Sepanjang Jalan Di Sibu

@Facebook ~ "Tinta Dakwah Al Maranji"

~ Salam Persahabatan , Terima Kasih.

Monday, July 28, 2008

Dilema guru

Bestari

Oleh Ruhaiza Rusmin
ruhaiza@hmetro.com.my



USAHA memperkasakan sektor pendidikan ke peringkat global perlu dilaksanakan menerusi mekanisme sesuai bagi menjamin tahap kualiti sasaran mampu dicapai.

Antaranya, meningkatkan mutu pendidikan, taraf kela yakan, prasarana asas, kualiti pendidik serta modul diguna pakai agar setara dengan piawaian ditetapkan.

Namun, usaha ini lambat kerana terlalu banyak rungutan, polemik dan sikap guru yang tidak dedikasi atau bekerja semata-mata mahu mengelak menjadi penganggur terhor mat.

Natijahnya, kredibiliti sektor pendidikan dipertikai dan dicemari unsur tidak telus menyebabkan segelintir ma syarakat hilang kepercayaan.

Lebih memburukkan keadaan, pelajar juga semakin hilang hormat kepada guru manakala guru pula tidak mampu mengambil sebarang tindakan kerana terikat pelbagai per aturan.

Senario ini memberi impak buruk kepada pendidik dan institusi pendidikan serta menggugat usaha memartabatkan profesionalisme ini ke peringkat tertinggi.

Mengulasnya, konsultan pendidikan, Chiam Tah Wen, berkata persepsi negatif itu boleh membantutkan usaha meninggikan taraf pendidikan yang dirancang.

Menurutnya, institusi pendidikan dan guru perlu menerima pengiktirafan tertinggi selain tidak boleh dicemari isu yang boleh menggugat kredibiliti ke peringkat global.

“Sejak dulu lagi, masyarakat memandang tinggi guru dan institusi pendidikan kerana yakin mampu menjana pem bangunan bangsa pada masa depan.

“Malangnya, isu, polemik dan insiden yang tercetus sejak kebelakangan ini bagai merentap kepercayaan itu hingga ada pihak hilang keyakinan.

“Pendidikan perlu telus bagi menghasilkan kejayaan dan kegemilangan masa depan, ” katanya.

Sejak kebelakangan ini, pelbagai isu mengenai pendidikan dipaparkan media sehingga menimbulkan banyak persoalan di kalangan masyarakat.

Dulu, institusi pendidikan dan guru boleh berjalan seiring tanpa kerenah birokrasi atau tentangan masyarakat.

Bagaimanapun, katanya, perubahan zaman, tahap pen didikan, pendedahan serta mudahnya mendapat maklumat mengubah mentaliti masyarakat.

Menurutnya, ibu bapa dulu sangat menyanjungi guru, manakala pelajar pula dididik supaya menganggap mereka insan perlu dihormati.

“Situasi ini meningkatkan lagi nilai kualiti guru. Malangnya kini, keadaan berubah, malah ibu bapa lebih banyak men dengar kata anak selain kerap menyalahkan guru.

“Ada segelintir guru bersikap tidak dedikasi ketika men jalankan tugas, hanya mengharapkan gaji bulanan semata- mata. Mereka enggan bertanya atau langsung tidak me ngambil berat, jurang dengan pelajar begitu jauh.

“Apabila dua situasi ini bertemu, bagaimana kita meng harapkan institusi pendidikan berjalan lancar?

“Jika berterusan dengan ego masing-masing, mangsanya ialah institusi pendidikan,” katanya.

Beliau berkata, ada ibu bapa hanya mengharapkan guru mendidik anak mereka dan bersikap lepas tangan manakala guru pula kerana takut dimarahi atau dikenakan tindakan bersikap berdiam diri.

“Justeru, di manakah penyelesaiannya?

“Untuk melahirkan institusi pendidikan terbaik dan pelajar cemerlang, suasana harmoni perlu diwujudkan.

“Saya percaya, apabila pihak tidak puas hati boleh me luahkan perasaannya, masalah boleh diatasi,” katanya.

Menurutnya, guru perlu tahu hak, gunakan saluran betul untuk mempertahankan diri, kebenaran atau teraniaya. Ma nakala masyarakat atau ibu bapa jangan bersikap cepat menghukum, berjumpa atau bincanglah dengan baik.

“Perbalahan boleh menyebabkan institusi persekolahan dan pendidikan serta masyarakat runtuh, ini merugikan negara dan bangsa.

“Bagi menanganinya, kekangan atau masalah sedia ada perlu dibincangkan secara telus tanpa membabitkan emosi atau ‘kekuasaan’.

“Ibu bapa perlu berfikiran terbuka jika anak mereka di hukum, selidik dulu sebelum mengambil apa jua tindakan.

“Guru pula perlu tunjukkan kredibiliti sebagai golongan diamanahkan mencurah ilmu.

“Jika semua pihak bersatu dan bekerjasama, saya yakin institusi pendidikan akan diangkat semula ke mercu seperti era 70-an,” katanya.

Konsep agama: Ambil pengajaran Israk dan Mikraj

Dikirim pada oleh HermanSamsudeen

Oleh Ustaz Zainudin Hashim

Umat Islam seluruh dunia akan menyambut ketibaan peristiwa agung iaitu Israk dan Mikraj yang ada disebut dalam ayat pertama surah al-Israk tidak lama lagi. Mereka tidak akan melepaskan peluang keemasan yang datang sekali setahun dalam bulan hijriah. Ia bagaikan dinanti-nanti oleh pencinta agama Islam, kerana kepentingannya dalam mentarbiyah jiwa manusia ke arah kesempurnaan. Iklan

Israk dan Mikraj adalah salah satu peristiwa penting yang berlaku pada diri baginda Rasulullah s.a.w. Ia juga dianggap salah satu komponen daripada ‘Sirah Nabawiyyah’, yang bermaksud: Sirah Nabawiyyah adalah pelaksanaan Islam secara praktikal dan contoh tepat dalam menegakkan sebuah negara Islam - Syeikh Munir Muhammad al-Ghadban / Al-Manhaj al-Haraki Li as-Sirah an-Nabawiyyah, juzuk 1, Maktabah al-Wafa’, Mansoorah, Mesir � 1986.

Ulama berselisih pendapat dalam menentukan ketetapan tarikh berlakunya peristiwa penting itu. Menurut Ibn Ishaq ia berlaku selepas 10 tahun baginda dilantik menjadi Rasul. Az-Zuhri pula berpendapat ia berlaku setahun sebelum baginda berhijrah ke Madinah iaitu pada bulan Rabiul Awal, sementara as-Saddi menegaskan ia berlaku pada bulan Rabiul Awal, 16 bulan sebelum baginda berhijrah. Ada pun al-Hafiz Abdul Ghani Ibn Surur al-Maqdasi berpendapat ia berlaku pada 27 Rejab sebelum penghijrahan baginda ke Madinah.

Sementara Syeikh Prof Dr Yusuf al-Qaradawi pula berpendapat, bahawa riwayat mengenai peristiwa Israk dan Mikraj terdapat banyak pembohongan dan riwayat palsu yang boleh menggugat kedudukan iman Muslim, kerana peristiwa tersebut tidak berlaku pada bulan Rejab berdasarkan penjelasan al-Hafiz Ibnu Hajar al-’Asqalani, di mana ia tidak berlaku pada malam 27 Rejab kerana ia tidak disokong dengan hadis-hadis Sohih atau pun kata-kata Sahabat yang Sohih.

Itulah juga pendapat Imam an-Nawawi daripada mazhab Imam as-Syafie dan Imam Abu Ishaq yang berpendapat bahawa Israk Mikraj berlaku pada malam 27 Rabiul Awal. Justeru tiada nas yang menyebut keistimewaan beramal pada hari tersebut, sama ada dengan ibadat puasa atau yang lain, kerana puasa pada hari yang tidak jelas bila berlaku peristiwa itu adalah sebahagian daripada perkara bidaah, kerana tiada nas yang jelas menyuruhnya, tetapi jika kebetulan ia jatuh pada hari Isnin atau Khamis, puasa yang dilakukan itu dibolehkan kerana Nabi sering melakukannya.1

Tetapi apa yang penting diambil iktibar daripada peritiwa itu, ialah pengajaran mengenai perjalanan baginda dari Masjid al-Haram ke Masjid al-Aqsa dan mikraj Rasul hingga ke langit ketujuh (Sidratul Muntaha).2

Adapun berpuasa sunat pada bulan Rejab secara umumnya adalah sesuatu digalakkan berdasarkan satu hadis do’if yang disebut oleh Imam as-Suyuti daripada Ibnu Abbas, baginda bersabda maksudnya: “Sesiapa yang berpuasa sehari dalam bulan Rejab, dia bagaikan berpuasa satu bulan, sesiapa yang berpuasa tujuh hari, maka dia tidak akan dimasukkan ke dalam neraka (kerana ia telah ditutup buatnya), sesiapa yang berpuasa sepuluh hari, maka segala kejahatannya diganti dengan segala kebaikan.” 3

Adakah Israk berlaku dengan roh dan jasad Nabi?

Musuh-musuh Islam terutamanya di kalangan Orientalis barat, telah meletakkan jarum-jarum mereka dalam penulisan buku-buku sejarah dan sirah baginda Rasulullah s.a.w. Ia bertujuan agar umat Islam yang membacanya akan terkeliru dengan fakta sebenar mengenai perjalanan Israk dan Mikraj.

Mereka berpendapat, bahawa peristiwa Israk dan Mikraj hanya berlaku dalam mimpi baginda, iaitu hanya dengan roh sahaja dan tidak dengan jasad sekali, itu hanya dakwaan Muhammad semata-mata.

Namun bagi para ulama pula, mereka sepakat menyatakan bahawa Israk dan Mikraj yang berlaku ke atas baginda Rasulullah s.a.w. dengan roh dan jasad sekali, tidak hanya dengan roh seperti yang didkawa oleh musuh-musuh Islam.

Ini kerana mereka berpendapat, bahawa ungkapan perkataan ‘hamba-Nya’ dalam ayat pertama mengenai Israk merangkumi roh dan jasad pada diri seorang insan khususnya Nabi Muhammad s.a.w., sedangkan ia berlaku hanya dengan roh sahaja adalah berdasarkan riwayat-riwayat palsu yang sengaja untuk melemahkan keperibadian Rasulullah.

Sedangkan terdapat riwayat menunjukkan bahawa baginda menerima pensyariatan ibadat solat lima waktu secara langsung daripada Allah SWT adalah dengan roh dan jasad, itulah satu-satu ibadat khusus yang diberikan Allah secara langsung kepada baginda berbeza dengan ibadat-ibadat lain.

Program masjid ke masjid menjadi ukuran hiburan baginda

Peristiwa Israk dan Mikraj berdasarkan penjelasan para ulama berlaku sebelum penghijrahan baginda ke bumi Madinah. Ia sebagai satu pendekatan Allah untuk menghiburkan Nabi-Nya yang kehilangan dua tonggak kekuatan dakwah baginda, iaitu bapa saudaranya Abu Talib dan isteri tercinta iaitu Sayidatina Khadijah.

Sebagai manusia, baginda juga merasa sedih dan pedih dengan kematian dua orang penting yang banyak berjasa dalam mengembangkan sayap-sayap Islam di Makkah, namun Allah SWT mahu baginda terus berhubung kepada-Nya dalam keadaan yang penuh dengan kesedihan dan kemurungan.

Maka Allah Yang Maha Bijaksana telah merancang satu program berbentuk keagamaan, iaitu program masjid ke masjid, iaitu daripada Masjid al-Haram di Makkah ke Masjid al-Aqsa di Palestin, inilah contoh terbaik satu bentuk hiburan bagi menghilangkan perasaan gundah gulana yang dialami baginda selepas kematian dua tokoh terpenting.

Ia berlaku dalam semalaman sahaja yang menandakan bahawa Allah mampu bertindak demikian, walaupun ramai di kalangan manusia tidak mempercayainya malah menafikannya, sehingga pada waktu itu datang Abu Bakar as-Siddiq tanpa mengambil masa panjang terus mengiyakan peristiwa berkenaan.

Hasil daripada program masjid ke masjid

Yang paling penting daripada peristiwa Israk dan Mikraj, ialah baginda menerima kewajipan solat lima waktu yang dijemput Allah secara langsung di langit yang ketujuh.

Walaupun pada peringkat awal, Allah mewajibkan 50 waktu solat yang dijangkakan bahawa umatnya tidak mampu untuk melakukannya atas nasihat Nabi Musa a.s, maka baginda terus melakukan tawar menawar dengan Allah agar dikurangkan kepada jumlah yang sedikit.

Baginda berjumpa dengan Allah dengan merayu kepada-Nya supaya ia dikurangkan, dengan perasaan malu baginda tetap berjumpa Allah sehingga ia dikurangkan kepada lima waktu, itulah pengorbanan dan ingatan baginda terhadap umatnya.

terdapat di kalangan umatnya tidak berterima-kasih kepada baginda kerana sanggup meninggalkan solat fardu berkenaan, walaupun kita hanya melakukan lima waktu, tetapi diganjari dengan lima puluh pahala, berbeza dengan umat terdahulu, lima puluh waktu solat hanya diganjari satu pahala setiap solat. Inilah kelebihan kita sebagai pengikut dan umat Nabi Muhammad, tetapi mengapa masih ramai yang mengabaikan tanggungjawab ini, sedangkan solat adalh perkara pertama yang ditanya oleh Allah pada hari Qiamat, tidak yang lain.

Baginda mengimamkan solat nabi-nabi sebelum dimikraj

Baginda Nabi Muhammad s.a.w. sebelum berangkat dengan ‘Buraq’ untuk menuju langit ketujuh, menjadi imam solat kepada nabi-nabi terlebih dahulu, antaranya Nabi Musa a.s., ia berdasarkan sebuah hadis, di mana baginda bersabda: “Jika Musa bin Imran diutus di kalangan kamu, maka tiada sebab dia menjadi salah seorang pengikutku.”

Suasana solat berjemaah yang diimamkan oleh baginda nabi Muhammad s.a.w. itu menunjukkan bahawa para nabi semuanya akur terhadap kedudukan baginda sebagai Rasul terakhir yang menyempurnakan syariat agama Allah.

Mereka bersalaman antara satu sama lain sebagai tanda kesyukuran dan simbolik menyerahkan tugas kerasulan kepada Nabi Muhammad s.a.w., ia juga sebagai satu petanda betapa hubungan antara Masjid al-Haram dan Masjid al-Aqsa begitu intim dan akrab, apatah lagi majoriti para nabi di kalangan Bani Israil yang merupakan kiblat pertama umat Islam di muka bumi ini, selain menjadi syiar agama Islam terdahulu.

Ia juga menunjukkan bahawa kepimpinan baginda Rasulullah s.a.w sebagai Nabi terakhir diperakui oleh Allah, sebagaimana yang ditegaskan menerusi beberapa ayat al-Quran mengenainya.4

Pengajaran penting daripada Israk dan Mikraj

Menurut Syeikh Prof Dr Yusuf al-Qaradawi, menerusi peristiwa berkenaan, kita boleh fokuskan kepada dua perkara penting, pertama berhubung dengan Masjid al-Aqsa dan hubungan dengan Masjid al-Haram, kedua mengenai kewajipan solat yang diserahkan Allah kepada Nabi Muhammad s.a.w.

Persoalannya di sini, mengapa Allah tidak memperjalankan baginda terus ke langit ketujuh, tetapi singgah dahulu di Masjid al-Aqsa?

Ini kerana Allah mahukan agar baginda bertemu dengan para Anbiya terlebih dahulu bagi menyatakan sokongan padu mereka terhadap kerasulan Nabi Muhammad, di samping mahu baginda singgah di sebuah tempat yang penuh dengan keberkatan daripada Allah SWT seperti yang disebut dalam ayat pertama surah al-Israk.

Kepimpinan baginda menjadi titik tolak penyatuan akidah dan syariat di kalangan para Anbiya, justeru baginda menjadi imam solat kepada mereka, iaitu kepimpinan bersifat global, bukan hanya untuk kaum atau bangsa tertentu, malah buat manusia sejagat yang terdiri daripada pelbagai etnik, suku kaum, bangsa yang menunjukkan kebesaran Allah dalam mencipta makhluk bernama manusia.5

Hubungan Masjid al-Haram dan Masjid al-Aqsa tidak dapat disangkal oleh individu Muslim yang sayangkan agamanya. Ini kerana dari segi sejarah menunjukkan Masjid al-Aqsa adalah kiblat pertama umat Islam sebelum berpindah kepada Masjid al-Haram hingga ke hari ini.

Justeru adalah menjadi tanggungjawab semua pihak khususnya di kalangan umat Islam membebaskan Masjid al-Aqsa dari cengkaman rejim Yahudi-Israel, kerana ia ada kaitan dengan persoalan akidah mereka.

Pengajaran kedua terpenting menerusi peritiwa Israk dan Mikraj, ialah pelaksanaan ibadat solat lima waktu, ia merupakan mikraj (lif/tangga) seorang Muslim menghadap Tuhannya, kepentingan solat juga tidak dapat dipersoal oleh mana-mana individu Muslim, walau apapun jawatan dan kedudukannya dalam masyarakat.

Apabila solat seseorang itu beres dengan Tuhannya, maka akan bereslah urusan hidupnya yang lain, hubungan roh seorang muslim itu sangat penting dengan Tuhannya, justeru ia ada kaitan dengan kedua-dua masjid yang disebutkan di atas.

Apabila seseorang itu menunaikan solat dengan penuh khusuk dan tawaduk, dia seolah-olah sedang berkata-kata dengan Allah, ia terserlah ketika membaca al-Fatihah tujuh belas kali sehari semalam, untuk menyatakan munajat dan aduannya kepada Allah bagi memudahkan tugas dan peranannya untuk menyeru manusia ke jalan kebenaran.6

1 Prof Dr Yusuf al-Qaradawi, soal jawab dalam Islamonline.net 17/8/06 (Puasa pada 27 Rejab)

2 Ibid - soal jawab dalam Islamonline.net 9/7/08 (Benarkah Israk berlaku pada malam 27 Rejab.

3 Syeikh �Atiah Saqar � soal jawab agama di Islamonline 17/7/2007 (Puasa pada bulan Rejab)

4 Syeikh Jaafar Ahmad at-Talhawi � soal jawab agama dalam Islamonline.net 30/8/04 (Kepimpinan baginda Rasulullah terhadap para Anbiya pada malam Israk dan Mikraj).

5_____al-Qaradawi � soal jawab agama dalam islamonline.net 8/8/07 (Pengajaran penting daripada peristiwa penting Israk dan Mikraj).

6 _____Ibid. - lanh _

Sunday, July 27, 2008

Jangan Hampiri Zina

kiriman e-mel;

Kami tidak berzina !
Maaf, saya tidak menuduh awak berzina, tetapi awak menghampiri zina.
Kami hanya barbual-bual, berbincang, bertanya khabar, minum-minum di kafe.. Adakah itu menghampiri zina?

Ya,perbuatan itu boleh menjerumuskan pelakunya ke lembah penzinaan.

Kami dapat mengawal perasaan dan kami tidak berniat ke arah itu.

Hari ini ya. Esok mungkin kamu kecundang.Iblis akan memerangkap kamu. Iblis amat berpengalaman dan tipu dayanya sangat halus. Ia telah menipu moyang kita yang pertama,Adam dan Hawa. Iblis amat licik. Ingat, pesanan Rasulullah : Janganlah engkau bersendirian dengan seorang wanita kecuali yang ketiganya, syaitan(Tabrani) . Kita lemah menghadapi tipu daya Iblis.

Tidak semestinya semua orang bercinta* menjurus kepada penzinaan. Ada yang bercinta dalam telefon dan hantar SMS sahaja. Tidak pernah bersua muka pun!
Betul .Tetapi itu adalah salah satu yang dimaksudkan dengan menghampiri zina. Memang pada awalnya tidak bersua muka. Tapi perasaan pasti bergelora, lambat laun desakan nafsu dan perasaan serta hasutan Iblis akan mengheret kepada suatu pertemuan. Pertemuan pertama tidak akan terhenti disitu sahaja.Percayalah, ia akan berlanjutan. Tidakkah itu boleh membawa kepada perzinaan akhirnya?

Takkan nak berbual-bual pun tak boleh? Itupun zina ke?

Zina ada bermacam-macam jenis dan peringkatnya, ada zina betul, ada zina tangan iaitu berpegang-pegangan, ada zina mata iaitu melihat kekasih dengan perasaan berahi. Zina hati iaitu dengan khayalan berahi dengan kekasih sepertimana yang digambarkan oleh Rasulullah: Kedua-dua tangan juga berzina dan zinanya adalah menyentuh. Kedua kaki juga berzina dan zinanya menuju ke tempat pertemuan. Mulut juga berzina dan zinanya adalah ciuman (Muslim dan Abu Daud).

Sebenarnya jalan menuju kepada perzinaan amat banyak. Jangan biarkan diri kita melalui mana-mana jalan perzinaan.

Duduk berdiskusi pelajaran tak boleh ke? Bincang pelajaran sahaja!(bagi kes belajar berdua-duaan SAHAJA)* Berdiskusi pelajaran, betul ke? Jangan tipu. Allah tahu apa yang terselit di dalam hati hamba-hambaNya. Kita belajar nak keberkatan. Kalau cemerlang sekalipun, kalau tidak diberkati oleh Allah, kejayaan tidak akan membawa kebahagiaan. Hidup di dunia tidak bahagia,akhirat lagi lah. Jangan berselindung disebalik pelajaran yang mulia. Allah suka kepada orang berilmu. Jadi belajar hendaklah ikut batas dan ketentuan Allah. Belajar akan jadi ibadat. Adakah berdiskusi macam ni akan ditulis oleh malaikat Raqib dan Atid.

Sungguh! Bincang pelajaran sahaja. Ni Study Group.(bagi kes berdua-duaan SAHAJA)

Study Group...? nampak lain macam saja, manja, senyum memanjang, tak macam gaya berdiskusi. Takkan study group berdua sahaja? Kemana-manapun berdua. Kalau yea pun, carilah group study ramai sikit. Kalau duduk berdua-duaan macam ni.... betul ke bincang pelajaran? Jangan-jangan sekejap saja bincang pelajaran, yang lain tu... banyak masa dihabiskan dengan fantasi cinta!
Tidaklah. Sungguh berbincang pelajaran.

Baik sungguh awak berdua. Takkanlah awak berdua tak ada perasaan apa-apa? Awak kurang sihat ke? Ingat, kita bukan malaikat, tak ada nafsu. Kita manusia. Jangan menafikan fitrah manusia. Kita ada nafsu, ada keinginan. Itulah manusia.
Kami berdua sama-sama belajar, study group, saling memberi semangat dan motivasi.

Tak adakah kaum sejenis yang boleh dijadikan rakan belajar? Habis sudahkah kaum sejenis yang boleh memberikan motivasi? Jangan hina kaum sejenis kita. Ingat, banyak orang cemerlang yang belajar hanya dengan kaum sejenis. Lebih tenang perasaan, tidak terganggu, dapat berkat dan rahmat pula .

Takkanlah tak ada langsung ruang yang dibenarkan dalam Islam untuk bercinta?
Adakah Islam membunuh terus naluri cinta? Naluri adalah sebahagian daripada kesempurnaan kejadian manusia. Naluri ingin memiliki dan suka kalau dimiliki (sense of belonging) adalah fitrah. Kalau naluri itu tidak wujud pada diri seseorang, tak normal namanya.

Islam bukan datang membunuh naluri dan keinginan itu, tidak!

Islam tidak suruh membunuh naluri seperti yang dilakukan oleh para paderi atau sami. Jangan nafikan naluri ini. Jangan berbohong pada diri sendiri. Bukan salah dan berdosa kalau perasaan itu datang tanpa diundang. Itu adalah fitrah. Cuma tudukkan naluri itu untuk patuh pada perintah Allah. Jadilah manusia yang sihat nalurinya.

Jangan jadi malaikat! Kerana Allah jadikan kita sebagai manusia. Dunia dan segala isinya akan hambar tanpa naluri atau nafsu.

Islam takde ke couple-couple ni?
Cinta secara Islam hanya satu, iaitu perkahwinan. Cinta berlaku setelah ijab kabul, cinta selepas kahwin. Itulah cinta sacral dan qudus. Cinta yang bermaruah. Bukan cinta murahan. Inilah kemuliaan Islam.

Apabila Islam menegah sesuatu perkara, tentu ia gantikan dengan sesuatu yang lebih baik. Jika ia menegah cinta antara lelaki dan perempuan sebelum kahwin, ia membawa perkahwinan sebagai ganti yang lebih baik. Sabda Rasulullah : Tidak ada yang lebih patut bagi dua orang yang saling mencintai kecuali nikah. (Ibnu Majah).

Cinta adalah maruah manusia. Ia telalu mulia. Kalau begitu, cinta* remaja semua menghampiri kepada penzinaan? Ya, kalau lelaki dan perempuan bertemu tentu perasaan turut terusik. Kemudian perasaan dilayan. Kemudian teringat, rindu. Kemudian diatur pertemuan. Kemudian duduk berdua-dua. Kemudian mencari tempat sunyi sedikit. Kemudian berbual panjang sehingga malam gelap. Hubungan makin akrab, dah berani pegang tangan, duduk makin dekat. Kalau tadi macam kawan, sekarang macam pengantin baru semalam bukankah mereka semakin hampir dengan penzinaan? Berapa ramai orang yang bercinta telah sampai kepada daerah penzinaan dan kesengsaraan. Kasihanilah diri dan ibu bapa yang melahirkan kita dalam keadaan putih bersih tanpa noda daripada seekor nyamuk sekalipun!

Masih ramai orang yang bercinta tetapi tetap selamat tidak sampai berzina. Kami tahan diuji.

Allah yang menciptakan manusia, Dia tahu kekuatan dan kelemahan manusia. Manusia tidak tahan ujian. Oleh itu Allah memerintahkan supaya jauhi perkara yang ditegah takut manusia akan kecundang. Jadi manusia itu tidak tahan diuji?

Kita manusia dari keturunan Adam dan Hawa, sejak dari awal penciptaan manusia. Allah takdirkan satu peristiwa untuk iktibar manusia. Allah tegah Adam dan Hawa supaya tidak memakan buah khuldi dalam syurga. Buah yang lain boleh makan. Allah tahu kelemahan pada ciptaan manusia. Tidak tahan diuji. Oleh itu Allah berpesan kepada Adam dan Hawa, jangan menghampiri pokok khuldi itu.

Firman Allah: Wahai Adam! Tinggallah engkau dan isterimu di dalam syurga serta makanlah dari makanannya sepuas-puasnya apa yang kamu sukai, dan janganlah kamu hampiri pokok ini. (jika kamu menghampirinya) maka kamu adalah orang-orang yang zalim. (al-Araf:19)

Tegahan yang sebenarnya adalah memakan buah khuldi. Jika menghampiri perkara tegahan, takut nanti mereka akan memakannya. Demikianlah dengan zina. Ditegah berzina. Maka jalan ke arah penzinaan juga dilarang.

Takut apabila berhadapan dengan godaan zina, kedua-duanya akan kecundang. Cukuplah kita belajar daripada pengalaman nenek moyang kita Adam dan Hawa.

Saturday, July 26, 2008

7 Ajaib Di Dunia

Isteri Kuat Berleter

Leteran isteri... Tak dak kena-mengena dengan yg hidup atau yg dah meninggal atau pun dengan orang yang menulis citer ni... kpd bakal2 suami & suami tak lupa juga kpd isteri2 & bakal2 isteri..

Ada seorg suami yg hidupnya tertekan kerana isterinya kuat berleter. Setiap hari isterinya akan beleter tak kira masa. Balik kerja lambat 1/2 jam, berleter. Bangun tidur lewat, berleter.. Rumah berselerak sikit, berleter.

Oleh kerana da tak tahan dgn leteran isterinya, si suami berjumpa dgn Hj. Ahmad, imam di kampungnya selepas Solat Jumaat. Hj. Ahmad ni memang terkenal dgn warak & kepandaiannya mengubat pelbagai penyakit. Bila di ceritakan oleh si suami tentang perangai isterinya, Hj. Ahmad ni tersenyum & bagitau pd si suami.

'Betoi ka hang ni dah tak larat dengaq bini hang berletiaq?'

'Betoi haji. Saya minta tolong sgt pd pak haji ni'.

'Kalau macam tu, hang bagi ubat ni kat minuman bini hang, biaq dia tidoq lena. Lepas tu hang pi buang dia kat dlm 1 lubang yg dlm..'

'Itu saja ke haji?'

'Itu saja. Hang pi buatlah apa yg aku suruh. Tapi hang jgn menyesal di kemudian hari.'

'Terima kasihlah haji, tgklah nanti mcm mana'.

Si suami ni rasa tak tergamak nak buat apa yg Hj. Ahmad tu suruh. Tapi bila tiba di rumah saja, si isteri terus berleter..

'Orang lain pun sembahyang Jumaat juga tapi tak ada lah balik sampai lewat sgt. Awak ni merayau ke mana?. Lain kerja tak ada, asyik merayau, merayau, merayau. Cubalah ingat sikit org kat rumah ni.'

Oleh kerana tak tertahan dgn leteran si isterinya ni, si suami ni pun nekad nak buat apa yg Hj. Ahmad ajar pd dia tadi.

Waktu maghrib tu, lepas saja selesai sembahyang, si suami ni bancuhlah ubat yg di beri oleh Hj. Ahmad tu tadi. Dia pun beri kat isterinya. Si isterinya pun sambil mengambil air itu sempat lagi berleter...

'Ni buat-buat baik ni adalah sebabnya tu. Mesti ada hati nak tambah bini lagi. Tu yg konon-konon buat baik ni'.

Selesai saja minum air tu, si isteri terus tertidur tak sedarkan diri. Si suami pun angkat si isteri ni tadi & bawa ke belakang rumah. Di sana ada sebuah perigi buta yg dah 20 thn tak di gunakan.. Sampai kat perigi buta tu, si suami ni pun terus campak isterinya ke dlm. Si suami pun pulang ke rumah.

Keesokkan harinya, si suami ni rasa aman. Tak ada org berleter dia bangun lewat. Balik kerja pun tak ada org berleter. Dia rasa selesa duduk di rumah.

Masuk hari ke 2, si suami ni rasa lain macam. Rasa rindu pulak pada leteran isterinya. Dia da mula rasa gelisah. Sepjg hari tu asyik teringat aje pd isterinya. Masuk hari ke 3, si suami tahu dia tak boleh hidup tanpa isteri dia. Selepas saja solat Maghrib kat masjid, dia pun berjumpa dengan Hj Ahmad.

'Haji, saya rasa menyesallah haji sebab buang isteri saya dulu. Blh tak saya dptkan balik isteri saya tu?'.

'Itulah hang. Aku dah bagitau kat hang. Kalau hang nak buat, jgn menyesal. Laa ni aku pun tak tau apa nasib bini hang. Aku nak tolong pun aku tak jamin bini hang selamat atau tak. Tapi hang blh pi cuba. Mlm ni juga, hang kena pi tempat hang buang bini hang tu, hang bawa sekali tali panjang.. Hang campak tali tu masuk ke dlm lubang tempat hang buang bini hang, lepas tu hang selawat 3 kali. Lepas selawat 3 kali, hang tarik tali tu ke atas. Hang cuba 3 kali. Kalau lepas 3 kali pun bini hang tak keluaq, maknanya bini hang dah mampuih la.'

Si suami pun tanpa berlengah terus balik ke rumah, ambil tali pjg & terus pergi ke perigi buta tempat dia mencampakkan isterinya 3 hari yg lepas.

Sampai saja di perigi buta tu, si suami tu terus mencampakkan tali ke dlm perigi buta tu. Selepas saja selawat 3 kali, si suami tu tariklah bini dia naik ke atas. Selepas habis tali tu di tarik ke atas, tiada isterinya keluar.

Si suami cuba buat kali yg ke 2. Kali ni dia selawat 7 kali pulak. Tapi usahanya masih hampa. Si suami ni pun mulai risau. 'Dah mati ke bini aku ni?'

Si suami cuba buat kali yg ke 3. Kali ni dia selawat 11 kali. Bila di tarik tali tu ke atas, dia terasa berat. Hati si suami begitu gembira. Selepas habis tali tu di tarik ke atas, yg keluar dari perigi tu bukan isterinya tapi 1 jembalang yg berbulu amat lebat.

'Siapa kau ni? Mana bini aku? Celaka lah kau kalau kau makan bini aku!'

Jawab si jembalang tu, 'Aku ni penunggu perigi buta ni.Dah bertahun aku duduk kat sini. Tapi sejak bini kau dtg,aku jadi tak senang duduk. Hari-hari, pagi, ptg, siang, mlm asyik berleter, berleter, berleter. Aku sampai naik berbulu 1 badan. Aku dah tak tahan. Aku nak pindah perigi tempat lain. Kalau kau nak bini kau, kau ambillah dia kat bawah tu. Aku pun dah tak tahan lagi dah'.

Hah? moral of the story?
jembalang pun tak tahan dengor org yg suka berleter tau!!!

kuang kuang kuang...!!!:)

Sunday, July 20, 2008

Sekadar Renungan...

Oleh : emel sahabat



Doktor memulakan syarahannya dengan membawa para hadirin memikirkan sejenak dengan hadith yang maknanya sedikit sebanyak 'Dalam diri-diri kamu ada kebesaran Tuhan'. Doktor menyuruh kita melihat kedua tapak tangan dan perhatikan garis-garis di tapak tangan kita. Garisan-garisan di tangan kiri menunjukkan angka 8 dan 1 dalam Bahasa Arab dan tangan kanan 1 dan 8 dan membawa ke jumlah 81 + 18 = 99 iaitu bilangan nama Allah.


Berikut adalah antara intipati syarahannya secara ringkas:-


1. Cara makan, kenapa kita gunakan tangan? Mengikut cara Rasulullah s.a.w, beliau akan menggaulkan lauk dan nasi dengan tangan kanannya dan kemudian membiarkan sebentar, lalu Rasullah saw akan mengambil sedikit garam menggunakan jari kecilnya(yg last tu), lalu Rasullah saw akan menghisap garam itu. Kemudian barulah Rasulullah makan nasi dan lauknya!.


Mengapa? Kerana kedua belah tangan kita ada mengeluarkan 3 macam enzim, tetapi konsentrasi di tangan kanan kurang sedikit dari yg kiri. Ini adalah kerana enzim yg ada di tangan kanan itu merupakan enzim yang dapat menolong proses penghadaman (digestion), ia merupakan the first process of digestion. Mengapa menghisap garam? Kerana garam adalah sumber mineral dari tanah yg diperlukan oleh badan kita. Dua cecah garam dari jari kita itu adalah sama dgn satu liter air mineral. Kita berasal dari tanah maka lumrahnya bahan yang asal dari bumi (tanah) inilah yg paling berkhasiat untuk kita. Kenapa garam? Selain dari sebab ia adalah sumber mineral, garam juga adalah penawar yang paling mujarab bagi keracunan, mengikut Dr, di hospital-hospital, the first line of treatment for poisoning adalah dengan memberi Sodium Chloride, iaitu GARAM. Garam juga dapat menghalang sihir dan makhluk-makhluk halus yang ingin menggangu manusia.

2. Cara Rasulullah mengunyah - Rasulullah akan mengunyah banyak 40 kali untuk membiarkan makanan itu betul-betul lumat agar perut kita senang memproseskan makanan itu.

3. Membaca Basmalah (Bismillahirrahma Nirrahim). Membaca Basmalah sebelum makan untuk mengelakkan penyakit. Kerana bacteria dan racun ada membuat perjanjian dengan Allah swt, apabila Basmalah dibaca maka bakteria dan racun akan musnah dari sumber makanan itu. Cara Rasulullah minum. Janganlah kita minum berdiri walaupun makruh tetapi ia makruh yang menghampiri kepada haram. Jangan kita minum dari bekas yg besar dan jangan bernafas sedang kita minum.. Kerana apabila kita minum dari bekas yg besar, lumrahnya kita akan meneguk air dan dalam proses minum itu, kita tentu akan bernafas dan menghembuskan nafas dari hidung kita. Kerana apabila kita hembus, kita akan mengeluarkan CO2 iaitu carbon dioxide, yang apabila bercampur dgnairH20, akan menjadi H2CO3, i!aitu sama dengan cuka, menyebabkan minuman itu menjadi acidic. Jangan meniup air yg panas, sebabnya sama diatas. Cara minum, seteguk bernafas, seteguk bernafas sehingga habis.


4. Mengapa Islam menyuruh di sebat 100 kali orang belum berkahwin yang berzina, dan merejam sehingga mati org yg sudah berkahwin yang berzina? Badan manusia akan mengeluarkan sel-sel darah putih atau antibiotik yg dapat melawan penyakit. Dan sel-sel ini terdapat di daerah tulang belakang, berdekatan dengan sum-sum tulang manusia. Lelaki yang belum berkahwin dia akan dapat mengeluarkan beribu-ribu sel ini, manakala lelaki yang sudah berkahwin hanya dapat menghasilkan 10 unit sel ini sehari, kerana antara sebabnya ialah kerana sel-sel lain akan hilang kerana perhubungan suami isteri. Jadi apabila lelaki yang belum berkahwin didapati salah kerana zina hendaklah disebat 100 kali. Ini adalah kerana apabila dia disebat di belakangnya, suatu amaran tentang kesakitan !itu akan membuatkan penghasilan beribu sel antibiotik yang dapat melawan virus HIV jika ia ada di badannya, dengan itu dapatlah antibodi melawan virus HIV itu. Tetapi jika lelaki itu sudah berkahwin, walaupun disebat 100 kali ia akan tetap menghasilkan 10 unit antibody sahaja, jadi dengan itu hukumannya direjam hingga mati agar dia tidak dapatmerebakkan virus HIV itu. Itulah sedikit sebanyak inti syarahan yg disampaikan oleh Dr Jamnul Azhar. Harap ia akan memberi manfaat pada anda sekalian, dan sedikit informasi yang diberikan oleh Mudarisana,


5. Mudaris Iskandar berbicara mengenai Ka'bah. Mengapa ia terletak di Mekah al- Mukarramah dan mengapa ia empat persegi (cube). Ia terletak di posisinya sekarang kerana setelah dibuat kajian oleh para cendikiawan dari Pakistan dan Arab, didapati, tempat terletaknya Ka'bah sekarang itu, adalah betul-betul di tengah bumi. Mengapa ia empat persegi, ia melambangkan perpaduan ummah yang bergerak maju! bersam a, equality and unity, tidak seperti bentuk pyramid, dimana ia diumpamakan, seperti hanya seorang pemenang yg berada diatas setelah ia memijak-mijak yang lain.. Dan antara lagi sebab mengapa 4 persegi melambangkan 4 imam besar, Maliki, Hambali, Hanafi dan Syafi'i, melambangkan kebenaran keempat-empat Imam tersebut.


Sekian buat renungan bersama, Fi amanillah Jazakallah Khairan Kathiran..

Saturday, July 19, 2008

Orang yang dituduh tidak boleh terus bersumpah

Intan Abdullah


KUALA LUMPUR, 18 Julai (Hrkh)
- Seorang yang dituduh tidak boleh terus bersumpah kerana ia tidak bertepatan dengan prosedur undang-undang.

Presiden Persatuan Peguam Syarie Malaysia (PGSM), Zainur Rijal Abu Bakar berkata, keadaan membolehkannya dilaksanakan setelah pihak yang mendakwa dan tertuduh memberikan keterangan.

"Pihak yang mendakwa perlu mengemukakan tuduhan terlebih dahulu, diikuti keterangan tertuduh, namun sekiranya ketika itu pihak yang dituduh mahu menafikannya beliau boleh mengemukakan sumpah itu," katanya ketika dihubungi Harakahdaily.

Hal ini katanya, pihak yang membuat dakwaan tidak boleh terus bersumpah seperti mana dalam kes tuduhan liwat pembantu peribadi Penasihat KeADILan, Dato' Seri Anwar Ibrahim iaitu Saiful Bukhari Azlan.

"Mengikut prosedurnya, beliau perlu mengemukakan keterangan terlebih dahulu," ujarnya.

Menyentuh mengenai sumpah pula, Zainur berkata ia mempunyai banyak kategori termasuk sumpah mubahalah.

"Dalam kes Saiful dan Anwar, ia bukan sumpah mubahalah tetapi al-yamin istizhar kerana mubahalah itu digunakan dalam kes lian yakni sumpah menuduh isteri melakukan zina," katanya lagi.

Jelasnya, berbeza dengan sumpah mubahalah kes lian yang perlu diulang sebanyak empat kali, sumpah atau yamin istizhar dilakukan hanya sekali sahaja.

Beliau berkata demikian sebagai mengulas kenyataan sesetengah pihak yang menggesa Dato' Seri Anwar Ibrahim supaya bersumpah dalam menghadapi tuduhan liwat oleh bekas pembantunya Saiful Bukhari Azlan. - mns

Friday, July 18, 2008

Liwat dan qazaf dari perspektif Islam

Oleh mag

"a
ArtikelTulisan ini dipetik daripada buku "Qazaf: Mangsa Fitnah" (Jabatan Penerangan dan Penyelidikan PAS Pusat, 2001) tulisan Presiden PAS, Tuan Guru Abdul Hadi Awang. Buku bersifat kontemporari ini diharap dapat merungkaikan persoalan berhubung tuduhan liwat dan qazaf yang dikategorikan sebagai jenayah hudud dalam sistem perundangan Islam.



Mensabitkan Kesalahan Zina Dan Liwat

Kesalahan zina dan liwat sabit dengan iqrar (pengakuan) atau melalui saksi-saksi yang memenuhi syarat syaratnya.

Iqrar (Pengakuan)

Hadis riwayat Abu Hurairah r.a. (al-Bukhari, kitab al-Hudud):

"Seorang lelaki datang mengadap Rasulullah s.a.w. di dalam masjid. Lelaki itu berkata: "Wahai Rasulullah! Saya telah melakukan zina." Rasulullah s.a.w. berpaling ke arah lain (yakni seperti tidak melayannya), lelaki itu mengulangi pengakuannya sebanyak empat kali. Setelah lelaki itu membuat pengakuan sebanyak empat kali, akhirnya Rasulullah s.a.w. bersabda: "Adakah engkau gila?" Dia menjawab: "Tidak." Rasulullah s.a.w. bertanya lagi: "Adakah engkau telah berkahwin?" Dia menjawab: "Ya." Lalu Rasulullah s.a.w. memerintahkan (para sahabatnya): "Bawalah lelaki ini pergi dan rejamlah dia."

Mengikut riwayat yang lain, Rasulullah s.a.w. bersabda: "Adakah engkau bercumbu-cumbu sahaja." Dia menjawab: "Tidak. Sebenarnya saya telah berzina."

Mengikut riwayat yang lain: "Setelah selesai sembahyang, dia (lelaki itu) datang lagi, lalu Rasulullah s.a.w. bersabda: "Tidakkah awak telah berwuduk dan telah bersembahyang? Dengannya Allah mengampunkan dosa." Tetapi lelaki itu terus mengaku berzina dan mahu supaya disucikan dirinya dengan hukuman.

Hadis riwayat Sulaiman bin Buraidah, daripada bapanya (riwayat Muslim, Kitab al-Hudud):

"Kemudian seorang perempuan dari qabilah al-Ghamidiyah datang mengadap Rasulullah s.a.w. Wanita itu berkata: "Wahai Rasulullah! Sucikanlah diri saya." Sabda Rasulullah s.a.w. : "Baliklah, beristighfarlah engkau dan bertaubatlah." Wanita itu berkata lagi: "Adakah engkau mahu melakukan kepada saya seperti yang engkau lakukan kepada Ma'iz bin Malik?" Rasulullah s.a.w. bertanya: "Apakah masalah engkau?" Wanita itu memberitahu bahawa dia sedang mengandung hasil perbuatan zina. Rasulullah s.a.w. bertanya: "Apakah benar?" Wanita itu menjawab: "Ya." Rasulullah s.a.w. bersabda: "Bersalinlah dahulu."

Wanita itu dijaga oleh seorang lelaki dari kalangan Ansar sehingga bersalin. Kemudian lelaki itu datang menemui Rasulullah s.a.w. memberitahu bahawa wanita itu telah bersalin. Baginda bersabda: "Kita tidak akan merejamnya dan membiarkan anaknya tidak dapat menyusu." Lalu bangun seorang lelaki dari kalangan Ansar dan berkata: "Biar saya uruskan urusan penyusuannya, wahai Nabi Allah." Lalu Rasulullah s.a.w. merejam wanita itu."

Kedua-dua hadis di atas diriwayatkan oelh para ulama hadis dengan riwayat yang sahih dan menjadi dalil dalam kes iqrar (mengaku) berzina. Para ulama telah menyimpulkan daripadanya hukum-hukum yang berkaitan dengan iqrar melakukan kesalahan zina dan liwat.

Syarat-syarat iqrar

1. Orang yang membuat pengakuan itu hendaklah seorang yang baligh dan berakal. Tidak sah pengakuan orang gila, mabuk dan sebagainya, kerana sabda Rasulullah s.a.w. (Abu Daud: Kitab al-Hudud):

"Diangkat qalam daripada menulis amalan kanak-kanak sehingga dia baligh, daripada orang tidur sehingga dia terjaga, dan daripada orang gila sehingga dia sedar."

2. Pengakuan hendaklah dilakukan dengan pilihan sendiri, tanpa dipaksa, sepeti dipukul, dibelasah, diberi bahan yang menghilangkan ingatan seperti dadah dan sebagainya. Maka tidak sah pengakuan orang yang dipaksa, kerana sabda Rasulullah s.a.w. (Ibn Majah: Kitab al-Talaq):

"Allah mengangkat (memaafkan) kesalahan umatku yang melakukan sesuatu kerana tersalah, terlupa dan dipaksa."

3. Iqrar (pengakuan) dilakukan secara lisan. Tidak diterima pengakuan dalam bentuk tulisan, pita rakaman dan sebagainya dalam perkara hudud.

4. Iqrar hendaklah dilakukan berulangkali dalam perkara zina dan liwat, iaitu sebanyak empat kali, dalam majlis yang berasingan, seperti yang dilakukan oleh Rasulullah s.a.w. terhadap Ma'iz bin Malik.

5. Iqrar itu dilakukan di hadapan hakim dan hakim pula menunjukkan sikap tidak senang dan berusahan supaya orang yang beriqrar itu tidak mengulangi iqrarnya, kerana bertaubat lebih baik daripada menyerah diri secara iqrar di hadapan pihak yang berkenaan, kerana inilah cara yang diajarkan oleh Rasulullah s.a.w.

Menarik Balik Pengakuan

Seseorang yang mengaku melakukan zina dan liwat hendaklah diterima penarikan balik pengakuannya, walaupun sudah memenuhi syarat-syarat yang tersebut di atas, kerana Rasulullah s.a.w. menegur para sahabat baginda dengan keras kerana meneruskan hukuman terhadap Ma'iz bin Malik setelah dia melarikan diri ketika hukuman dijalankan.

Apabila seseorang lelaki mengaku zina dengan seseorang perempuan dan perempuan itu tidak mengaku salah, maka si lelaki sahaja yang dihukum, kerana inilah keputusan yang dilakukan oleh Rasulullah s.a.w. seperti yang diriwayatkan oleh Imam Ahmad dan Abu Daud.

Saksi

Firman Allah (al-Nisa': 15) yang bermaksud: "Dan sesiapa yang melakukan perbuatan keji (zina) di antara perempuan-perempuan kamu, maka carilah empat orang lelaki di antara kamu yang menjadi saksi terhadap perbuatan mereka."

Firman Allah lagi (al-Nur:4) yang bermaksud: "Dan orang-orang yang melemparkan tuduhan (zina) kepada perempuan yang terpelihara kehormatannya, kemudian mereka tidak membawakan empat orang saksi..."

Firman Allah lagi (al-Nur:13) yang bermaksud: "Sepatutnya mereka (yang menuduh) membawa empat orang saksi membuktikan tuduhan itu. Jika mereka tidak mendatangkan empat orang saksi, maka mereka itu pada sisi hukum Allah, adalah orang-orang yang dusta."

Orang yang menjadi saksi hendaklah memenuhi syarat-syarat berikut:

1. Baligh lagi berakal. Oleh itu tidak boleh diterima tuduhan yang dilakukan oleh orang gila, kerana cakapnya tidak boleh diterima.

2. Islam, sekiranya tuduhan dilakukan terhadap orang Islam, kerana kesedarannya terhadap perhitungan dosa pahala dan sebagainya. Di samping itu, perkara zina dan liwat ini termasuk dalam hukum hudud Islam yang dinaskan.

3. Mempunyai pancaindera yang sihat. Tidak diterima saksi yang tidak jelas penglihatan, tuli dan bisu.

4. Adil, yakni seseorang yang diketahui tidak melakukan mana-mana dosa besar, dosa kecil secara berterusan dan perkara-perkara yang menjatuhkan maruah, walau pun tidak berdosa.

5. Lelaki, yakni dalam perkara hudud dan qisas. Oleh kerana zina dan liwat termasuk dalam perkara hudud, maka saksi wanita tidak diterima dalam perkara ini.

6. Tiada tohmahan (kekeliruan yang menarik manfaat atau menolak mudarat), berkepentingan dan prejudis seperti menjadi saksi kepada bapa, anak atau majikannya, atau orang yang diketahui bermusuh dengan orang yang dituduh yang akan memburukkannya sahaja. Maka tidak boleh menerima penyaksian saksi yang ada kaitan dengan konspirasi politik dan sebagainya.

7. Bilangan yang cukup. Pada tuduhan zina dan liwat, memerlukan empat orang saksi.

8. Keempat-empat saksi melihat (perbuatan zina dan liwat itu) bersama-sama.

9. Memberi keterangan dalam majlis (persidangan) yang sama.

Saksi dalam tuduhan zina dan liwat bukan sahaja wajib memenuhi syarat-syarat tersebut tetapi juga hendaklah melihat kesalahan itu berlaku mengikut takrifnya secara jelas, yakni melihat anggota kemaluan yang melakukannya secara jelas. Para ulama bersepakat mengatakan bahawa keterangan melalui kesan air mani, pita video dan gambar tidak boleh mensabitkan kesalahan zina dan liwat. Keterangan saksi yang berlapis yang hanya menerima berita dari orang lain (hearsay) juga tidak boleh diterima.

Kesemua perkara tersebut menunjukkan bahawa tuduhan zina dan liwat, tidak boleh dilakukan secara sewenang-wenangnya.

Keterangan-Keterangan Yang Tidak Nyata

Penggunaan kepakaran untuk menganalisa darah dan air mani (atau ujian DNA) bagi mensabitkan kesalahan jenayah huduh seperti zina dan liwat tidak dibenarkan oleh Islam, kerana ada syubhat (kekeliruan). Sabda Rasulullah s.a.w. yang bermaksud:

"Hudud hendaklah ditolak (tidak dilaksanakan) dengan adanya syubhat (kekeliruan)."

Ketepatan analisa DNA boleh dipertikaikan kerana banyak kemungkinan-kemungkinan yang boleh menimbulkan keraguan. Sesetengah ulama membenarkan analisa ini untuk menafikan tuduhan sahaja, bukan untuk mengisbatkannya (mensabitkan kesalahan). Para ulama Islam telah menyebut perkara ini di dalam kitab-kitab fiqh, di antaranya Ibn al-Qayyim di dalam kitanya al-Turuq al-Hukmiyyah.

Begitu juga tuduhan tidak boleh disabitkan dengan gambar, pita video, kaset dan sebagainya yang bukan merupakan keterangan secara langsung.

Bersumpah

Tidak diharuskan bersumpah bagi mensabitkan jenayah hudud yang berkaitan dengan hak Allah, seperti zina dan liwat. Bahkan jenayah hudud dan qisas dalam perkara hak manusia juga tidak dibenarkan bersumpah menurut jumhur (kebanyakan) ulama kerana perkara hudud dan qisas yang berhubung dengan hak manusia juga dianggap menyerupai hak Allah.

Yang dimaksudkan dengan bersumpah di sini adalah sumpah mengikut hukum Islam dengan lafaznya yang ditetapkan, bukan seperti yang difahami oleh orang jahil yang mencadangkan supaya sumpah dilakukan secara menjunjung al-Quran, yang menyerupai sumpah yang dilakukan oleh penganut agama Kristian.

Syarat orang yang melakukan zina dan liwat

Orang yang melakukan kesalahan zina dan liwat itu pula hendaklah memenuhi syarat-syarat berikut:

1. Baligh, yakni cukup umur mukallaf
2. Berakal
3. Secara pilihan dengan tidak dipaksa
4. Mengetahui pengharaman zina dan liwat
5. Tiada syubhah (seperti terkeliru atau tersilap kerana disangka isterinya)
6. Berzina atau berliwat dengan manusia
7. Melakukan perbuatan yang ditakrifkan sebagai zina atau liwat

Qazaf

Perkataan qazaf dalam bahasa Arab bermakna melemparkan sesuatu benda umpama batu dan sebagainya. Seterusnya perkataan itu dikhususkan kepada melemparkan sesuatu yang buruk termasuk menggunakan perkataan yang keji terhadap seseorang.

Menurut istilah hukum syarak, qazaf ialah menuduh zina terhadap seseorang tanpa saksi yang adil. Termasuk juga menuduh liwat, mengikut pendapat jumhur para ulama, di antaranya Mazhab Maliki, Syafie dan Hambali. Mazhab Hanafi pula hanya mengkhususkannya kepada tuduhan zina sahaja, manakala tuduhan liwat di sisi mereka termasuk dalam perkara takzir.

Qazaf termasuk dalam hukum hudud yang dinaskan di dalam al-Quran dan Hadis Nabi s.a.w. Perkara yang telah dinaskan, berada di luar bidang ijtihad para ulama, kerana haram meminda nas daripada Allah dan Rasul-Nya. Oleh itu, tidak boleh dinamakan hudud PAS atau hudud sesiapa. Sesiapa yang membuat kenyataan itu maka hukumnya berdosa kerana kenyataan yang dibuatnya itu berdasarkan kepada kejahilannya.

Perkara tersebut menjadi perkara yang wajib diketahui oleh orang-orang Islam, kerana fardhu ain itu, bukan sahaja terdapat pada perkara yang wajib ditunaikan, tetapi termasuk juga pada perkara yang diharamkan kita melakukannya agar kita menjauhinya, meninggalkannya dan mencegahnya, Manakala mendalaminya secara detail hukumnya adalah fardhu kifayah.

Di kalangan ulama ada yang membahagikan tuduhan itu kepada dua cara:

1. Secara sorih (berterus terang) dengan menujukan tuduhan zina atau liwat kepada orang yang tertentu. Sekiranya tuduhan itu diakui oleh orang yang dituduh secara sukarela dan memenuhi syarat-syarat pengakuannya, maka hukuman hudud boleh dijatuhkan oleh hakim ke atas orang berkenaan.

2. Secara sindiran. Seperti menafikan nasab daripada ayahnya mengatakan 'awak bukan anak kepada si anu' yang diketahui sebagai bapanya yang sebenar, atau 'awak anak daripada hasil zina' dan lain-lain tuduhan yang boleh difahamkan sebagai tuduhan zina atau liwat.

Hikmah Pengharaman Qazaf

Tujuan pengharaman qazaf adalah bagi memelihara maruah manusia, yang menjadi satu daripada perkara yang sangat penting bagi manusia sama ada bagi diri, keluarga atau masyarakatnya. Maruah sangat bernilai dalam hidup dan mati seseorang, membezakan manusia dengan binatang dan menjadi sebahagian daripada harga diri sehingga tidak boleh dinilai dengan harta benda yang paling mahal. Islam telah menegaskan kewajipan mempertahankan maruah dengan meletakkan maruah mengatasi harta yang juga wajib dipertahankan.

Demi menjaga maruah itulah, maka diwajibkan hukuman qazaf secara hudud yang ditetap oleh Allah dan Rasul-Nya s.a.w. supaya seseorang itu atau kumpulannya tidak boleh melemparkan tuduhan zina dan liwat ke atas seseorang yang lain secara sewenang-wenangnya.

Syarat-syarat Qazaf

Tidaklah mudah menentukan bahawa seseorang itu telah melakukan qazaf, kerana Islam mewajibkan syarat-syarat tertentu bagi orang yang melakukannya, orang menjadi mangsa dan tuduhan itu sendiri.

Syarat-syarat bagi orang yang melakukan tuduhan itu adalah:

1. Berakal. Tidak boleh diterima tuduhan yang dilakukan oleh orang gila, kerana cakapnya tidak boleh dipakai.

2. Baligh, yakni sampai umur mukallaf yang boleh dipertanggungjawabkan perintah-perintah agama ke atasnya. Kanak-kanak yang belum baligh, tidak boleh dikategorikan tuduhannya sebagai qazaf.

3. Tidak dipaksa. Tidak boleh menerima tuduhan yang dilakukan oleh orang yang dipaksa supaya melakukan tuduhan itu.

4. Tidak dapat mengadakan empat orang saksi yang memenuhi syarat-syarat saksi mengikut hukum Islam.

Orang yang dituduh juga hendaklah memenuhi syarat-syarat berikut:

1. Berakal. Maka tidak sah menuduh orang yang tidak berakal. Oleh itu orang yang menuduh tidak boleh diambil tindakan qazaf

2. Baligh. Maka orang yang menuduh terhadap orang yang tidak baligh, tidak boleh dikenakan hukuman had qazaf. Dia hanya dikenakan hukuman ta'zir.

3. Islam, mengikut jumhur para ulama.

4. 'Iffah atau ihsan, yakni orang yang dituduh itu seorang yang diketahui kebaikan akhlaknya dan tidak pernah disabitkan melakukan zina.

5. Orang yang ditentukan tidak berlaku qazaf dengan menuduh seseorang yang tidak ditentukan secara khusus.

Syarat tuduhan pula hendaklah tuduhan dalam perkara zina, menurut ijmak para ulama dan tuduhan dalam perkara liwat, mengikut pendapat jumhur para ulama. Sekiranya tuduhan itu dalam perkara yang lain seperti berjudi, minum arak, rasuah dan sebagainya, maka tidak dinamakan qazaf yang mewajibkan hukuman hudud, tetapi berpindah kepada hukum takzir yang terserah kepada budibicara pihak yang berkenaan untuk menentukan hukumannya.

Mensabitkan Jenayah Qazaf

Kesalahan qazaf yang dijatuhkan hukuman had ialah apabila terbukti melalui dua cara:

1. Iqrar daripada orang yang melakukan qazaf.
2. Dua orang saksi yang memenuhi syarat-syarat saksi.

Hukum Hudud yang berkait dengan Qazaf

Terdapat kekhilafan di kalangan para ulama, adakah hukum qazaf berkait dengan hak Allah atau hak manusia?

Mazhab Hanafi menegaskan bahawa qazaf termasuk di dalam kategori hak Allah terhadap hamba-Nya kerana ia berkait dengan maruah seseorang. Hukum hudud yang ditetapkan ke atas jenayah qazaf berkait dengan maslahah umum, iaitu untuk memelihara kepentingan hamba-hamba Allah (manusia) dan maruah mereka, serta menghindarkan perkara kefasadan di kalangan manusia.

Apabila ia menjadi aspek umum maka ia termasuk dalam hak Allah terhadap hamba-hamba-Nya.

Mazhab Syafie dan Hanbali berpendapat bahawa qazaf termasuk dalam kategori hak hamba (manusia), kerana maruah secara langsung diberikan kepada manusia. Apabila maruahnya dijatuhkan melalui qazaf, ia bermakna seperti melakukan sesuatu ke atas batang tubuh orang yang tertentu, maka ia menjadi hak bagi diri orang itu.

Manakala ulama dalam mazhab Maliki berselisih pendapat. Ada di kalangan mereka yang bersetuju dengan mendapat Mazhab Hanafi, ada yang bersetuju dengan pendapat Mazhab Syafie dan Hambali. Di antara mereka adalah Ibnu Rusyd, dan ada yang berpendapat bahawa di dalam perkara qazaf ada kedua-dua hak tersebut.

Mereka yang berpegang kepada pendapat bahawa qazaf itu adalah hak Allah, bermakna setelah perkara itu dibawa kepada pihak yang berkenaan (berwajib) maka ia tidak boleh dimaafkan lagi, yakni mangsa tuduhan tidak boleh memberikan pengampunan.

Pengampunan hanya boleh diberi sebelum kes tersebut dibawa kepada pihak yang berkenaan. Manakala mereka yang menyatakan bahawa qazaf itu adalah hak manusia, maka mangsa tuduhan diberi hak untuk memberikan pengampunan kepada orang yang dijatuhkan hukuman kerana kesalahan melakukan qazaf.

Hak Tuduhan Qazaf

Mereka yang berpendapat bahawa qazaf termasuk dalam kategori hak manusia, mengatakan bahawa orang yang menjadi mangsa mempunyai hak pengampunan ke atas orang yang melakukan jenayah qazaf.

Sekiranya orang yang menjadi mangsa qazaf masih hidup, maka hak membuat pendakwaan terserah kepadanya sendiri. Sekiranya ia telah meninggal dunia, maka hak tersebut berpindah kepada keluarganya yang terdekat, iaitu bermula daripada ayah hingga ke atas, kemudian berpindah kepada anak hingga ke bawah. Ia tidak berpindah kepada saudaranya yang lain, kerana perkara qazaf sangat berkait dengan maruah zuriat secara langsung.

Hukuman ke Atas Orang Yang Melakukan Qazaf (Menuduh Zina atau Liwat)

Nas dan ijtihad para ulama yang berlandaskan roh syariat Allah yang maha adil, menunjukkan bahawa tuduhan yang menjatuhkan maruah seseorang seperti tuduhan zina dan liwat tidak harus dipermudah-mudahkan.

Untuk membuat tuduhan itu, wajiblah mempunyai alasan dan hujah yang kukuh. Perkara-perkara yang diwajibkan ke atas pihak yang berkenaan supaya dilaksanakan ketika melakukan sesuatu tuduhan, membuktikan bahawa kewajipan memelihara maruah juga menjadi tanggungjawab kerajaan setelah ditegaskan bahawa ianya adalah kewajipan individu.

Kesalahan tuduhan zina dan liwat amat besar, sehingga ia dimasukkan ke dalam jenayah yang dikenakan hukuman keras dan ditetapkan sendiri hukumannya oleh Allah SWT secara nas di dalam Al-Quran. Di akhirat pula ia dikira sebagai dosa besar yang disediakan azab yang pedih kepada pelakunya, sekiranya dia tidak bertaubat dan meminta maaf daripada mangsa tuduhan atau tidak menerima tindakan undang-undang Islam oleh pihak yang berkenaan.

Hukuman di dunia

Hukuman di dunia yang wajib dijatuhkan ke atas penjenayah qazaf oleh kerajaan Islam ditetapkan oleh Allah di dalam al-Quran.

Firman Allah (al-Nur: 4) yang bermaksud: "Dan orang-orang yang melemparkan tuduhan (zina) kepada perempuan yang terpelihara kehormatannya, kemudian mereka tidak membawakan empat orang saksi, maka sebatlah mereka delapan puluh kali sebat; dan janganlah kamu menerima persaksian mereka itu selama-lamanya; kerana mereka adalah orang-orang yang fasik."

Hukuman terhadap penjenayah qazaf di dunia ialah:

1. Disebat sebanyak 80 kali sebatan mengikut cara Islam. Bukannya sebatan seperti yang diamalkan sekarang. Iaitu dengan alat yang sederhana dan cara pukulan yang sederhana. Tidak dibenarkan mengangkat alat sebatan lebih tinggi daripada kepala dan sebatan itu tidak boleh menyebabkan kulit dan daging terkoyak. Orang yang disebat pula hendaklah berada dalam keadaan kesihatan yang baik dan memakai pakaian yang bersopan serta disaksikan oleh orang ramai.

2. Dihukum menjadi fasik dengan tidak diterima penyaksiannya dalam segala urusan, sama ada di mahkamah, ketika berjual beli, perkahwinan, melihat anak bulan Ramadan, Syawal dan lain-lain.

Hukuman di Akhirat:

Firman Allah (al-Nur: 23-24) yang bermaksud: "Sesungguhnya orang-orang yang menuduh perempuan-perempuan (dan lelaki-lelaki) yang terpelihara kehormatannya, yang tidak terlintas memikirkan sebarang kejahatan, lagi yang beriman akan dilaknat (oleh Allah) di dunia dan di akhirat dan mereka pula akan beroleh azab seksa yang besar. Pada hari lidah mereka dan tangan mereka serta kaki mereka menjadi saksi terhadap diri mereka sendiri, tentang segala yang mereka lakukan."

Hukuman pada hari kiamat nanti lebih adil dan bijaksana. Allah Yang Maha Mengetahui tidak menghukum dengan sifat mengetahui-Nya sahaja, tetapi perbicaraan akan di ulang semula di mahkamah-Nya dengan bukti-bukti yang lebih terperinci. Ketika itu, anggota badan manusia, tangan dan kaki mereka akan menjadi saksi. Di samping itu terdapat catatan para malaikat, iaitu makhluk Allah yang paling baik dan suci, yang nalurikan dengan sifat sentiasa taatkan perintah Allah dan tidak sekali kali menderhakai-Nya.
Mereka akan dikerah untuk menjadi saksi sehingga mulut para pembohong dan pendakwa yang pandai mengubah kata dan meminda catatan tidak mampu lagi untuk memutarbelitkan kenyataan yang sebenar.

www.harakahdaily.net

Thursday, July 17, 2008

Pelajar terkejut lihat benang keluar dari lutut




KOTA BHARU 16 Julai
: “Mulanya saya berasa geli di bahagian lutut kiri sebelum terkejut melihat sesuatu benda asing menyerupai seutas benang tiba-tiba keluar dari situ,” kata pelajar tingkatan dua, Nurshalwani Mohamed, 14, mengenai kejadian aneh menimpanya malam kelmarin.


Pelajar Sekolah Menengah Penambang, dekat sini, mendakwa selepas diukur, benang yang keluar itu kira-kira sepanjang 6.5 sentimeter.

Katanya, kejadian itu menghairankannya dan seluruh keluarga kerana tidak pernah mengalami keadaan seperti itu.

“Memang saya terkejut dan berasa takut apabila lihat tiba-tiba benang keluar dari lutut selepas berasa geli yang berlainan daripada biasa,” katanya ketika ditemui di rumahnya di Taman Cinta, Badang, di sini, semalam.

Sebelum ini, anak bongsu daripada lima beradik itu berkata, dia pernah menghidap sejenis penyakit gatal badan sejak setahun lalu.

Sementara itu, ibu Nurshalwani, Zaharah Mamat, 48, berkata kejadian yang menimpa anaknya itu sangat aneh.

“Apabila benang itu keluar memang saya dan suami terkejut tetapi ia seperti melekat dan tidak boleh dikeluarkan dengan cara menariknya,” katanya.

Zaharah berkata, Nurshalwani akan merasa sakit apabila benang itu cuba ditarik atau dikeluarkan, disebabkan itu, ia terpaksa dibiarkan saja.

Suaminya, Mohamed bin Rejab, 51, seorang guru agama di Sekolah Kebangsaan Ismail Petra II, pula cuba mengikat benang itu dengan cincin untuk mengelakkan ia masuk semula ke dalam lutut.

Menurutnya, dia akan membawa Nurshalwani mendapatkan rawatan di hospital dalam tempoh terdekat dan berharap pakar perubatan dapat mengetahui punca kejadian itu.

“Memang kejadian itu boleh dianggap pelik dan jika ada mana-mana pihak yang ingin melakukan sebarang kajian, saya alu-alukan,” katanya.

Debat...Anwar Menang 4 - 1

Oleh: Kassim Selamat


Bila wisel di bunyikan Anwar terus mengelecek bola hingga pemain lawan tidak berjaya memintas. Anwar menjaringkan gol hattrick di minit 16, minit 25 dan minit ke 45 di separuh masa pertama.

Di separuh masa kedua Anwar lebih bersemangat membuat pasukan lawan yang di ketuai oleh Shabery hilang fokus. Di minit ke 50, Shabery merembat kencang tapi bola dapat ditanduk oleh Anwar dengan senyuman.

Shabery mula bermain secara agresif dengan cuba menjatuhkan Anwar beberapa kali. Tindakan Shabery cuba menarik baju Anwar telah dilihat oleh pengadil. Sepakan percuma telah diberikan kepada pasukan Anwar. Anwar mengambil sepakan percuma dan tendangan kencangnya terkena tiang gol.

Di minit ke 90, Anwar melepasi pertahanan lawan dan berjaya menanduk bola dengan bergaya dan terus masuk ke gawang gol lawan. Shabery hanya sempat memandang 'jaringan emas' yang dilakukan oleh Anwar.

Di masa tambahan, Shabery berpura-pura jatuh di dalam kotak penalti. Pengadil yang juga rakan sekampung Shabery telah memberikan sepakan 'penalti ihsan' kepadanya. Shabery telah mengambil sepakan penalti dan menjaringkan gol pertamanya. Gol ini merupakan gol pertamanya semenjak bermain bola sejak 10 tahun yang lalu.

Permainan berkesudahan dengan kemenangan Anwar 4 berbalas 1. Permain terbaik di menangi oleh Anwar.

Komen Debat:
  • Shabery Cheek banyak membuat serangan peribadi terhadap Anwar dari membicarakan isu yang sedang di perdebatkan.
  • Shabery gagal menjawab pertanyaan yang di ajukan oleh sdr. Zulkifli Sulong. Jawapan yang tidak relevan seperti isu konsert protest dan demontrasi yang di gembar gemburkan.
  • Anwar tidak menyentuh isu peribadi kerana ini bukan platfom untuk menjatuhkan peribadi sesaorang.
  • Anwar berdebat secara ilmiah dengan mengemukan fakta dan angka² bukan dengan emosi seperti Shabery.
  • Bila berhujah, Anwar mempunyai intonasi suara tinggi rendah yang menarik dan tidak mendatar seperti suara Shabery.
  • Pun begitu pujian harus diberikan kepada Shabery kerana berani tampil berdebat dengan mantan TPM tidak seperti menteri² yang lain.
Tidak perlu ku ulas secara terperinci kerana esok pasti banyak blog yang akan memberikan respon tentang debat ini. Kita tunggu komen dari blog² yang lain esok.

untuk semakan: Petronas untung berbillion dan sumbang kepada kerajaan sebanyak RM 62.8 billion. Baca di sini.

Ikuti Debat Anwar - Shabery;











Sunday, July 13, 2008

Pemain Bola Sepak Muslimah Yang Bertudung

Artikel Oleh mankip

aZainab al-Khatib, muslimah Denmark ini, adalah satu-satunya pemain bolasepak kebangsaan perempuan bertudung ketika ini. Kehadirannya seperti janggal di tengah-tengah suasana pelecehan terhadap Rasulullah Saw oleh sejumlah media masa Denmark. Zainab baru-baru ini terpilih untuk memperkuat pasukan kebangsaan Denmark sebagai kebelasan utama bolasepak perempuan Denmark, setelah Danish Football Association (DBU) membenarkan Zainab memakai tudung semasa bermain bola. Sebenarnya kebenaran itu tidak hanya boleh dilakukan di Denmark, tapi juga untuk seluruh dunia, jika Zainab terpaksa bermain di luar negara Denmark.

Zainab mempunyai kemahiran menguasai bola dan mencetak gol-gol yang mengagumkan. Tak hairanlah kalau gadis bertudung itu kini menjadi perhatian utama para peminat bola di Denmark. "Saya sangat gembira saya boleh menjadi teladan di Denmark, " kata Zainab yang memulakan karir bolasepaknya tiga tahun yang lalu.

Ia berhasil mencetak gol dan membawa kemenangan gemilang bagi skuadnya semasa pertemuan dengan Swedan tidak lama dulu. "Zainab memiliki kepribadian yang kuat, sikapnya selalu positif dan memberikan inspirasi baik di dalam maupun diluar padang, " kata pelatih Zainab, Troel Mansa.

"Dia adalah salah satu pemain terbaik saya. Saya suka menjadi pelatihnya, " puji Mansa.

Zainab yang masih berusia 15 tahun itu, kini menempatkan dirinya diposisi sebagai penyerang dalam teamnya. Ia baru mengenakan jilbab setahun yang lalu. Ibulah yang membantu Zainab mereka tudung yang sesuai dipakai untuk bermain bola.

"Dia memang seorang Muslim yang taat, dan kami layak membantunya untuk mencapai impiannya dalam bidang sukan. Saya bangga, Zainab boleh membuktikan bahwa mengenakan tudung bukan bererti ia kehilangan haknya untuk berjaya dalam bidang sukan, " kata Ibrahim al-Khatib, ayah Zainab.

Pelatih Zainab, Manas juga mengatakan bahwa tudung Zainab tidak pernah menjadi bebanan atau masalah utama. "Kami hanya minat pada bakat dan kepribadiannya. Saya tidak pernah mendengar ada pemain atau pelatih yang merunggut tentang masalah tudungnya, " kata Manas lagi.

Zainab mengakui bahwa kawan-kawan satu teamnya sangat memberikan sokongan padanya. "Mereka menerima saya, dan saya tidak mengalami pemulauan apapun. Semasa team kami melawan team Swedian, beberapa pemain tercengang melihat tudung saya, tapi tak satupun yang menyatakan bantahan, " kata Zainab.

Zainab menganggap masalah tudung seharusnya tidak perlu ditonjolkan."Saya merasa selesa, boleh memenuhi kewajiban agama dan hobi saya, " sambungnya.

Menurutnya, ia ingin menunjukkan bahwa warga Muslim Denmark ingin bergaul dengan seluruh lapisan masyarakat. "Saya melihat diri saya sendiri sebagai seorang Muslim Denmark yang secara efektif memberikan sumbangan kepada masyarakat dan bangga kerana boleh menjadi wakil negara ini di luar negera, " ujur gadis keturunan Palestin yang juga aktif dalam pertubuhan sosial Islam di kotanya, Odense dan bercita-cita jadi doktor.

Ulasan sampingan:
Zainab bertuah kerana dibenarkan memakai tudung di dalam bidang sukan yang digemarinya. Tetapi beberapa muslimah bertudung tidak bernasib baik seperti Zainab. Antaranya, pada Mac 2007, International Football Association Board (IFAB) menyatakan tudung dilarang dalam permainan bola, setelah seorang muslimah bertudung Kanada dikeluarkan dari team bolanya. Kemudian, pada Januari 2008, seorang muslimah menengah di AS yang juga atlet lumba lari, dikeluarkan dari pasukannya juga karana memakai tudung. Pada November 2007, seorang anak perempuan berusia 11 tahun, dilarang menyertai pertandingan sukan kebangsaan Yudo di Kanada, karana ia mengenakan tudung.

Semoga Zainab al-Khatib dapat membuktikan kepada dunia, tudung bukan penghalang kemajuan dan kejayaan di dunia...

Dipetik dari:
www.terjah.com

Buat Renungan : Kajian Sains Dalam Zikrullah

Daripada seorang hamba Allah telah menyebut dalam emelnya ;

Satu di antara kekuatan yang Allah kurniakan kepada umat Islam ialah zikrullah. Dalam kitab sohih Muslim, Nabi saw pernah memuji golongan yang dikenali sebagai ” Sabaqal mufarradun ” yang bermaksud “Telah mendahului mereka yang tersendiri “. Lantas para sahabat ra bertanya kepada baginda. Siapakah sebenarnya golongan Al mufarradun ini?. Maka Nabi menjawab mereka ialah golongan lelaki dan wanita yang banyak berzikir kepada Allah swt. Itulah golongan istimewa yang mendapat pujian. Menyedari kelebihan zikir, golongan sahabat di zaman Nabi khususnya dan di peringkat awal Islam amat mementingkan zikir terutamanya zikir dengan hati.

Kesannya, umat Islam pada zaman itu berjiwa tenang dan sentiasa dikurniakan ilham sehingga mereka mampu menghadapi masalah-masalah yang besar dan kemudiannya dapat menewaskan musuh mereka dan menegakkan empayar Islam.Mereka dapat tahap kecemerlangan yang luar biasa kerana mereka memperolehi kekuatan dari dalam diri dan bukannya dari luar. Mereka tidak mengadu kepada orang lain berhubung dengan kesilapan diri sendiri tidak seperti kita orang Islam pada hari ini. Jika berlaku apa-apa masalah pada umat Islam kita dengan cepat menyalahkan barat, yahudi dan sebagainya tetapi tidak pernah salahkan diri kita sendiri yang cuai, leka, alpa, yang tidur banyak dan seumpamanya.Umat dahulu mereka banyak bermuhasabah dengan diri mereka sendiri.

Justeru mereka banyak berzikir dan berusaha memperbaiki diri sendiri sehinggalah akhirnya Allah memberikan pertolongan dan bantuan kepada mereka.

Jika dilihat dari sudut saintifik, Professor Herbert Benson daripada Harvard Medical School membuat kesimpulan berdasarkan kajian yang dibuat bahawa mereka yang bermeditasi secara mendalam sebenarnya sedang menghilangkan tekanan pada diri mereka. Ini kerana otak menggunakan 17% lebih rendah oksigen daripada biasa sewaktu bermeditasi atau berzikir. Denyutan jantung mereka juga lebih rendah daripada orang lain. Maksudnya, tekanan pada jantung tidak wujud sewaktu kita tenggelam dalam zikir. Ketiganya otak mengeluarkan satu gelombang yang bernama Gelombang Theta ataupun Theta Wave.

Pada kebiasaannya kita mengeluarkan Gelombang Beta jika kita sedang berfikir. Tetapi dalam keadaan berzikir, otak kita mengeluarkan gelombang baru yang bernama Theta yang merupakan gelombang ketenangan. Mengikut pakar-pakar yang mengkaji tentang gelombang ini, di saat gelombang ini dikeluarkan, sistem badan kita turut berubah. Antara kajian yang menarik ialah, kajian yang berkaitan dengan sistem Imiul atau sistem pertahanan badan.

Mereka mendapati bahawa golongan yang banyak bermeditasi sebenarnya mempunyai sistem pertahanan badan yang lebih mantap daripada orang lain terutama orang yang sentiasa sibuk ke sana ke mari. Selain itu, orang yang banyak berzikir dijanjikan Allah dengan ilham yang istimewa sepertimana firman Allah yang bermaksud : ” Orang yang bersungguh-sungguh membersihkan dirinya melawan hawa nafsunya, kami yakni Allah akan tunjukkan jalan-jalan kami kepada mereka”. Oleh sebab itulah maka kehidupan orang yang selalu berzikir akan tenang dan dipermudahkan oleh Allah..Lihat sahajalah para Khulafa’ al-Rashidin yang tetap tenang walaupun terpaksa menguruskan empayar Islam yang tidak terhingga luasnya..Bandingkanlah pula dengan kita hari ini yang begitu lemah hingga tidak mampu untuk menguruskan urusan harian walaupun urusan kita tidak seberapa mana besar dan hebatnya..

Demikianlah bezanya golongan yang mendapat ilham dan golongan yang hanya bergantung kepada kemampuan dan keupayaan diri tanpa pergantungan kepada Allah.

Sunday, July 06, 2008

Woman in India 'has twins at 70'


Mother and babies in hospital

A woman said to be 70 years of age has given birth to twins in India's northern Uttar Pradesh state after taking IVF treatment.

"Now, we are very grateful to God, who has answered our prayers"
Charam Singh, father of twins

***********************************************

Omkari Panwar has no birth certificate but if her age is proven it would make her the world's oldest mother.

The twins, a boy and girl both weighing 2lbs, were delivered one month early by Caesarian section.

The couple were so desperate for a male heir that they spent their life savings and took out a bank loan for IVF.

Omkari Panwar already has two daughters and is a grandmother to five children.

"We already have two girls but we wanted a boy so that he could have taken care of our property. This boy and girl are God's greatest gift to us," Omkari said.

Father of the twins, Charam Singh, a farmer in his mid-70s, told ABC News he was very happy.

"The desire for a male child has always been there, but God did not bless us with a male child. Now, we are very grateful to God, who has answered our prayers," he said.

Doctors said the twins were doing fine.

Omkari maintains she was nine years old when the British left India in 1947, which would make her 70.

In December 2006, a 67-year-old Spanish woman gave birth to twins in Barcelona.

A woman said to be 65 gave birth to a boy in India's eastern Orissa state in 2003.

Makbulkah Doa?

Oleh isma daud




YA ALLAH..Terimalah doa kami.

Beginilah kita hormat majlis doa selamat...cover dengan bantal jelah.

Beginilah senario yang berlaku sekarang ini. Ustaz dijemput membaca doa, tidak hadir dikatakan sombong, hadir menggalakkan maksiat mereka ni. Maka bersopan santunlah ustaz lengkap berpakaian melayu menutup aurat, berkopiah, berwudhuk, menghadap kiblat, memulakan doanya dengan memuji Allah dan berselawat kepada Rasulullah. Di susunnya ayat-ayat dan bicara dengan khusyuk, .... semualah ustaz lakukan demi menjaga adab berdoa.

Begitulah agaknya tarbiyyah jahiliyyah zaman Islam Hadhari ini. Apa-apa ajelah. Sedangkan Allah SWT pernah menyebut di dalam hadis Qudsi; "Seorang lelaki yang kusut masai rambutnya, berabuk bajunya kerana perjalananan yang jauh; sedangkan pakaiannya haram, makanannya haram, minumannya haram, bagaimanakah Allah SWT akan memperkenankan doanya??

Berikanlah majlis ini kepada ustaz yang boleh makan upah jelah. Asal ada upah ; doa pasti akan dibaca. Apa majlis pun tidak kisah. Kononnya untuk mendapat keselamatan dan keredhaan Allah maka doa pun dipanjatkan serta diaminkan.



Doa itu adalah senjata orang mukmin, otak kepada ibadah. Mengapa doa itu dipanjatkan dalam keadaan tiada adab dan akhlak kepada Allah SWT. Sang ustaz patut berdakwah kepada mad'unya kerana doa orang yang tidak mencegah kemungkaran tidak diperkenankan Allah SWT. Wajarlah kita bermuhasabah agar kita tidak mempersendakan agama Allah dengan sebab kejahilan kita dan kealpaan kita. Semoga Allah memberi petunjuk kepada kita semua, Insya Allah SWT.

Saturday, July 05, 2008

Harga diri naik, harga barangan jatuh

Oleh LanH


Seboleh-bolehnya saya tidak mahu menulis mengenai apa didakwa salah laku Anwar Ibrahim. Penulis tidak mahu menggunakan istilah jijik (lxxxt) itu. Pengalaman membabitkan istilah itu mengajar penulis berhati-hati. Selain membabitkan hukum-hakam agama, ia juga menjejaskan suasana keharmonian dalam rumah tangga. Pada 1998 dulu, dua orang anak penulis yang ketika itu berumur 9 dan 7 tahun bertanya; "lxxx itu apa ayah?" Maka terkial-kiallah saya nak menjawabnya, "err, err,errr."

Kini saya menulis juga mengenai perkara ini selepas menjumpai risalah mengenainya di pintu masuk masjid subuh tadi (4 Julai). Pada pandangan saya, kandungan risalah itu bernas untuk tatapan dan renungan bersama. Antara lain risalah sebaran (untuk jemaah solat Jumaat) dengan tajuk 'Isu lxxxt Dato' Seri Anwar Ibrahim � Cara Penyelesaian' (saya tidak bersetuju dengan tajuk ini, bukankah lebih elok ditulis 'Isu dakwaan salah laku ke atas...') ditulis;

"Kita sedang terjebak dalam satu krisis perpecahan Melayu-Islam. Perpecahan ini sangat besar selepas pilihan raya, kesan daripada pemimpin-pemimpin kita yang berbalah sesama sendiri. Ancaman kepada Melayu masa kini ialah Anwar melakukan lxxxt (wahai penulis, takkan awak tergamak menuduh begini sedangkan kes ini baru di peringkat mendakwa saja, tak takutkah kamu kepada Allah, oleh itu tulislah secara berhemah).

"Isu ini bukan satu isu yang mudah. Semua orang akan buat berbagai-bagai tuduhan. Ini tidak baik dan dilarang oleh agama. Yang menyokong Anwar menuduh kerajaan berkonspirasi. Yang menyokong kerajaan pula sedang mencari bukti. Akhirnya orang Melayu Islam berbalah sesama sendiri, mempertahankan perkara-perkara yang mereka sendiri tidak jelas. Kesan tahun 1998 dulu, kita sudah merasa sangat buruk kepada bangsa dan negara.

"Bagi mengatasi kemelut dan masalah ini, yang terbaik ialah kita serahkan kepada Allah SWT. Caranya ialah semua orang Melayu Islam, pertubuhan-pertubuhan bukan kerajaan (NGO), institusi masjid/surau, sekolah-sekolah dan universiti mencari satu hari khas untuk menganjurkan sembahyang hajat beramai-ramai memohon Allah SWT memberi petunjuk kepada mana-mana pihak yang bersalah dalam perkara ini. "Sembahyang hajat boleh diadakan di tempat masing-masing. Pohon sokongan semua pihak supaya kita dapat menyelamatkan negara kita dari malapetaka. "Mulai hari ini hentikan tuduh menuduh dan kita kembali kepada Allah SWT. Sebarkan supaya semua orang mengambil bahagian." - AL-SUFI

Cadangan Al-Sufi perlu pertimbangan semua pihak. Selain pandangan beliau, tazkirah di Masjid Balai Islam sebelum solat Jumaat tengah hari tadi (4 Jun) juga menyegarkan jiwa. Penceramahnya berkata semua permasalahan dan kemelut dalam negara dapat diselesaikan jika pemimpin dan rakyat berpandukan al-Quran. Yang menjadi masalahnya, manusia itu tidak mahu al-Quran, katanya.

Tuduhan melxxxt dan berzina dan seumpamanya membabitkan harga diri. Tetapi hari ini dapat kita saksikan betapa lancang dan jahatnya mulut pemimpin dan bukan pemimpin. Berkata begitu, berkata begini sedangkan mereka tidak tahu kedudukan perkara. Mereka main agak-agak saja. Mana boleh main agak-agak dalam kes membabitkan maruah diri ini?

Membicarakan bab harga diri ini, penulis teringat bahan bernas yang kerap menjadi hujah seorang sahabat. Beliau membawakan kisah Shakespeare yang memetik kata seorang penasihat kepada Raja.

Kata penasihat itu, jika Tuanku kehilangan kerajaan, Tuanku tidak hilang apa-apa; kerajaan boleh dirampas balik dengan cara memperhebatkan perjuangan. Jika Tuanku hilang kesihatan (jatuh sakit) Tuanku baru hilang separuh daripada diri Tuanku; tetapi jika Tuanku hilang harga diri, Tuanku telah hilang segala-galanya.

Demikianlah pada ketika harga barangan keperluan asas termasuk tepung, beras dan minyak yang berterusan naik, semakin ramai orang yang hilang harga diri. Ada yang menjaja kisah terlampau diri sendiri. Ada pula membuka kisah aib orang lain. Jika dilihat dari satu segi, seolah-olah kedua-dua perkara ini (harga diri dan harga barang) telah diletakkan di atas neraca. Jika harga barang naik, maka harga diri akan jatuh.

Mungkinkah pada ketika harga diri naik, harga barangan akan jatuh? Jika direnung secara berilmu memang begitu. Jika seseorang itu terutama peniaga dan pemimpin dikawal oleh agama (takut kepada Allah), harga barangan keperluan akan berada pada tahap terkawal kerana barangan dan keperluan asas seperti padang ragut (beras, gandum), air dan api sudah terjamin di bahu kerajaan sebagai sebahagian tanggungjawab pemerintah kepada rakyat.

Seorang tuan guru dalam tazkirah pada satu majlis yang diikuti penulis baru-baru ini, mengingatkan hadirin dengan amaran menakutkan; dua daripada tiga hakim akan masuk nereka; manakala pemimpin (imam) zalim tidak akan dipandang langsung oleh Allah SWT pada hari akhirat kelak.

Siapakah pemimpin yang zalim itu? Mereka adalah orang yang tidak berhukum dengan hukum Allah. Mereka memerintah ikut nafsu dan syahwat. Mereka menangkan kroni. Mereka makan suap. Mereka mengamalkan undang-undang rimba. Menghumban manusia dalam penjara tanpa bicara. Inilah manusia yang paling dimurkai Allah SWT. Mereka paling jauh daripada rahmat Allah SWT.

Sementara itu peniaga yang jujur, hakim serta pemerintah yang adil, kedudukan mereka adalah di bawah Nabi-Nabi dan begitu hampir dengan Allah SWT, demikian kata tuan guru itu.

Jika semua orang termasuk pemimpin ada harga diri, harga barang akan berada pada paras dimampui orang awam kerana negara dibarakahi Allah SWT. Insya-Allah jika harga diri naik, harga barangan akan jatuh!

Related Posts with Thumbnails