Marah tulisan Jawi, perjuangan apa sebegini?

Oleh Web Sutera
http://pasalbuku.blogspot.com/

Photobucket Image Hosting

Penulis Faisal Tehrani berkata, “Tulisan Jawi sudah ada 700 ratus tahun di sini. Tidakkah biadab namanya mempertikaikan budaya saya yang berusia selama itu?

Kalau dulu tulisan Jawi diketepikan kerana sekularisasi pendidikan dan minda pemerintah, kini tulisan Jawi akan dipenjurukan lagi oleh pakatan liberal-pragmatik yang akan terus mempertikaikan sisa budaya Melayu-Islam yang masih ada.

Lebih menyedihkan hati saya, ada kumpulan tuan guru yang bersekutu bersama gerakan liberal-pragmatik ini. Bagaimana satu pihak Harakah memperjuangkan tulisan Jawi, satu pihak pula boleh pejam mata terhadap kawan sebantal yang menggunjing tulisan Jawi?” Artikel penuh Faisal Tehrani, baca di sini:

Ada sahabat blogger lain menyatakan begini:

“Di mana Pas dan Parti Keadilan Rakyat (PKR) ketika rakan parti dalam Pakatan Rakyat (PR) mempertikaikan tulisan Jawi di papan nama sebuah jalan di ibu kota? Kejadian beserta gambar yang saya sertakan ini membuktikan betapa murah dan hinanya bahasa Jawi pada pandangan bangsa lain. Malang sungguh nasibmu bahasa Jawi. Tidak ada seorang pun di kalangan Melayu/Islam membela nasib mu." Sila klik di sini:

Pandangan saya, elok dikekalkan tulisan Jawi di label jalan-jalan yang sudah sedia ada, ataupun ditambah lagi. Dan dalam masa yang sama, masukkan sekali tulisan Cina pula. Langkah ini, saya kira, sangat elok bagi industri pelancongan kita.

Tindakan YB Terasa Kok (DAP Seputih), kalau benar, saya rasa keterlaluan. Jangan pula tulisan Jawi menjadi mangsa. Saya minta Pakatan Rakyat pandai dan berhemah dalam hal ini. Benar kata saudara Faisal Tehrani, “Tulisan Jawi adalah salah satu tulisan terawal yang pernah ditemui di rantau ini. Tulisan ini diterima pakai dan berkembang pesat sejak zaman Kerajaan Islam Pasai yang kemudian digunakan pula oleh Kerajaan Melayu Melaka, Kerajaan Johor dan juga Aceh pada abad ke-17.”

Faisal berkata lagi, “Penemuan Batu Bersurat Terengganu yang bertarikh 702H atau 1303M menunjukkan nilai sejarah tulisan ini, berbanding tulisan rumi yang paling awal ditemui adalah pada akhir kurun ke-19. Tulisan Jawi telah menjadi mangsa sekularisasi selepas kemerdekaan. Tahukah anda, semasa British memerintah pun tulisan Jawi masih merupakan tulisan rasmi bagi Negeri-negeri Melayu Tidak Bersekutu. Pemasyhuran Kemerdekaan 1957 bagi negara Malaysia misalnya tertulis dalam abjad Jawi.

Tulisan Jawi telah lama wujud dalam tamadun di sekitar gugusan kepulauan melayu iaitu sekitar abad ke 10 Masehi atau 3 Hijrah.Tulisan inilah yang membangunkan tamadun melayu. Tulisan rumi hanya diterima meluas selepas perang dunia kedua sahaja.”

Saya berharap sangat supaya PAS meneliti sehalusnya perihal ini.
Ingat perjuangan Harakah terhadap tulisan Jawi. Saya bukan tidak bersetuju dengan tindakan DBKL yang menurut kehendak YB Terasa Kok, jika benar, cuma ambil kaedah yang tidak keterlaluan, iaitu kekalkan tulisan Jawi dan tambah tulisan Cina.

YB Iskandar Samad, Exco Selangor juga menyatakan dalam blognya bahawa “Walaupun ianya melibatkan kawasan YB itu, kawasan majoriti Cina, tetapi jarang sekali DBKL begitu pantas memenuhi permintaan parti-parti pembangkang. Menukar papan-papan tanda jalan bukan satu perkara yang kecil. Jadi adakah ianya bertujuan untuk mendapatkan undi-undi untuk BN atau terdapat agenda politik lain? Sudah tentu penukaran itu akan menjadikan YB Teresa “heroine” kepada pengundi-pengundi Seputih dan tidak akan menguntungkan BN. Jadi kenapa dilakukan?

Kata Iskandar lagi, “Saya berpendapat impak yang diharapkan bukanlah di Seputih tetapi di seluruh negara. Bukan kepada orang Cina atau masyarakat bukan Islam yang lain tetapi impak yang diharapkan adalah di kalangan orang Melayu, orang Islam.”
Sila baca komentar penuh di sini.

Saya sebenarnya malas untuk mengulas perihal ini, tetapi jangan pula Islam dan PAS hanya menjadi bagai menukut di tepi gantang. Saya memang amat tidak setuju dengan tindakan Ketua Umno Bahagian Bukit Bendera, Dato' Ahmad Ismail, dan dalam masa yang sama tindakan Terasa Kok juga tidak patut.

Comments

Hasbullah Pit said…
Sila buat ulasan terus di blog teresa kok sendiri, supaya dia sendiri dapat baca.
Anonymous said…
melayu terlalu lama bersabar...dan terlalu banyak bersabar ... tapi sampai bila ???? sampai malaysia jd singapore ???

sampai bila melayu bole bersabar ???
Anonymous said…
susah kalau cakap tanpa kejujuran ilmu dan sejarah. duk nampak salah orang sahaja. kemarahan terhadap teresa kok kerana tak suka tulisan jawi merupakan satu tindakan hipokrik kerana tindakan dia hanya lah membudayakan dan memartabatkan bahasa ibundanya. kalau dia tak suka atau buang tulisan jawi tak jadi hal pada dia sbb bukan budaya dia atau tulisan dia. dia hanya peduli apa yang berkaitan dgn bangsa dia. bukan macam segelintir kepimpinan UMNO yang menghina martabat dan mengharamkan penggunaan jawi dalam sistem pendidikan dan pentadbiran negara sekian lamanya. skrg sahaja baru nak tunjuk hero konon nak jaga hak melayu dgn j-qaf walhal sikap mereka tak ubah seperti musang berbulu ayam atau munafik. jikalau segelintir kepimpinan melayu kita sendiri bersikap kurang ajar terhadap bangsa melayu, jangan salahkan bangsa lain mengikut perangai kurang ajar terhadap bangsa melayu. bak kata nabil " lu pikir le sendiri"
Anonymous said…
Jika diperhalusi sememangnya tindakan Si Teresa Kok dah melampau dan patut dikenakan hukuman yang setimpal. Kerana isu ini membabitkan penghinaan kepada Perlembagaan Persekutuan, dek babitkan bangsa Melayu. Apabila babitkan Melayu bermakna babitkan Raja-Raja Melayu serta seterusnya babitkan bangsa dan negara.Ini bukan soal kecil. Sepatutnya diharamkan terus penggunaan bahasa-bahasa lain selain bahasa Melayu di papan-papan tanda, resit dan sebagainya bagi mengajar tindakan biadap yang dilakukan oleh Si Teresa Kok kepada bahasa Melayu bertulisan Jawi.
Anonymous said…
Telah sampai masanya kerajaan mengharamkan terus penggunaan bahasa-bahasa lain selain bahasa Melayu digunakan secara terang-terangan seperti di papan-papan tanda perniagaan, label-label produk yang dihasilkan di negara ini dan pelbagai lagi. Cukuplah dengan bahasa Melayu seperti apa yang ditersirat dalam Perlembagaan Persekutuan negara. Contohi negara maju yang memartabatkan bahasa kebangsaan mereka. Tidak dapat perkara ini ditangani segera dalam masa terdekat.
Unknown said…
Tuan,

Sebenarnya perihal bahasa Melayu ini sudah tidak wajar menjadi isu kerana menjadi antara persetujuan terawal politik dalam hubungan PUTERA-AMCJA yang memuktamadkan bahawa Melayu sebagai rupa bangsa dan citra warganegara bagi Malaysia. Inilah antara kontrak sosial terawal penduduk Persekutuan Tanah Melayu (kini Malaysia) yang dapat dilihat dalam manifesto pilihanraya pertama pada tahun 1955 oleh Perikatan UMNO-MCA-MIC iaitu "menjadikan bahasa Melayu sebagai bahasa kebangsaan dan bahasa rasmi dalam masa sepuluh tahun sesudah merdeka”.

Namun kini setelah kemerdekaan berusia setengah abad sejauhmana kata dikota? Ketika semua orang menunding jari telunjuk pada kaum lain saya rasa 3 jari yang lain akan menunjuk pada batang tubuh Melayu itu sendiri yang mengkhianati warisan bahasa leluhur mereka. Jawapannya saya kira dalam satu frasa dan premis iaitu "Memelayukan Bahasa dan Membahasakan Melayu".

Popular posts from this blog

Soalan Berkaitan Dengan Talak Bain Sughra Dan Talak Bain Kubra

Isu Agihan Daging Korban Seekor Lembu , Mestikah 7 Bahagian?

Keliru Soal Mandi Wajib Kerana Was-Was

Lawatan Ke Rumah Seri Kenangan ; Hargai Warga Tua

Sepanduk-Sepanduk Menarik Pelbagai Kategori Sempena Pertandingan Sepanduk Maulidur Rasul 1432H/ 2011M

Pekerja Hotel Dan Sisa-Sisa Babi

Hukum Penggunaan Tanduk Rusa

Bila Nak Mulakan Takbir Raya Adha?