Roslan Aziz : "mohon maaf"

Berita Lanjut di Malaysiakini

Jimadie Shah Othman

Komposer terkenal Roslan Aziz memohon maaf kepada ahli PAS kerana kenyataannya yang dianggap menghina parti itu berhubung tindakan Dewan Pemuda PAS Selangor membantah konsert penyanyi terkenal Ella dan Mas Idayu, sempena 100 hari Pakatan Rakyat mentadbir negeri itu.

'Sebagai seorang manusia yang beragama Islam, (juga) bapa, suami dan anak yang masih menagihkan ilmu pengetahuan dan keredhaan-Nya, saya dengan merendah hati memohon maaf kepada semua muslimin dan muslimat khususnya ahli-ahli PAS atas perlakuan saya itu,' kata Roslan dalam blognya Roslan Aziz Production ( http://roslanaziz.blogspot.com ) semalam.

Kelmarin, Roslan menyifatkan tindakan Pemuda PAS Selangor membantah konsert penyanyi terkenal Ella dan Mas Idayu sebagai tindakan 'ego' golongan agama dan bermotifkan politik.

'Orang yang tahu fasal agama, ego dia lebih tinggi. Cuba kita pergi kepada seorang ustaz dan kata kepada dia, hadis ustaz salah, sanad tak betul. (Awak) ingat dia boleh terima? Mereka ini hendak tunjuk suci,' katanya kepada Malaysiakini.

Beliau berkata demikian ketika diminta mengulas rancangan Pemuda PAS Selangor untuk mengadakan perhimpunan untuk membantah konsert tersebut yang dijadual 6 Julai di Shah Alam.

Dalam permohonan maafnya itu, Roslan mengaku tidak berfikir panjang sebelum menjawab soalan yang diajukan, sebaliknya menggunakan emosi dan frustration saya yang lama terpendam.


Permohonan Maaf Roslan Aziz


Assalamualaikum...

Terlebih dahulu inzinkan saya meminta maaf atas kertelanjuran kata2 saya didalam malaysia kini tempoh hari.

Saya mengaku tidak berfikir panjang sebelum menjawab soalan2 saudara Jimadie tetapi sebaliknya menggunakan emosi dan frustration saya yang lama terpendam.Sebagai seorang Islam dan bapa kepada anak2 saya..saya tidak sepatutnya menjawab begitu yang menyebabkan ada pihak yang berasa terhina.Saya TIDAK sama sekali berniat untuk menghina jauh sekali untuk bermusuh sesama saudara.

Walaubagaimanapun ia tidak sepatutnya berlaku dan sebagai seorang manusia yang beragama ISLAM.. bapa.. suami dan anak yang masih menagihkan ilmu pengetahuan dan KeredhaanNYA...saya dengan merendah hati memohon maaf kepada semua muslimin dan muslimat khusus nya ahli2 PAS atas perlakuan saya itu. Saya berharap dan berdoa agar saya dimaafkan...

Dengan nama ALLAH yang Maha Pemurah lagi Maha Penyayang...
Saya berdoa agar kita semua sentiasa dilindungi oleh ALLAH S.W.T. dan dipelihara olehNYA.

Selawat kepada nabi kesayangan kita Rasul ALLAH Nabi Muhammad S.A.W. dan Keluarga baginda A.S.

IKHLAS
Roslan Aziz

@ Kampong Datok Keramat

Comments

Popular posts from this blog

Soalan Berkaitan Dengan Talak Bain Sughra Dan Talak Bain Kubra

Isu Agihan Daging Korban Seekor Lembu , Mestikah 7 Bahagian?

Keliru Soal Mandi Wajib Kerana Was-Was

Lawatan Ke Rumah Seri Kenangan ; Hargai Warga Tua

Sepanduk-Sepanduk Menarik Pelbagai Kategori Sempena Pertandingan Sepanduk Maulidur Rasul 1432H/ 2011M

Pekerja Hotel Dan Sisa-Sisa Babi

Hukum Penggunaan Tanduk Rusa

Bila Nak Mulakan Takbir Raya Adha?