Friday, October 31, 2008

Suami Nusyuz : Bagaimana Menanganinya?

Oleh isma daud


Artikel ini pernah saya siarkan di blog saya : http://catatanismadaud.blogpot.com/. Tapi bila seorang hamba Allah mengemukakan semula tentang suami nusyuz . Saya siarkan dengan sedikit edit untuk kesesuaian.


Persoalan nusyuz biasanya hanya dirujuk kepada isteri sahaja. Jarang ada perbincangan mengenai" Suami Nusyuz". Atas nama perkongsian ilmu, elok rasanya saya berkongsi di dalam blog ini agar ianya memberi manfaat kepada khalayak semua, insya Allah.

____________________________________________

Isu dirujuk : Hubungan suami isteri hanya sekali - Isteri ++++

++++(isteri) menyatakan, usia perkahwinan mereka ialah selama 20 hari iaitu mulai hari pernikahan pada 28 Disember tahun lalu sehingga ++++ (suami) meninggalkan rumah.

++++(isteri) juga menyatakan, beliau tahu defendan tidak mendirikan solat dan tidak berpuasa sebelum mereka menjadi suami isteri memandangkan pernikahan mereka dilangsungkan selepas bulan Ramadan tahun lalu.



*** Berita ini sudah lama dan tidak bertujuan membesarkannya. Sekadar menjadi bahan perbincangan kerana ianya pernah menjadi paparan media secara meluas satu ketika dahulu. Sila rujuk> DarulBayan

________________________________________



Apa itu Nusyuz? Nusyuz itu derhaka. Biasanya isterilah difokoskan dengan Nusyuz. Iaitu tidak mentaati suaminya sebagaimana yang diwajibkan oleh Allah SWT. Allah SWT menjelaskan dalam firmanNya yang bermaksud: " Dan perempuan-perempuan yang kamu bimbang melakukan derhaka". - Surah An-Nisaa': Ayat 33.

Nusyuz adalah haram disisi syarak dan ianya salah satu daripada dosa besar. Sabda Rasulullah saw: "Jika seseorang lelaki mengajak isterinya ke tempat tidur, isterinya tidak datang dan suami tidur dalam keadaan marah, malaikat akan melaknat isteri tersebut sehingga subuh". Hadis riwayat Bukhari dan Muslim daripada Abu Hurairah r.h.

Bagaimana nusyuz itu berlaku? Ianya berlaku jika isteri tidak mentaati suami serta engkar terhadap suaminya. Contohnya: Keluar rumah tanpa izin suami tanpa sebab munasabah, tidak mengendahkan panggilan suami atau juga menolak ajakan suami untuk bersama sebagaimana yang dinyatakan oleh Rasulullah saw di dalam hadis di atas.

Bagaimana pula dikatakan "suami nusyuz"? Jika suami berlaku zalim seperti tidak menunaikan hak isteri seperti nafkah zahir atau batin, bercakap kasar dan biadab terhadap isteri. Begitu juga; kalau sumi berkahwin lebih daripada satu; dia tidak menggilirkan malam di kalangan isterinya secara adil. Gagal melaksanakan perintah syariat dan tidak mampu membimbing isteri dan anak-anak untuk melaksanakan perintah asas agama seperti solat, puasa yang ditakrifkan sebagai " maklumun minaddin biddharurah"

Jika suami Nusyuz; Apa patut isteri lakukan?

Pertama: Isteri patut ingatkan suami tentang amanah yang telah diterimanya sebaik akad nikah dilafazkan. Si suami wajib berlaku baik dan bergaul dengan isterinya secara makruf. Si isteri wajar menasihati suaminya agar ingat akan tanggungjawabnya yang akan disoal di akhirat nanti. Mengabaikan tanggungjawab adalah dosa besar kerana bercangah dengan firman Allah SWT: "Dan bergaullah kamu dengan mereka (isteri-isteri kamu dengan cara yang baik. Dan kemudian jika kamu berasa benci terhadap mereka janganlah terburu-buru kamu menceraikan mereka.; kerana boleh jadi apa yang kamu benci sedangkan Allah mahu jadikan apa yang kamu benci itu kebajikan yang banyak kepada kamu." - Surah An-Nisaa'; ayat 19. Sementara itu Rasulullah SAW bersabda: "Maka berwasiatlah supaya kamu berbuat baik dengan isteri-isterimu" -Hadis riwayat Al-Bukhari daripada Abu Hurairah.

Walaubagaimana pun isteri mestilah tidak berputus asa memberi nasihat dan berdoa kehadrat Allah SWT agar suaminya suatu hari akan diberi hidayah dan berubah sikap. Pada masa yang sama si isteri hendaklah terus menunjukkan kesetiaan dan ketaatan buat suami. Mudah-mudahan si suami sedar akan kesilapannya dan berubah menjadi bertanggungjawab.

Kedua: Isteri mestilah melantik Qadi atau hakim. Di Malaysia tempat merujuk segala persoalan rumahtangga ialah Jabatan Agama Islam atau Mahkamah Syariah. Pihak berwajib ini berkuasa memanggil kedua-dua pasangan untuk berbincang atau mendapat khidmat kaunseling keluarga untuk menyelesaikan segala masalah.

Sebenarnya ada baiknya pasangan suami isteri ini merujuk kepada ibubapa dan mereka yang boleh dipercayai dan mampu berlaku adil untuk merungkai dan membuka jalan penyelesaian masalah yang dihadapi. Jika sudah dibawa ke Mahkamah masalah ini sudah menjadi parah dan agak sukar untuk dipulihkan. Biasanya perceraianlah yang berlaku.

Saya teringat kepada kes yang dipaparkan dibawah ni untuk renungan bersama. Kegagalan suami melaksanakan tanggungjawab kepada Allah SWT dan isteri-isteri yang menyebabkan mereka menuntut cerai dan fasakh di Mahkamah Syariah.

___________________________________________

Isu dirujuk : Cerai dua isteri dalam tiga minit (Sila Klik)
*** Berita ini sudah lama dan tidak bertujuan membesarkannya. Sekadar menjadi bahan perbincangan kerana ianya pernah menjadi paparan media secara meluas satu ketika dahulu.

++++(suami) yang tidak diwakili peguam, sebelum itu meminta mahkamah membenarkan perbicaraan tuntutan fasakh difailkan oleh kedua-dua isterinya dijalankan serentak dan kemudian meminta mahkamah membenarkan tuntutan itu ditukar kepada permohonan perceraian. Katanya, tindakan itu diambil bagi memudahkan semua pihak tanpa perlu berulang kali hadir ke mahkamah bagi perbicaraan tuntutan fasakh.

Dalam tuntutan fasakh, ++++(isteri1) yang berkahwin dengan ++++(suami) pada 1995 dan mempunyai dua anak berusia enam dan 10 tahun, mendakwa defendan tidak memberi nafkah zahir lebih enam bulan, tiada persefahaman, tidak bertanggungjawab sebagai ketua keluarga serta gagal menunaikan tuntutan syarak, iaitu solat dan puasa.

++++(isteri2) yang tinggal di rumah bersebelahan dengan madunya dan mempunyai empat anak berusia antara sembilan dan 22 tahun, pula mendakwa defendan sudah 11 bulan tidak balik ke rumah, tidak memberi nafkah, tidak menunaikan tuntutan syarak dan sudah tidak ada persefahaman.

__________________________________________


Di sudut peruntukkan syarak; jika suami nusyuz; hakim atau qadi boleh melantik dua orang perantara untuk menjadi orang tengah atau mahkamah boleh menceraikan mereka jika jalan penyelesaian sudah buntu.

Allah SWT berfirman, maksudnya: "Dan jika seorang perempuan bimbang (akan timbul) nusyuz daripada suaminya, atau tidak melayaninya, maka tiadalah salah bagi mereka (suami-isteri) membuat perdamaian di antara mereka berdua (secara yang baik) kerana perdamaian itu lebih baik bagi mereka daripada bercerai-berai." - Surah An-Nisaa': Ayat 127.

Mudah-mudahan, bermanfaat. Insya Allah.

Bulan Haji Datang Lagi

Oleh isma daud

Dalam duduk berborak-borak menunggu para jamaah lain datang untuk sama-sama berjamaah menunaikan solat isyak semalam; tiba-tiba ada yang bertanya tentang seorang kawan yang kami panggilnya "Syawal". Kebetulan dia tiada dalam majlis kami. Secara berseloroh seorang dari kami berkata; "Syawal tiada, Zul Kaedah ada." Gurauannya itu disambut dengan ketawa oleh semua kami yang ada di situ.

Ya, masa begitu cepat berlalu. Bulan Syawal yang kita sambut baru saja pergi. Datang pula bulan Zul Kaedah di antara bulan-bulan Haji. Bulan Syawal, Zul Kaedah dan Zulhijjah adalah merupakan bulan-bulan haji.

Sejak dua-tiga malam yang lalu sudah ada majlis wida' dengan para tetamu Allah yang akan mengerjakan ibadah haji pada tahun ini. Alangkah bertuahnya mereka kerana tahun ini giliran mereka pula menjadi tetamu Allah SWT, tetamu ke Tanah Suci Makkah, tetamu ke Madinah Al-Munawwarah bagi menyempurnakan ziarah dan rukun Islam yang ke 5 kepada sesiapa yang berkuasa dari segi harta-benda atau perbelanjaan, kesihatan tubuh-badan, kelapangan masa dan keselamatan diri dalam perjalanan.

Bagi yang tidak ada kemampuan semoga Allah SWT mencukupkan kemampuan itu buat mereka pada masa akan datang. Semua orang Islam mesti memasang niat untuk mengerjakan ibadah Haji dan bila sudah berkemampuan janganlah beralasan lagi untuk menangguhkannya dek kerana kedekut dan sayangkan harta benda. Padahal untuk ke tempat lain bukan main lagi kesungguhan mereka tanpa ada rasa sayangkan harta atau perasaan kedekut. Bahkan sanggup berhabisan bila berbelanja. Bila disebut pasal haji cepat-cepat mereka kata "Belum sampai seru lagi..."

Harta benda itu amanah daripada Allah SWT, Umur dan masa juga amanah daripada Allah SWT.Kesihatan tubuh-badan pun amanah daripada Allah SWT. Apabla cukup syarat-syarat kemampuan mengerjakan haji mengapa perlu bertangguh lagi. Komitmen lain memang tidak pernah habis. Bimbang jika kita bertangguh tanpa sebab munasabah; tiba-tiba nikmat harta dan masa serta kesihatan ditarik balik oleh Allah SWT nanti masa itu baru berfikir untuk mengerjakan ibadah haji bukankah sudah terlambat. Ingatlah amaran Rasulullah SAW bahawa orang yang mati tanpa niat untuk mengerjakan haji sedangkan dia berkemampuan maka matinya mati seorang yahudi atau mati seorang majusi.

Saudaraku.... Ibadah haji antara ibadah yang boleh ditakjilkan (dilengahkan) dengan sebab-sebab yang munasabah tetapi alangkah baiknya kita bersegera dalam perkara ibadah yang mana kita sudah ada kemampuan dalam melaksanakannya. Marilah kita bertanya kepada sifat taqwa yang ada dalam diri kita. Melaksanakan ibadah haji ini juga merupakan jihad masa, tubuh-badan dan harta. Kesanggupan kita itu menzahirkan hakikat Iman dan Taqwa dalam jiwa kita.

Kepada tetamu Allah SWT pada tahun ini ; semoga Haji Mabrur jua milik tuan/puan...

Semoga selamat dalam perjalanan jihad ini...

Labbaikallahumma Labbaik... Labbaika la Syariika lak....
Hambamu datang menyahut panggilanmu, Ya Allah, Hambamu datang menyahut panggilanmu Hambamu datang menyahut panggilanmu, Tidak ada sekutu bagimu...

Perjalanan masih jauh

Oleh isma daud

Dua tiga hari ini saya sibuk kembali mengurus Kem Pemantapan solat dan sahsiah pelajar 2 SMK Rosli Dhoby.

Melihatkan kesungguhan anak-anak didik saya yang bukan dari sekolah agama tetapi ada kesedaran beragama, jiwa kecil saya tersentuh. Di tengah-tengah Bandar Sibu yang kian membangun dan keadaan umat Islam yang terhimpit dalam banyak keadaan, masih ada ruang untuk saya dan teman-teman yang ada kesedaran untuk melihat generasi ini akan terus terdidik dengan wadah dan acuan keislaman. Harapan saya agar anak-anak awal remaja ini akan ada kesedaran tersendiri di suatu hari nanti untuk berjuang bagi meneruskan kesinambungan gerak kerja ini. Mudah-mudahan Bandar Sibu ini tidak ketandusan Para Daie pada jalan Allah SWT. Namun janij Allah itu tidak akan hadir segera dan tidak datang secepat kilat. sudah pastilah banyak usaha lagi yang perlu dilakukan oleh umat Islam yang cintakan Islam ini. Namun kita tidak harus bahkan tidak boleh sama sekali untuk berputus asa.

Kepada mereka yang gigih berjuang pada jalan Allah WT, saya titipkan ayat ini agar kita semua sentasa gigih dan tidak cepat berpuas hati dengan apa yang ada. Sesungguhnya perjalanan perjuangan itu mash jauh....


" ولو كَانَ عَرَضًا قَرِيبًا وَسَفَرًا قَاصِدًا لاَّتَّبَعُوكَ وَلَكِن بَعُدَتْ عَلَيْهِمُ الشُّقَّةُ "

Kalaulah Islam itu sebagai mata benda yang sudah nampak hasilnya dan perjalanan yang sudah hampir sampa destinasinya nescaya engkau (Wahai Muhammad) dapati ramai yang akan mengikutmu; akan tetapi ianya sebuah perjalanan yang masih jauh dan banyak pula kesukarannya- surah ay-taubah/42



Buat teman-temanku ; teruskan perjuanganmu.....

Wednesday, October 29, 2008

Pelajar Perempuan Tendang Guru Disingkir

KANGAR 28 Okt. — Seorang pelajar perempuan yang bertindak ganas dengan menendang seorang guru wanita di Sekolah Menengah Kebangsaan Perlis dekat sini baru-baru ini disingkir daripada sekolah itu berkuatkuasa hari ini.

Pengarah Pelajaran Perlis Mansor Lat ketika dihubungi Bernama hari ini berkata keputusan menyingkirkan pelajar tingkatan dua itu diputuskan Jawatankuasa Disiplin sekoleh itu namun beliau tidak menyatakan bila keputusan itu dibuat.

Sebelum ini, pelajar berusia 14 tahun itu yang menendang guru sivik, Azhana Ibrahim, 27, di dalam bilik darjah sekolah itu pada 16 Okt lalu telah digantung persekolahannya selama seminggu untuk siasatan.

Bagaimanapun setelah siasatan selesai, jawatankuasa itu memutuskan pelajar itu disingkir daripada sekolah yang sebahagian besar pelajarnya berketurunan Cina.

Bagaimanapun, Mansor berkata pelajar itu tetap diberi peluang mengemukakan rayuan kepada Jabatan Pelajaran Perlis untuk membolehkannya dipertimbangkan menyambung persekolahan di sekolah-sekolah lain.

Pelajar itu dilaporkan bertindak ganas setelah guru itu meminta penjelasan daripadanya mengenai tulisan “gila babi” yang ditulis dalam satu tugasan yang diarahkan guru itu.

Mengenai kes pergaduhan sekumpulan 16 pelajar sekolah yang sama pada 20 Okt lalu, beliau berkata empat daripada mereka yang terbabit telah dikenakan hukuman disingkir daripada sekolah berkuatkuasa hari ini manakala selebihnya digantung persekolahan serta diberi surat amaran keras.

Pergaduhan itu dikatakan berpunca daripada salah faham sebelum berlaku pergaduhan yang terpaksa dileraikan dengan kehadiran anggota-anggota polis.

Mansor berkata tindakan ini merupakan satu tindakan yang setimpal dengan kesalahan yang dilakukan dan berharap ia menjadi satu pengajaran terhadap pelajar-pelajar ini.

Sementara itu, pada 31 Okt ini, Raja Muda Perlis Tuanku Syed Faizuddin Putra akan berangkat ke Sekolah Menengah Kebangsaan Perlis bagi merasmikan Kelab Rukun Negara yang diwujudkan untuk menyatupadukan serta mengharmonikan para pelajar berbilang bangsa di sekolah itu.

“Saya harap kelab itu akan dapat mengawal insiden seperti itu daripada berulang lagi dan segala tindakan yang diambil sebelum ini diharap mampu memberi pengajaran kepada para pelajar lain,” kata Mansor.


— BERNAMA

Tuesday, October 28, 2008

Beberapa kemusykilan Berkaitan Aqiqah Dan Korban

Assalamualaikum, menjelangnya musim ibadah korban ini saya kongsikan beberapa e-mel yang dihantarkan kepada saya. Mudah-mudahan bermanfaat kepada orang lain juga.

Assalamualaikum!
Kepada ustaz, minta pertolongan sedikit. Saya bercadang hendak membuat akikah untuk anak saya. Masalahnya saya kurang pasti tentang bilangan sembelihan yang perlu (kambing/lembu).


Doc Controller

Design & QAQC Dept (Design)


Jawapan:

Wa Alaikumussalam.

Aqiqah adalah ibadat menandakan kesyukuran mendapat cahaya mata atau anak. Untuk melakukan aqiqah sama syarat binatangnya dengan korban. Hukumnya sunat muakkad kecuali jika bernazar ianya menjadi wajib.


Antara syarat sah akikah ialah

1. menyembelih binatang "an'aam" dengan berniat akikah ketika menyembelih
2. binatang halal seperti kambing. lembu, kerbau, biri-biri, kibasy dan unta.
3. binatang tidak cacat seperti syarat kurban
4. binatang sudah cukup umur
5. sembelihan menepati syarat sembelihan


Seekor kambing boleh dilakukan untuk seorang bayi atau anak. Afdhalnya anak lelaki disembelih dua ekor kambing. Umur kambing itu berusia 2 tahun atau sudah cukup umur spt bersalin gigi.
Bagi seekor lembu pula; dapat di bahagi 7 bahagian. Jika anak lelaki ambil 2/7 bahagian jika tidak mampu cukup satu bahagian seperti anak perempuan (1/7). Ibadah akikah boleh dilakukan dengan menumpang lembu yang dibuat kurban dan boleh dikongsikan dengan orang lain bagi mencukupkan 7 bahagian itu. Umur lembu juga cukup 2 tahun atau bersalin gigi.

Antara amalan sunat ketika melakukan aqiqah ialah;

1. BERDOA KETIKA HENDAK MENYEMBELIH
2. MENYEMBELIH KETIKA MATAHARI SEDANG NAIK
3. DAGING DIMASAK MANIS DAN DIBUAT JAMUAN
4. TIDAK MEMATAH-MATAHKAN TULANG-TULANG BINATANG AQIQAH
5. MENCUKUR RAMBUT BAYI SELEPAS PENYEMBELIHAN BINATANG AQIQAH
6. DILAKUKAN AQIQAH PADA HARI KE 7SELEPAS KELAHIRAN. DAH BESAR PUN TAK APA.
7. MENAMAKAN ANAK DENGAN NAMA YANG BAIK


Wasalam.




Assalamualaikum....
Saya ade kemuskilan tentang Akikah.Pernah ade orang berkate akikah ade 2 bahagian salah satunye memotong rambut bayi br lahir dan ditimbang dengan berat nilai emas,dan kemudian sedekahkn kepada fakir miskin duit yang ditimbang yang beratnya sama nilai ngan emas tersebut.
Klo dah buat yang salah satunye,xpayah la sembelih seekor kambing
Ingin tahu
marina

Jawapan;

Wa Alaikumussalam. Terima kasih kerana sudi bertanya.

Untuk penjelasan kepada Puan Marina bahawa ada sedikit kekeliruan dalam pemahaman tersebut.

Pertama: Tidak ada pemecahan dalam akikah sebegitu. Ya, perkataan A'qqa bermaksud potong atau derhaka. Perkataan aqiqah digunakan bagi makna rambut yang berada atas kepala bayi sewaktu dilahirkan. Dinamakan demikian kerana ia dicukur dan dipotong. Sementara maksud derhaka kerana dia tidak boleh memberi syafaat kepada kedua ibubapanya jika tidak disembelihkan aqiqah untuknya.

Manakala Aqiqah pada syarak bermaksud: haiwan yang disembelih untuk bayi sewaktu mencukur rambutnya.

Hukum melakukan adalah sunat muakkad, ia dilakukan pada hari ketujuh dan diberi nama bayi tersebut. Tujuan melakukan akikah adalah semata-mata melahirkan kesyukuran dan memulakan kehidupan bayi kita dengan usaha kebajikan. Awal-awal lagi kita memberi signal kepada anak kita agar nanti dia menjadi anak yang taat, bersikap pemurah dan bersyukur.moga lahirlah zuriat yang soleh dan solehah beserta tubuh-badan yang sihat, tegap bila besar nanti. Sabda Rasulullah saw: "Bayi itu ditebus oleh aqiqahnya, disembelihkan ia pada hari ketujuh, hari itu diberikan nama dan dicukurkan kepalanya". Maksud ditebus oleh aqiqah ialah pembesarannya nanti dalam keadaan baik dan sempurna serta tegap tulang-tulangnya. Sebab itu disunatkan tidak dipatah atau dipecahkan tulang binatang aqiqah tersebut dan dimasak manis-manis dagingnya.

Kedua: 2 bahagian pada lembu atau 2 ekor kambing itu adalah jumlah binatang atau bahagian binatang untuk dibuat akikah kepada anak lelaki. Jika tidak mampu cukup seekor kambing atau satu bahagian daripada lembu sahaja. Kalau anak perempuan cukup seekor kambing saja.

Dua Bahagian di sini bukan bermakna bila sudah mencukur rambut anak dan bersedekah, tidak perlu membuat sembelihan lagi. Ini sudah keliru.

Dua bahagian di sini adalah pembahagian bagi binatang sembelihan bukan bermakna sudah buat sebahagian maka tidak buat lagi satu bahagian kerana sudah memotong rambut, menimbangnya dan bersedekah dengan emas yang sama berat dengan rambut bayi tersebut. Hal ini adalah berasingan sama sekali. Ini pun dilakukan jika berkemampuan. Kalau tidak mampu cukup akikah sahaja dengan seekor kambing atau sebahagian lembu itu.

Rasulullah saw sendiri pernah membuat aqiqah kepada cucunya iaitu Hasan dan Hussin setiap seorang seekor kambing. Lalu Nabi SAW bersabda; "Wahai Fatimah, cukurlah rambutnya dan sedekahkan perak mengikut berat rambutnya". Kata Ali; Lalu Fatimah pun menimbangnya dan beratnya ialah sedirham ataupum beberapa dirkham.

Juga tidak memberi makna sebegini;Kalau sembelih seekor kambing dan bersedekah seberat timbangan rambut bayi tidak bermaksud hal ini menyempurnakan seekor lagi.

Sebenarnya bersedekah itu adalah perkara yang lain dan sembelihan aqiqah dengan dua ekor itu adalah afdal(lebih utama) sahaja). . Harap jelas ye duduk perkara ini.

Wallahu A'lam.


[IMG_0529.JPG]

Soalan ini dikemukakan kepada saya dalam kuliah saya yang lalu;

Ustaz? Boleh tidak kanak-kanak melaksanakan ibadah korban sedang dia belum baligh dan korbannya itu ditanggung oleh bapanya?

Saya menjelaskan: Ibadat korban adalah ibadah yang mulia dan melaksanakannya adalah sunnat muakkadah (yang sangat-sangat dituntut dalam Islam), waktunya pada hariraya Aidil Adha dan hari-hari tasyriq dengan syarat-syarat tertentu kecuali jika seseorang itu bernazar melaksanakannya ianya menjadi wajib.

Berbalik kepada soalan?. Boleh atau tidak kanak-kanak melaksanakan ibadat korban?

Pertama: Tengok kepada "Al-Awwaliyyat" atau "keutamaan".

Kanak-kanak ini telah diakikahkan atau tidak. Jika belum diakikahkan hendaklah diberi keutamaan kepada ibadah akikah terlebih dahulu.

Kedua: Syarat Melakukan Ibadah Korban.

Sunat melakukan korban bagi mereka yang berikut;
i- Islam; tidak diperintahkan kepada orang kafir atau bukan Islam

ii-Sudah Baligh dan Berakal; Kanak-kanak yang belum baligh tau belum berakal (mumayyiz) tidak diperintahkan.

iii-Berkemampuan; seseorang itu memiliki harta dan kemampuan melebihoi daripada nafkah wajib kepada diri dan orang yang berada dibawah tanggungannya dari segi makan-minum, pakaian dan tempat tinggal sepanjang hari raya dan hari-hari tasyriq; sunatlah hukum melaksanakannya.

Melihat kepada dua syarat pertama tidaklah kanak-kanak itu diperintahkan. Tetapi jika bapanya atau walinya memberi haknya dan menanggung kosnya serta kanak-kanak itu ada sifat mumayyiz tidaklah menjadi halangan kanak-kanak itu melaksanakan ibadah korban.

Kanak-kanak tidaklah diperintahkan solat tetapi jika dia melaksanakan dengan cukup rukun dan syaratnya sah ibadatnya, begitu juga haji, sedekah termasuklah ibadah korban ini.

Wallahu A'lam.

Monday, October 27, 2008

Tidak Sama Antara Suci Dengan Bersih

Oleh isma daud

Dalam kuliah yang disampaikan oleh Ustaz Adnan Rusydi (SMK Methodist, Sibu) di Surau Permai; ada suatu yang baik untuk kita kongsi bersama. Beliau ada menyentuh persoalan percampuran kedai dan dapur memasak di Sekitar Bandar Sibu. Dalam restoran orang cina , orang melayu/melanau/iban Muslim berniaga di dalamnya. Masalahnya bila kita selidik berlaku percampuran tempat membasuh pinggan-mangkuk dan gelas mahupun cawan. Juga berlaku ketidakjelasan penyediaan dimana orang Islam minum dari bekas yang diurus oleh bukan Islam. Contohnya makanan dari tukang masak Islam tapi minuman daripada tukang bancuh bukan Islam. Bekas-bekas itu kadangkala tidak diselia dengan tertib supaya kesuciannya terus terpelihara. Sesetengah orang hanya mementingkan bersih sahaja tanpa mementingkan suci.

Semua orang maklum dalam restoran bukan islam sumber makanannya ada dari asas mentah khinzir, juga dari sembelihan tidak sah dari segi syarak. Bayangkan pula sebahagian peniaga Islam kita langsung tidak memperlihatkan penghayatan Islam dengan pakaiannya dan penampilannya dan solekannya. Jauh sangatlah dari kefahaman Islam. Untuk menentukan Islam tu mereka yang perempuan memakai tudung dan lelaki kekadang meletak kupiah atas kepala. Satu simbul lagi ialah meletakkan kalimah syahadah dan Basmalah. Dengan penampilan yang bersimbul Islam itulah kita mengenal ini kedai Islam dalam kedai orang bukan Islam.

Persoalannya ? Bolehkah kita menentukan halal dan haram itu hanya dengan simbul itu sahaja? Adakah adanya simbul itu semua yang ada dalam restoran itu menjadi suci dan halal. Kejahilan seperti ini sangat sukar diubah dalam suasana masyarakat majmuk Sibu ini. Ia seolah sudah boleh diterima. Syubhahnya ialah dimana persolan suci itu tidak difahami dan ditangani dengan betul. Asal bersih sucilah tu. Pihak berkuasa memang tidak berkuasa langsung kat Sibu ni, jangan haraplah. Tengok je lah.

Tinggal lagi kefahaman umat Islam itu samada mahu makan atau minum di kedai seperti ini. Kalau orang Islam mahu berdikari di tengah bandar Sibu (Hong Kong, Malaysia) ni untuk berniaga; memang sukarlah. Mahu tak mahu peniaga Islam terpaksa berniaga dalam restoran seperti ini. Kalau peniaga itu ada penghayatan Islam dan kefahaman tentang suci, halal dan haram; tidaklah menjadi kemusykilan sangat tetapi yang hanya tahu mahu berniaga tu tanpa mengira soal halal dan haram , ini cukup merisaukan kita umat Islam.

Saya berharap umat Islam Sibu lebih teliti dalam pengambilan makan dan minum agar apa yang kita makan itu adalah halal dan suci. Ingatlah bersih itu belum tentu suci...

Sunday, October 26, 2008

Bertengkar Suami Isteri Ada Faedahnya

Oleh isma daud

Semalam saya membaca bahawa suami isteri yang teguh dari segi nafkah batin lebih bahagia, lebih panjang umur. Lelaki yang berpoligami juga lebih panjang umur. Ini ada perkaitan diantara kesihatan badan (fizikal) dan mental( akal) dan Rohani (emosi dan jiwa). Hanya mereka yang sihat dapat melaksanakan tugas dan tanggungjawabnya. Oleh sebab itu Islam sangat mementingkan umatnya supaya menjaga kesihatan baik rohani dan jasmani.

Islam sangat mementingkan keseimbangan di antara kesihatan batiniah dan zahiriyyah. Kesihatan batiniah boleh diperolehi melalui jalan ibadah baik yang umum dan khusus. Begitu juga kesihatan zahiriyyah yang berupa pergerakkan jasmani.

Hari ini saya ingin berkongsi bacaan saya betapa sesuatu pertengkaran sihat boleh menimbulkan situasi sihat dalam kehidupan seseorang. Orang yang suka bertengkar merupakan orang yang tidak menyimpan tekanan dalam hati dan jiwanya. Jadi setiap yang membungkam jiwanya cepat saja diluahkannya. Namun pertengkaran itu mestilah dalam batas akhlak yang tinggi. Sebab itu kita bila bertengkar pun kena ada niat bertengkar kerana Allah SWT. Ya kalau benci pun kerana Allah SWT. Jadi tidaklah kita bertengkar kerana lantunan kebencian dan amukan emosi yang tidak terkawal. Kesudahannya banya yang akan merugikan diri dan orang lain di sekitar kita.


Saya tidak suka membincangkan pertengkaran yang membawa kesan negatif. Apa yang menariknya saya ingin berkongsi dengan dapatan daripada satu kajian barat bahawa pertengkaran suami isteri boleh memanjangkan umur.

Ya umur itu panjang-pendeknya dalam ilmu Allah SWT. Tetapi Allah sWT menjadikan segala sesuatu dalam lingkungan sebab dan musabab. Itulah Sunnatullah yang ditetapkanNya bagi makhluknya. Moga apa yang ditemui ini dapat menjadi pedoman kepada suami isteri yang bermasalah dalam komunikasi mereka seharian dalam mengharungi rumah tangga.

Pasangan kerap bertengkar panjang umur

LONDON: Ia mungkin kedengaran agak pelik, tetapi pasangan suami isteri digalakkan bertengkar kerana ia adalah rahsia panjang umur.

Penyelidik mendapati, suami isteri yang tidak membincangkan perbezaan pendapat dan memendam kemarahan antara satu sama lain berkemungkinan meninggal dunia lebih awal berbanding yang bergaduh.

Ia kerana cubaan menyelesaikan konflik - walaupun dalam tingkah laku menaikkan kemarahan - adalah lebih baik bagi kesihatan berbanding memendam perasaan.
Laporan akhbar Daily Mail menyebut, saintis mengkaji 192 pasangan selama 17 tahun dan meletakkan mereka dalam empat kategori.

Kumpulan pertama mengandungi pasangan suami isteri yang membincangkan kemarahan mereka dan kumpulan kedua diisi pasangan yang cuma suami menunjukkan kemarahan sebaliknya isteri memendam perasaan.

Kumpulan ketiga membabitkan pasangan yang cuma isteri menunjukkan kemarahan manakala kumpulan keempat mengandungi pasangan yang kedua-duanya memendam perasaan.

Penyelidik mendapati kematian ketika tempoh kajian dua kali ganda berlaku dalam kumpulan terakhir berbanding kategori lain.

Aliran itu nyata walaupun faktor lain seperti usia, merokok, berat badan, tekanan darah, masalah bronkus dan risiko kardiovaskular diambil kira. Di kalangan 26 pasangan yang kedua-duanya memendam kemarahan, 13 kematian dicatatkan.


Mcm tu lagi banyak gaduh lagi panjang umur ......

Beberapa Kemusykilan Dalam Talak Dan Rujuk

Oleh isma daud

Hari ini saya menyampaikan Kuliah Subuh di Masjid Darul Halim, Sibu. Pagi ini saya membincangkan tentang "Talak Dan Rujuk Serta Implikasi Daripada Keduanya".

Saya menerangkan ada jenis talak yang menentukan keadaan rujuk suami kepada isterinya.

1. Talak Raj'ie: Suami menceraikan isteri dengan talak satu atau talak dua selepas persetubuhan dan iddahnya belum selesai. Si suami diharuskan merujuk kembali berdasarkan keinginannya sendiri menggunakan akad dan mas kahwin yang lama.


2. Talak Bain Bainunah Sughra:

* Suami menceraikan isteri dengan talak satu atau talak dua dan persetubuhan belum berlaku
* Suami menceraikan isteri secara khulu' samada sebelum persetubuhan atau selepasnya.
* Suami menceraikan isteri dengan talak satu atau dua, persetubuhan telah berlaku tetapi iddahnya telah selesai.

Suami boleh kembali kepada isterinya dengan mengadakan akad nikah dan mas kahwin (mahar) yang baru berdasarkan persetujuan dan keredhaan bekas isterinya.


3. Talak Bain Bainunah Kubra: Isteri diceraikan dengan talak tiga sekali gus, atau sudah bercerai kali ketiga, samada sebelum persetubuhan dan selepas persetubuhan.

Bekas suami tidak boleh kembali kepada perkahwinannya (rujuk) kecuali bekas isterinya berkahwin dengan lelaki lain dengan syarat-syarat tertentu.


Di sini; Saya ingin respond kepada soalan yang dikemuka oleh beberapa ahli jamaah yang hadir pagi ini.

1. Perempuan yang diceraikan selepas akad nikah yang sah tetapi belum disetubuhi oleh suaminya.

Jawapan:

Talak (cerai) ini termasuk dalam jenis Talak Bain Bainunah Sughra. Si suami tidak boleh rujuk kepada isterinya kerana si isteri tiada iddah. Jika si suami menceraikan isterinya dengan talak satu atau dua, dia boleh kembali kepada bekas isterinya itu dengan akad nikah dan mahar yang baru. Si suami tidak boleh rujuk kerana tempoh iddah tiada.

Dan jika si isteri itu ditalak dengan talak tiga; si suami tidak boleh rujuk sebaliknya boleh kembali kepada bekas isterinya itu setelah memenuhi syarat-syarat ini;

1. Bekas isteri itu telah berkahwin dengan lelaki lain dengan akad nikah yang sah.
2. Bekas isterinya itu telah disetubuhi oleh suami barunya dengan persetubuhan yang sebenar.
3. Suami barunya telah menceraikannya.
4. Iddahnya dengan suami barunya telah selesai.
5. Bekas isteri itu boleh kembali kepada suami pertamanya itu dengan akad nikah dan mas kahwin yang baru dengan persetujuan daripada bekas isterinya. Walinya tiada berkuasa menentukan atas dirinya kerana statusnya kini sudah berbeza. Jika bekas isteri ini enggan berkahwin; bekas suami ini tidak boleh memaksanya.

Sila rujuk Firman Allah SWT di dalam Surah Al-Baqarah; ayat 230.

2. Si isteri memohon perceraian secara Khulu' (tebus talak).

Jawapan:

Perceraian secara Khuluk (Tebus Talak); si suami tiada kuasa rujuk. Jika dia mahu kembali kepada bekas ieterinya itu mesti mengadakan akad nikah yang baru dan mas kahwin yang baru berdasarkan persetujuan dan keredhaan bekas isterinya setelah habis iddah perkahwinan mereka yang lalu iaitu tiga kali suci atau melahirkan anak jika sewaktu bercerai itu si isteri sedang hamil.


3. Si isteri yang diceraikan dengan talak satu telah kedatangan haid (suci kali pertama); selepas itu didapati dirinya mengandung.

Jawapan:

Iddah bagi seorang perempuan adalah tempoh masa yang boleh dirujuk semula oleh suaminya. Jika di mengandung dalam tempoh itu anak itu masih dinasabkan kepada bekas suaminya kerana perempuan itu hakikatnya masih "isteri" kepada suaminya dan masih boleh dirujuk. Tidak dinafikan berlaku seorang wanita mengandung tetapi masih didatangi haid. Jika suaminya ingin merujuk kepadanya tempoh iddahnya telah berubah daripada tiga kali suci kepada sehingga perempuan itu melahirkan anaknya.

Jika sudah melepasi tiga kali suci; lalu di didapati dia mengandung maka agar sukar disudut adat bahawa perempuan itu mengandung dari suaminya yang terdahulu. Mungkin berlaku fitnah di situ yang perlu dibuktikan secara sumpah (Lian) atau kaedah saintifik bagi menentukan status anak yang dikandungkannya itu. Pada Syarak tiga kali suci sudah cukup untuk membersihkan benih suami terdahulu dari rahim seseorang wanita. Wallahu 'Alam.


Wallahu Musta'an.

Saturday, October 25, 2008

Fakta Menarik Pasal Poligami

Dari Pelbagai Sumber Maklumat

Statistik 1995 hingga 2004


Di dalam jangka masa 10 tahun dari tahun 1995 hingga 2004, jumlah tertinggi jumlah poligami ialah pada tahun 2002 iaitu 2,604 pasangan, manakala yang paling sedikit ialah pada tahun 2004 iaitu 651 pasangan.

Di antara semua negeri-negeri di Malaysia, Kelantan mendahului negeri-negeri lain dengan 1,331 pasangan poligami, manakala yang paling sedikit ialah Wilayah Persekutuan Labuan dengan 4 pasangan. Di Melaka tiada kes yang dilapurkan.

Perangkaan ini dipetik dari sumber JAKIM. Pembaca yang berminat mengetahui perincian statistik tersebut boleh membaca di link laman wen JAKIM ini: POLIGAMI



Awasi Lelaki Kelantan?

Adakah bermakna, wanita-wanita tidak gemar mengahwini lelaki dari Kelantan, kerana "risiko" dimadukan begitu tinggi jika dibandingkan dengan negeri-negeri lain?

Saya fikir pendapat-pendapat ini ada benarnya mengapa poligami paling tinggi di Kelantan. Banyak faktor dapat menerangkannya. Mungkin:

1. Lelaki Kelantan tidak takut kepada isteri!

2. Banyak orang luar mendaftarkan perkahwinan poligami mereka di Kelantan, selepas bernikah di Thailand.

3. Amalan berpoligami bukan perkara yang dipandang rendah dalam budaya Kelantan, oleh itu risiko takut tidak dinaikkan pangkat, tidak dipilih jadi wakil rakyat dll, tidak jdi isu.

4. Perempuan Kelantan tidak berapa malu menjadi isteri kedua, ketiga ataupun keempat.

5. Proses bernikah mudah sebab berhampiran dengan Thailand. Pergi bernikah pagi, tengah hari sudah boleh balik makan nasi di rumah! Isteri tak tahu.....

6. Lelaki Kelantan handsome2, ada aura.... jadi banyak perempuan terpikat....


Secara umumnya ada beberapa faktur lelaki suka berpoligami;

Menurut Siti Shamsiah Md Supi, Pegawai Penyelidik Institut Kefahaman Islam Malaysia dalam artikel kajiannya bertarikh pada 5 Jun 2003 dengan tajuk; Poligami cara Rasulullah lindungi martabat wanita, beliau menyenaraikan beberapa faktor berlakunya poligami.

Lazimnya, kita hanya merujuk poligami berlaku kerana fitrah lelaki yang mahu memiliki lebih daripada seorang isteri. Kenyataan ini memang ada benarnya dan ini diakui oleh beberapa lelaki yang penulis temui. Namun begitu, sebenarnya banyak lagi sebab dan sukar untuk kita buat satu kesimpulan umum mengapa poligami diamalkan kecuali jika kita melakukan kajian terperinci. Lantaran itu apa saja faktor ia perlu dilihat secara saksama kerana itulah yang menjadi sebab berlakunya poligami di Malaysia.

Selain lelaki yang berkahwin ini mempunyai naluri semula jadi untuk menghimpun sejumlah isteri dan ‘jatuh cinta sekali lagi’, faktor lain ialah kesihatan isteri, isteri tidak mampu menyambung zuriat, bekerja di luar daerah dan perniagaan adalah di antara sebab poligami diamalkan oleh masyarakat Islam di Malaysia.

Ada juga kes yang dirujuk kepada penulis bagaimana poligami disebabkan kompromi persetujuan di antara ibu dan anak lelakinya. Lelaki ini tadi sudah mempunyai pilihannya sendiri sebagai calon isteri, tetapi si ibu berkeras supaya anak lelakinya turut mengahwini calon menantu pilihan ibu tadi. Dalam usia yang sangat muda, lelaki ini terpaksa menanggung lebih tanggungjawab demi mendapatkan restu daripada si ibu dalam kehidupannya. Bagi kes terpencil sebegini, penulis tidak merasakan lelaki muda ini selesa dengan kehidupannya yang terpaksa berpoligami dan kemungkinan berlaku konflik dalam dirinya bagaimana ingin membahagiakan orang yang terpaksa dikahwininya dan pada masa sama, apakah nasib isteri yang menjadi pilihan si ibu tadi?

Juga tidak dinafikan poligami dilaksanakan kerana faktor ingin membantu wanita yang malang. Sekalipun, alasan ini tidak dapat diterima oleh sebahagian pihak, tetapi ia tetap wujud dan seharusnya diambil kira. Pihak yang menafikan alasan ini berpendapat bahawa ada pilihan lain sekiranya seseorang lelaki itu benar-benar ingin membantu wanita malang.

Persoalannya, wanita malang ini adalah insan biasa yang dijadikan Allah bersama naluri semula jadi seorang manusia. Mereka mempunyai perasaan untuk berkasih-sayang, menerima perlindungan serta kehendak batiniah dan semuanya ini tidak dapat diberikan secara alat, persatuan atau khidmat nasihat semata-mata. Tetapi daripada seorang manusia yang bergelar suami. Itulah yang diamalkan dalam poligami Rasulullah yang di antara tujuan baginda untuk memberi perlindungan dan martabat yang tinggi terhadap status wanita.

Mungkin ada pembaca yang tersinggung jika penulis nyatakan sesetengah poligami tidak dapat dielak disebabkan godaan kuat daripada wanita yang tidak mempedulikan status lelaki yang disukainya, sama ada masih bujang atau berkeluarga. Mungkin dengan kejelitaan, harta dan kerjaya yang dimilikinya, wanita tadi mampu mencairkan kesetiaan si lelaki terhadap isterinya. Tetapi, inilah di antara hakikat yang berlaku di kalangan masyarakat kita.

Agak mengejutkan juga apabila penulis dimaklumkan ada lelaki yang berpoligami disebabkan mereka mahu mendapatkan ‘kos melepas’ dalam kehidupan. Mengahwini beberapa wanita yang berkedudukan, bekerjaya dan berharta menyebabkan lelaki ini mempunyai ‘back-up’ dari aspek kewangan. Perkahwinan ini memang sah dari segi hukumnya tetapi apakah nilai sebenar perkahwinan ini di sisi Allah? Apa yang pasti, poligami seumpama ini begitu menyimpang daripada tujuan sebenar poligami yang diharuskan oleh syarak!

Disebabkan pelbagai faktor menyebabkan poligami, maka ia mewujudkan pelbagai bentuk keluarga yang mengamalkan poligami. Kadang kala, apabila poligami dilaksanakan disebabkan ‘jatuh cinta sekali lagi’ (atau pun si lelaki memberikan alasan bahawa pernikahannya dengan isteri sedia ada dalam keadaan terpaksa), maka isteri senior dipinggirkan secara langsung atau tidak langsung.

Tentulah lebih menyakitkan apabila si suami ini bernikah lagi selepas berada dalam keadaan stabil disebabkan sokongan dan pengorbanan isteri senior. Fenomena seperti inilah yang menyebabkan sesetengah pihak seolah-olah berhasrat untuk menghapuskan amalan poligami sehingga hampir-hampir menafikan bahawa poligami juga sebenarnya salah satu penyelesaian terhadap masalah sosial.


Kajian Mengenai Poligami

Ini berita baik bagi lelaki; dimana poligami menjadi faktor lelaki dapat hidup lebih lama. Lebih tahan tenaga batin, lebih panjang usia atau hayat lelaki...

Tenaga batin lelaki antara faktor kajian di 140 negara

LONDON: Satu kajian terbaru mendakwa amalan beristeri ramai atau poligami boleh memanjangkan usia lelaki yang mengamalkannya.

Penyelidik Universiti Sheffield, Virpi Lummaa. berkata kajian terbabit melihat perbezaan sosio ekonomi membabitkan lelaki berusia lebih 60 tahun dari 140 negara.

Apa didapati, lelaki yang mengamalkan poligami terbukti mempunyai usia purata 12 peratus lebih panjang, berbanding lelaki di 49 negara yang kebanyakannya hanya berkahwin sekali.

"Hasil kajian itu berkemungkinan menjawab teka-teki biologi manusia. Bagaimanakah manusia mampu panjang umur dan persoalan itu ternyata wajar apabila melihat wanita yang boleh hidup melewati tempoh selepas menopaus.

"Ini dikenali sebagai 'kesan nenek' yang mana bagi setiap 10 tahun seorang wanita mampu hidup melewati menopaus, dia mendapat dua cucu baru.

"Keadaan sebaliknya bagi lelaki kerana tenaga batin mereka masih berfungsi melangkaui usia 60-an, 70-an dan 80-an. Ramai penyelidik beranggapan, faktor tenaga batin itu menjadi kunci usia panjang mereka," kata Lumaa. - Agensi

POLIGAMI/BHarian/Dunia/24/10/2008



catatan isma daud: Saya darah kacukan Terengganu dan Kelantan. Tidak termasuk dalam statistik negeri yang amalan poligaminya ranking tertinggi.... tapi ya poligami ni dengar sedap ; amanah yang besar tu tidak sedap. Apa pun kalau ada kehendak tu kena pastikan ianya dibina atas sifat TAQWA bukan menurut hawa nafsu sahaja. Akibat yang buruk ini merosakkan hikmah diharuskan berpoligami di dalam Islam.

Kewajiban Terhadap Harta Bukan Sekadar Berzakat

Oleh : Tuan Guru Nik Abdul Aziz Nik Mat

Apakah hikmat Allah SWT jadikan zakat sebagai satu daripada Rukun Islam di samping rukun yang lain. Satu daripada sebabnya menggesa manusia supaya faham, jika manusia menyayangi Allah SWT mereka mesti rela hati mengeluarkan sebahagian hartanya sebagai zakat.

Dengan meletakkan hanya Allah yang Esa dalam hati, jadi tanda rasa kasih sayangnya yang mendalam. Kebetulan perkara yang disayangi manusia itu banyak, selain menyayangi Tuhan juga menyayangi keluarga dan harta kekayaan.

Oleh kerana Tuhan tahu manusia juga menyayangi harta, justeru manusia diuji dengan perintah mengeluarkan zakat.

Sekiranya manusia melaksanakan suruhan berzakat, bagi menguji kesayangan terhadap harta tidak mengatasi sayangnya kepada Allah SWT. Pada hal Allah SWT telah berfirman yang bermaksud: “Sesungguhnya Allah telah membeli daripada orang-orang beriman, diri dan harta mereka dengan memberikan syurga untuk mereka…” (Surah At-Taubah sebahagian ayat 111)

Dengan ayat itu Allah SWT pujuk manusia atas nama jual beli. Untuk beritahu bahawa harta yang dikeluarkan atas nama zakat, atau untuk pengorbanan agama-Nya tidak sia-sia. Hakikatnya ia akan digantikan dengan syurga lebih bernilai dan kekal.


Tiga Golongan Orang Yang Membelanjakan Hartanya

Apabila diteliti, manusia yang faham terbahagi kepada tiga golongan.

Golongan Pertama

Sebahagian mereka yang setia dengan tauhid, bukan saja mengucap dua kalimah syahadah, bahkan memahami maksudnya, serta melaksanakan tuntutannya dari segi diri dan hartanya. Orang yang setia itu sanggup berhabisan hartanya untuk Allah SWT, hingga tidak disedari hartanya yang dikeluarkan sama ada dinar (wang emas) atau dirham (wang perak). Sebagaimana dilakukan oleh Abu Bakar As-Shiddik, menyerahkan seluruh hartanya kepada Rasulullah s.a.w. untuk tujuan jihad menegak dan pertahankan agama Allah SWT.

Kisah masyhur ini terjadi apabila Nabi s.a.w. memberitahu para sahabat tentang jihad melawan musuh Islam, dari angkatan tentera Rom yang sedang berhimpun di Tabuk, suatu medan di pesisir pantai Teluk ‘Aqobah.

Musuh siap sedia hendak menyerang Madinah dengan tujuan menghapuskan kerajaan Islam pimpinan Rasulullah s.a.w.

Nabi s.a.w. kerahkan seluruh para sahabat agar bertindak mendahului ketibaan tentera musuh. Ketika itu khazanah negara hanya terdapat pada saku jubah para sahabat yang dermawan.

Antara dermawan terbilang adalah Abu Bakar r.a., yang menyahut seruan jihad dengan menyerahkan seluruh harta miliknya kepada Rasulullah s.a.w.

Para dermawan lain yang kurang sedikit daripada kesetiaan tauhid yang dimiliki Abu Bakar, ialah golongan yang mendermakan sebahagian daripada harta miliknya dan menyimpan sebahagiannya.

Mereka menyimpan sebahagian harta untuk persediaan ketika diperlukan, sama ada untuk keluarga atau peluang berkhairat yang lain, iaitu untuk melakukan kebajikan apabila timbul masalah, seperti membantu pihak perlukan pertolongan secara spontan.

Golongan alim ulama peringkat tabi’ein seperti An-Nakha’ei, Asy-Sya’bi, ‘Ato dan Mujahid berpendapat bahawa kewajiban terhadap harta tidak memadai sekadar mengeluarkan zakat.

Bahkan ada kewajiban yang lain seperti menderma dan memberi bantuan jiran dan orang yang memerlukan.

Asy-Sya’bi mengukuhkan hujah dalil bahawa kewajiban terhadap harta melebihi sekadar zakat, ialah dengan firman Allah SWT yang bermaksud: “…Dan memberikan yang dicintainya kepada kerabatnya, anak-anak yatim, orang-orang miskin, musafir (yang memerlukan pertolongan), dan orang yang meminta-minta; dan merdekakakan hamba sahaya …” (Surah Al-Baqarah sebahagian ayat 177)


Golongan Kedua

Separuh daripada sifat orang beriman yang baik ialah selain dari mengeluarkan zakat, dia juga mengorbankan harta yang disayangi kepada golongan yang dinyatakan oleh Allah SWT dalam Surah Al-Baqarah ayat 177 tersebut.

Agama ajar cara kehidupan Islam ialah; setiap orang bertanggungjawab ke atas diri dan keluarga juga untuk perhati jiran sekeliling.

Bantuan wajib diberi jika ada jiran yang memerlukan keperluan harian. Jiran juga mempunyai kewajiban sebaliknya.

Tidak pelik dalam masyarakat Islam jika seseorang mengadu kepada jirannya, tentang kekurangan sesuatu pada diri yang memerlukan bantuan.

Jangan tidak ambil peduli apabila mendengar tentang kesusahan orang. Elakkan sifat meminta sebagai peminta sedekah, perbuatan itu mengaibkan diri dan masyarakat. Sekadar menyatakn kekurangan sesuatu keperluan itu tidak mengapa meskipun tidak digalakkan.

Kewajiban jiran ialah tingkatkan rasa kepedulian untuk hulurkan pertolongan.

Berdasarkan beberapa ayat yang dinyatakan itu boleh diambil hukum iaitu; kewajiban ke atas golongan berada terhadap yang tidak berada menunaikan hajatnya selain daripada memberi zakat.

Menderma dan membantu pihak yang memerlukan tanda keunggulan budi serta kemanusiaan yang luhur.

Golongan yang ketiga

Mereka ialah orang yang hanya mengeluarkan zakat wajib saja, sejak permulaan hingga akhir tahun. Hanya zakat itulah agenda hartanya.

Tanpa memberi bantuan kepada jiran atau yang memerlukan, golongan ini adalah puak yang rendah sekali budinya dalam masyarakat Islam.

Dalam Musibah Banjir Ada Rahmah

Oleh isma daud

Dari semalam hujan turun membasah bumi Sibu. Beberapa kawasan rendah hujan sikit ada saja yang terkena banjir kilat. Tapi sekitar perumahan saya, alhamdulillah selamat daripada musibah sebegitu.

Pagi ni pun bila keluar solat subuh di surau, hujan turun renyai, hati rasa bagai rawan dek hujan yang turun itu. Membaca laporan di akhbar tempatan banjir di Kedah dan Perak semakin buruk. Ramai yang kena pindah. Doa saya agar mangsa banjir tersebut bersabar di atas musibah yang melanda.

Negeri asal saya Terengganu, biasanya dalam saat begini, Terengganu dan Kelantanlah yang kian menghadapi musim tengkujuh, tapi akhir-akhir ini banjir datang tidak menentu lagi. Teringat tahun lepas banjir beralih ke negeri Johor, Pahang dan Negeri sembilan. Selangor pun banjir. Banjir tidak mengenal musim dan negeri lagi. Jadi pengalaman banjir itu sudah menyeluruh sekarang ini.

Sebenarnya banjir ni dalam musibah; ada rahmatnya.

Banjir mengajar kita supaya menghargai alam sekitar. Banjir yang tersurat sebagai musibah itu tidak dapatlah kita elakkan ianya berlaku. Namun malangnya bajir itu berlaku akibat kecuaian dan cara hidup manusia itu sendiri. Banjir datang menhukum akan kecuaian mereka itu. Banyaklah kemusnahan dan kerosakan yang terpaksa ditanggung.

Sistem perparitan dan kebersihan sungai mesti dijaga. Sikap mengabaikan parit dan sungai akan mengundang padah kepada manusia itu sendiri. Kadangkala sikap rakus mengejar kemajuan, habis bukit digondol, sungai ditimbus menyebabkan air kehilangan sistem alirannya, bumi kehilangan pasaknya. Sikap tidak bertanggungjawab kita tidak menjaga sungai dan membuang sampah ke dalam sungai menyebabkan aliran sungai tersekat turut menyumbang berlakunya banjir.Banyak lagilah faktor penyebab berlakunya banjir.

Harapan saya jangan ada yang menjadikan banjir ini sebagai modal mencari keuntungan politik atas air mata dan penderitaan orang lain. Berilah pertolongan dengan ikhlas.Keperihatinan kita tanda kita masih ada iman dan kemanisannya. Marilah kita berdoa agar banjir segera pergi dan musibah tidak melanda lagi.


Fakta Cuaca:

Negara kita, pada masa ini, masih mengalami Monsun Barat Daya. Pada musim Monsun Barat Daya ini kebanyakan tempat di Malaysia telah mengalami keadaan cuaca yang lembap dan menerima hujan yang sedikit melebihi paras purata.

Pusat Ramalan Cuaca dan Pejabat-Pejabat Ramalan Cuaca Wilayah di JMM, MOSTI, sentiasa memantau keadaan dan perkembangan cuaca di rantau ini secara berterusan untuk membekalkan perkhidmatan ramalan cuaca kepada semua golongan masyarakat serta mengeluarkan amaran cuaca buruk kepada agensi bantuan dan pengurusan bencana.

Musim Monsun Barat Daya berakhir pada hujung bulan September 2008 dan diikuti dengan musim Monsun Peralihan. Monsun Peralihan dijangka bermula dari awal Oktober sehingga pertengahan bulan November 2008. Pada tempoh tersebut keadaan hujan dan ribut petir akan bertambah terutamanya di negeri-negeri di Pantai Barat Semenanjung Malaysia pada waktu petang dan awal malam.

Di Pulau Pinang, Perlis dan Kedah pula dijangkakan mengalami keadaan cuaca yang lembap dan menerima hujan yang sedikit melebihi paras purata untuk bulan September dan Oktober 2008. Secara bandingannya, bulan September dan Oktober adalah merupakan bulan yang lembap bagi kawasan Pulau Pinang, Perlis dan Kedah.

Untuk Menghulurkan Bantuan Kewangan; Sila Klip;
Jabatan Amal Dewan Pemuda PAS Negeri Sembilan Rayu Sumbangan Banjir !!

Talfiq : Buku Yang Harus Kita Baca

Ulasan Buku:

Talfiq – Beramal Dengan Pelbagai Mazhab

Mazhab Syafie merupakan mazhab yang diamalkan oleh sebahagian besar umat Islam di Malaysia. Kerana itu, masyarakat umum menanggap inilah satu-satunya mazhab yang terbaik. Tetapi, sedarkah kita bahawa kita sebenarnya bukan mengamalkan mazhab Shafie ini seratus peratus? Tanpa disedari, masyarakat Malaysia sebenarnya telah banyak mengamalkan percampuran mazhab dalam urusan seharian.

Contoh yang paling mudah ialah dalam urusan zakat fitrah. Iman Syafie mengatakan zakat fitrah itu hanya sah dengan beras dan gandum sahaja. Tetapi, apa yang kita amalkan ialah membayar zakat fitrah dengan wang tunai. Ini adalah mengikut mazhab Hanafi. Inilah yang dikatakan Talfiq.

BukuTalfiq – Beramal Dengan Pelbagai Mazhab dimulakan dengan memperkenalkan istilah-istilah penting dalam membincangkan Talfiq. Walaupun sedikit sukar untuk dihadamkan, saya kira ini penting untuk memberi pemahaman berkenaan tajuk yang dibincangkan. Mudah pembaca merujuk kembali ke hadapan tatkala meneruskan pembacaan buku ini.

Talfiq membawa banyak pengertian. Tetapi Talfiq yang diutarakan dalam buku ini ialah mengamalkan syariah lebih dari satu mazhab terhadap sesuatu perkara.

Dalam buku ini dikatakan bahawa Talfiq diharuskan terhadap perkara-perkara cabang dalam Islam. Bagi perkara yang sudah jelas, Talfiq tidak boleh dilakukan. Contohnya ialah hukum Islam di negara umat Islam tetap wajib dilaksanakan, walau apa sekalipun.

Talfiq juga banyak diamalkan dalam urusan bisnes. Namun begitu, Islam memiliki beberapa prinsip yang tidak boleh dilanggar bagi menjaga kepentingan kehidupan di dunia dan akhirat. Antaranya ialah pengharaman riba, mengambil harta orang lain secara zalim, penipuan, kesamaran dan penindasan.

Selain daripada itu, Islam memberikan ruang ijtihad yang luas untuk bermualamat (jual beli) sesuai dengan perkembangan zaman dan kehidupan manusia.

Kekurangan ketara buku ini ialah penggunaan istilah Arab yang kerap dalam keseluruhan kandungan. Alangkah baiknya jika istilah Arab tersebut terus diterjemahkan ke bahasa Melayu, terutamanya bagi yang panjang-panjang. Justeru itu, buku ini tidak sesuai bagi pembaca-pembaca yang kurang mendalam pengetahuan dalam soal fikah dan hukum. Tetapi ia sesuai untuk pelajar dalam jurusan usul fikah dan ustaz/ustazah.

Thursday, October 23, 2008

Ceramah Sheikh Muszaphar RM8,000 sejam?

isma daud mengomel: Orang kata kalau tiada bukti , jangan cakap. Berita yang tidak dapat disahkan dengan bukti bertulis ni, ada benarnya jika mengambil kira cakap-cakap J/K yang jemput SMS datang Sibu baru-baru ni... mungkin mereka yang jemput SMS datang Sibu untuk program motivasi pelajar dan Solat Hajat Bagi Calon UPSR, PMR, SPM & STPM anjuran satu badan NGO dan PIBG sebuah sekolah baru-baru ni ada jawapannya. Nak kata RM8,000 tu nanti boleh dipertikaikan. Sejumlah seumpamanya tu mungkin ya. Cuba bayangkan pelajar-pelajar begitu ghairah ingin mencontohi anda tetapi anda mengambil kesempatan ke atas mereka. Dengar-dengarnya macam tulah. Jangan saman saya ye... Hanya SMS tahu jawapannya.

"Tak Tumbuh Tak Melata, Tak Sungguh Orang Tak Kata". Namun jika ini merupakan tohmahan, harap SMS dapat jelaskan. Jika ada kebenaran; berhentilah; anda sudah memperolehi banyak manfaat peribadi . Jika anda merasakan diri sebagai aset negara; anda sudah menjadi hak rakyat; bukan hak diri anda lagi. Rakyat telah memberi banyak untuk anda. Kenapa satu jumlah yang besar perlu anda tekankan kepada rakyat yang perlukan khidmat anda sedangkan anda telah banyak mencekik darah mereka melalui Program Angkasawan yang anda bermanfaat melaluinya. Saya teringat kata-kata anda dalam ceramah yang saya dengar melalui mulut anda: "Saya mula memikirkan persoalan yang besar-besar saja setelah bergelar angkasawan...." . Mungkin maksud anda... yang besar-besar itu termasuk bayaran RM8000 untuk satu ceramah anda.


CheguBardrul... mengomel;


Sheikh Muszaphar Syukur (SMS), pelancong angkasa yang mewakili Malaysia tidak sepatutnya meraih keuntungan di sebalik kejayaannya yang ditaja melalui wang rakyat Malaysia sejumlah RM95 juta apatah lagi beliau merupakan seorang pegawai kerajaan yang berkhidmat di bawah Kementerian Kesihatan dan Kementerian Sains, Teknologi dan Inovasi (MOSTI).

Menurut beberapa sumber beliau mengenakan RM8,000 sejam sebagai bayaran ceramahnya itu belum masuk perbelanjaan hotel, perjalanan dan seumpamanya.

Beliau kini juga kelihatan seolah hilang punca kerana turut menggunakan gelarannya yang diperolehi dari pembaziran mega wang rakyat dengan turun ke kempen - kempen pilihanraya untuk berkempen bagi pihak BN. Kepada Dr. Sheikh Muszaphar jika terbaca posting ini ; amat harapkan jawapan saudara ataupun sesiapa yang mengenali beliau sila panjangkan posting ini kepada beliau.

Kini sudah genap setahun lebih peristiwa menghantar warga Malaysia melancong ke Angkasa, cuma yang peliknya belum ada berita 'gempar' melaporkan penciptaan atau penemuan sains ekoran menerbangkan seorang warga Malaysia ke angkasa. Adakah berbaloi perbelanjaan RM95 juta itu dalam keadaan rakyat terhimpit dengan apa yang diperolehi....

sila baca lanjut dengan klik sini

Nampaknya regim Bn sememangnya tidak mempedulikan keperitan rakyat. Apa yang dilakukan hanyalah untuk memastikan kuasa terus ditangan mereka. Dari menghantar warga Malaysia melancong ke angkasa sehinggalah penganjuran rumah terbuka yang mebazirkan jumlah besar wang rakyat semuanya dilakukan untuk mengkhayalkan rakyat dari isu sebenar.

Semalam dalam Parlimen YB Mahfuz Omar mendedahkan bahawa Rumah Terbuka Perdana Menteri dan Menteri Kabinet telah menelan belanja RM4juta. Fakta itu ialah melalui jawapan bertulis oleh Menteri Di Jabatan Perdana Menteri kepada beliau.

Ini sudah melampau !!! Berita rumah terbuka dimainkan konon dengan kehadiran ramai konon menunjukkan Perdana Menteri dan Menteri Kabinet mendapat sokongan ramai malangnya cerita disebaliknya rakyat terus dihisap darah mereka dengan tanpa disedari rumah terbuka tersebut telah 'membakar' RM 4 juta wang rakyat !!!Dan jangan terkejut RM 4 juta ialah perbelanjaan 'open house' 2007.... berapa agaknya bagi 2008.... celakalah atas kamu pemimpin regim yang amat zalim sanggup membakar wang untuk menunjuk lagak ketika rakyat terhimpit kesusahan !!!!

CheguBardrul...

Wednesday, October 22, 2008

Akhirnya Perintah Solat Di Akui Kekuatannya

Malaysiakini


KAJIAN saintifik tiga pensyarah Universiti Malaya membuktikan solat yang diwajibkan kepada umat Islam setiap hari, bukan hanya amalan kerohanian tetapi terbukti mempunyai hikmah tersirat terhadap fizikal dan mental terutama meningkatkan tahap kesihatan manusia.

SOLAT sebagai rukun Islam yang wajib dilakukan setiap umat Islam sudah banyak dikaji dari sudut kerohanian.

Bagaimanapun, pernahkah kita berfikir mengenai pengertian setiap gerakan solat seperti qiyam, rukuk, sujud, duduk antara dua sujud serta tahiyat awal dan tahiyat akhir.



Adakah gerakan itu hanya sekadar gerakan tubuh yang tidak mempunyai makna?

Kajian sains moden mendedahkan bahawa amalan yang dilakukan lima kali setiap hari bukan hanya suatu amalan kerohanian yang mendekatkan hamba kepada penciptanya. Kehebatan solat ternyata memanfaatkan tubuh manusia.

Hasil kajian saintifik membuktikan kewajipan terhadap setiap umat Islam mempunyai hikmah tersirat terhadap fizikal dan mental manusia.

Lebih membanggakan bukti itu diperoleh hasil kajian anak tempatan, termasuk seorang bukan Islam. Mereka adalah pensyarah Jabatan Kejuruteraan Biomedikal di Fakulti Kejuruteraan Universiti Malaya (UM) yang diketuai Profesor Madya Dr Fatimah Ibrahim bersama Profesor Wan Abu Bakar Wan Abas dan Ng Siew Cheok.


Penggerak kajian ini ialah Perdana Menteri, Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi dan melalui geran Jabatan Perdana Menteri (JPM), kajian itu bermatlamat menentukan nilai terapeutik solat terhadap mereka yang melakukan solat, termasuk dari segi sistem kardiovaskular, komposisi tubuh, isyarat otak dan aktiviti otot.

Dr Wan Abu Bakar ketika memperjelaskan kajian itu berkata, mereka adalah jurutera bioperubatan yang mengkaji tubuh manusia dari segi kejuruteraan.

Katanya, kajian itu cuba melihat apa yang sebenar berlaku kepada fizikal dan mental manusia ketika melakukan solat.


SOLAT terbukti mempunyai hikmah tersirat terhadap fizikal dan mental manusia.

“Kajian dibahagikan kepada beberapa bahagian, iaitu saya mengkaji aktiviti otot, Siew Chok mengkaji isyarat otak, iaitu apa yang berlaku kepada gelombang otak ketika solat. Dr Fatimah mengkaji komposisi tubuh,” katanya.

Beliau berkata, hasil kajian mendapati bahawa ada banyak perkara positif apabila seseorang melakukan solat dan ini dimuatkan dalam buku `Solat: Kebaikan Dari Perspektif Sains’ terbitan Jabatan Kejuruteraan Biomedikal. Buku ini mempunyai dua versi, bahasa Melayu dan Inggeris.

Setakat ini, kajian itu adalah yang pertama dilakukan secara saintifik di negara ini. Bagaimanapun, sudah ada beberapa kajian yang sama, tetapi tidak menyeluruh dan lengkap seperti yang dilakukan UM.

Seorang doktor perubatan dari Indonesia, Prof Dr Moh Sholeh, melakukan kajian khusus terhadap solat tahajud.

Beliau mengambil sampel darah, hormon tekanan (stress) dan imuniti dalam badan. Selepas tiga bulan melakukan solat, sampel diambil lagi dan didapati imuniti meningkat dan hormon tekanan menurun. Rumusannya solat tahajud boleh merawat barah.

Kajian lain dilakukan oleh tiga doktor perubatan dari Universiti Hokkaido di Jepun, iaitu Mohammed Faruque Reza, Yuji Urakami dan Yukio Mano, yang mendapati bahawa posisi tubuh (posture) solat boleh merawat warga tua yang sakit tulang.

Dr Wan Abu Bakar berkata, kajian sepatutnya berakhir tahun ini, tetapi jabatan mempunyai beberapa cadangan baru bagi memperluaskan kajian itu.

Memperjelaskan kajian lanjutan itu, Dr Fatimah yang mengetuai kajian berkata antara bidang baru yang akan dikaji ialah mengenai perbezaan solat antara orang biasa dan ulama.

“Kajian itu akan mengkaji isyarat otak ulama dan orang biasa ketika bersolat. Adakah isyarat otak orang alim adalah lebih tenang berbanding orang biasa kerana kita menjangka mereka memahami bahasa al-Quran,” katanya.

Bagaimanapun, katanya sukar untuk mendapat ulama secara sukarela menyertai ujian ini. Beliau memberi jaminan bahawa identiti mereka yang menyertai ujian dirahsiakan dan hanya dinyatakan sampel adalah dari kumpulan tertentu.

Berbanding kajian awal yang mengesahkan solat memberi banyak kebaikan kepada kesihatan manusia, katanya kajian lanjutan memperjelaskan proses solat merawat pelbagai penyakit.

Mengambil Erektil Disfungsi (ED) atau mati pucuk sebagai contoh, katanya kajian awal yang dilakukan mengesahkan bahawa solat memberi kesan positif untuk merawat ED, tetapi mereka ingin mengkaji cara gerakan solat merawat penyakit itu.

Kalimah Allah Terukir Di Batu Bukit



Huruf khat kalimah Allah (dalam bulatan) pada bukit kawasan kuari dapat dilihat dengan jelas menjadi tumpuan masyarakat setempat Taman Sri Nyior, Jitra, Kedah, baru-baru ini.

Semua biskut tempatan bebas melamin

PUTRAJAYA 22 Okt. – Kementerian Kesihatan hari ini mengesahkan semua produk biskut keluaran tempatan yang berada di pasaran termasuk untuk tujuan eksport adalah bebas daripada pencemaran kandungan melamin yang tinggi.

Menterinya, Datuk Liow Tiong Lai berkata, pencemaran pada produk tersebut dapat diselesaikan dengan pantas apabila kementerian berjaya mengenal pasti tiga syarikat pengeluar agen penaik amonia bikarbonat dari China yang mengandungi kandungan melamin yang tinggi.

"Pengimportan amonia bikarbonat dari syarikat berkenaan yang telah dikenalpasti itu diletakkan di bawah pemeriksaan tahap enam iaitu penolakan secara total."

"Orang ramai tidak perlu bimbang dengan produk biskut tempatan kerana kementerian sentiasa membuat pemantauan rapi,'' katanya pada sidang akhbar selepas mempengerusikan mesyuarat bersama lebih 50 pengusaha produk biskut tempatan di sini.

Beliau menjelaskan perkembangan terkini mengenai isu pencemaran melamin termasuk yang terbaru membabitkan amonia bikarbonat. - Utusan

Warga SMK Rosli Dhoby 2008

Warga Pendidik SMK Rosli Dhoby
(Klip Gambar Untuk Besarkan)


Kakitangan Sokongan SMK Rosli Dhoby


Tingkatan 2G (KRK)


Kelab /Persatuan

Mengapa TKO.fm diganggu?

Oleh : isma daud


Saya setiap malam mengikuti siaran tko.fm dan seronok mendengar celoteh GB yang penuh nasihat dan bervariasi. Pelbagai perkembangan terkini pelbagai isu dalam tanahair diulas dengan berani. Info yang dibawa mengubat rasa rindu saya kepada hidup berjamaah walaupun jauh berada di Sibu, rasa macam satu usrah di udara pula.

Malam ni saya masuk agak lewat. Radio sunyi je dan tiada kedengaran suara GB. Apa berlaku agaknya? Saya semak Cbox GB; semacam ada pengacau yang memporak perandakan laman blog GB ni.

Ada juga manusia macam ni, masuk rumah orang nak jadi pengacau sehingga timbul kacau-bilau suasana yang biasanya aman damai. Kalau berbeza pendapat tu biasa, tapi bila lahir pengacau ni suasana aman jadi kacau. Apa tujuan mereka ini mengganggu tko.fm ni. Puak mana ni? Dengan nama "nickname" pun macam pengacau, menggunakan bahawa agak kasar dalam dialek kelantan sehingga timbul pra-sangka tak enak kat karpet GB tu.

Sesiapa pun boleh masuk kat karpet tu untuk kita sama-sama berinteraksi dengan baik. "Katakanlah yang baik atau diam"

Saya menikuti laman ini sejak lepas PRU12 dulu. Dah beberapa kali saya dapati ada yang masuk dan buat kacau. Tapi sejak malam tadi saya tengok macam tak terkawal bila lagak beberapa pengunjung tko.fm cuba bermain api di laman ini. Saya memang tidak suka cara macam ni terus saya keluar malam tadi.

Malam ni.....

Cukup mengecewakan sikap mereka ini....

Saya bantah cara mereka ini.....

21 Oct 08, 23:56
kc: olih kerana kc pun tak dapat dgr siaran dan celoteh gb sendiri jadi kc belum faham kenapa jadi begini sebenarnya cuma kc harap jgnlah blog kesayangan kc ini telah bertukar wajah yg kc tak faham dailek
21 Oct 08, 23:56
Web Sutera: ada aa tomato, tu pasal GB delete semua..
21 Oct 08, 23:55
tomato: ada yg datang buat kacau ker?
21 Oct 08, 23:54
Web Sutera: dah jadi macam forum umno lak mlm tadi, kc
21 Oct 08, 23:54
supik rok-rak: nesgobeng>>> :golek:
21 Oct 08, 23:53
Web Sutera: kc, mlm tadi lagi teruk..gaduh wa cakap lu..
21 Oct 08, 23:53
supik rok-rak: ilmu IT demo tuh ciput lagi jah...ado lagi ore hebat pado demo....tapi doklah mce mr DJ...tak tahe keno tegur...
21 Oct 08, 23:53
kc: kenapa sekarang sahabat2 jadi begini macam cabar mencabar ini sebenarnya tak terjadi sebelum ini apa gb dah tukar matlamat kotak hijau ini ker bagaimana kc tak faham sekarang
21 Oct 08, 23:53
Web Sutera: sejujur saya nak cakap..sakit telinga..
21 Oct 08, 23:52
supik gelenyar: aku nok cari air nesgobeng
21 Oct 08, 23:52
Web Sutera: GB, tlg tamatkan siaran ni awal..
21 Oct 08, 23:52
supik rok-rak: tak payoh bannedlah mr DJ...pah2 nih kawe tok ake masuk doh sini...wat lengoh ko demo jah
21 Oct 08, 23:51
supik rok-rak: parohhh...parohhh/..sie ko abe DJ kito...rok pahe punyo pasal...aku pun dio banned takleh masuk tadi...

Tuesday, October 21, 2008

Beri ibu tempoh

Oleh Muhd Izawan Baharin
izawan@hmetro.com.my

SEREMBAN: Ibu kepada seorang bayi yang ditemui di bawah sebatang pokok dengan dibaluti bendera Jalur Gemilang berhampiran rumah guru Felda Palong, Gemas, 7 September lalu diberi tempoh sehingga 22 Oktober ini untuk tampil sebelum perintah mahkamah dikeluarkan untuk meletakkan bayi itu di pusat jagaan kanak-kanak.

Pengarah Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM) Negeri Sembilan, Mizan Maulud, berkata sejak bayi yang dinamakan sebagai Ariff Danial itu ditemui, pihaknya gagal mengesan ibu atau keluarganya.

“Bayi itu berada dalam jagaan JKM selama sebulan sehingga ibunya dikesan, tetapi jika dia enggan tampil, kami akan memohon perintah mahkamah meletakkannya di bawah pusat jagaan kanak-kanak,” katanya yang ditemui, semalam.

Bayi itu ditemui orang awam kira-kira jam 1.30 tengah hari di tepi jalan dipercayai baru dilahirkan dengan dibaluti dengan Jalur Gemilang.

Setakat ini, pemeriksaan di Hospital Jempol mendapati bayi itu sihat cuma terdapat kesan gigitan semut di badan selepas diletakkan di tepi jalan.

Mizan berkata, orang ramai yang berminat mahu mengambil bayi itu sebagai anak angkat boleh mengisi borang permohonan dan keputusannya terserah kepada Ketua Pengarah Jabatan Kebajikan Masyarakat.

Beliau turut kesal kerana kebanyakan kes pembuangan bayi berlaku di kawasan pedalaman terutama di tanah rancangan Felda.

“Kami dapati kes sebegini banyak berlaku di kawasan Felda, jadi semua pihak terutama institusi keluarga perlu memainkan peranan untuk mengelak kejadian seumpama ini berlaku,” katanya.

Sementara itu, Pengerusi Jawatankuasa Pembangunan Wanita, Keluarga dan Kesejahteraan Masyarakat negeri, Zainab Nasir, berkata beliau sedih dengan kes pembuangan bayi yang berlaku seolah-olah ibunya tidak memiliki rasa kasih sayang pada anak.

“Dia boleh mengandungkan bayi itu selama sembilan bulan, tetapi tergamak membuangnya seperti sampah di tepi jalan.

“Saya ingin menasihatkan remaja terutama perempuan supaya berfikir dulu sebelum melakukan perbuatan terkutuk kerana ia bukan saja memberi imej buruk, malah nyawa tidak berdosa menjadi mangsa," katanya.

1 setiap 5 pekerja warga asing

KUALA LUMPUR 20 Okt. – Satu simposium diberitahu hari ini bahawa hampir 20 peratus tenaga kerja di Malaysia terdiri daripada warga asing dan ini bermakna nisbah pekerja di negara ini ialah seorang warga asing bagi setiap empat pekerja tempatan.

Simposium berkenaan juga dimaklumkan bahawa hampir separuh daripada lebih 252,600 pekerjaan yang diwujudkan di negara ini setiap tahun diisi oleh pekerja asing.

Ketua Setiausaha Kementerian Sumber Manusia, Datuk Thomas George berkata, dasar yang semakin liberal terhadap pengambilan pekerja asing di Malaysia wujud berikutan pertumbuhan pesat ekonomi, yang sebahagian besarnya dipacu oleh industrialisasi di negara ini.

Berucap merasmikan Simposium Kebangsaan mengenai Dasar Pekerja Asing di Malaysia anjuran bersama kementerian itu dan Pertubuhan Buruh Antarabangsa (ILO) di sini, beliau berkata, daripada jumlah keseluruhan 11.3 juta tenaga kerja yang ada di Malaysia, 2.2 juta adalah warga asing.

Bagaimanapun, kata George, kerajaan sentiasa mengambil langkah bagi mengurangkan kedudukan Malaysia yang terlalu bergantung terhadap pekerja asing dan bagi melindungi peluang pekerjaan untuk rakyat tempatan.

Kerajaan membuat keputusan untuk mengurangkan secara beransur-ansur kadar pergantungan terhadap pekerja asing daripada 2.2 juta sekarang kepada 1.5 juta menjelang 2015.

Mengikut sektor, sebahagian besar pekerja asing diambil bekerja dalam sektor pembuatan iaitu sebanyak 36 peratus, diikuti perladangan (24.6 peratus), pembantu rumah (15.7 peratus), pembinaan (14.2 peratus) dan selebihnya dalam sektor lain.

George berkata, sejak satu atau dua tahun lepas, kementerian itu telah mengadakan perbincangan dengan majikan, kesatuan sekerja serta badan bukan kerajaan (NGO) dan bersetuju bahawa wujud keperluan untuk mengurangkan pergantungan negara terhadap pekerja asing, menambah baik pengurusan pekerja asing, dan mengadakan prosedur lebih jelas dan ketat berkaitan kemasukan mereka ke negara ini.

Katanya, langkah juga sedang diambil bagi melindungi hak mereka, menyediakan kontrak sebelum mereka berlepas dari negara yang menghantar mereka ke Malaysia dan mengenakan tanggungjawab terhadap pihak ketiga yang terlibat dengan penghantaran tenaga buruh asing ke negara ini, jika berlaku sebarang kes pelanggaran kontrak.

George berkata, Malaysia mengaku ia memerlukan pekerja asing, sekurang-kurangnya untuk masa sekarang, dan perlu memberi tumpuan terhadap beberapa bidang utama bagi menentukan permintaan sebenar mengikut sektor.

Katanya, Malaysia juga perlu mengkaji kesan daripada kehadiran pekerja asing terhadap persekitaran tenaga kerja di negara ini, termasuk isu upah, keadaan bekerja, kesihatan, syarat pampasan dan pekerjaan, serta mengetatkan proses pengambilan dan pengurusan pekerja asing.

Sementara itu, seorang pegawai kanan kementerian berkenaan, Azizah Ariffin berkata, warga asing mengambil kira-kira 45 peratus peluang pekerjaan baru yang diwujudkan setiap tahun di negara ini.

Ketika membentangkan kertas kerja mengenai penilaian keperluan terhadap pekerja asing serta kesannya terhadap ekonomi Malaysia pada simposium itu, Azizah berkata, penggunaan pekerja asing secara berlebihan mengakibatkan timbulnya pelbagai masalah, termasuk penurunan purata produktiviti, penyisihan pekerja tempatan, kewujudan kadar upah yang rendah serta menjejaskan kelemahan imbangan pembayaran dan mencetuskan isu sosial dan keselamatan.

Katanya, walaupun pada 2006 pekerja asing menyumbang 11.1 peratus kepada Keluaran Dalam Negara Kasar (KDNK) Malaysia, tetapi pada tahun lepas, wang yang mereka hantar pulang ke negara asal masing-masing berjumlah kira-kira RM3.43 bilion.

“Oleh kerana jumlah pekerja asing yang begitu besar, kadar upah, terutama bagi pekerja tidak mahir di Malaysia, akan terus rendah, manakala majikan pula akan terus memberi keutamaan kepada warga asing kerana upah mereka secara relatifnya, lebih rendah,” ujar Azizah.

Bagaimanapun, kerajaan sedang giat berusaha bagi mengurangkan pergantungan negara ini terhadap tenaga kerja asing dalam pelbagai sektor.

Bagi sektor pembuatan, ia akan menggubal dasar dan strategi baru bagi menarik lebih banyak wanita menyertai pasaran tenaga kerja, melaksanakan satu program mekanisasi yang berkesan dan mengenal pasti kemahiran yang diperlukan oleh industri, melaksanakan program latihan serta membantu perusahaan kecil dan sederhana (SME) dalam penggunaan mekanisasi bagi mengurangkan keperluan mereka mengambil pekerja asing.

Bagi sektor perkhidmatan, kerajaan akan menguatkuasakan kaedah layan diri, terutama di restoran dan stesen minyak. Ia juga akan menyediakan persekitaran bekerja yang lebih menarik dan kondusif bagi pekerja tempatan dan memberi insentif pengecualian cukai bagi menggalakkan penggunaan kaedah automasi.

Bagi sektor perladangan, kerajaan akan menarik penyertaan tenaga kerja dari luar bandar melalui penyediaan prasarana asas, perkhidmatan kesihatan, sekolah, rumah harga patut dan pusat penjagaan harian yang lebih baik.

Bagi industri pembinaan, kerajaan akan menggalakkan pelaksanaan Sistem Pembinaan Industri (IBS) dan mengeluarkan permit import bagi mengimport kren.

– Bernama

Antara Jelapang Dengan Senapang

mStar


Abdullah dan Najib kongsi jenaka tentang pertukaran portfolio

PUTRAJAYA: Pertukaran portfolio Kewangan dan Pertahanan antara Perdana Menteri Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi dan timbalannya Datuk Seri Najib Tun Razak baru-baru ini boleh dikaitkan dengan jelapang dan senapang.

"Ada orang Umno tanya saya kenapa Pak Lah bagi jelapang, ambil senapang," kata Abdullah secara berseloroh.

Jelapang yang dimaksudkan merujuk kepada Kementerian Kewangan yang diibaratkan sebagai "jelapang duit" manakala senapang merujuk kepada Kementerian Pertahanan.

Beliau berkata demikian di majlis sambutan Hari Raya Aidilfitri 2008 dan majlis penghargaan kepada bekas Menteri Kewangan serta meraikan Menteri Kewangan yang baru di Kementerian Kewangan di sini.

Terdahulu Najib ketika berucap di majlis itu berkata: "Perbezaan antara jadi Menteri Pertahanan dan Menteri Kewangan ialah apabila menjadi Menteri Pertahanan, tengah malam dapat panggilan telefon pasal plane crash tapi jadi Menteri Kewangan, tengah malam dapat panggilan telefon pasal market crash."

Najib berkata demikian secara berseloroh apabila menceritakan jawapan beliau ketika ditanya oleh orang ramai sebelum ini mengenai perbezaan antara menjadi Menteri Kewangan dan Menteri Pertahanan.

"Apabila orang tanya saya lagi, mana yang lebih teruk? Plane crash atau market crash? Saya kata market crash lebih teruk sebab orang masih hidup," katanya.

Abdullah mengakhiri ucapannya dengan berpantun: "Bunga Selasih tak akan layu. Terima kasih. Thank you."

Di majlis itu, Abdullah turut menyerahkan nota tugas sebagai Menteri Kewangan kepada Najib.

BERNAMA

Monday, October 20, 2008

Akui terima laporan adegan panas pelajar

Kosmo

KUALA LUMPUR - Kementerian Pelajaran mengakui ada menerima laporan penglibatan pelajar dalam kes melakukan rakaman klip video lucah dan menubuhkan satu jawatankuasa khas menanganinya.

Timbalan Menterinya, Datuk Razali Ismail berkata, pihaknya menerima beberapa laporan orang awam mengenai perkara itu dan sebahagiannya mempunyai asas sebelum ini.

"Kita memang menyiasat setiap aduan yang sampai kepada kita, kita tidak ambil mudah kerana ia melibatkan anak bangsa kita sendiri," tegasnya ketika dihubungi Kosmo! Ahad semalam.

Beliau mengulas rakaman aksi panas pelajar melalui telefon bimbit dan didakwa sudah disebarkan secara meluas.

Menurut Razali, selain itu, kementerian juga menerima aduan rakaman laporan berhubung pembikinan tiga klip video seks di kalangan pelajar di Sarawak dan Pahang.

Katanya, langkah itu dilaksanakan menerusi Jawatankuasa Gejala Sosial KPM yang dipengerusikannya dan beliau berjanji tidak bertolak ansur terhadap pihak terbabit.


Ulasan: isma daud

Timbalan Menteri Di Kementerian Pelajaran Malaysia yang pernah nasihat para guru jangan sibuk berpolitik di kantin sekolah tu agaknya apa jawabnya itu tidak dibina atas asas politik?

Apa kesungguhan KPM untuk menangani gejala sosial di kalangan pelajar melayu Islam di sekolah dan luar sekolah? Budaya bercampur lelaki-perempuan secara bebas dalam sekolah bolehkan di bendung dan dihalang? Mengapa kaedah Islam tidak diterima-pakai dalam sistem pendidikan kita? Islam meletakkan batas pergaulan supaya tiada pergaulan bebas di antara lelaki dan perempuan. Dalam kegiatan harian di sekolah pelajar atau murid sudah biasa bergaul bebas maka tidak mustahillah gejala sosial ini akan terus berlaku.

Islam meletakkan asas "malu" dalam pergaulan seharian. Tapi dalam sistem pendidikan kita rasa malu ini di anggap terkebelakang dan anti sosial. Kalau boleh di dalam kelas pelajar dikehendaki bercampur dan aktiviti-aktiviti tidak boleh ada pengasingan jenis. Yalah untuk mengamalkan demokrasi dalam pembelajaran. Mana boleh asing pelajar lelaki dan perempuan. Jika itu asasnya apa lagi yang hendak diharapkan kepada sistem pelajaran kita untuk melahirkan insan bertaqwa.

Saya teringat kepada sejarah saya belajar di SMK Agama Atas Sultan Zainal Abidin, Batu Buruk (1988-1991) dalam aliran Thanawi kami berada dalam kelas tetapi pelajar lelaki dan perempuan berjarak jauh; lelaki di depan dan perempuan di belakang. Jarak antara kelompok lelaki dan perempuan cukup jauh dinisbah dalam sebuah kelas. Bila mahu berhubung dan bercakap kami menggunakan tabir atau disebalik tingkap.

Tapi apa kata cikgu-cikgu yang terdidik dengan sekular ni; dengan nada sinis "Mahu Islam sangatlah tu?" . bukan cikgu nak sokong tapi sindir dan cakap macam-macam lagi. Ini dah terbalikkan? Cikgu rasa pelik berada dalam kelas sebegini dan rasa macam kena ajar oleh pelajar-pelajarnya sendiri.

Yalah tu cerita lama sekitar tahun 80'an. Baru-baru ni semasa saya balik ke Semenanjung dan menyampaikan ceramah di beberapa buah masjid terkejut saya beberapa orang cikgu saya sudah berubah, sudah naik haji dan sudah warak. Merekalah sekarang ni penyokong Islam dan perjuangan Islam. Kadang-kadang cikgu tidak salah belajar dengan muridnya.

Tapi dengan sistem pendidikan yang ada sekarang mampukah ini berlaku?

Isu-isu seperti di atas akan berlaku dan terus berlaku jika kita tidak kembali kepada sistem pendidikan Islam. Apa salahnya kita menerima sistem Islam setelah sekian lama kita menerima sistem sekular dalam pendidikan ini. Mengapa masih yakin dengan sistem sekular yang nyata gagal mendidik manusia menjadi insan yang ada nilai dan beriman?

Sunday, October 19, 2008

Barangan kita pun ada kadar Melamine yang melampau !!!

Diciplak dari NO2umno

AKu tak tau apa strategi kerajaan Malaysia di dalam isu Melamine yang timbul dan di kesan di China. Kita tidak tahu berapa lama kita dan 'muntah kedarah' barangan makananan yang mempunyai kadar melamine yang bahaya. Kita sibuk bercerita tentang makanan dari China sedangkan makanan produk tempat turut merbahaya.

Kerajaan Malaysia pun cukup pandai main isu. Kesemua barangan dari China akan di pantau dan di periksa. Kita tidak pernah ambil peduli sehingga barangan ini masuk ke Malaysia tanpa batasan.

Bila musim perayaan, barangan ini lah yang menjadi santapan kita. Kerana harga dan kerana rasanya sedap sangat. Kita pun belasah kerana ia murah dan adakalanya percuma.

Sedar sedar, sekarang ni kematian yang melibatkan usia muda, cukup kerap. Belum sampai umur 40, ramai yang meninggal dunia. Alasan kematian adalah sakit jantung dan sebagainya. Tiada istilah melamine di sebut maka, kita tidak tahu efeknya pada kesihatan kita.

Kita tahu bahawa melamine adalah satu bahan yang tidak boleh di serap, musnah dan dihadamkan. Akibatnya mendapan bahan ini membawa bencana kepada tubuh kita dan esok mungkin kita terima akibatnya kerana kita tidak sedar. Tiba tiba mati ....

Kita berharap hanya barangan dari China yang hanya terlibat... tapi orang HONG KONG sudah temui barangan kita yang menggunakan bahan tersebut berlebih lebihan.

http://www.matrade.gov.my/cms/brand/SAVE%20FOR%20WEB-IMEJ/munchys.jpg

Rujuk SINI

Hong Kong's food safety watchdog said on Saturday it has found unsafe levels of the industrial chemical melamine in crackers made by a Malaysian company.

The Centre for Food Safety said it found the chemical in two samples of crackers manufactured by Malaysia's Munchy Food Industries Sdn Bhd. It did not say where the products were made.

Milk powder contaminated with melamine has been blamed for the deaths of four infants and for sickening about 54,000 others in mainland China. Hong Kong has also found 10 children with kidney stones who had consumed Chinese-made milk products.
Apakah makanan tempatan yang merbahaya selain dari itu? Mungkinkah menjadi makanan harian kita selama ini? Kenapa tiada tindakan menyitar kilang dan menghentikan operasi syarikat tesebut selepas berita di atas di terima?

Ada kira kira ke?

Waspada ...... !!!!

Sembang Bersembang

Lebih Interaktif ^O^Ukhuwwah . Sila Klik Untuk Ke Laman Ini , Terima Kasih.
[ Copy this | Start New | Full Size ]

Sepanjang Jalan Di Sibu

Related Posts with Thumbnails

@Facebook ~ "Ustaz Rosli Dhoby"

~ Salam Persahabatan , Terima Kasih.