Sekadar Mencari Beza

Bendera Malaysia direkabentuk oleh Mohamed Hamzah;

Beberapa Maklumat Mengenai Bendera Dan Mohamed Hamzah.


Inilah wajah pencipta bendera Malaysia atau kini lebih dikenali sebagai Jalur Gemilang. Beliau ialah allahyarham Mohamed bin Hamzah. Berasal dari Johor Bahru dan bertugas sebagai kakitangan Jabatan Kerja Raya (JKR) Johor.

Beliau menamatkan persekolahan di English College (kini Maktab Sultan Abu Bakar) dan amat berbakat dalam bidang seni lukis. Beliau menyertai pertandingan merekacipta bendera Persekutuan Tanah Melayu pada tahun 1947 yang diadakan oleh pemerintah pada masa itu. Ketika itu beliau berusia 29 tahun.

Beliau meninggal dunia pada 19 Februari 1993, kira² 14 hari sebelum usianya 75 tahun di rumah keluarga beliau di Jalan Stulang Baru, Kampung Melayu Majidee. Walaupun beliau sudah tiada lagi, namun jasanya tetap dikenang hingga akhir zaman.

**********************************
Dokumen Mengenai Lakaran Bendera;



Terfikir juga bagaimana Mohamed Hamzah merekabentuk bendera Malaysia semacam bendera Amerika Syarikat (US).

Sekadar mencari beza supaya nampak dimana tidak samanya. Sama-sama perhati lah ye...

bendera M'sia

-14 jalur (negeri²+wilayah p'sekutuan)
-kaler² mcm terang sket,striking je

bendera US

-13 jalur (negeri dia)
-kaler biru merah tu mcm gelap sket

lagi bendera macam sama..

Liberia (11 jalur je)
n Hawaii (kemudian jadi negeri US)



Bendera kita dikatakan sama dengan British East India Company sebab bendera ni lagi lama...

Comments

Popular posts from this blog

Soalan Berkaitan Dengan Talak Bain Sughra Dan Talak Bain Kubra

Isu Agihan Daging Korban Seekor Lembu , Mestikah 7 Bahagian?

Keliru Soal Mandi Wajib Kerana Was-Was

Lawatan Ke Rumah Seri Kenangan ; Hargai Warga Tua

Sepanduk-Sepanduk Menarik Pelbagai Kategori Sempena Pertandingan Sepanduk Maulidur Rasul 1432H/ 2011M

Pekerja Hotel Dan Sisa-Sisa Babi

Hukum Penggunaan Tanduk Rusa

Bila Nak Mulakan Takbir Raya Adha?