampai ke sana. Lagi pun masuk waktu Jumaat agak awal sekitar jam 12:21 tengahari.


Tetiba pagi ni sekitar jam 10 pagi; Tuan Hj Siraj; Imam Masjid An-Nur menelifon saya mengingatkan jadual menjadi khatib di Masjid An-Nur yang dimaklumkan kepada saya sejak sebulan yang lalu. Saya benar-benar lupa akan kesanggupan saya tu. Terbayang saya wajah imam Masjid Babus Salam. Terfikir saya betapa hikmahnya saya menolak jemputan imam itu sedangkan saya benar-benar lupa pada komitmen saja yang telah dipersetujui terlebih dahulu.


Kalau saya bersetuju sudah tentu saya akan menyusahkan diri dan imam yang benar-benar berharap itu. Sudah tentu dia terpaksa mencari alternatif lain dalam masa yang singkat itu. Sudah tentu imam akan terkilan dengan saya yang tidak komited dengan janji. Bukan saya tidak mencatat tetapi dalam kesibukan mengurus satu tugasan rasmi ni saya menjadi sibuk dan terlupa kepada janji. Terlupa nak lihat diari. Terkilan itu lebih besar jika dia dapat tahu saya kena pergi ke Masjid An-Nur tidak ke Masjid Babus Salam.

Yalah malam tadi, Ustaz Ishak daripada JAIS minta saya hadir kerumahnya untuk menjadi saksi kepada sebuah perkahwinan. Orang nak kahwin kenalah kita tolong dan permudahkan. Kalau jadi apa-apakan kita juga yang turut bertanggungjawab kerana tidak membantu perkahwinan mereka. Majlis itu berlangsung secara sederhana dan ringkas; cuma dihadiri oleh keluarga terdekat sahaja.

Nasib baiklah saya hari ini dapat menyiapkan kerja rasmi sekitar jam 11.00 pagi. Saya memberi kesanggupan untuk berkhutbah di Masjid An-Nur. Saya bukan memilih masjid tetapi akur dengan janji yang telah dipersetujui.

Saya bersyukur kehadrat Allah SWT kerana mempermudah urusan saya disaat saya lupa. Dia menyusun buat saya. Dalam lupa ada hikmahnya.

No comments:

Related Posts with Thumbnails