Saya Minta Timbalan Menteri Pelajaran Jangan Makan Nasi...

Oleh isma daud

Kalau benar semacam yang dilaporkan bahawa Timbalan Menteri Pelajaran Malaysia; Datuk Razali Ismail berkata guru tidak dibenarkan (kata lain dilarang) guru membincangkan politik di sekolah mahupun kantin sekolah; saya sifatkan beliau sebagai seorang buta agama atau buat-buat tidak tahu apa yang dia cakap dan tidak faham apa itu politik.

Sebut saja sebagai orang Islam tetapi otak sekular totally ; pisah agama daripada politik. Kalau dia cadang supaya guru jangan cakap soal politik ; saya cadang dia pisahkan nasi daripada lauk atau jangan makan nasi terus. Itulah ikatan hidup dengan politik, agama dengan politik... ibarat pentingnya nasi dalam hidup orang melayu dan pentingnya lauk dalam nasi.

Buat Malu Orang Terengganu saja mantan Pengarah Maktab Pasir Panjang ni. Duduk di Terengganu ada Taman Tamadun Islam tapi buat tidak faham Islam , Politik dan Tamadun Islam. Cakap pakai akal dan pandu dengan agama sedikitlah....

Firman Allah SWT;

" قُلْ إِنَّ صَلاَتِي وَنُسُكِي وَمَحْيَايَ وَمَمَاتِي لِلّهِ رَبِّ الْعَالَمِينَ "

Maksudnya : "Katakanlah Wahai Muhammad, Sesungguhnya solatku, ibadatku, hidup dan matiku hanya bagi Allah SWT ; Tuhan sekalian alam." ( Surah Al-An'aam; ayat 162 )

Sempena bulan Ramadhan ni minta banyakkan tadarus alquran dan bermuhasabah diri...

Para guru di sekolah apa lagi yang belum mereka lakukan untuk anak bangsa dan agama dan bangunnya Malaysia hari ini bukan atas dasar celeknya guru kita tentang politik. Kalau guru Malaysia buta dan tidak peduli pasal politik dah lama Malaysia kita ni gulung tikar... tidak ada pemimpin, tidak ada tenaga kerja, tiada pemikir yang kritis dan kreatif dan negara pun tidak membangun. Biar bijak sikitlah buat cadangan...


Wajarkah guru dilarang berbincang mengenai politik?

Oleh abu61

"A
KomentarTimbalan Menteri Pelajaran, Datuk Razali Ismail yang sebelum ini tidak kedengaran suaranya mengemukakan pendapat mengenai situasi politik semasa tiba-tiba muncul dengan saranan (mungkin tidak keterlaluan dikatakan larangan; kerana keluar daripada mulut anggota kabinet) guru dilarang berbincang mengenai politik di sekolah walaupun di kantin (berdasarkan laporan Malaysiakini 20 September 2008). Alasan yang dikemukakan oleh beliau ialah perbincangan ini akan membebankan tugas guru yang sedia ada. Amat dangkal hujah seorang anggota kabinet.

Larangan ini lebih merupakan satu usaha untuk mengeluarkan golongan guru daripada arus perdana negara. Adakah dengan menafikan hak guru untuk bercakap mengenai politik, taraf pendidikan akan meningkat? Atau penafian ini akan melahirkan guru-guru yang dicucuk hidung dan mandul pemikirannya?

Kita akur dengan perintah am yang melarang penglibatan kakitangan awam dalam aktiviti politik. Tapi adakah larangan itu sampai ke peringkat tidak boleh bercakap mengenai politik. Di manakah letaknya peruntukan perlembagaan yang menjamin kebebasan bersuara? Jika berasas larangan ini, adakah guru sahaja yang dilarang, bagaimana dengan penjawat awam lain. Kita boleh akur jika larangan ini merujuk kepada perbincangan di dalam semasa bersama pelajar, kerana pelajar merupakan golongan yang belum dibenarkan berpolitik kepartian.

Tidak tahulah di mana justifikasi yang diambil oleh Timbalan Menteri ini sehingga sanggup melarang guru-guru bercakap mengenai politik. Golongan guru merupakan golongan yang peka dengan situasi semasa. Bersesuaian dengan taraf mereka sebagai golongan pendidik. Pengetahuan mereka tidak terhad di dalam buku teks.

Buah fikiran mereka perlu bernas. Salah satu cara untuk membernaskan pemikiran ialah menerusi perbincangan isu-isu semasa yang biasanya disiarkan menerusi media arus perdana. Adakah perbincangan sesama rakan sejawat menjadi satu kesalahan? Jika menjadi kesalahan, elok kiranya diharamkan terus kemasukan akhbar-akhbar dan media perdana lain di kawasan sekolah.

Dalam saat negara berusaha menerusi Kementerian Pelajaran untuk melahirkan modal insan berminda kelas pertama, golongan guru pula diarahkan menjadi golongan berminda kelas yang tidak diketahui. Golongan guru sedar di mana kedudukan mereka.

Jangan bimbang, mereka tidak akan menjadi penganalisis politik; yang ada hanyalah penganalisis politik untuk diterjemahkan setiap kali parlimen dibubarkan.

Jangan bimbang, golongan guru merupakan golongan yang matang untuk menilai situasi. Memadailah golongan guru akur dengan perintah am, tidak perlu lagi perintah tambahan. Lebih baik bagi Timbalan Menteri berfikir bagaimana untuk meningkatkan sahsiah pelajar yang hari ini semakin merosot.

Tidak perlulah berfikir mengenai perkara remeh; sehinggakan perbualan guru di kantin perlu dikawal. Jika perlu juga, hantarlah pegawai dari Putrajaya untuk memantau kerana tiada sesiapa mampu untuk memantau perbualan guru di kantin kerana Timbalan Menteri sendiri mengakui beban guru di sekolah sememangnya berat.

"

Baca Berita Asal di Malaysiakini :
Guru dinasihat jangan bincang soal politik di sekolah

Comments

Popular posts from this blog

Soalan Berkaitan Dengan Talak Bain Sughra Dan Talak Bain Kubra

Isu Agihan Daging Korban Seekor Lembu , Mestikah 7 Bahagian?

Keliru Soal Mandi Wajib Kerana Was-Was

Lawatan Ke Rumah Seri Kenangan ; Hargai Warga Tua

Sepanduk-Sepanduk Menarik Pelbagai Kategori Sempena Pertandingan Sepanduk Maulidur Rasul 1432H/ 2011M

Pekerja Hotel Dan Sisa-Sisa Babi

Hukum Penggunaan Tanduk Rusa

Bila Nak Mulakan Takbir Raya Adha?