Kakitangan Awam Dapat Bonus

Kemaskini: MalaysiaKini & TKO.fm

bajet 2009 budget 2009Bajet 2009: Ada apa-apakah yang menarik? Kakitangan kerajaan juga yang diutamakan daripada lain-lain kataegori rakyat dengan pemberian bonus sebulan gaji.



Seramai 1.2 juta kakitangan awam akan menerima bonus sebulan gaji atau minimum RM1,000 yang akan dibayar melalui dua kali pembayaran iaitu pada September dan Disember.

Perdana Menteri Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi berkata pemberian bonus itu sebagai menghargai peningkatan produktiviti dan sumbangan kakitangan sektor awam kepada pembangunan negara.

"Kerajaan bersetuju memberi bonus bersamaan sebulan gaji dengan minimum RM1,000 bagi tahun 2008.

Bonus akan diberi dalam dua bayaran, pada bulan September dan Disember 2008," kata Abdullah, yang juga Menteri Kewangan, ketika membentangkan Bajet 2009 di Parlimen, hari ini.

Menurut Bernama, kali terakhir kakitangan awam menerima bonus ialah pada 2007 dengan pemberian sebulan gaji atau minimum RM1,500 melalui dua kali pembayaran

Pada tahun lepas, tiada bonus diberikan selepas kerajaan pada Julai memberikan pelarasan gaji antara 7.5 dan 35 peratus.

Pencen dinaikkan

Abdullah juga mengumumkan bahawa pesara kerajaan yang berkhidmat sekurang-kurangnya 25 tahun akan menerima pencen tidak kurang daripada RM720 ebulan mulai 1 Januari 2009.

Seramai 75,000 pesara wajib termasuk penerima pencen terbitan akan mendapat anfaat ini, dengan peruntukan tambahan RM140 juta pada tahun depan.

Abdullah berkata langkah itu bertujuan untuk membantu pesara berpendapatan rendah yang menghadapi kesukaran menampung sara hidup harian.

Kerajaan menghargai jasa pesara yang telah menyumbang kepada kemajuan yang negara kecapi hari ini, kata Abdullah yang juga Menteri Kewangan semasa membentangkan Bajet 2009 di Dewan Rakyat.

Perdana menteri juga mengumumkan bahawa bayaran tol untuk semua bas, kecuali di pintu masuk sempadan, akan dikurangkan 50 peratus bagi dua tahun sementara cukai jalan bagi bas dan teksi akan dipotong sebanyak RM20 setahun bagi mengurangkan beban pengusaha bas dan teksi.

Kurang bayaran tol

Pengurangan bayaran tol, kecuali di pintu masuk Tambak Johor, Link Kedua dan Bukit Kayu Hitam, akan berkuatkuasa mulai 15 September tahun ini.

Berikutan itu, katanya, kerajaan akan memberi pampasan kepada operator tol terhadap kehilangan hasil berikutan pengurangan bayaran ini yang dianggarkan sebanyak RM45 juta setahun.

Beliau berkata pengusaha bas akan diberikan pengecualian cukai jualan terhadap pembelian bas baru yang dipasang dalam negara dan perbelanjaannya diberi Elaun Modal Dipercepatkan.

Abdullah yang juga Menteri Kewangan berkata pemotongan cukai jalan sebanyak RM20 ialah bagi semua bas dan teksi termasuk kereta sewa pandu dan limousin.

Beliau berkata kerajaan akan menyediakan kemudahan pinjaman mudah melalui Dana Pengangkutan Awam sebanyak RM3 bilion di bawah Bank Pembangunan Malaysia Berhad untuk membiayai perolehan aset bas dan rel.

Abdullah juga berkata untuk memastikan perhatian khusus diberikan kepada usaha memajukan sistem pengangkutan awam bandar secara menyeluruh, Suruhanjaya Pengangkutan Awam Darat akan ditubuhkan di bawah Jabatan Perdana Menteri untuk merancang, mengintegrasi, mengawal selia dan memajukan sistem perkhidmatan
pengangkutan awam.

Suruhanjaya ini dijangka mula beroperasi pada pertengahan tahun 2009, katanya.

Comments

Popular posts from this blog

Soalan Berkaitan Dengan Talak Bain Sughra Dan Talak Bain Kubra

Isu Agihan Daging Korban Seekor Lembu , Mestikah 7 Bahagian?

Keliru Soal Mandi Wajib Kerana Was-Was

Lawatan Ke Rumah Seri Kenangan ; Hargai Warga Tua

Sepanduk-Sepanduk Menarik Pelbagai Kategori Sempena Pertandingan Sepanduk Maulidur Rasul 1432H/ 2011M

Pekerja Hotel Dan Sisa-Sisa Babi

Hukum Penggunaan Tanduk Rusa

Bila Nak Mulakan Takbir Raya Adha?