Siri Kisah Nabi Musa - Siri 7 : Mukjizat Nabi Musa

Assalamu’alaikum wmt.

Alhamdulillah bersua kita kembali dalam siri kisah al-quran. Masih lagi kita membicarakan tentang nabi Musa a.s. Setelah saya menceritakan pertemuan dam diolog nabi Musa bersama saudaranya Harun dengan Firaun dan pembesarnya. Nyata sekali bawa Firaun itu tidak beriman dengan apa yang disampaikan oleh nabi Musa dan Harun, Bahkan Firaun mencabar nabi Musa menunjukkan bukti kerasulannya dengan berlawan dengan tukang-tukang sihir yang ada di dalam negeri mesir. Saudara boleh menghalusi kisah ini dengan membaca ayat 32 – 51 surah as-Syu’araa’.

Saudara;

Apabila Firaun meminta supaya nabi Musa mengemukakan bukti teruslah nabi Musa meletakkan tongkatnya di lantai istana; terus tongkat itu menjadi ular yang besar sehingga Firaun melompat dari singgahsananya kerana ketakutan. Firaun berkata: Ambilkan tongkatmu itu! Nabi musa mengambilnya dan ular besar itu kembali menjadi tongkat. Firaun berkata:adakah lagi bukti yang lain. Nabi Musa mengeluarkan tangannya dari saku bajunya tiba-tiba tangannya menjadi putih bersinar; menyilau mata Firaun dan orang-orang yang sedang berada di sekelilingnya.

Firaun yang menjadi raja Mesir dan mengaku dirinya sebagai tuhan berkata: “Sesungguhnya Musa itu adalah seorang ahli sihir yang sangat pandai dan mahir. Jangan kamu terpengaruh dengannya kerana Musa itu bertujuan menguasai Mesir dan kamu akan dikuasai oleh kuasa sihirnya”. Berkatalah pembesar Firaun: “ Hapuskanlah sihir Musa itu dengan mengumpul semua ahli sihir yang hebat dan apabila Musa dikalahkan ; orang ramai akan mengikut ahli sihir itu”. Firaun berkata: “ Ya! Kamu semua nanti akan menjadi orang yang hampir denganku”. Lalu dikumpulkan semua ahli sihir yang datang dari seluruh pelusuk negeri untuk berlawan dengan nabi Musa. Dan orang ramai dijemput ke istana untuk menyaksikan pertandingan itu. Apabila semua orang telah berkumpul di gelanggang pertandingan; Musa berkata: “ Jatuhkan apa yang hendak kamu pertunjukkan!”. Lalu ahli-ahli sihir itu menjatuhkan tali-temali dan tongkat-tongkat mereka sambil berkata : “ Demi kekuasaan Firaun; Sesungguhnya kami akan menang”. Kemudian nabi Musa pun meletakkah tongkatnya maka tiba-tiba tongkat itu menjadi ular yang sebenar; menelan benda-benda palsu yang mereka adakan itu. Ternyata ahli sihir yang mengetahui hakikat yang sebenar terus sahaja tersungkur merebahkan diri sujud dan beriman kepada Allah SWT. Mereka berkata : “ Kami beriman kepada tuhan semesta alam itu tuhan Musa dan Harun!” Firaun dalam keadaan terkejut dan marah berkata: “Apakah kamu semua beriman kepada Musa sebelum aku memberi izin kepada kamu semua? Nyata sekali hebatnya pengaruh sihir Musa. Nanti kamu tahulah akibat perbuatan kamu itu”. Firaun menambah: “Sesungguhnya aku akan memotong tangan dan kakimu secara bersilang dan kamu semua akan aku salibkan”. Ahli-ahli sihir ini dengan tegas dan berani menjawab kepada Firaun: “Kami tidak takut dengan ancamanmu. Kami semua akan kembali kepada tuhan kami. Sesungguhnya kami amat inginkan kami kembali kepada tuhan kami dan Dia akan mengampunkan dosa-dosa dan kesalahan kami kerana kami adalah orang yang yang pertama-tama beriman”.

Saudara; Begitulah kebenaran sesekali tidak dapat dikalahkan oleh kebatilan. Biar pun perkara batil dan sesat itu nampak menarik dan menang; percayalah kebathilan itu akhirnya akan ketara dan akan dikalahkan. Sesuai dengan Firman Allah SWT:

وَقُلْ جَاء الْحَقُّ وَزَهَقَ الْبَاطِلُ إِنَّ الْبَاطِلَ كَانَ زَهُوقًا} (81) سورة الإسراء.

Maksudnya: “ Dan katakanlah Wahai Muhammad! Telah datanglah kebenaran dan hancurlah kebathilan. Sesungguhnya kebathilan itu akan benar-benar hancur apabila sampai masanya”.

Insya Allah kita akan menyambung kisah ini dalam siri yang seterusnya. Wassalam!

Comments

Popular posts from this blog

Soalan Berkaitan Dengan Talak Bain Sughra Dan Talak Bain Kubra

Isu Agihan Daging Korban Seekor Lembu , Mestikah 7 Bahagian?

Keliru Soal Mandi Wajib Kerana Was-Was

Lawatan Ke Rumah Seri Kenangan ; Hargai Warga Tua

Sepanduk-Sepanduk Menarik Pelbagai Kategori Sempena Pertandingan Sepanduk Maulidur Rasul 1432H/ 2011M

Pekerja Hotel Dan Sisa-Sisa Babi

Hukum Penggunaan Tanduk Rusa

Bila Nak Mulakan Takbir Raya Adha?