Maksiat Bukan Lagi Memalukan...

Pagi ini saya melayari beberapa blog dan saya berminat dengan apa yang dipaparkan oleh sebuah blog yang menulis tentang artis dan sebahagian tingkah laku manusia muslim yang sudah hilang jati diri dan merendahkan agama mengikuti hawa nafsu sendiri. Mengapa dangkalnya hujah orang islam untuk menghalalkan dosa dan maksiat yang telah mereka lakukan.

Sebagai contohnya apa yang diungkapkan oleh mereka bila ditangkap khalwat, minum arak dan sebagainya. jawabannya mudah; "alah suka sama suka, apa salahnya?" , "biasalah beb, orang lain buat tak kan kita tak boleh kot? " , "Dah ikut peredaran zaman" dan macam-macam lagi.

Begitulah sesuatu yang semacam sudah boleh diterima-pakai dalam masyarakat Islam Melayu kita hari ini. Saya tidaklah nak ulas banyak-banyak dan saya rasa apa yang dilontarkan oleh saudara kita ni ada benarnya; ikutilah sebagian catatan dan persoalannya untuk bahan fikiran kita bersama sambil-sambil fikir apa cara terbaik untuk kita tanganinya....

***********************************************

“Kami bukan berzina.. bercumbu sahaja”

Segelintir artis kita `maju' setapak lagi ke hadapan dengan perilaku yang semakin melampau akhir-akhir ini…! Yang terbaru seorang pelakon tanpa segan silu menjawab seperti tertera di atas apabila ditanya berkenaan dengan adegan bercumbuannya yang dipaparkan media!

Bercumbu tidak salah? Apatah lagi ditatap umum? Pada penanda aras manakah yang digunapakainya untuk menilai tingkah-lakunya sebagai seorang melayu dan Islam? Beginikah perilaku orang timur yang telah dididik dengan akhlak dan moral ketimuran sejak dari kecil?

Bukan beliau sahaja yang terlibat dengan kontroversi akhir-akhir ini malah ada lagi remaja termasuk artis yang melampau dalam pergaulan bebas yang ‘dihalalkan’. Masyarakat seakan dipaksa untuk menerima budaya baru ini sebagai sebahagian daripada rutin kehidupan.

Sedikit masa dulu kita digemparkan dengan lakonan video lucah artis terkenal, kisah gambar bogel, adegan cium-cium dan pakaian yang terlampau menjolok mata. Mereka inilah yang menjadi idola dan `trendsetter’ bagi muda-mudi sekarang. Adakah perangai yang buruk sebegini boleh menjadi contoh teladan untuk melahirkan modal insan yang baik? (...baca lagi klip sini)

***********************************************

Menjelang Hari Kemerdekaan, Merdeka bentuk apa yang kita nak???

Menjelang Bulan Ramadhan, Puasa Bentuk Apa yang kita mahu Usahakan? Agaknya Puasa kita nanti mampu melahirkan insan bertaqwa atau tidak? Jika gagal benarkah kita telah merdeka dan benarkah kita telah berpuasa seperti yang dikehendaki Allah SWT...

Comments

Popular posts from this blog

Soalan Berkaitan Dengan Talak Bain Sughra Dan Talak Bain Kubra

Isu Agihan Daging Korban Seekor Lembu , Mestikah 7 Bahagian?

Keliru Soal Mandi Wajib Kerana Was-Was

Lawatan Ke Rumah Seri Kenangan ; Hargai Warga Tua

Sepanduk-Sepanduk Menarik Pelbagai Kategori Sempena Pertandingan Sepanduk Maulidur Rasul 1432H/ 2011M

Pekerja Hotel Dan Sisa-Sisa Babi

Hukum Penggunaan Tanduk Rusa

Bila Nak Mulakan Takbir Raya Adha?