Siri Kisah Nabi Musa - Siri 4 : Kembali Ke Mesir

Alhamdulillah kita dapat ke udara lagi pada pagi Jumaat yang penuh barakah ini dengan menyambung pengkisahan Nabi Musa a.s. Hari ini kita membicarakan “kembalinya Nabi Musa ke Mesir” setelah merantau ke Madyan selama 10 tahun kerena melarikan diri dari buruan Firaun kerana membunuh orang Firaun secara tidak sengaja. Bimbang peristiwa itu masih dalam pemerhatian pihak berkuasa; Nabi Musa dan keluarganya memilih jalan yang berbukit dan jarang dilalui orang untuk pulang ke Mesir. Allah swt menceritakan dalam Surah Tha Haa bermula dari ayat 9,:

وَهَلْ أَتَاكَ حَدِيثُ مُوسَى (9) إِذْ رَأَى نَارًا فَقَالَ لِأَهْلِهِ امْكُثُوا إِنِّي آَنَسْتُ نَارًا لَعَلِّي آَتِيكُمْ

مِنْهَا بِقَبَسٍ أَوْ أَجِدُ عَلَى النَّارِ هُدًى (10)

“Adakah telah sampai kepada pengetahuan kamu tentang kisah nabi Musa. Ketikamana dia sampai di satu wadi dalam keadaan hari sudah malam dan gelap. Dia buntu mencari jalan dan suhu pula semakin sejuk. Tiba-tiba dia nampak satu cahaya lalu berkata kepada isterinya : “Duduklah di sini dan jangan ke mana-mana, mungkin ada api yang boleh menerangi dan memanaskan badan kita atau ada orang yang boleh menunjuk jalan kepada kita”. Tiba-tiba sesampainya ke wadi tersebut, dia terdengar satu suara memanggilnya;

فَلَمَّا أَتَاهَا نُودِيَ يَا مُوسَى (11) إِنِّي أَنَا رَبُّكَ فَاخْلَعْ نَعْلَيْكَ إِنَّكَ بِالْوَادِ الْمُقَدَّسِ طُوًى (12) وَأَنَا اخْتَرْتُكَ فَاسْتَمِعْ لِمَا يُوحَى (13) إِنَّنِي أَنَا اللَّهُ لَا إِلَهَ إِلَّا أَنَا فَاعْبُدْنِي وَأَقِمِ الصَّلَاةَ لِذِكْرِي (14) إِنَّ السَّاعَةَ آَتِيَةٌ أَكَادُ أُخْفِيهَا لِتُجْزَى كُلُّ نَفْسٍ بِمَا تَسْعَى (15 (

“Apabila Musa sampai ke wadi itu; Allah berfirman; Wahai Musa! Sesungguhnya aku ini Tuhanmu; maka tanggalkanlah sepatumu kerana engkau berada di satu wadi yang suci. Dan aku telah memilihmu (sebagai rasul) maka dengarlah wahyu yang turunkan kepadamu.. Sesungguhnya Aku adalah Allah yang tiada tuhan selain Aku. Maka sembahlah Aku dan dirikanlah sembahyang dan percayakanlah hari akhirat yang hampir Aku sembunyikan pengetahuan menenainya agar dapat aku membalas apa yang kamu lakukan”

Wahyu yang melantik nabi Musa sebagai rasul yang merubah nabi Musa menjadi seorang yang mantap aqidah dan imannya. Kerana iman yang mantap sahaja akan mampu menempuh sebarang dugaan yang mendatang walau sehebat manapun cabarannya. Lihatlah Allah merubah rasulnya dengan cara menanam aqidah terlebih dahulu dalam hati mereka. Begitulah contoh yang perlu kita turuti kalau kita ingin berubah.Pertama; Betulkan keimanan kita terhadap Allah dengan menyucikan diri daripada syirik termasuk soal keimanan terhadap hari akhirat; yang akan menolak kita untuk benar-benar insaf dan berubah. Kemudian sebagai langkah kedua; dekatkan diri dengan tuhan dengan melaksanakan perintahnya yang berupa syariat seperti perintah sembahyang dan sebagainya.

Saudara; Dalam pertemuan Musa dengan tuhannya di wadi yang sungguh suci ini nabi Musa turut menerima mukjizat dan beberapa perintah . Nabi Musa menerima perintah supaya bertemu dengan Firaun dan berdakwah kepadanya agar dia kembali kelandasan yang benar. Satu perintah yang sangat sukar untuk dilaksanakan oleh nabi Musa.

Perintah yang menghilangkan segala kekhuatiran dan ketakutan yang ditanggung sekian lama. Bagaimanakah nabi Musa melaksanakan tugasnya? Apakah mukjizat yang dibekalkan oleh Allah untuk nabi Musa berhadapan dengan Firaun dan kebesaran pemerintahannya. Isya Allah kita akan menyambung kisah ini dalam siri yang akan datang. Insya Allah!!Wabillahittaufiq wal hdayah.Wassalamu ‘alaikum wmt.

Comments

Popular posts from this blog

Soalan Berkaitan Dengan Talak Bain Sughra Dan Talak Bain Kubra

Isu Agihan Daging Korban Seekor Lembu , Mestikah 7 Bahagian?

Keliru Soal Mandi Wajib Kerana Was-Was

Lawatan Ke Rumah Seri Kenangan ; Hargai Warga Tua

Sepanduk-Sepanduk Menarik Pelbagai Kategori Sempena Pertandingan Sepanduk Maulidur Rasul 1432H/ 2011M

Pekerja Hotel Dan Sisa-Sisa Babi

Hukum Penggunaan Tanduk Rusa

Bila Nak Mulakan Takbir Raya Adha?