Sepanjang Jalan Di Sibu

@Facebook ~ "Tinta Dakwah Al Maranji"

~ Salam Persahabatan , Terima Kasih.

Saturday, October 18, 2008

Berkenalan Pertanian Menggunakan Sistem Fertigasi

Menonton Buletin Utama TV3 yang mendedahkan kejayaan beberapa usahawan Melayu dalam bidang pertanian menggunakan sistem Fertigasi; mendorong saya untuk mengenali pertanian jenis ini.

PENANAMAN FERTIGASI

Fertigasi berasal dari dua perkataan Inggeris iaitu fertilization dan irrigation . Sistem Fertigasi adalah salah satu daripada cabang hidroponik yang antara lainnya ialah seperti Sistem Titis Mikro , Hidroponik Aliran Dalam , Hidroponik Aliran Cetek , Hidroponik statik , Aeroponik dan Pemercik Mikro .

Sistem Fertigasi sangat sesuai bagi tanaman sayur berbuah dan berdaun seperti tomato , timun jepun , cili merah , terung , melon, cili sayur , strawberi dan juga pokok hiasan . Ringkasnya , sistem tanaman ini adalah sangat sesuai untuk tanaman yang bernilai tinggi di pasaran .

Tanaman Sistem Fertigasi bertujuan untuk mengelakkan serangan penyakit akar yang disebabkan oleh serangga kulat seperti pythium ,fusarium,rhizoton dan juga penyakit layu bacteria yang berpunca daripada tanah .




Kelebihan Sistem Fertigasi antara lain ialah pokok diberi baja dengan sukatan dan masa yang ditetapkan tanpa pembaziran . Baja terus diberi kepada zon akar supaya mudah diserap oleh pokok .

Dalam Sistem Fertigasi beberapa peralatan digunakan bagi tujuan mengawal serangga perosak dan merumput dengan membuat Rumah Lindungan Hujan dan juga jaring kalis serangga . Kaedah ini menyebabkan tenaga buruh dapat dijimatkan . Sistem ini juga tidak menggunakan tanah dan tidak memerlukan penggunaan tanah yang luas .

Beberapa media digunakan bagi tujuan menggantikan fungsi tanah seperti cocopeat ,sekam padi , rootwool , perlite , zeolite dan juga vermiculate dalam kaedah tanaman fertigasi . Cocopeat dan sekam padi digunakan secara meluas kerana harganya murah , ringan, berkualiti dan mudah digunakan .

Peralatan atau kompenen yang diperlukan dalam sistem fertigasi adalah seperti tangki , tong stok nutrient , pam , paip poly atau pvc . Dripper , mini tubing , tubing , timer dan peralatan kawalan air dan baja . Dalam sistem fertigasi , air baja diberi mengikut masa iaitu antara 3 - 6 kali sehari selama 5 - 10 minit . Ini bergantung kepada cuaca dan juga kawasan tanaman .

Pembinaan sistem fertigasi mengikut pakej pasang siap GM PELADANG ialah berjumlah RM30 ,000 untuk keluasan 600 kaki persegi . Hasil pengeluarannya boleh mencapai empat hingga enam kali ganda dari tanaman di atas kawasan terbuka . Pulangan modal dalam sistem tanaman ini mengambil masa 3 - 4 tahun .

Kelebihan Fertigasi berbanding dengan tanaman cara konvensional ialah hasil pengeluaran lebih berganda pada mutu yang berkualiti dan bersih .




Sumber: Institut Pertanian Sabah
- http://www.sabah.gov.my/tani/ips/FERTIGASI.htm


Sumber-Sumber Lain Boleh Dirujuk;

GM Peladang - http://www.gmpeladang.com.my/fertigasi.htm

Cara Design Sistem Fertigasi - eSnips, share anything - http://www.esnips.com/doc/432b7de6-32be-4fc6-b4ac-7dc12f3d7480/Cara-Design-Sistem-Fertigasi

Kejayaan Yang Diraih Melalui Kaedah Pertanian ini;

Tanaman Sayuran Secara Fertigasi Membawa Kejayaan Kepada Tuan Haji Jamaludin bin Lawani, merupakan ahli PPK Cameron Highlands penyandang Peladang Jaya Lelaki Tahun 1995, telah lebih 17 tahun mengusahakan projek tanaman sayuran pelbagai secara konvensional dan fertigasi. Tanaman sayuran yang diusahakan secara konvensional di Sungai Palas di atas kawasan seluas 15 ekar meliputi sayuran campuran seperti kobis, kacang buncis, kamcham, sawi putih dan sawi jepun.

Bagi sayuran jenis berdaun, secara purata beliau memperolehi hasil antara 10 hingga 15 tan/ekar dan sayuran jenis berbuah hasil pengeluaran mencapai sehingga 25 tan/ekar setiap pusingan. Dalam tempoh setahun beliau berupaya mengusahakan tanaman sayuran
pelbagai jenis sehingga 6 pusingan. Beliau memasarkan hasil pengeluaran secara jualan sendiri di Ipoh, Pulau Pinang dan juga Kuala Lumpur. Manakala jualan secara borong dengan harga RM1.80/kg adalah kepada pengeksport yang akan memasarkan hasil-hasil tersebut ke Singapura.

Secara keseluruhan segala usaha beliau dalam pertanian komersial ini memberikan hasil keluaran bulanan sebanyak RM200,000 dengan pendapatan bersih sekitar RM40,000 sebulan.

Baca lebih lanjut; [PDF] Tanaman Sayuran Secara Fertigasi Membawa Kejayaan Kepada Usahawan Peladang Tuan Haji Jamaludin Bin LawaniFile Format: PDF/Adobe Acrobat - View as HTML

No comments:

Related Posts with Thumbnails