Buat Renungan : Kajian Sains Dalam Zikrullah

Daripada seorang hamba Allah telah menyebut dalam emelnya ;

Satu di antara kekuatan yang Allah kurniakan kepada umat Islam ialah zikrullah. Dalam kitab sohih Muslim, Nabi saw pernah memuji golongan yang dikenali sebagai ” Sabaqal mufarradun ” yang bermaksud “Telah mendahului mereka yang tersendiri “. Lantas para sahabat ra bertanya kepada baginda. Siapakah sebenarnya golongan Al mufarradun ini?. Maka Nabi menjawab mereka ialah golongan lelaki dan wanita yang banyak berzikir kepada Allah swt. Itulah golongan istimewa yang mendapat pujian. Menyedari kelebihan zikir, golongan sahabat di zaman Nabi khususnya dan di peringkat awal Islam amat mementingkan zikir terutamanya zikir dengan hati.

Kesannya, umat Islam pada zaman itu berjiwa tenang dan sentiasa dikurniakan ilham sehingga mereka mampu menghadapi masalah-masalah yang besar dan kemudiannya dapat menewaskan musuh mereka dan menegakkan empayar Islam.Mereka dapat tahap kecemerlangan yang luar biasa kerana mereka memperolehi kekuatan dari dalam diri dan bukannya dari luar. Mereka tidak mengadu kepada orang lain berhubung dengan kesilapan diri sendiri tidak seperti kita orang Islam pada hari ini. Jika berlaku apa-apa masalah pada umat Islam kita dengan cepat menyalahkan barat, yahudi dan sebagainya tetapi tidak pernah salahkan diri kita sendiri yang cuai, leka, alpa, yang tidur banyak dan seumpamanya.Umat dahulu mereka banyak bermuhasabah dengan diri mereka sendiri.

Justeru mereka banyak berzikir dan berusaha memperbaiki diri sendiri sehinggalah akhirnya Allah memberikan pertolongan dan bantuan kepada mereka.

Jika dilihat dari sudut saintifik, Professor Herbert Benson daripada Harvard Medical School membuat kesimpulan berdasarkan kajian yang dibuat bahawa mereka yang bermeditasi secara mendalam sebenarnya sedang menghilangkan tekanan pada diri mereka. Ini kerana otak menggunakan 17% lebih rendah oksigen daripada biasa sewaktu bermeditasi atau berzikir. Denyutan jantung mereka juga lebih rendah daripada orang lain. Maksudnya, tekanan pada jantung tidak wujud sewaktu kita tenggelam dalam zikir. Ketiganya otak mengeluarkan satu gelombang yang bernama Gelombang Theta ataupun Theta Wave.

Pada kebiasaannya kita mengeluarkan Gelombang Beta jika kita sedang berfikir. Tetapi dalam keadaan berzikir, otak kita mengeluarkan gelombang baru yang bernama Theta yang merupakan gelombang ketenangan. Mengikut pakar-pakar yang mengkaji tentang gelombang ini, di saat gelombang ini dikeluarkan, sistem badan kita turut berubah. Antara kajian yang menarik ialah, kajian yang berkaitan dengan sistem Imiul atau sistem pertahanan badan.

Mereka mendapati bahawa golongan yang banyak bermeditasi sebenarnya mempunyai sistem pertahanan badan yang lebih mantap daripada orang lain terutama orang yang sentiasa sibuk ke sana ke mari. Selain itu, orang yang banyak berzikir dijanjikan Allah dengan ilham yang istimewa sepertimana firman Allah yang bermaksud : ” Orang yang bersungguh-sungguh membersihkan dirinya melawan hawa nafsunya, kami yakni Allah akan tunjukkan jalan-jalan kami kepada mereka”. Oleh sebab itulah maka kehidupan orang yang selalu berzikir akan tenang dan dipermudahkan oleh Allah..Lihat sahajalah para Khulafa’ al-Rashidin yang tetap tenang walaupun terpaksa menguruskan empayar Islam yang tidak terhingga luasnya..Bandingkanlah pula dengan kita hari ini yang begitu lemah hingga tidak mampu untuk menguruskan urusan harian walaupun urusan kita tidak seberapa mana besar dan hebatnya..

Demikianlah bezanya golongan yang mendapat ilham dan golongan yang hanya bergantung kepada kemampuan dan keupayaan diri tanpa pergantungan kepada Allah.

Comments

Popular posts from this blog

Soalan Berkaitan Dengan Talak Bain Sughra Dan Talak Bain Kubra

Isu Agihan Daging Korban Seekor Lembu , Mestikah 7 Bahagian?

Keliru Soal Mandi Wajib Kerana Was-Was

Lawatan Ke Rumah Seri Kenangan ; Hargai Warga Tua

Sepanduk-Sepanduk Menarik Pelbagai Kategori Sempena Pertandingan Sepanduk Maulidur Rasul 1432H/ 2011M

Pekerja Hotel Dan Sisa-Sisa Babi

Hukum Penggunaan Tanduk Rusa

Bila Nak Mulakan Takbir Raya Adha?