Untuk Mereka Yang Suka "Bersumpah"

Orang Munafik Suka Bersumpah


Penceramah ialah Dr Fatma El Zahra. Sedikit sedutan ceramahnya itu pernah disiarkan dalam program Al-Hidayah siaran TV3 tidak lama dulu...

Video klip ini didedikasikan untuk Saiful Bukhari Azlan, Najib Tun Razak dan Tajol Rosli Ghazali yang melihat sumpah menjadi jalan keluar daripada masalah mereka dan penyelesaian dalam isu yang dihadapi mereka.

Juga buat sesiapa saja yang tidak mahu tunduk kepada hukum Allah SWT dan memilih jalan sumpah atas segala sesuatu yang dihadapi oleh mereka.

Firman Allah SWT : "(Orang-orang Munafiq) suka mengambil sumpah sebagai perisai mereka sedangkan mereka itu suka berpaling daripada jalan Allah SWT dan amat buruklah pekerjaan mereka itu" -Surah Al-Munafiquun; Ayat 2.

Semoga kita saling bertazkirah supaya kita tidak mudah mempersendakan hukum Allah SWT dan tidak menjadikan kata-kata kita sebagai permainan lidah. Kembalilah kita semua kepada hukum dan syariat yang menjadi undang-undang Allah SWT sebagai pemutus yang adil di dunia. Di hari Akhirat terserah kepada Allah SWT kerana Dialah Hakim Yang sebenar Adil.

Comments

Popular posts from this blog

Soalan Berkaitan Dengan Talak Bain Sughra Dan Talak Bain Kubra

Isu Agihan Daging Korban Seekor Lembu , Mestikah 7 Bahagian?

Keliru Soal Mandi Wajib Kerana Was-Was

Lawatan Ke Rumah Seri Kenangan ; Hargai Warga Tua

Sepanduk-Sepanduk Menarik Pelbagai Kategori Sempena Pertandingan Sepanduk Maulidur Rasul 1432H/ 2011M

Pekerja Hotel Dan Sisa-Sisa Babi

Hukum Penggunaan Tanduk Rusa

Bila Nak Mulakan Takbir Raya Adha?