Posts

Showing posts from August, 2008

Untuk Mereka Yang Suka "Bersumpah"

Orang Munafik Suka Bersumpah Penceramah ialah Dr Fatma El Zahra. Sedikit sedutan ceramahnya itu pernah disiarkan dalam program Al-Hidayah siaran TV3 tidak lama dulu... Video klip ini didedikasikan untuk Saiful Bukhari Azlan, Najib Tun Razak dan Tajol Rosli Ghazali yang melihat sumpah menjadi jalan keluar daripada masalah mereka dan penyelesaian dalam isu yang dihadapi mereka. Juga buat sesiapa saja yang tidak mahu tunduk kepada hukum Allah SWT dan memilih jalan sumpah atas segala sesuatu yang dihadapi oleh mereka. Firman Allah SWT : "(Orang-orang Munafiq) suka mengambil sumpah sebagai perisai mereka sedangkan mereka itu suka berpaling daripada jalan Allah SWT dan amat buruklah pekerjaan mereka itu" -Surah Al-Munafiquun; Ayat 2. Semoga kita saling bertazkirah supaya kita tidak mudah mempersendakan hukum Allah SWT dan tidak menjadikan kata-kata kita sebagai permainan lidah. Kembalilah kita semua kepada hukum dan syariat yang menjadi undang-undang Allah SWT sebagai pemutus y

Ramadhan : Walaupun seteguk air, sahur pelihara kesihatan

Image
Oleh : Nuraiman's seIndah Mutiara hAti Ramadhan : Walaupun seteguk air, sahur pelihara kesihatan BERSAHUR adalah amalan penting pada Ramadan. Bagi mereka yang hanya mengkaji ilmu fikah akan berkata: “Oh, bersahur hukumnya adalah sunat saja.” Andai kata hukum ini dikaitkan dengan hadis sahih, kita akan menyedari betapa pentingnya sahur ini walaupun hukumnya adalah sunat. Rasulullah saw bersabda yang bermaksud : “Bersahurlah kamu kerana pada sahur itu ada berkat.” (Hadis riwayat Bukhari, Muslim, Ahmad, Tirmizi, Nasai dan Ibn Majah). Amalan bangun sahur ini membezakan antara puasa orang Islam dengan puasa orang Yahudi dan Nasrani (ahli kitab) . Hal ini disebut dalam sabda Rasulullah yang diriwayatkan oleh Imam Muslim, yang bermaksud : “Perbezaan di antara puasa kami dengan puasa ahli kitab (Yahudi dan Nasrani) ialah adanya makan sahur.” Sahur adalah satu rahmat dan berkat yang dikurniakan Allah ke atas umat Islam. Anjuran bersahur itu dapat dilihat lagi dalam hadis Nabi be

Hiburan Alternatif Hiburan Islam

Oleh isma daud Orang banyak mengkritik soal hiburan yang membawa kepada kerosakan dan menjauhkan peminatnya daripada Allah SWT. Mungkin ini satu contoh hiburan yang perlu didokong oleh pejuang Islam. Ruang kosong itu mesti diisi segera. Berilah sokongan.... Persembahan di atas oleh Azhan Atan. Program Akademi Nasyid ini disiarkan secara langsung jam 8.30 malam, di Tv9. Di samping kita menjelaskan apa itu muzik dan hiburan Islam maka usaha menggantikan hiburan yang tiada hala tuju dan matlamat perlu diberi tempat sewajarnya dan disokong oleh umat Islam semua. Bagi yang mula berjuang dalam bidang hiburan Islam perlu gigih berjuang mewujudkan satu suasana Islamik kerana kita perlu mengketengahkan Islam itu dalam apa jua bidang, termasuk hiburan. Anda mempunyai tanggungjawab terhadap bidang hiburan ini. Bukan sahaja politik atau pengurusan negara harus Islamik, industri hiburan ini haruslah dipenuhi oleh golongan seperti ini, maka usaha murni ini memerlukan sokongan umat Islam semua.. Wal

Kakitangan Awam Dapat Bonus

Image
Kemaskini : MalaysiaKini & TKO.fm Bajet 2009: Ada apa-apakah yang menarik? Kakitangan kerajaan juga yang diutamakan daripada lain-lain kataegori rakyat dengan pemberian bonus sebulan gaji. Seramai 1.2 juta kakitangan awam akan menerima bonus sebulan gaji atau minimum RM1,000 yang akan dibayar melalui dua kali pembayaran iaitu pada September dan Disember. Perdana Menteri Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi berkata pemberian bonus itu sebagai menghargai peningkatan produktiviti dan sumbangan kakitangan sektor awam kepada pembangunan negara. "Kerajaan bersetuju memberi bonus bersamaan sebulan gaji dengan minimum RM1,000 bagi tahun 2008. Bonus akan diberi dalam dua bayaran, pada bulan September dan Disember 2008," kata Abdullah, yang juga Menteri Kewangan, ketika membentangkan Bajet 2009 di Parlimen, hari ini. Menurut Bernama, kali terakhir kakitangan awam menerima bonus ialah pada 2007 dengan pemberian sebulan gaji atau minimum RM1,500 melalui dua kali pemb

Intipati bajet 2009 'Kerajaan Prihatin'

Image
Sumber: MalaysiaKini Berikut adalah intipati Bajet 2009 yang dibentangkan oleh Perdana Menteri Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi, di Dewan Rakyat hari ini. Jumlah bajet Bajet 2009 sebanyak RM207.9 bilion - naik 5.1 peratus dari tahun lalu. Dari jumlah itu RM154.2 bilion bagi peruntukan mengurus manakala RM53.7 bilion bagi peruntukan pembangunan. Peruntukan pengurusan - RM86.3 bilion atau 56.6 peratus (pemberian dan kenaan bayaran tetap); RM38 bilion (emolumen), RM26.5 bilion (perkhidmatan dan bekalan), RM2.4 bilion (pembelian aset) dan RM1 bilion (perbelanjaan lain). Peruntukan pembangunan - RM27.8 bilion (sektor ekonomi - pertanian, perindustrian, perindustrian dan infrastruktur), RM17.8 bilion (sektor sosial - pendidikan, kesihatan dan perumahan), RM4.1 bilion (sektor keselamatan), RM2.1 bilion (pentadbiran) dan RM2 bilion (simpanan luar jangka). Bajet 2009 menumpukan kepada langkah-langkah yang akan memastikan kesejahteraan yang telah dibina selama ini terus terjamin dan untuk itu