Bayaran Gaji Kakitangan Awam Dan Kerja Luar Selepas Tugas

Bayaran gaji kakitangan awam dua kali sebulan: PM

PUTRAJAYA: "Kerajaan akan melakukan pembayaran gaji kakitangan awam secara ansuran dua kali dalam sebulan mulai Ogos ini"; kata Perdana Menteri, Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi, di sini petang ini.

Katanya, pembayaran pertama pada pertengahan bulan dan bayaran seterusnya hujung bulan.


Dalam perkembangan lain;

JPA kemuka peraturan untuk pekerjaan luar

Kakitangan perkhidmatan awam yang ingin melakukan pekerjaan luar atau kerja sambilan perlu memohon kebenaran bertulis daripada ketua jabatan masing-masing.

Menurut kenyataan Jabatan Perkhidmatan Awam (JPA), peraturan berkaitan kakitangan awam yang ingin melakukan pekerjaan luar telah lama wujud dan masih berkuatkuasa iaitu menurut Peraturan 5, Peraturan-peraturan Pegawai Awam (Kelakuan dan Tatatertib) 1993 dan Peraturan-peraturan Pegawai Awam (Kelakukan dan Tatatertib) Pindaan 2002.

“Ketua jabatan perlulah mengambil kira tata kelakuan kakitangan awam seperti mana yang ditetapkan pada peraturan-peraturan berkenaan.

"Ketua jabatan juga hendaklah memastikan syarat dipenuhi iaitu pekerjaan luar tidak dilakukan pada waktu bekerja atau semasa kakitangan tersebut dikehendaki melaksanakan tugasnya,” katanya.

Syarat itu turut menetapkan pekerjaan luar yang dilakukan kakitangan awam tidak akan menjejaskan kebergunaan kakitangan itu sebagai seorang kakitangan perkhidmatan awam.

“Ia mesti tidak bercanggah dengan kepentingan perkhidmatan awam atau tidak menjadi selaras dengan kedudukan kakitangan itu sebagai seorang kakitangan perkhidmatan awam,” katanya.

Pengenaan syarat itu perlu bagi memastikan pekerjaan luar yang dilakukan kakitangan berkenaan tidak akan menjejaskan kepentingan penyampaian perkhidmatan awam serta produktiviti kakitangan terbabit. — Bernama

Comments

Popular posts from this blog

Soalan Berkaitan Dengan Talak Bain Sughra Dan Talak Bain Kubra

Isu Agihan Daging Korban Seekor Lembu , Mestikah 7 Bahagian?

Keliru Soal Mandi Wajib Kerana Was-Was

Lawatan Ke Rumah Seri Kenangan ; Hargai Warga Tua

Sepanduk-Sepanduk Menarik Pelbagai Kategori Sempena Pertandingan Sepanduk Maulidur Rasul 1432H/ 2011M

Pekerja Hotel Dan Sisa-Sisa Babi

Hukum Penggunaan Tanduk Rusa

Bila Nak Mulakan Takbir Raya Adha?