Sunday, June 29, 2008

AIBkan Anwar : Konspirasi 1998 sekali lagi?

28/06/2008

Dakwaan Liwat

Sumber dari Parti KeADILan Rakyat melalui sistem mesejnya telah menyebarkan berita "polis telah menahan pembantu khas DSAI, Sdr Saiful Bahari petang ini 28 Jun dan memaksa beliau membuat pengakuan diliwat oleh DSAI. Polis juga dijangka menangkap DSAI malam ini juga. Sila sebarkan".

Adakah ini menandakan Dolah dan Najib tersepit dan terpaksa merancang perkara ini bagi menghalang DSAI dari berjaya mengambil alih kerajaan menjelang 16 September ini?

Marilah kita bersama-sama memohon kepada Allah agar DSAI dilindungiNya dari perbuatan jahat dan tindakan desparado golongan yang zalim.

Semoga Allah menurunkan bala kepada mereka yang merancang fitnah sedemikian!


29/06/2008


Laporan Polis

Dakwaan liwat terhadap Ketua Umum PKR, Datuk Seri Anwar Ibrahim dikatakan berlaku "dalam sebuah kondo di kawasan Damansara", demikian menurut laporan polis yang dibuat pembantunya yang berusia 23 tahun semalam.

Ketua Jabatan Siasatan Jenayah, Datuk Bakri Zinin juga mengesahkan bahawa satu pemeriksaan perubatan telah dijalankan ke atas mangsa terbabit.

Beliau memberi jaminan bahawa polis akan menjalankan siasatan yang adil dan terperinci.

Ditanya sama ada Anwar akan ditahan, Bakri berkata polis perlu mengkaji dakwaan tersebut terlebih dahulu.

Bagaimanapun, pihak polis menafikan menahan pembantu Anwar itu dan dipaksa mereka-rekakan bukti, seperti yang didakwa oleh PKR.

"Jangan dengar khabar angin. Dengar cakap saya. Saya ketua CID," kata Bakri apabila ditanya mengenai perkara tersebut.

Beliau menegaskan mangsa yang menulis sendiri laporan tersebut.


Kenyataan Anwar Ibrahim

 Laporan polis yang dibuat terhadap saya awal hari ini adalah satu rekaan semata-mata. Saya percaya kita sedang menyaksikan ulangan pendekatan sama yang digunakan terhadap saya seperti pada tahun 1998 apabila tuduhan palsu dibuat dengan paksaan. Nyatalah ini satu tindakan terdesak oleh regim Barisan Nasional untuk menghalang usaha rakyat Malaysia menuju kebebasan, demokrasi dan keadilan.

Laporan palsu ini dirancang oleh pihak-pihak berkepentingan untuk menyerang saya sebagai satu serangan balas terhadap bukti yang saya perolehi mengaitkan Ketua Polis Negara Musa Hasan dan Peguam Negara Gani Patail dengan perbuatan salah laku, termasuk usaha pemalsuan bukti-bukti kes yang melibatkan saya pada tahun 1998-99. Serangan jahat ini tidak akan menghalang saya dari mendedahkan bukti-bukti tersebut kepada awam.

Saya menyeru rakyat Malaysia untuk bangun menentang kuasa-kuasa menindas yang akan digunakan oleh kerajaan pada hari dan minggu-minggu berikutnya. Kita menjangkakan pihak media, badan kehakiman dan pihak polis akan tunduk di bawah telunjuk serta arahan pemerintah.

Rakan-rakanku rakyat Malaysia - kita telah mengambil langkah berani pada 8hb Mac 2008 untuk mara demi harapan baru untuk kebebasan dan keadilan untuk semua rakyat. Gerakan rakyat untuk perubahan mesti terus maju dengan segala kekuatan dan keberanian.


Sokongan

Ketua Umum KeADILan Dato' Seri Anwar Ibrahim dilaporkan ditempatkan di Kedutaan Turki di Kuala Lumpur atas alasan keselamatan.

ImageNaib Presiden Azmin Ali mengesahkan bahawa Anwar berbuat demikian demi keselamatan dirinya.

"Beliau telah dihantar ke sana sejak jam 6.00 pagi tadi. Tidak siapa pun yang boleh menziarahi beliau kecuali isteri dan anak-anaknya," kata Azmin.

Katanya, tidak dapat dipastikan sampai bila Anwar akan berlindung di kedutaan tersebut.

Kini para penyokong KeADILan sedang mula berkumpul di kedutaan tersebut bagi menyatakan solidariti terhadap Anwar.


PM : Nafi Terlibat

Perdana Menteri Dato' Seri Abdullah Ahmad Badawi menyerahkan kepada polis untuk mengadakan siasatan bagi menentukan kesahihan berhubung dakwaan bahawa Ketua Umum KeADILan, Dato' Seri Anwar Ibrahim meliwat seorang pembantunya.

ImageKatanya, siasatan wajar dibuat dan bukan hanya bergantung kepada penafian Anwar sahaja kerana sepertimana kes jenayah lain, sudah semestinya sesiapa sahaja yang dituduh akan menafikannya.

"Kalau sudah begitu pihak polis lah yang kena ambil apa-apa tindakan yang sewajarnya. Laporan telah diberi, polis akan buat siasatan dan tentukan bahawa benda itu betul atau tidak betul.

"Apa yang Anwar kata bukan kita boleh tentukan...dia tentulah buat penafian. Itu lazimnya begitulah. Orang yang dituduh akan buat penafian,' katanya kepada pemberita selepas melancarkan Program Bumi Hijau Warga Putrajaya Bersama Perdana Menteri di Putrajaya hari ini.



Nik Aziz Sifatkan Konspirasi Burukkan Imej Anwar

 Mursyidul Am PAS, Tuan Guru Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat tidak menolak kemungkinan tuduhan liwat terhadap Ketua Umum KeADILan, Datuk Seri Anwar Ibrahim merupakan satu konspirasi politik.

Ini kerja-kerja politik belaka. Geng-geng politik semua, kerana tidak beriman. Dalam blog pun dibuat macam-macam tuduhan.. apa ni, katanya ketika ditemui di Lapangan Terbang Sultan Ismail Petra, sebelum berlepas ke Kuala Lumpur, hari ini.



Kenyataan Media : Presiden PKR


Presiden Parti Keadilan Rakyat (KeADILan), Datin Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail dalam sidang media sebentar tadi mendedahkan gambar pengadu kes Anwar, Saiful Bukhari Azlan dengan Pegawai Khas kepada Timbalan Perdana Menteri, Khairil Anas Yusof.

a
Gambar itu akhirnya mencetus tanda tanya samada kes dakwaan liwat terbaru membabitkan Anwar itu adalah berpunca dari konspirasi seseorang.

Beliau tidak mendedahkan siapa yang menyerahkan gambar tersebut namun disyaki adanya konspirasi seperti kes pada tahun 1998 membabitkan Anwar.

Namun menurut sumber, Saiful adalah Pegawai Khas Anwar yang menjadi sukarelawan ketika pilihan raya umum lalu dan beliau dikatakan bukan ahli KeADILan.

Wan Azizah yang mengulas perkembangan terbaru itu menyatakan rasa kecewa dengan dakwaan tersebut yang dikatakan sekali lagi untuk menjatuhkan Anwar.

Malah menurut Timbalan Presiden KeADILan, Dr Syed Husin Ali, kini konspirasi itu bukan sahaja untuk menjatuhkan Anwar malah mengancam hidup Anwar.

Pimpinan KeADILan sepakat mengecam konspirasi terbaru ini yang nyata sekali untuk menjatuhkan Anwar tatkala perkembangan KeADILan semakin hampir memerintah kerajaan, kata Syed Husin.

Pimpinan KeADILan sendiri sepakat tidak mempercayai dakwaan Saiful itu malah menyokong penuh kepimpinan Anwar.

Suasana di perkarangan hotel dekat sini semakin bising dengan laungan reformasi dan takbir.


Anwar Disembunyikan


 Parti Keadilan Rakyat (PKR) memutuskan untuk 'menyembunyikan' Ketua Umumnya, Datuk Seri Anwar Ibrahim di tempat yang selamat kerana nyawanya dalam bahaya.

Timbalan Presiden PKR, Syed Husin Ali berkata, apa yang berlaku bukan sahaja satu cara untuk membunuh politik Anwar tetapi "kalau boleh untuk membunuh beliau sendiri".


Menurutnya, keputusan untuk meletakkan Anwar di tempat selamat dibuat oleh parti dan bukannya keputusan Anwar sendiri.

Katanya, Anwar menafikan dakwaan liwat terhadapnya. Syed Husin menyifatkan dakwaan tersebut sebagai "satu percubaan yang paling jelik dan hina".

Manakala Presiden PKR, Datin Seri Wan Azizah Wan Ismail juga berkata Anwar berada dalam negara dan nyawanya dalam bahawa.

Beliau yang juga isteri Anwar berkata, ketua umum PKR itu tidak percaya kepada pihak polis dan badan kehakiman.


30 JUN 2008

KUALA LUMPUR, 30 Jun (Hrkh) - Ketua Pembangkang, Datin Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail mengutus surat kepada Perdana Menteri, Dato' Seri Abdullah Ahmad Badawi berhubung kes yang membabitkan suaminya, Dato' Seri Anwar Ibrahim.

Wan Azizah mewakili pemimpin Pakatan Rakyat menghantar surat rasmi untuk memohon pertemuan dengan Abdullah berhubung soal keselamatan dan pertuduhan ke Imageatas Dato' Seri Anwar Ibrahim. Surat tersebut telah diterima oleh Pejabat Perdana Menteri pada jam 3:15 petang tadi.

Sementara itu, Ahli Parlimen Machang, Saifudin Nasution Ismail menegaskan, Pakatan Rakyat memerlukan PM memberikan jaminan tersebut kerana berdasarkan kes Anwar 1998, bekas Timbalan Perdana Menteri itu dipukul polis pada malam beliau ditangkap.

"Yang memukulnya ialah Ketua Polis Negara ketika itu, Tan Sri Rahim Noor, sehingga menyebabkan kecederaan yang membahayakan nyawa Anwar, oleh itu kali ini kita tidak dijamin perkara yang sama boleh berulang.

"Oleh kerana itu kami yang mendesak beliau untuk berlindung, beliau memang tidak mahu (ke Kedutaan Turki), namun pada kami, nyawa beliau terancam, itu yang lebih bahaya," tegasnya.

Bagi Ahli Parlimen Gombak, Mohamed Azmin Ali, Ketua Umum KeADILan itu tidak pernah meminta perlindungan politik atau asylum daripada Kerajaan Turki.

Katanya, yang penting kerajaan memastikan keselamatan Anwar dan anggota keluarganya yang sentiasa terdedah kepada ancaman.

"Kami masih belum boleh mempercayai polis dan sistem kehakiman Malaysia, pengalaman kami dengan kedua-dua institusi ini amat buruk.

"Ketua Polis Negara, Tan Sri Musa Hassan adalah orang yang terbabit dalam kes 1998, adakah mereka (Umno/BN) mahu kami serahkan Anwar dan mempercayainya bulat-bulat?," Soal Azmin.

Manakala bagi Ahli Parlimen Kota Bharu, Dato' Wan Abdul Rahim Wan Abdullah, dakwaan terbaru terhadap Anwar adalah semata-mata merupakan usaha pihak tertentu untuk mengalihkan kes Altantuya.

"Kita boleh lihat satu dua hari ini, orang seolah-olah lupa kes Altantuya, sedangkan kes itu amat besar, mereka berjaya alihkan isu," ujarnya.

Katanya, Mursyidul Am PAS, Tuan Guru Dato' Nik Aziz Nik Mat sudah membuat kenyataan yang jelas semalam, bahawa kes Anwar semata-mata merupakan satu lagi teori kospirasi yang bertujuan merencatkan usaha Anwar membentuk kerajaan Pakatan Rakyat.

Sementara itu, Timbalan Perdana Menteri, Dato' Seri Mohd Najib Tun Razak menafikan beliau terlibat dalam kes dakwaan liwat terhadap Anwar Ibrahim biarpun pengadu (Saiful Bukhari Azlan) bergambar dengan Pegawai Khasnya (Khairil Anas Yusof).

Berikut disiarkan kenyataan rasmi Pakatan Rakyat hari ini

KENYATAAN AKHBAR PAKATAN RAKYAT DAKWAAN TERHADAP ANWAR IBRAHIM - RAKYAT JANGAN TERPEDAYA

Pakatan Rakyat percaya bahawa laporan polis yang dibuat terhadap Dato' Seri Anwar Ibrahim yang mendakwa kononnya beliau meliwat seorang pembantunya tidak lebih daripada hanya pengulangan pertuduhan tahun 1998 bagi menghancurkan karier politik beliau. Ini dilakukan sebagai tindakbalas kepada kemungkinan Pakatan Rakyat membentuk kerajaan pusat dalam masa terdekat.

Skandal 1998 telah memperlihatkan bagaimana seluruh institusi negara dimanipulasi bagi kepentingan pihak tertentu yang akhirnya dibuktikan satu demi satu pada hari ini. Kredibiliti kerajaan pusat akan hilang di mata rakyat, keyakinan pelabur akan terjejas dan nama Malaysia di mata dunia akan tercemar. Proses membangunkan semula negara akan terganggu dan memakan masa.

Oleh itu kami menyeru agar pihak berkuasa menjalankan siasatan dengan adil dan telus terhadap dakwaan ini.

Oleh kerana kredibiliti Polis DiRaja Malaysia sudah hilang di mata rakyat apabila Ketua Polis Negara pada ketika itu sendiri menyebabkan kecederaan kepada Dato� Seri Anwar Ibrahim sewaktu skandal 1998, kami menuntut agar suatu badan bebas khas ditubuhkan bagi menyiasat dakwaan terbaru ini.

Dato' Seri Anwar juga percaya terdapat cubaan yang mengancam nyawa beliau sehingga memaksa beliau meminta perlindungan di Kedutaan negara luar.

Pihak berkuasa perlu mengambil segala tindakan yang sepatutnya demi menjamin keselamatan beliau dan memberikan peluang sewajarnya untuk beliau mempertahankan diri bagi dakwaan kali ini.

Dokongan Terhadap Gabungan PROTES

Kami juga menyeru rakyat Malaysia agar tidak hilang fokus terhadap permasalahan sebenar yang memberikan kesan kepada kehidupan harian iaitu kenaikan harga minyak yang telah dibuat tanpa kewajaran.

Sekali lagi Pakatan Rakyat mengulangi sokongan penuh kepada Gabungan Protes yang berkempen mendesak penurunan harga minyak sebagai langkah utama untuk mengurangkan beban rakyat. Pakatan Rakyat akan turut hadir bersama Gabungan Protes pada 6 Julai 2008 di Padang Timur, Petaling Jaya untuk memberi sokongan penuh kepada rakyat.

YB Dr Wan Azizah Wan Ismail
Presiden KeADILan

YB Ustaz Nasharudin Mat Isa
Timbalan Presiden PAS

YAB Lim Guan Eng
Setiausaha Agung DAP


1 JULAI 2008

TERKINI! SHAH ALAM
: Ketua Umum KeADILan, Dato' Seri Anwar Ibrahim diiringi peguamnya Sankara N Nair kelihatan memasuki perkarangan Ibu Pejabat Kontingen Polis (IPK) Shah Alam tepat jam 2.50 petang tadi.

Sebaik ketibaan beliau, Anwar disambut oleh Naib Presiden KeADILan, Sivarasa Rasiah, Bendahari Agung KeADILan, William Leong, Ketua Angkatan Muda, Shamsul Iskandar Akin dan ratusan penyokong sambil melaungkan reformasi.

Anwar tiba di IPK Shah Alam untuk membuat laporan polis terhadap Peguam Negara, Tan Sri Gani Patail dan Ketua Polis Negara, Tan Sri Musa Hassan berhubung salahlaku kedua-duanya dalam mengendalikan kesnya pada tahun 1998-1999 yang lalu.

Wartawan Harakah dilokasi, Wan Nordin Wan Yaacob melaporkan, keadaan di IPK sekarang ini berada dalam kawalan yang amat ketat.

Katanya, terdapat desas-desus bahawa bekas TPM itu akan ditahan di IPK Shah Alam, berhubung dakwaan kes liwat oleh bekas Pembantu Khasnya, Saiful Bukhari Azlan.

Bagaimanapun laporan terhadap Gani dan Musa tidak ada kena mengena dengan dakwaan terbaru terhadap beliau.

Sebelum ini Anwar menegaskan, beliau diperangkap dengan kes terbaru kerana pihak tertentu mengetahui bekas TPM itu akan membuat laporan polis terhadap AG dan IGP serta membuat pengumuman hasratnya untuk bertanding di sebuah kawasan pilihan raya.

Bagaimanapun dengan kewujudkan kes terbaru ini, segala gerak kerja politik beliau tertangguh.

Selepas di IPK Anwar dijadualkan akan memberikan sidang akhbarnya di Ibu Pejabat KeADILan di Damansara, seterusnya berucap dala ceramah umum di Stadium Malawati Shah Alam malam ini.

Bagaimanapun semua jadual beliau bergantung kepada suasana yang bakal berlaku di IPK Shah Alam.

_____________________________________________
URD - Pelbagai Sumber; Harakah, Utusan Malaysia, TKO, Malaysiakini.

Thursday, June 26, 2008

Isu Apollo - Jawapan Balas Dari Apollo Foods.

Oleh Topeng_Perak

Assalamu 'alaikum...

 Merujuk kepada dakwaan yang dibuat oleh beberapa pihak didalam beberapa berita & email didalam laman cyber berkenaan isu makanan keluaran Apollo yang dikatakan tidak halal.berikut adalah penjelasan daripada pihak Apollo tentang status halal mereka & beberapa dokumen sokongan disertkan sebagai bukti.

Kepada semua pengguna-pengguna Muslim,

Kami di Apollo telah mendapat banyak pertanyaan daripada pengguna mengenai penggunaan emulsifier E471 di dalam ramuan kek kami yang di dakwa tidak halal. Di sini kami ingin menjelaskan bahawa emulsifier yang digunakan sememangnya mempunyai kod E471 dan berasaskan tumbuhan dan disahkan halal oleh JAKIM. Bersama-sama ini disertakan Sijil Halal Bagi emulsifier tersebut dan aduan-aduan berkaitan perkara ini yang telah dijawab oleh pihak JAKIM. Sila rujuk hyperlink di bawah.

Diharap semua pengguna Muslim lebih bijak menilai setiap khabar angin yang diterima melalui internet samada ianya benar atau tidak sebelum anda menyebarkanya kepada semua.

Sekiranya anda mempunyai sebarang kemusykilan, sila hubungi kami di nombor berikut : 07-2365096/97 - Mr. Terence / Mdm Gan ( Sales & Marketing Dept).

Sekian terima kasih.


Daripada,
Zanawati Binti Amin,
Halal Officer.
Apollo Food Industries Sdn Bhd.

Saturday, June 21, 2008

Murid Sekolah Pun Tahu...

Pendapat Oleh khairulfaizi

"Apabila kerajaan mengumumkan bahawa gaji kakitangan awam akan dibayar dua kali sebulan sebagai langkah untuk membantu meringankan bebanan rakyat khususnya kakitangan awam, saya pasti bahawa Perdana Menteri yang mengumumkan perkara tersebut akan menjangkakan bahawa kakitangan awam akan menyokong seratus peratus tanpa berbelah bagi.


Mekanisme yang Pak Lah umumkan ini kononnya akan memudahkan kakitangan awam menjalani kehidupan yang lebih baik. Jika sebelum ini kakitangan awam terpaksa menunggu sehingga hampir hujung bulan untuk menerima gaji tetapi selepas ini pada tengah bulan pun gaji akan diterima.


Maka, di dalam media telah dipergunakan kakitangan awam yang kononnya menyokong 'tindakan berani' Pak Lah. Pelbagai kenyataan disiarkan untuk menunjukkan bahawa kakitangan awam bersama Pak Lah.


Masalahnya, walaupun gaji dibayar dua kali sebulan, jumlahnya tetap sama. Setengah campur setengah jawapannya satu ( 1/2 + 1/2 = 1). Murid sekolah pun tahu kira-kira ini, tidak kiralah ia dikira dalam menggunakan bahasa Melayu ataupun bahasa Inggeris ia tetap akan mendapat hasilnya satu.


Lainlah jika gaji dibayar dua kali sebulan dengan beberapa tambahan elaun atapun peningkatan gaji kakitangan awam, barulah ianya akan disokong.


Apabila kenyataan Pak Lah ini dipandang sepi malah dikritik oleh beberapa pihak maka hari ini Menteri Sumber Manusia pula menyatakan bahawa kerajaan mungkin tidak laksanakan gaji dua kali sebulan.


Entah apa lagi yang Pak Lah akan lakukan untuk mengurangkan kemarahan rakyat terhadap kenaikan harga minyak dan kesan daripadanya. Semakin lama rakyat semakin tertekan tetapi kerajaan pimpinan Pak Lah semakin hilang punca dan tenggelam idea.


Inilah malangnya apabila negara dipimpin oleh orang yang lemah, macam Pak Lah...


Khairul Faizi Bin Ahmad Kamil
http://minda-kembara.blogspot.com/


------------------------------------------------------


Kerajaan mungkin tidak laksana gaji dua kali sebulan - Berita Harian Online


KUALA TERENGGANU: Kerajaan mungkin tidak akan melaksanakan pembayaran gaji dua kali sebulan seperti dicadangkan berikutan tentangan banyak pihak, kata Menteri Sumber Manusia, Datuk Dr S Subramaniam.


Beliau berkata, sejak Perdana Menteri, Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi mengumumkan cadangan pembayaran gaji pegawai dan kakitangan kerajaan dalam dua ansuran sebulan mulai Ogos ini, pelbagai reaksi diterima dengan lebih banyak pihak yang menentang daripada menyokongnya.


"Ini termasuk Kongres Kesatuan Pekerja-Pekerja Dalam Perkhidmatan Awam (Cuepacs) serta pemimpin parti politik sendiri yang menganggap ia menyusahkan dan bukan cara terbaik untuk membantu kakitangan awam menguruskan perbelanjaan dan aliran tunai isi rumah ekoran kesan kenaikan harga bahan api," katanya.


Bagaimanapun beliau berkata, keputusan muktamad hanya akan ditentukan pada mesyuarat Kabinet akan datang.


“Ramai yang beritahu perkara akan menyusahkan mereka. Mesyuarat Kabinet akan datang kita akan bincang dan kita akan buat keputusan muktamad nanti,” katanya selepas merasmikan Persidangan Perwakilan MIC Negeri Terengganu 2008 di sini hari ini. - Bernama

Friday, June 20, 2008

Marahkan suami, al-Quran dihina

Seseorang mungkin terlalu geram terhadap suami sendiri - tetapi kenapalah al-Quran pula yang harus menjadi mangsanya?

Kitab suci itu digunting dan diconteng dengan perkataan-perkataan yang sarat kemarahan dan maki-hamun.

defaced quran book 200608Contengan-contengan di halaman kitab tersebut membayangkan kekecewaan yang sangat mendalam terhadap pasangan hidupnya, antaranya "hang memang tak adil", "siksaan demi siksaan kamu bagi kenapa", dan "kenapa jodohkan aku".

Menurut satu perkumpulan belia, naskhah al-Quran itu ditemui oleh seorang pengutip barangan lusuh di sebuah tong sampah di Taman Jalai Jaya, Jitra dalam daerah Kubang Pasu pada Khamis minggu lalu.

Setiausaha Perikatan Belia Bersatu Malaysia (Pembela) Basir Ismail memberitahu Malaysiakini hari ini, naskhah itu kemudian diserahkan kepadanya petang semalam di pejabatnya di Bandar Darulaman.

Menurutnya, presiden perkumpulan beliau itu Ir Mohd Jamal Nasir bersama beliau akan membuat laporan di ibu pejabat polis daerah Kubang Pasu esok supaya siasatan lanjut dijalankan berhubung perkara itu.

Pembela, sebuah pertubuhan baru yang belum berdaftar secara rasmi, ditubuhkan Mac lalu.

Menurut blog Pembela (www.pembelawaja.blogspot.com), penubuhannya dirasmikan oleh ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) PAS Kubang Rotan, Mohd Nasir Mustaffa semalam.

Roslan Aziz : "mohon maaf"

Berita Lanjut di Malaysiakini

Jimadie Shah Othman

Komposer terkenal Roslan Aziz memohon maaf kepada ahli PAS kerana kenyataannya yang dianggap menghina parti itu berhubung tindakan Dewan Pemuda PAS Selangor membantah konsert penyanyi terkenal Ella dan Mas Idayu, sempena 100 hari Pakatan Rakyat mentadbir negeri itu.

'Sebagai seorang manusia yang beragama Islam, (juga) bapa, suami dan anak yang masih menagihkan ilmu pengetahuan dan keredhaan-Nya, saya dengan merendah hati memohon maaf kepada semua muslimin dan muslimat khususnya ahli-ahli PAS atas perlakuan saya itu,' kata Roslan dalam blognya Roslan Aziz Production ( http://roslanaziz.blogspot.com ) semalam.

Kelmarin, Roslan menyifatkan tindakan Pemuda PAS Selangor membantah konsert penyanyi terkenal Ella dan Mas Idayu sebagai tindakan 'ego' golongan agama dan bermotifkan politik.

'Orang yang tahu fasal agama, ego dia lebih tinggi. Cuba kita pergi kepada seorang ustaz dan kata kepada dia, hadis ustaz salah, sanad tak betul. (Awak) ingat dia boleh terima? Mereka ini hendak tunjuk suci,' katanya kepada Malaysiakini.

Beliau berkata demikian ketika diminta mengulas rancangan Pemuda PAS Selangor untuk mengadakan perhimpunan untuk membantah konsert tersebut yang dijadual 6 Julai di Shah Alam.

Dalam permohonan maafnya itu, Roslan mengaku tidak berfikir panjang sebelum menjawab soalan yang diajukan, sebaliknya menggunakan emosi dan frustration saya yang lama terpendam.


Permohonan Maaf Roslan Aziz


Assalamualaikum...

Terlebih dahulu inzinkan saya meminta maaf atas kertelanjuran kata2 saya didalam malaysia kini tempoh hari.

Saya mengaku tidak berfikir panjang sebelum menjawab soalan2 saudara Jimadie tetapi sebaliknya menggunakan emosi dan frustration saya yang lama terpendam.Sebagai seorang Islam dan bapa kepada anak2 saya..saya tidak sepatutnya menjawab begitu yang menyebabkan ada pihak yang berasa terhina.Saya TIDAK sama sekali berniat untuk menghina jauh sekali untuk bermusuh sesama saudara.

Walaubagaimanapun ia tidak sepatutnya berlaku dan sebagai seorang manusia yang beragama ISLAM.. bapa.. suami dan anak yang masih menagihkan ilmu pengetahuan dan KeredhaanNYA...saya dengan merendah hati memohon maaf kepada semua muslimin dan muslimat khusus nya ahli2 PAS atas perlakuan saya itu. Saya berharap dan berdoa agar saya dimaafkan...

Dengan nama ALLAH yang Maha Pemurah lagi Maha Penyayang...
Saya berdoa agar kita semua sentiasa dilindungi oleh ALLAH S.W.T. dan dipelihara olehNYA.

Selawat kepada nabi kesayangan kita Rasul ALLAH Nabi Muhammad S.A.W. dan Keluarga baginda A.S.

IKHLAS
Roslan Aziz

@ Kampong Datok Keramat

Dimadu isteri: Jalin hubungan sulit

Oleh ASMIZAN MOHD SAMIRAN
metahad@hmetro.com.my

KUALA LUMPUR: “Saya kini seolah-olah dimadukan oleh isteri. Dia lari ikut lelaki lain dan mendakwa sudah berkahwin dengannya, walaupun dia tahu saya tidak pernah menceraikannya,” kata suami wanita terbabit yang dikenali sebagai Razin, 51.

Razin mendakwa isteri meninggalkannya untuk mengikut lelaki lain sejak sembilan tahun lalu dan kes perceraian mereka sudah difail di mahkamah, namun masih tertangguh dan belum diselesaikan sehingga kini.

Menurut Razin, isterinya berubah sikap dengan penuh tanda tanya kerana sepanjang tempoh perkahwinan selama 18 tahun, mereka hidup dalam suasana harmoni dan saling sayang menyayangi.

“Entah apa yang berlaku, pada Mac 1999 isteri tiba-tiba berubah sikap. Dia terlalu membenci saya tanpa saya tahu apa sebabnya. Asal bertemu, dia akan mengungkapkan perkataan ‘aku benci kau’.

“Daripada sikapnya yang lemah lembut dan sangat menghormati suami, dia berubah menjadi biadap. Dia sanggup menampar, malah ‘sepak terajang’ saya jika ada perkara yang dia tidak puas hati,” katanya.

Razin berkata, apabila diselidiki, rupa-rupanya isterinya menjalin hubungan sulit dengan pemuda berusia awal 20-an.

Selepas mengetahui kecurangan isterinya, Razin bertemu dengan lelaki itu dan menerima pengakuan daripadanya.

“Lelaki itu bukan saja membuat pengakuan lisan, tetapi juga bertulis. Dia mengaku menjalin hubungan dengan isteri saya, malah meminjam wang sebanyak RM5,000 daripadanya.

“Dia menandatangani surat yang ditulis dan mengaku insaf dengan perbuatannya. Dia juga berjanji tidak akan mengganggu rumah tangga kami lagi,” katanya.

Bagaimanapun, Razin berkata, di sebalik janji dilafazkannya, lelaki itu masih menjalin hubungan sulit sehingga isterinya tergamak melarikan diri untuk bersekedudukan dengannya.

“Pada mulanya isteri membawa bersama lima anak kami, namun saya mendapatkan dua anak saya yang kini berusia 18 dan 14 tahun tinggal bersama saya,” katanya.

Razin berkata, biarpun kes perceraian belum diputuskan, hak penjagaan anak mereka terpaksa ditentukan oleh mahkamah kerana dia dan isterinya tidak lagi tinggal sebumbung.

“Mahkamah juga memberi hak penjagaan sementara anak keempat kepada saya, tetapi sehingga hari ini saya tidak dapat menjaganya kerana isteri tidak menyerahkannya kepada saya. Saya cuba mencari isteri saya tetapi gagal kerana dia dan lelaki itu menghilangkan diri,” katanya.

Razin berkata, selepas menjalin hubungan dengan lelaki itu, isterinya minta diceraikan tapi dia enggan menjatuhkan talak kerana mengenangkan masa depan anak.

“Dia (isteri) berkali-kali minta saya ceraikannya, malah mengugut untuk membunuh diri jika saya tidak menceraikannya. Saya juga ditendang, dicakar, dipukul kepala dan diludah ke muka, tetapi saya masih bersabar.

“Saya sangka sikapnya akan berubah, rupa-rupanya bertambah teruk. Disebabkan terpengaruh dengan teman lelakinya, dia terus meninggalkan saya untuk hidup bersama lelaki itu,” katanya.

Razin berkata, berikutan tindakan isterinya, dia memfail kes nusyuz (ingkar) ke atas isterinya dan mengenakan syarat hanya akan menjatuhkan talak jika isteri sedia memberi hak penjagaan semua anak kepadanya.

Malangnya, isterinya tidak bersetuju dengan syarat itu dan ini menyebabkan kes perceraian mereka beberapa kali tertangguh di mahkamah, terutama selepas isterinya gagal hadir ketika hari perbicaraan.

“Ketika itu isteri turut mengugut akan membunuh diri jika tiga lagi anak saya yang tinggal bersamanya memilih untuk tinggal bersama saya,” katanya.

Kali terakhir Razin bersemuka dengan isterinya ialah pada 2000 ketika kes perceraian mereka masih di peringkat awal perbicaraan dan sejak itu dia gagal menjejakinya.

Razin mendakwa, sejak 1999 hingga ke hari ini, isterinya dan lelaki itu tiga kali ditangkap khalwat oleh Jabatan Agama Islam Selangor (Jais).

“Ketika ditangkap, mereka mendakwa sudah bernikah tetapi tidak dapat menunjukkan dokumen membuktikan mereka adalah suami isteri yang sah.

“Bagaimanapun, yang peliknya mereka terlepas daripada tindakan, malah sehingga hari ini saya percaya mereka masih tinggal bersama,” katanya.

Menurut Razin, dia sedih mengenangkan nasib isterinya yang hidup bergelumang dengan maksiat.

Katanya, dia juga kusut memikirkan nasib tiga anaknya yang tinggal bersama isterinya dan lelaki itu.

“Saya masih cuba mencari mereka tetapi mereka langsung tidak menghubungi saya, walaupun saya menggunakan nombor telefon bimbit sama ketika masih hidup bersama.

“Dulu, isteri sangat menyayangi anaknya, tetapi sampai sekarang dia tidak ambil tahu langsung mengenai dua anak yang menetap bersama saya,” katanya.

Razin berkata, dua anak di bawah jagaannya mengakui tetap sayangkan ibu mereka dan adik beradik lain.

“Dua anak saya mahu abang dan adiknya menghubungi mereka kerana sangat merindui mereka,” katanya.

Tuesday, June 17, 2008

Guru nafsu songsang

Oleh Zaid Salim
am@hmetro.com.my

DUNGUN: Dengan upah antara RM30 hingga RM50 bagi sekali layanan, seorang guru lelaki sebuah sekolah menengah di daerah ini dikatakan bebas menjadikan pelajar lelaki di sekolahnya sebagai tempat melampiaskan nafsu songsangnya sejak beberapa bulan lalu.

Bagaimanapun, perbuatan keji guru berusia 37 tahun berasal dari Klang, Selangor, yang menjadikan kuarters guru sebagai tempat memuaskan nafsunya terbongkar selepas keluarga seorang pelajar lelaki yang pernah menjadi mangsanya membuat aduan polis, Sabtu lalu.

Difahamkan, keluarga pelajar tingkatan empat berusia 16 tahun berasal dari Bandar Al-Muktafi Billah Shah (AMBS) itu membuat laporan di Balai Polis Kuala Jengai, Hulu Dungun, dekat sini, kira-kira jam 3.30 petang selepas mengetahui guru terbabit menjadikan anak mereka sebagai mangsa.

Timbalan Ketua Polis Daerah, Deputi Superintendan Ismail Abdullah, mengesahkan pihaknya ada menerima laporan keluarga pelajar terbabit yang mendakwa anak lelaki mereka menjadi mangsa seks luar tabii guru berkenaan.

Menurutnya, sebelum membuat laporan, keluarga mangsa pergi ke Pejabat Pelajaran Daerah (PPD) di sini, selepas dihubungi pengurusan sekolah berkenaan yang meminta mereka ke pejabat itu, kira-kira jam 10 pagi Khamis lalu.

Katanya, sebaik dimaklumkan kejadian itu oleh kakitangan PPD, keluarga mangsa yang terkejut dengan berita berkenaan bertemu anak lelaki yang tinggal bersama ibu saudaranya di Kampung Kuala Jengai, keesokan hari.

“Ibu mangsa yang tidak menyangka pengakuan anak lelakinya yang mendakwa pernah melakukan hubungan seks luar tabii kemudian sepakat bersama suaminya membuat laporan polis mengenai perlakuan tidak senonoh suspek,” katanya, semalam.

Beliau berkata, susulan aduan itu, sepasukan pegawai dan anggota dari Balai Polis Bukit Besi, dekat sini, bergegas ke kuarters guru berkenaan dan menahan suspek yang kebetulan berada di kediamannya, kira-kira jam 2.30 petang kelmarin.

Menurutnya, guru itu kini masih ditahan di lokap Ibu Pejabat Polis Daerah Dungun dan kes berkenaan disiasat mengikut Seksyen 377A Kanun Keseksaan kerana melakukan persetubuhan yang bertentangan dengan aturan tabii.

Katanya, berdasarkan siasatan awal, suspek melakukan perbuatan itu di kuarters guru dalam kawasan sekolah berkenaan dan menjadikan wang sebagai umpan bagi memikat pelajar lelaki.

“Dia tinggal bujang bersama rakan sekerja di kuarters itu dan melakukan perbuatan sumbang bersama pelajar lelaki ketika bersendirian di kuarters berkenaan.

“Sebelum melakukan perbuatan itu, suspek yang bertugas di sekolah itu sejak hampir 10 tahun meminta pelajar lelaki yang ‘diminati’ ke kuarters berkenaan dan memberi upah antara RM30 hingga RM50 sebagai ganjaran bagi layanan diberikan,” katanya.

URD - RasulullahBersabda : "Wahai Pemuda, Barangsiapa yang sudah ada kemampuan di antara kamu hendaklah dia berkahwin; kerana dengan berkahwin itu dapat mencegahnya daripada melakukan maksiat. Dan orang yang tidak mampu hendahlah dia berpuasa kerana puasa itu dapat memicitkan nafsu" - Mafhum Hadis.

Saturday, June 14, 2008

Demonstrasi Kenaikan Harga Minyak di Masjid Kampung Baru ke KLCC 13/6

KUALA LUMPUR, 14 Jun (Hrkh) - Himpunan aman rakyat Malaysia yang membantah kenaikan harga minyak merupakan amaran awal kepada Perdana Menteri dan Timbalannya supaya menurunkan harga petrol dan diesel sebelum mereka melakukan perhimpunan lebih besar.

ImagePerhimpunan aman pada awalnya dirancang petang semalam menuju ke Suria KLCC terpaksa dibatalkan disebabkan halangan daripada Pasukan Polis Simpanan Persekutuan (FRU) di beberapa jalan utama menuju ke bangunan berkembar tersebut.

Perarakan yang bermula di Masjid Jamek Kampung Baru itu turut di halang oleh pihak Polis di Jalan Raja Muda dan mereka terpaksa melalui Jalan Raja Alang dan terus ke Jalan Raja Laut.

Lebih 3000 peserta yang berarak terpaksa berhenti di hadapan kompleks membeli belah Sogo kerana semua jalan disekat. Mereka melaungkan slogan 'Turun...turun...harga minyak, BN turun, Pak Lah turun, Najib turun'. ImageDi tengah pancaran matahari, peserta duduk bersimpuh di jalan tar yang panas mendengar ucapan Naib Presiden PAS, Mohamad Sabu dan pimpinan PAS serta KeADILan.

Mohamad Sabu mengajukan persoalan kepada peserta perarakan, "Apakah kita mahu membayar makanan pagi RM10, tengahari RM10, petang RM10?"

Serentak kedengaran laungan "Tidak mahu" bergema di sepanjang Jalan Raja Laut.

Sehubungan itu Mohamad mengingatkan himpunan rakyat akan diteruskan sehingga pemerintah menurunkan harga minyak.

Image"Apakah mereka tidak ingat mereka dipilih oleh rakyat, mereka tidak insaf walaupun rakyat telah menolak mereka dalam pilihan raya umum lalu,"katanya di hadapan Sogo.

Ketua Pemuda PAS, Salahuddin Ayub memberi amaran kepada Perdana Menteri bahawa perarakan petang ini menunjukkan isyarat supaya Abdullah mesti berhenti.

Ini kerana katanya, rakyat menjadi mangsa di atas kezaliman pemerintahan beliau.

"Kita mesti meneruskan bantahan sampai mereka menurunkan harga minyak," tegasnya.

ImageUcapan pimpinan PAS Pusat dan KeADILan itu diselang selikan dengan laungan; "Turun-turun...harga minyak; Turun-turun BN; Turun-turun Pak Lah, Turun-turun Najib".

Sementara itu, AJK PAS Pusat, Dr Syed Azman Syed Nawawi turut mengingatkan Perdana Menteri dan Timbalannya, Dato' Seri Najib Tun Razak bahawa himpunan rakyat itu memberi mesej kepada Umno-BN agar jangan mempermainkan rakyat.

Katanya, jika pemerintah Umno-BN terus mempermainkan rakyat, mereka mempunyai kuasa untuk menurunkan Umno-BN.

Image"Amaran awal kita rejim Umno-BN kalau tidak turunkan minyak dan tol rakyat akan berhimpun lebih satu juta pada 5 Julai nanti," tegasnya.

Beliau melaungkan, pimpinan BN hidup kaya akibat meragut hasil kekayaan negara.

Sementara itu Ketua Angkatan Pemuda KeADILan, Shamsul Iskandar Mohd Akin melaungkan, kerajaan Umno-BN sudah gila kerana telah menaikkan minyak sebanyak 78 sen.

"Ini orang gila punya kerajaan. Tidak tahu masalah rakyat. Kita akan kutip satu juta tandatangan sebelum 5 Julai ini," jelasnya.

Beliau menjelaskan, kutipan tandatangan itu merupakan protes rakyat yang terbesar tercatat dalam sejarah politik tanahair.

ImageUcapan beliau itu disambut laungan orang ramai; "Minyak naik, rakyat geram'.

Dalam pada itu, Timbalan Pemuda PAS Pusat, Ustaz Nasharuddin Thantawi berkata, rakyat menghadapi pimpinan negara yang menipu.

Ini kerana katanya, sebelum pilihan raya Najib mengeluarkan kenyataan minyak tidak akan dinaikkan tetapi selepas pilihan raya minyak telah dinaikkan.

Beliau menjelaskan maksud hadis, 'mana-mana maruah pimpinan yang menipu rakyat mereka diharamkan Allah daripada masuk ke dalam Syurga'.

ImageTambah beliau, "Mana-mana pimpinan yang menyusahkan kehidupan rakyat mereka akan disusahkan kelak di akhirat."

Ucapan di hadapan Sogo itu diakhiri dengan bacaan doa oleh AJK PAS Pusat, Ustaz Idris Ahmad. Peserta dan pimpinan PAS dan KeADILan meneruskan perarakan sehingga ke hadapan Pejabat Agung PAS, Jalan Raja Laut.

Ketika peserta demonstrasi berpusing balik ke Pejabat Agung PAS, semua kenderaan bas, kereta, motor yang berhenti di lampu isyarat membunyikan 'hon' tanda memberi sokongan.

Peserta perarakan yang berhimpun di pejabat Agung terpaksa bersurai kerana pihak polis berkawal di hadapan pejabat itu.

Bagaimana tidak ada sebarang tangkapan dan kekasaran yang berlaku di sepanjang perarakan petang ini. - mks.


VIDEO TKO - DEMONTRASI

Thursday, June 12, 2008

Bukan Debat Budak Sekolah Yob!

Komentar Oleh ANAKSENGAT

Anda Boleh Download;
Bersemuka Dengan Media - Debat Khas Minyak New Today
Description:

Bersemuka Dengan Media - Debat Khas Minyak RTM1 antara Yb Salahudin dengan YB Dato' Sharir Samad


" Saya sempat membaca beberapa ulasan tentang rancangan bersemuka bersama MEDIa RTM 1. Kebanyakannya menganggap YB Salehudin gagal menggunakan kesempatan. Kebanyakan ulasan lebih berkisar tentang tak puas..... tak panas... mendatar.... tak memenuhi ciri ciri debat.

Kebanyakannya lebih kepada rasa tidak puas hati kerana YB Salehudin tak BELASAH Shahril! Memang ada beberapakali Datuk Shahril mencelah, bukan kerana kelemahan fakta salehudin kerana yang diperbetulkan itu bukan inti utama, sekadar contoh sampingan yang boleh saja ditinggalkan.

Cuma Shahril dalam keadaan hilang pedoman sehingga tak dapat membezakan fakta dan sampingan. Ia hanya untuk menonjolkan semula imej kegagalannya berhujjah. Mungkin kita mengharapkan salehuddin seperti Shahril yang menghentam apa sahaja yang melintas!!! bagi kita itulah debat!!!

Inilah minda masyarakat kita termasuk penyokong PAS ( atau ada yang mengambil kesempatan) yang masih di belenggu perasan nak puas.Apabila ceramah mereka mengharapkan penceramah belasah kerajaan atau UMNO dengan membelakangkan mesej yang ingin disampaikan. TG Nik Aziz kerapkali mengingatkan , kita berada di zaman menerang bukan lagi menyerang. Menyerang menyebabkan orang benci dan semakin lari dan akhirnya kita syok sendiri!!! Maysarakat kini tidak memerlukan maki hamun lagi...

Hujjah yang paling penting. Islam menganjurkan kita berdakwah dengan musuh dengan bijaksana , nasihat baik dan bermujadalah ( berhujjah dengan fakta) Dengarlah ulasan setiap kali lepas ceramah... sedap dia hentam UMNO... atau apalah penceramah ni takut takut lagi.... dan kadang kadang sebelum ceramah.... ada yang mengingatkan... malam ni hentam habis habisan ustaz..!!!!

Pada pandangan saya YB Salehudin telah menampilkan imej yang cukup menyerlah.. berhujjah dengan ilmu bukan dengan emosi, akhlak pemimpin Islam bukan poliTIKUS tanpa akidah dan akhlak yang mengambil kesempatan apabila keluar TV seperti di Parlimen apabila ada rancangan langsung.

Ini bukan debat sekolah atau universiti untuk melihat siapa pandai bercakap atau hujah berapi api
. Matlamatnya hanya satu...untuk menang. Dan setelah diistiharkan pemenang segalanya berakhir.

Rancangan sejam itu mesti digunakan untuk mendekatkan rakyat dengan kematangan PAS berpolitik.Harus diingat, rakyat sedang menilai alternatif kepada Kerajaan yang ada. Salehuddin Ayub telah meyakinkan rakyat,pemimpin sedang menunggu ini terlalu berkaliber..... malah Shahril sendiri terpaksa mengakui sehingga beberapa kali menyebut Salehuddin sebagai menteri walaupun dengan niat menyindir barangkali...

Kesimpulannya... Tahniah buat Salehudin yang mampu membawa imej PAS sebagai alternatif Kerajaan, pemimpin parti Islam yang tidak dilihat seperti katak di bawah tempurung atau Kera di beri bunga. YANG PENTING DIPENTAS MANA KITA BERADA BUKTIKAN AKHLAK ISLAM ADALAH YANG TERBAIK!!
"

Rusa Tanduk Satu Ditemui



Anak Rusa berusia 10 bulan ini sangat istimewa. Tanduknya sebesar jari itu hanya satu ; jelas kelihatan tumbuh di tengah kepalanya yang mungil. Anak rusa ini ditemui ketika bermain di taman di Prato, Tuscany, Itali. Binatang milik Pusat Sains Alam Prato itu difotokan pada Selasa (10/6) lalu.

Wednesday, June 11, 2008

Apa erti sebuah keraian pemimpin jika rakyat menderita....

KUALA LUMPUR, 11 Jun (Hrkh) - 'Apakah wajar di kala ini keraian untuk orang-orang besar sama ada sultan atau menteri begitu mewah? Makanan yang dihidangkan untuk mereka, harga satu meja kadang-kala boleh dimakan oleh ratusan rakyat bawahan. Karpet yang dipijak oleh mereka harganya ribuan bungkusan nasi yang dimakan oleh 'orang biasa'.

Demikian antara petikan pendapat Mufti Perlis, Dr Asri Zainul Abdidin berhubung soal pembaziran yang memberi kesan yang sangat besar kepada masyarakat yang turut dikaitkan dengan isu kenaikan harga minyak yang mendadak baru-baru ini.

"Lihat negara kita yang kaya dengan berbagai hasil. Sepatutnya kita akan tetap kukuh dan setiap rakyat akan menikmati kekayaan ini dengan adilnya.

"Namun, disebabkan pembaziran, harta negara yang sepatutnya dapat dimakan puluhan tahun, tetapi surut mendadak dalam masa beberapa tahun," katanya yang dipetik daripada blognya.

Akibat daripada itu kata Asri, yang patut mendapat bantuan dan hak, tidak memperolehi yang selayaknya malah pembaziran memusnahkan kehidupan rakyat bawahan dan menghalang hak yang sepatutnya sampai kepada mereka.

"Jika kita ingin meminta supaya setiap warga negara ini berjimat dan jangan membazir, maka bermulalah daripada atas," katanya.

Beliau dilihat tidak bersetuju sekadar untuk 'mengenakan si miskin yang sekian lama telah berjimat dan sudah tidak tahu apa yang hendak dijimatkan lagi'.

"Kita sepatutnya terlebih meneliti semula bagaimana perbelanjaan yang menggunakan harta negara dan rakyat yang sedang berjalan di istana-istana, kediaman-kediaman rasmi kerajaan di peringkat negara dan negeri?

"Apakah wajar di kala ini keraian untuk orang-orang besar sama ada sultan atau menteri begitu mewah? Makanan yang dihidangkan untuk mereka, harga satu meja kadang-kala boleh dimakan oleh ratusan rakyat bawahan. Karpet yang dipijak oleh mereka harganya ribuan bungkusan nasi yang dimakan oleh 'orang biasa'.

Dr Asri juga turut membangkit persoalan kewajaran di saat 'genting' ini adakah patut orang-orang besar diraikan dengan hiburan atau pertunjukan dan konsert yang menelan puluhan ribu ringgit sempena sesuatu kunjungan mereka.

"Apakah dalam masa yang sebegini mereka masih mendapat peruntukan untuk bersantai, bermain golf dan 'berhiburan' dengan menggunakan wang rakyat bawahan yang disuruh menjimatkan nasi lemak dan air kopi mereka?

"Wang itu, wang negara. Wang itu, wang rakyat," katanya yang sedar bahawa beliau mengambil risiko menulis hal ini namun baginya tanggungjawab di hadapan Allah lebih besar daripada segala-galanya.

Maka kata Dr Asri alangkah buruknya seorang presiden, atau sultan, atau raja, atau perdana menteri, atau menteri besar, atau menteri yang makan dengan mewah daripada peruntukan harta negara atau negeri sedangkan rakyatnya dalam kesusahan.

"Ketika rakyat membilang butiran beras, helaian ringgit untuk persekolahan anak, keperitan membayar sewa rumah, api dan air, sementara mereka yang berkuasa ini pula menghadiri jamuan negara dan negeri itu dan ini," katanya.

Dalam usaha kerajaan menangani kemelut ekonomi hari ini katanya perkara-perkara yang disebutkan itu mestilah dipandang serius malah kejayaan sesebuah kerajaan menghayati penderitaan rakyat akan menjadikan mereka lebih disayangi dan disokong. - mks

Seludup kanak-kanak

Oleh Rohaniza Idris



NEGARA dikejutkan dengan kes penjualan dan pembelian bayi didalangi sindiket yang turut membabitkan doktor klinik swasta, kakitangan Jabatan Pendaftaran Negara (JPN) dan warga asing di Johor Bahru, baru-baru ini.

Kes terbabit terbongkar selepas polis berjaya menyelamatkan empat bayi berusia antara tujuh bulan hingga setahun dan menahan 23 individu, termasuk tiga rakyat Singapura dalam satu operasi - Ops Kasih.

Rentetan kes itu timbul pelbagai persoalan termasuk isu pengambilan anak angkat, kes pembuangan bayi dan sindiket menggunakan khidmat ibu tumpang untuk mendapatkan bayi dan penyeludupan kanak-kanak.

Hakikatnya, isu jual beli serta penyeludupan bayi dan kanak-kanak bukan hanya isu tempatan malah ia menjadi topik besar yang sering dibincangkan pada peringkat global.

Bayi perempuan lebih mahal



PENYELUDUPAN manusia adalah jenayah perniagaan ketiga terbesar di dunia selepas penyeludupan dadah dan senjata api yang dianggarkan menjana pendapatan antara RM22.4 juta hingga RM32 juta (AS$7 juta hingga AS$10 juta) setahun bagi setiap orang yang diseludup.

Pertubuhan Buruh Antarabangsa (ILO) pula menganggarkan RM48 bilion (AS$15 bilion) setahun diperoleh daripada pendapatan sindiket penjualan bayi dan kanak-kanak.

Kedua-dua angka berkenaan jelas menunjukkan perniagaan orang menguntungkan walaupun risiko untuk menjalankan kegiatan itu tidak setinggi penyeludupan senjata api dan dadah.

Mengikut laporan Unicef, penyeludupan bayi dan kanak-kanak dijalankan sindiket untuk tujuan dijual bagi dijadikan buruh, pengemis, pekerja seks, tentera upahan atau pekerja ladang selain memenuhi kehendak kemanusiaan - membantu pasangan yang tidak dapat anak dan menyediakan kanak-kanak dengan kehidupan lebih baik.

Di negara maju, permintaan terhadap bayi dan kanak-kanak ini meningkat kerana permasalahan reproduktif seperti sukar mendapat anak kerana masalah kesihatan, kahwin lewat dan keengganan mengandung.

Selain itu, langkah mengambil anak angkat adalah usaha kemanusiaan bagi membantu mengurangkan beban keluarga miskin yang mempunyai ramai anak atau jaminan kehidupan lebih baik kepada bayi yang lahir di negara dunia ketiga.

Ini termasuk apa yang dilakukan artis Hollywood seperti Madonna dan Angelina Jolie yang mengambil anak angkat dari rumah kebajikan di benua Afrika. Mereka mahu memberikan kehidupan lebih bermakna kepada bayi berkenaan yang datang dari keluarga miskin.

Mengikut laporan akhbar The Telegraph UK, kebanyakan pasangan Nigeria menjual bayi dan kanak-kanak masing-masing kerana mahu memastikan kehidupan lebih baik diperoleh anak berbanding mereka yang hidup dalam kemiskinan.

Seorang bapa Kola Woniye, 32, mengakui beliau sekeluarga hidup selesa selepas menjual dua bayinya kepada seorang ejen dengan harga RM30,000 (£5,000).

Beliau berkata, tindakannya itu bagi memberikan kehidupan yang lebih baik kepada anak yang dijual itu.

"Ejen yang menjual anak kami memberi jaminan anak kami yang dijual itu akan mendapat kehidupan yang lebih baik di Eropah, maka saya tidak ragu menjualnya" katanya.

Mengikut laporan akhbar itu, seorang bayi dan kanak-kanak dijual pada harga 1 juta naira (£2,500) atau RM15,000 manakala bayi 10 bulan ke bawah pada harga RM12,000 (£2,000). Gadis remaja termasuk yang mengandung pula bersedia menjualkan bayi mereka dengan harga kurang RM6,000 (£1,000).

Sementara itu, kumpulan sindiket penjualan bayi antarabangsa yang beroperasi dari Lagos, Nigeria ketika ditemui mengakui mereka menjual sekurang-kurangnya 5,000 bayi dan kanak-kanak setahun ke seluruh dunia termasuk Britain.

Washington Post Foreign Service pula melaporkan sejak sedekad lalu, ramai rakyat Amerika Syarikat mula menjadikan bayi dan kanak-kanak dari benua China sebagai anak angkat, menyebabkan permintaan terhadap bayi berkenaan meningkat.

Jika dulu, pasangan China lebih suka mendapat anak lelaki berbanding perempuan kerana kepercayaan tradisi mereka, kini semuanya berubah apabila harga yang ditawarkan untuk bayi perempuan menjadi anak angkat lebih mahal bayarannya.

Dilaporkan, pada 2005, Amerika Syarikat mengeluarkan 8,000 visa untuk anak warga China yang dijadikan anak angkat oleh pasangan negara berkenaan dan laporan turut menyebut, lebih 50,000 kanak-kanak meninggalkan China sejak 1992.

Mengikut laporan China pula, lebih 10,000 kanak-kanak dihantar ke negara lain untuk dijadikan anak angkat dalam tempoh yang sama.

Harga yang ditawarkan bagi seorang bayi atau kanak-kanak perempuan mencecah RM9,300 (AS$3,000) manakala bayi lelaki pada harga RM6,200 (AS$2,000).

Permintaan yang tinggi itu kemudian menyebabkan bertambahnya kes penculikan membabitkan bayi perempuan di wilayah pedalaman China. Dipercayai, pusat perlindungan kanak-kanak turut bersubahat dengan penjenayah menculik bayi perempuan bagi dijual untuk dijadikan anak angkat.

Bagaimana penyeludup berjaya memboloskan bayi dan kanak-kanak untuk penyeludupan tanpa disedari penguat kuasa?

Ada dua teori diberikan Unicef, iaitu sindiket yang turut didalangi pegawai kerajaan atau kegiatan rasuah di pintu sempadan dan di pejabat kerajaan selain kebijaksanaan penyeludup yang menggunakan pelbagai taktik hasil kemajuan pengangkutan dan telekomunikasi.

Bagi penyeludupan membabitkan negara dalam satu benua, biasanya bayi dan kanak-kanak ini diseludup melalui jalan laut seperti mana berlaku di benua Afrika, yang mana anak-anak kecil dari Benin, Togo dan Nigeria dihantar ke Gabon dengan kapal atau bot.

Kanak-kanak dari Mali dan Burkina Faso di seludup ke Cost Ivory melalui darat, begitu juga ke Asia Barat dan negara Teluk, anak-anak kecil dibawa melalui padang pasir menyeberangi sempadan.

Di Eropah, kebanyakan bayi dan kanak-kanak yang diseludup dari Eropah Timur seperti Romania, Albania dan Republik Czech, malah dari benua Afrika juga didalangi mereka yang ada kaitan dengan pihak berkuasa dan agensi kerajaan.

Kebiasaannya, bayi dan kanak-kanak yang mahu diseludup ini tidak mempunyai dokumen perjalanan yang sah, namun, mereka dapat bolos merentasi sempadan kerana adanya dokumen palsu atau mereka disahkan oleh pegawai kerajaan seperti imigresen menjadi warga negara atau masuk dengan visa yang diselewengkan.

Menurut laporan Unicef, bayi yang diseludup masuk ke Eropah mempunyai visa sebagai pelajar, pelancong atau diisytihar sebagai pelarian dibawa masuk mengikut laluan yang sama bagi penyeludupan orang dewasa.

Begitu juga di Singapura, yang mana anak dari Malaysia, Sri Lanka, Indonesia, Vietnam dan China dibawa masuk secara sah menggunakan dokumen dan visa yang diseleweng menggunakan khidmat pegawai kerajaan yang dirasuah atau pegawai itu sendiri yang mendalangi kegiatan yang menguntungkan itu.

Artikel berkaitan sebelum ini yang pernah disiarkan;

Sindikit Jual Bayi : Pandai Tapi Jahat Bila Tiada Iman

Bayaran Gaji Kakitangan Awam Dan Kerja Luar Selepas Tugas

Bayaran gaji kakitangan awam dua kali sebulan: PM

PUTRAJAYA: "Kerajaan akan melakukan pembayaran gaji kakitangan awam secara ansuran dua kali dalam sebulan mulai Ogos ini"; kata Perdana Menteri, Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi, di sini petang ini.

Katanya, pembayaran pertama pada pertengahan bulan dan bayaran seterusnya hujung bulan.


Dalam perkembangan lain;

JPA kemuka peraturan untuk pekerjaan luar

Kakitangan perkhidmatan awam yang ingin melakukan pekerjaan luar atau kerja sambilan perlu memohon kebenaran bertulis daripada ketua jabatan masing-masing.

Menurut kenyataan Jabatan Perkhidmatan Awam (JPA), peraturan berkaitan kakitangan awam yang ingin melakukan pekerjaan luar telah lama wujud dan masih berkuatkuasa iaitu menurut Peraturan 5, Peraturan-peraturan Pegawai Awam (Kelakuan dan Tatatertib) 1993 dan Peraturan-peraturan Pegawai Awam (Kelakukan dan Tatatertib) Pindaan 2002.

“Ketua jabatan perlulah mengambil kira tata kelakuan kakitangan awam seperti mana yang ditetapkan pada peraturan-peraturan berkenaan.

"Ketua jabatan juga hendaklah memastikan syarat dipenuhi iaitu pekerjaan luar tidak dilakukan pada waktu bekerja atau semasa kakitangan tersebut dikehendaki melaksanakan tugasnya,” katanya.

Syarat itu turut menetapkan pekerjaan luar yang dilakukan kakitangan awam tidak akan menjejaskan kebergunaan kakitangan itu sebagai seorang kakitangan perkhidmatan awam.

“Ia mesti tidak bercanggah dengan kepentingan perkhidmatan awam atau tidak menjadi selaras dengan kedudukan kakitangan itu sebagai seorang kakitangan perkhidmatan awam,” katanya.

Pengenaan syarat itu perlu bagi memastikan pekerjaan luar yang dilakukan kakitangan berkenaan tidak akan menjejaskan kepentingan penyampaian perkhidmatan awam serta produktiviti kakitangan terbabit. — Bernama

Tuesday, June 10, 2008

Wang rebat dibayar mulai Sabtu

Bukan lagi mulai 1 Julai seperti diumumkan minggu lalu, wang rebat RM625 bagi kenderaan dan RM150 bagi motosikal akan dibayar mulai Sabtu ini.

Keputusan terbaru itu - masing-masing untuk pemilik kenderaan berkuasa bawah 2000cc dan pemilik motosikal bawah 250cc - diumumkan perdana menteri hari ini.

Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi berkata mereka yang telah memperbaharui cukai jalan pada April dan Mei tahun ini juga boleh mendapatkan rebat di pejabat pos pada 14 Jun,

Maklumat lengkap cara menuntut wang itu akan diumumkan dalam masa terdekat, lapor Bernama.

Beliau berkata demikian selepas mempengerusikan mesyuarat pertama Majlis Menangani Inflasi di pejabatnya.

Rabu lalu, sewaktu mengumumkan keputusan kerajaan mengurangkan subsidi minyak, beliau mengumumkan beberapa langkah mengurang beban, antaranya membuat bayaran rebat tersebut.


Lagi Berita;
Elaun PM, menteri dipotong 10%

Elaun keraian perdana menteri, timbalannya, menteri dan timbalan menteri akan dipotong 10 peratus mulai 1 Julai, kata Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi hari ini.

Mengumumkan langkah penjimatan sehingga RM2 bilion setahun, perdana menteri berkata kerajaan akan mengumumkan langkah-langkah lain bagi mengurangkan perbelanjaan kerajaan susulan kenaikan harga minyak.

Ketika ini, elaun keraian sebulan perdana menteri adalah RM18,865, timbalannya (RM15,015), menteri persekutuan (RM12,320) dan timbalan menteri (RM6,000).

Bercakap selepas mempengerusikan mesyuarat Majlis Menangani Inflasi, Abdullah berkata penjimatan RM2 bilion itu akan digunakan untuk membantu golongan berpendapatan rendah, lapor Bernama.

Langkah penjimatan itu termasuk:

bullet buttonmembekukan cuti berbayar bagi menteri dan timbalan menteri dan mengehadkannya kepada dalam negeri dan rantau Asean sahaja serta tidak melebihi seminggu.

bullet buttonmengurangkan perbelanjaan awam meliputi mengehadkan perjalanan menteri, timbalan menteri dan pegawai awam ke luar negara.

bullet buttonmelarang mengubahsuai pejabat serta menangguhkan sebarang pembelian aset termasuk penganjuran majlis dan upacara keraian.

bullet buttonmembekukan jawatan baru kecuali bagi jawatan kritikal dalam bidang pendidikan, kesihatan dan penguatkuasaan serta jawatan yang menambah kutipan hasil negara.

Abdullah berkata perjalanan ke luar negara hanya dibenarkan bagi tugas rasmi melibatkan persidangan dan mesyuarat antarabangsa yang penting atau mesyuarat di antara kerajaan.

Tambahnya, pegawai yang hadir hendaklah mereka yang terlibat secara langsung dan pegawai kementerian dan jabatan tidak melebihi tiga orang.

Seorang menteri layak membawa tiga pegawai kementerian semasa tugas rasmi ke luar negara, kata lagi, sementara timbalan menteri membawa dua pegawai sahaja.

Perdana menteri juga berkata kerja penyelenggaraan aset sedia ada hendaklah secara optimum supaya ia dapat menjimatkan tenaga dan mengurangkan perbelanjaan.

Tambahnya, pemberian cendera hati tidak digalakkan tetapi, jika perlu, dihadkan kepada buku, kraftangan tempatan atau produk makanan tempatan.

Sunday, June 08, 2008

Demontrasi Adalah Satu Manifestasi perasaan

YAB Menteri Besar Kelantan TG Nik Abdul Aziz Nik Mat pernah mengutarakan tentang "Demontrasi":

Demontrasi (Tunjuk perasaan) adalah satu tajuk yang sangat berkaitan dengan fitrah manusia. Kanak-kanak boleh merajuk. Isteri kadang-kadang boleh menangis. Anak lelaki atau perempuan kita juga biasa menunjukkan pernyataan sikap mereka sama ada suka atau duka melalui perlakuan dan tutur kata.

Semua ini adalah manifestasi perasaan. Apa yang ditunjukkan dinamakan tunjuk perasaan.

Di dalam Islam, kita menunjukkan perasaan kecintaan dan ketundukan kita terhadap Allah S.W.T. melalui sembahyang lima waktu beramai-ramai (berjemaah) yang lengkap dengan aksi duduk, sujud dan tunduk bangunnya.

Kita juga ada solat Jumaat sekali seminggu dan solat sunat dua Hari Raya untuk tiap-tiap tahun.

Kemuncak demonstrasi dapat kita saksikan melalui pertemuan sekali seumur hidup (sekurang-kurangnya) untuk berhimpun di Padang Arafah, melontar iblis di ketiga-tiga Jamrah, Saei di antara Safar dan Marwah dan Tawaf untuk mengEsakan Allah S.W.T. di Kaabah, satu-satunya Kiblat seluruh umat Islam.

Ini semua adalah manifestasi demonstrasi sebenar yang telah dituntut oleh Allah S.W.T. seawal-awal wujudnya Adam Alaihissalam lagi.

Sebagaimana kita dibolehkan berdemontrasi untuk perkara-perkara maaruf, begitulah juga kita dituntut untuk menunjukkan perasaan protes dan penentangan kita terhadap apa juga kezaliman, jika berlaku kezaliman.(Amar maaruf nahi mungkar).

Sebagai sebuah negara demokrasi; Biarkan Rakyat Berdemontrasi;Bagaikan tabie air, Rakyat pun begitu. Sebarang usaha menyekat dan membenteng air yang turun dari gunung akan menunggu bencana di hari depan, di satu masa dan ketika nanti.

Bagi saya, saya tetap merestui sebarang perhimpunan aman untuk sekadar menyatakan sikap dan membangkitkan semangat kesedaran untuk menolak kezaliman.

Saturday, June 07, 2008

Hampir 2/3 gaji sebahagian rakyat dibelanja untuk petrol

Adnan Ibrahim


Mampukah rakyat Malaysia berbelanja RM900 sebulan untuk petrol? Gaya hidup apakah lagi yang perlu diubah oleh rakyat setelah dinasihatkan pemimpin kerajaan supaya berjimat cermat dengan kenaikan harga minyak dua tahun lalu dan kenaikan harga beras, tepung dan barang keperluan lain?

Rakyat sudah mengambil langkah berjimat dan kini sebahagian subsidi petroleum dikorbankan untuk kononnya membantu kerajaan membangunkan negara.

Soalnya, apakah pula pengorbanan pemimpin? Setelah rakyat disuruh merobah gaya hidup, para pemimpin terus hidup senang-lenang. Di mana slogan "Kepimpinan Melalui Teladan"?

Bersediakah Perdana Menteri, Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi dan anggota kabinet memotong elaun mereka sebagai timbal balas kerajaan menyuruh rakyat mengubah cara hidup. Terdapat cadangan yang disuarakan rakyat dihantar dan disiarkan stesen televisyen swasta minta 70 peratus elaun menteri dipotong. Apakah perasaan Abdullah?

Menteri Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna, Datuk Shahril Samad mengumumkan harga petrol mungkin mengikut pasaran global. Shahril melontar pandangan bahawa harga minyak tinggi kerana ia diapung mengikut pasaran semasa. Taktik yang sama juga digunakan bekas Menteri Keja Raya yang menjaga tol, Dato' Seri S Samy Vellu.

Shahril juga membayangkan minyak akan naik pada Ogos ini. Tiba-tiba esoknya Abdullah umumkan kenaikan harga petrol kepada RM2.70. Mungkin itu juga mendorong rakyat menganggap kerajaan menipu dalam program isu semasa RTM1.

Dalam rancangan Hujah yang disiar televisyen swasta baru-baru ini, rakyat diingatkan agar tidak lagi bergantung kepada tongkat (subsidi). Maksudnya, subsidi minyak kena dihapus. Siapa mereka yang beriya-riya hendak menghapuskan subsidi bahan bakar? Mereka ini golongan berpendapatan RM10 ribu ke atas sebulan.

Berapakah harga minyak jika mengikut pasaran global? Contoh terdekat negara yang mengikut harga pasaran tersebut iaitu Singapura. Petrolnya berharga RM5.20 seliter dan diesel RM4.33. Bersediakah rakyat Malaysia membayar petrol RM5.20 seliter dan diesel RM4.33 mengikut harga apung di Singapura untuk menghidupkan kenderaan mereka? Kebiasaannya seliter minyak belum lagi mampu menghidup enjin kereta.

Jika selama ini rakyat Malaysia berbelanja RM10 sehari untuk petrol bagi berulang alik ke tempat kerja, sebaliknya harga pasaran global menyebabkan pengguna perlu menyediakan RM30. Sebulan RM900 bermakna ia telah menghapuskan sebahagian besar perbelanjaan sara hidup mereka.

Timbul pertanyaan, kenapa rakyat Singapura masih boleh hidup dengan harga minyak setinggi itu?

Jawapannya ialah pendapatan per kapita rakyat Singapura adalah RM106,000 (AS$30,810) setahun berbanding rakyat Malaysia yang hanya RM21,500 (AS$6,244). Ianya lima kali ganda berbanding pendapatan per kapita rakyat Malaysia.

Purata rakyat Singapura berpendapatan lebih RM7,500 sebulan berbanding rakyat Malaysia RM1,500. Bermakna rakyat Singapura tidak bermasalah membelanjakan RM900 sebulan untuk petrol. Sebaliknya cuba bayangkan rakyat Malaysia berbelanja RM900 sebulan untuk petrol dan bakinya hanya RM600 yang tinggal untuk perbelanjaan mengurus rumahtangga.

Bagaimana dengan bayaran ansuran kereta terpakai mereka dan rumah serta perbelanjaan persekolahan anak-anak. Matangkah kepimpinan kerajaan untuk membiarkan petrol dan diesel di bawah kawalan pasaran semasa yang hanya meletakkan bebanan kepada rakyat?

Bandingkan pula pendapatan per kapita rakyat Malaysia dengan Korea Selatan dan Taiwan. Penduduk Korea Selatan sekarang berjumlah 40 juta, sementara Taiwan 21 juta. Pada era 1970-an rakyat kedua-dua negara ini lebih miskin berbanding rakyat Malaysia.

Tetapi pada hari ini pendapatan per kapita rakyat Korea Selatan adalah AS$19,200 (RM66,000), sementara Taiwan pula AS$15,700 (RM52,300). Iaitu dua atau tiga kali ganda berbanding rakyat Malaysia.

Kenapa kerajaan BN langsung tidak ada pertimbangan terhadap rakyat mereka? Rakyat ingin berteduh dan merasai nikmat kesenangan di bawah naungan pemimpin sebaliknya ditindas dan hidup dalam kesusahan.

Kerajaan tidak ada program berkesan untuk meningkatkan taraf ekonomi rakyat. Pengangguran tidak dapat dibasmi. Tiba-tiba rakyat dibebankan lagi dengan harga minyak yang cukup tinggi. Seolah-olah rakyat Malaysia tinggal dalam negara bukan pengeluar minyak.

Kata para ulama: "Tidak sama orang kaya yang bercakap mengenai kemiskinan dihadapan orang miskin."

Pemimpin datang bercakap soal kemiskinan kemudian pulang dengan kemewahan, sedangkan hadirin yang datang dengan kemiskinan pulang dengan kemiskinan.

Timbalan Presiden KeADILan, Dr Syed Husin Ali pernah menimbulkan masalah jurang pendapatan golongan kaya dengan orang miskin yang semakin melebar di bawah kekuasaan BN.

Pada masa Malaysia menaikkan harga minyak sebanyak 30 sen dua tahun lalu, pemerintah Arab Saudi, Raja Abdullah sebaliknya mengarahkan harga petrol di negara itu dikurangkan sehingga lebih daripada 30 peratus; iaitu daripada 90 halala (90 sen) kepada 60 halala (60 sen) seliter.

"Bagi meningkatkan taraf hidup rakyat dan untuk kebaikan awam, kami mengarah harga seliter minyak petrol untuk pengguna diubah kepada 60 halala berbanding 90 halala," kata Dikri Diraja.

Itulah nikmat rakyat Arab Saudi berada dalam negara pengeluar minyak tetapi apa yang rakyat Malaysia perolehi dan nikmati hasil petroleum negara?

Adilkah kerajaan kepada rakyat apabila tidak menjawab malah membisu berhubung pertanyaan ke mana pergi RM500 bilion duit keuntungan Petronas yang hilang?

Perdana Menteri perlu memberi penjelasan kerana beliau bertanggungjawab kepada Petronas yang penyata kewangannya tidak perlu dibentangkan di Parlimen.

Audit Petronas tidak pernah dibentangkan secara rasmi. Ini menyebabkan Petronas menduduki tangga tercorot daripada 15 syarikat minyak dan gas dunia dalam satu kajian 'World's Most Sustainable And Ethical Companies'.

Kajian ini dijalankan oleh Management and Excellant, syarikat perunding gas dan minyak di Sepanyol. Dalam kajian itu, Petronas mendapat markah 20.15% berbanding Shell 89.01%.- tajdid

Friday, June 06, 2008

'Kerajaan ini melimpah wang' - Tun Dr Mahathir

Azamin Amin


KUALA LUMPUR, 6 Jun (Hrkh) - Penasihat Petronas Tun Dr Mahathir Mohamad berkata bahawa mengekalkan dan mengurangkan subsidi minyak secara berperingkat adalah merupakan pilihan lebih baik memandangkan beban kenaikan harga yang terpaksa ditanggung oleh rakyat.

Beliau percaya umum terpaksa menerima kenaikan harga petrol namun yang menimbulkan kemarahan ialah jumlah kenaikan serta dalam keadaan tergesa-gesa.

"Perdana Menteri sebelum ini seolah-olah mencadangkan kenaikan hanya pada bulan Ogos, tetapi ianya datang dua bulan lebih awal, sejurus selepas pengharaman penjualan kepada orang asing.

"Jika kenaikan berperingkat, rakyat tidak akan terlalu terasa. Tetapi ini bermakna Kerajaan perlu terus beri subsidi walaupun tahapnya akan menurun," katanya mengulas kenaiakan bahan bakar yang diumum Dato' Seri Abdullah Ahmad Badawi.

Katanya Malaysia mengeluarkan lebih kurang 650,000 tong minyak sehari dan mengguna 400,000 tong manakala selebihnya iaitu 250,000 tong adalah tujuan export.

Tambahnya lagi bahawa tiga tahun lalu minyak mentah dijual pada kadar USD30 satu tong dan harganya pada hari ianya USD130 iaitu satu kenaikan sebanyak USD100.

"250,000 tong yang dieksport sepatutnya memberi Petronas sejumlah lebih RM27 billion,

"Tetapi Petronas untung lebih RM70 billion, yang kesemuanya milik Kerajaan. Kerajaan ini melimpah dengan wang," katanya yang mengulas lanjut di blognya.

Kata bekas Perdana Menteri susulan keputusan itu kos sara hidup sudah tentu meningkatmalah akan tercetus inflasi dan taraf kehidupan akan menurun.

"Memanglah kenaikan harga petrol di sini jauh lebih rendah daripada di United Kingdom, mahupun Amerika Syarikat. Tetapi pendapatan per kapita kita adalah lebih kurang satu pertiga mereka. Berasas kepada kuasa membeli kita kenaikan harga adalah lebih tinggi dari UK atau Amerika Syarikat.

"Kenaikan ini menyakitkan, tetapi sakitnya lebih dirasai bukan kerana kenaikan dari segi peratusan adalah lebih tinggi daripada negara-negara maju, tetapi kerana cara kenaikan tersebut dibuat," katanya.

Thursday, June 05, 2008

Sebelum Dan Selepas

Gambar Menarik Daripada mSTAR Online

Nukilan Khairul Faizi bin Ahmad Kamil

BEZA KUANTITI BAGI SETIAP RINGGIT... Azhan Sharom, 23, yang ditemui di Jalan Batu Buruk, Kuala Terengganu, Terengganu menunjukkan botol berisi minyak bagi setiap ringgit yang dibelanjakan. Kuantiti botol kiri berdasarkan harga lama manakala yang kanan pula jika mengikut harga baru, berkuat kuasa tengah malam ini. Foto The Star

Tarif elektrik juga naik jika lebih RM43.60

Perdana menteri mengumumkan struktur tarif baru elektrik yang akan diguna pakai oleh semua pengguna domestik, komersial dan industri di Semenanjung.

Satu struktur tarif baru akan diumumkan tidak lama lagi bagi Sabah dan Sarawak.


Memetik Laporan Utusan Malaysia
:

Perdana Menteri berkata: "Tarif elektrik turut dinaikkan". Beliau menambah: “ia bertujuan meningkatkan kecekapan pasaran dan menggalakkan rakyat Malaysia untuk menjimatkan sumber tenaga” tetapi kadarnya berbeza mengikut kegunaan dan sektor.

Perdana Menteri percaya dengan penguatkuasaan harga baru petrol, diesel, gas dan tarif elektrik itu, sektor komersial dan industri akan lebih bermotivasi untuk meningkatkan kecekapan operasinya.

Tarif baru elektrik 1 Julai

PUTRAJAYA: Satu struktur baru tarif elektrik untuk Semenanjung Malaysia akan diperkenalkan mulai 1 Julai ini.

Ketika mengumumkan perkara itu hari ini, Perdana Menteri Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi berkata pelaksanaan tarif baru itu tidak akan menjejaskan pengguna yang menggunakan kurang dari 200 kilowatt jam (kWj) sebulan dengan anggaran bil elektrik kurang dari RM43.60.

"Ini bermakna 59 peratus isi rumah di Semenanjung Malaysia akan membayar kadar yang sama selagi mereka mengekalkan tahap penggunaan yang sama,” kata beliau pada sidang media di sini.

Pengguna domestik dan industri akan mengalami peningkatan tarif sebanyak 26 peratus melalui struktur baru tarif itu, kata beliau.

Bagaimanapun, bagi kategori komersil dan industri, pertimbangan dibuat kepada peruncit, pekedai dan pengusaha restoran kecil serta pengusaha industri seperti perusahaan kampung yang penggunaannya tidak melebihi dari 200 kWj setiap bulan akan hanya mengalami kenaikan 18 peratus, katanya.

"Sektor komersil dan industri akan menjadi lebih bermotivasi untuk melaksanakan langkah-langkah kecekapan dalam operasinya manakala pengguna isi rumah akan mengamalkan penjimatan tenaga serta mengelakkan dari pembaziran,” katanya.

Abdullah berkata pelaksanaan struktur tarif baru itu adalah selaras dengan keputusan kerajaan untuk menstrukturkan semula subsidi di mana usaha itu akan menuju ke arah pasaran sebenar, meningkatkan kecekapan pasaran serta mengalakkan rakyat Malaysia menjimatkan sumber tenaga.

Subsidi dibayar tunai kepada pemilik kenderaan

Ihsan : Utusan Malaysia Online

PUTRAJAYA 4 Jun – Kerajaan akan membayar subsidi minyak secara tunai kepada pemilik kenderaan di bawah skim baru subsidi bahan api yang diumumkan hari ini.

Walaupun pemilik kenderaan kini terpaksa membayar harga petrol dan diesel yang lebih tinggi sehingga 40 peratus berbanding harga sebelum ini, tetapi mereka akan mendapat rebat tunai daripada kerajaan sebaik sahaja memperbaharui cukai jalan kenderaan masing-masing.

Menteri Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna, Datuk Shahrir Abdul Samad memberitahu Utusan Malaysia di sini, sungguhpun harga petrol naik sebanyak 78 sen seliter kepada RM2.70 namun hakikatnya kerajaan akan memulangkan semula sebahagian daripada kenaikan itu kepada pengguna dalam bentuk rebat tunai berjumlah RM625 setahun.

“Pemilik kenderaan sebenarnya masih menikmati subsidi petrol yang kita pulangkan semula dalam bentuk bayaran tunai,” katanya.

Perdana Menteri, Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi ketika mengumumkan struktur baru subsidi bahan api hari ini berkata, bayaran tunai akan diberikan kepada pemilik kenderaan yang layak bagi mengimbangi kenaikan harga petrol sebanyak 78 sen dan RM1 bagi diesel.

Bayaran sebanyak RM625 setahun itu hanya terhad kepada pemilik kenderaan persendirian berkapasiti enjin sehingga 2000cc serta trak pick up dan jip berkapasiti enjin sehingga RM2,500cc.

Pemilik motosikal persendirian berkapasiti enjin sehingga 250cc pula akan menerima bayaran tunai sebanyak RM150 setahun.

Bayaran tunai itu akan dibuat oleh Kementerian Kewangan apabila pemilik kenderaan dan motosikal membayar atau memperbaharui cukai jalan.

Bayaran tersebut meliputi kenderaan dengan cukai jalan berkuat kuasa 1 April 2008 hingga 31 Mac 2009.

Bayaran tunai itu, menurut Perdana Menteri, akan diberikan dalam bentuk kiriman wang yang boleh ditunaikan di Pejabat Pos Malaysia di seluruh negara mulai 1 Julai 2008.

Bagi pemilik kenderaan dan motosikal yang tidak termasuk dalam kategori menerima bayaran tunai, mereka akan dibantu menerusi pengurangan cukai jalan sebanyak RM200 untuk kenderaan melebihi 2,000cc dan RM50 untuk motosikal berkapasiti enjin melebihi 250cc.

Selain itu, kerajaan juga membantu Perusahaan Kecil dan Sederhana (PKS) dengan memberikan bantuan khas kepada pengusahanya bagi mengimbangi kenaikan harga gas. Harga gas untuk sektor industri telah dinaikkan daripada RM9.40 setiap mmBtu kepada RM24.54.

Ke Arah Hidup Yang Lebih Terdesak

Oleh isma daud

FENOMENA SATU NEGARA... Kenderaan berbaris panjang untuk mengisi minyak di stesen minyak Petronas Kampung Baru, Kuala Lumpur, malam tadi selepas kerajaan mengumumkan kenaikan harga bahan api. Keadaan yang sama berlaku di seluruh negara.
Foto : Ihsan Utusan Malaysia Online.
_______________________________________________

Setelah memberi pelbagai alasan memujuk rakyat tanpa kenaikan gaji dan bonos; hari ini BN membalas budi baik itu dengan menaikkan harga petrol sebanyak 41 peratus. Kerajaan telah menunaikan janjinya dan pengundi BN ada saham di dalamnya.

Kerajaan BN hari ini benar-benar sudah membalas budi rakyat Malaysia yang mengembalikan tampuk pemerintahan kepada mereka dengan kenaikan harga barang keperluan hasil naiknya harga minyak; maka semakin saratlah bebanan hidup yang terpaksa ditanggung oleh rakyat. Inilah hadiah istimewa kepada mereka yang mengundi BN pada pilihan raya umum lalu. Tempiasnya untuk semua rakyat Malaysia.

Kerajaan membalas pengorbanan rakyat dengan menghumbankan mereka ke kancah kehidupan yang lebih teruk. Inilah sejarah buruk Malaysia. Inilah hari yang cukup sedih buat rakyat yang sudah sedia tertindas dengan pelbagai tekanan ekonomi sebelum ini.

Petang semalam; Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi mengumumkan kenaikan harga petrol sebanyak 78 sen iaitu daripada RM1.92 kepada RM2.70. Ini bermakna kenaikan sebanyak 41 peratus.

Manakala harga minyak diesel pula naik kepada RM2.58, naik RM1 berbanding harga sekarang sebanyak RM1.58 seliter. Kenaikan harga bahan api itu baru saja berkuatkuasa mulai tengah malam ini.

Sejak awal 2004, Perdana Menteri; Pak Lah ternyata berjaya memecah rekod Perdana Menteri sebelum ini. Meyakinkan lagi rakyat kepada sifat Pak Lah yang suka berdolak dalih dan berbohong. Dalam dua tiga hari ini akhbar menyiarkan laporan akan ada kenaikan dalam bulan ogos nanti; alik-alik diumumkan satu langkah kejam buat rakyat yang telah pun ciput pendapatan mereka dan terdesak itu.

Inilah sejarah kenaikan harga minyak zaman Pak Lah menjadi Perdana Menteri sejak awal 2004 lalu.

Dari RM 1.35
01/05/2004 - RM 1.37 (kenaikan RM 0.02)
01/10/2004 - RM 1.42 (kenaikan RM 0.05)
05/05/2005 - RM 1.52 (kenaikan RM 0.10)
31/07/2005 - RM 1.62 (kenaikan RM 0.10)
28/02/2006 - RM 1.92 (kenaikan RM 0.30)
kini (04/06/2008 - RM2.70 (kenaikan RM 0.78)

Kenaikan harga itu merupakan sebahagian langkah kerajaan untuk mengawal subsidi bagi menampung kenaikan petrol, diesel dan gas, yang dijangka berjumlah RM56 bilion tahun ini.

Inilah penghargaan yang diberikan oleh kerajaan yang menang oleh Undi orang Sabah Dan Sarawak. Tersenyum lebarlah kamu semua. Inilah harga undi yang berharga beberapa ringgit dihulur sebelum pilihanraya dan hari ini setiap saat kita menanggung bebannya. Rakyat Malaysia ; sedarlah Usah Tertipu lagi. Dengarlah apa kata mereka yang cuba memperbodohkan rakyat dengan statistik seperti ini?

"Harga minyak masih rendah berbanding dengan negara-negara lain di Asia Tenggara". Inilah statistik yang dijaja oleh kerajaan BN sedangkan negara terbabit bukan pengeluar minyak seperti Malaysia; lagi pun kos hidup rakyat di negara berkenaan seperti Thailand jauh lebih rendah berbanding di negara ini.

Akhirnya; Rakyat yang menanggung kesan segala kenaikan dan bersedialah rakyat sedang ditolak ke arah hidup yang lebih terdesak dan mendesak. Siap-siaplah...

Wednesday, June 04, 2008

TERKINI : Harga Minyak Petrol Dan Diesel Naik....Naik Lagi.

Berita aPutrajaya 4 Jun - Harga petrol dinaikkan RM0.78 seliter kepada RM2.70 seliter berkuat kuasa mulai esok.

Ia merupakan kenaikan harga hampir 40 peratus daripada harga RM1.92 seliter sekarang.

Perdana Menteri, Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi mengumumkan pada sidang akhbar di sini hari ini.

Harga diesel turut dinaikkan sebanyak RM1 kepada RM2.50 seliter daripada RM1.58 sekarang.

Bagaimanapun, untuk mengurangkan beban rakyat, Abdullah berkata, kerajaan akan memperkenalkan rebat tunai bahan api dibayar kepada pemilik kenderaan persendirian sebagai satu bentuk subsidi minyak.

Perdana Menteri juga mengumumkan tarif elektrik Tenaga Nasional Berhad (TNB) yang ditentukan secara progresif berdasarkan kegunaan.

- berita : Utusan.
- illustrasi : malaysiakini

Tuesday, June 03, 2008

Malaysia lebih banyak menjana kemiskinan dari membasminya

Oleh ahmadhadeed

 Abdullah Badawi dan Shahrir Samad akan mengumumkan kenaikan harga minyakArtikel Pendek Rabu ini. Susah apa nak tadbir negara kalau setakat nak umum naik harga minyak.

Orang kampung pun boleh tadbir negara kalau macam itu caranya. Kenaikan harga minyak akan menaikkan harga barangan dan kos sara hidup akan naik berlipat ganda. Malaysia sebenarnya lebih banyak menjana kemiskinan rakyat dari membasmi kemiskinan rakyat.

Dengan upah yang sama dan ada setengahnya menganggur dan tidak ada upah langsung, maka bilangan orang miskin akan bertambah apabila harga barang naik. Rakyat yang tidak cukup duit pendapatan untuk menyara hidup keluarga namanya MISKIN. Jadi manakah kehebatan kerajaan Dollah membasmi kemiskinan?. Semua bohong belaka. Shahrir bohong dan Dollah bohong. Mengapa perlu naik harga minyak kalau subsidi yang dikatakan itu hanya cukai yang tidak dikutip kalau minyak tempatan dijual pada orang tempatan. Rakyat paling bodoh pun tak dapat menerima bagaimana pengeluar minyak terpaksa membayar harga yang sama dengan negara tidak berminyak.

Saya rasa negara kita sekarang sudah menjadi negara yang sangat capitalist dan tidak ada tanggungjawab sosial langsung. Negara lebih mahu bermewah dengan duit tersimpan dalam perbendaharaan dari memikirkan mengurangkan kemiskinan dan kesusahan rakyat. Apa perlunya menyimpan berbillion dalam perbendaharaan kalau rakyat sudah menderita. Apakah perlu kita membina dan terus membina walau pun rakyat menderita miskin. Di mana tugas kerajaan membela rakyat.

Memang lengang lengok Sharil bercakap samaada memilih subsidi beras atau subsidi minyak sudah di agak ke arah hendak menaikan harga petrol. Timbul pula nak bayar kopon atau nak ada my card jual petrol. Semua itu adalah hanya cuba menunjukkan perihatin terhadap golongan miskin walau pada hakikatnya menteri di atas terus dengan dasar mengumpul dana negara supaya lebih banyak projek boleh di buat dan lebih untung dapat di perolehi.

Sekarang timbul pula harga simen konon diliberalisasi. Apakah liberasasi matlamat sebenar atau kemandulan kerajaan menghadapi syarikat monopoli simen yang menjadi sebab kemandulan. Sekarang jelas kerajaan sudah dibuli oleh syarikat monopoli gula , ayam , simen, makanan di Malaysia. Rakyat Malaysia sudah menjadi mangsa manipulasi syarikat besar yang telah memonopoli semua komoditi di Malaysia. Bagi yang percaya kepada panel kawal inflasi lupakan saja. Mereka tidak dapat membuat apa-apa . Semua yang hadir pada mesyuarat itu sudah tidak berupaya mengawal harga barangan di Malaysia

Saya merasakan dengan desakan hidup dan hilangnya pekerjaan kepada pendatang asing, Malaysia akan menjadi seperti South Afrika di mana rakyat tempatan merusuh menghalau pendatang haram Zimbabwe keluar dari negara mereka. Pendatang asing telah dianggap parasit oleh rakyat Africa Selatan. Masyalah di Malaysia ialah sikap perkauman ahli perniagaan cina terhadap orang melayu telah menyebabkan mereka tidak mempunyai patriotik langsung untuk memberi peluang kaum bumiputera bagi memenuhi pasaran pekerjaan. Mereka rela mengambil buruh asing dari mengambil orang melayu bekerja. Inilah parahnya orang Melayu di Malaysia. Ahli politik bergaduh merebut kuasa, kuasa asing digunakan , duit diselewengkan , perbohongan merata-rata dan sureheboh diguna sebagai madat (alat /perantara?) . Ya , saya mahu katakan di sini bahawa Sure Heboh (JomHeboh?) adalah madat yang telah disuap oleh kerajaan kepada orang Melayu supaya terus hancur sehancurnya.

URD - tulisan yang diwarnakan kurang jelas kepada saya.

Sunday, June 01, 2008

Bayi ajaib: Dikandung di luar rahim ibu


GAMBAR yang diedarkan oleh sebuah hospital swasta di Darwin, semalam menunjukkan Durga Thangarajah bersama ibunya, Meera dalam keadaan sihat.- AFP

SYDNEY 30 Mei - Durga Thangarajah yang baru dilahirkan semalam, disifatkan oleh para doktor sebagai bayi perempuan yang ajaib apabila selamat dilahirkan dalam tempoh yang cukup bulan walaupun dikandung di luar rahim ibunya.

Fenomena ini amat jarang berlaku kerana lazimnya ia sering memberikan risiko tinggi terutama kepada si ibu.

Namun Durga selamat dilahirkan secara pembedahan di sebuah hospital swasta di Darwin, utara Australia setelah membesar selama sembilan bulan di luar dinding rahim kanan ibunya sehingga menyebabkan tisu organ itu menjadi nipis seperti sehelai kertas.

Pakar bedah sakit puan, Dr. Andrew Miller berkata, bagi setiap 40,000 kehamilan akan ada satu kes melibatkan hamil di luar rahim.

"Namun peluang bagi janin tersebut untuk terus membesar sebagai bayi yang cukup tempoh matang lazimnya terlalu jarang berlaku," katanya.

Apabila ditanya, jika Durga merupakan bayi yang ajaib, Dr Miller berkata; "Tentu sekali! Saya sebelum ini telah menyambut sebanyak 520 pelbagai jenis kelahiran, namun saya tidak pernah menyaksikan kelahiran yang seperti ini atau lebih dikenali sebagai Kehamilan Ektopik.

"Iaitu janin yang membesar di luar rahim hasil daripada persenyawaan telur yang lazimnya berlaku di salur fallopian yang menyambungkan rahim dengan ovari."

Kehamilan seperti ini menyebabkan si ibu merasai kesakitan dan pendarahan yang hanya boleh dirawat dengan menggugurkan sahaja kandungan itu.

Dalam kes Durga, ibunya, Meera Thangarajah, 34, sama sekali tidak menyedari hamil di luar rahim kerana ia tidak dikesan dari peringkat awal dan tidak menghadapi sebarang masalah sepanjang kehamilan tersebut.

- AFP

Ummat Islam Wajib Membuat Makanan Mereka Sendiri

Artikel asal : Bila Ummat Islam Mahu Membuat Makanan Mereka Sendiri.

Artikel Pendek Oleh ahmadhadeed

 Membaca berita tentang bagaimana orang kafir yang tidak takut takut meletak babi dan arak dalam makanan dan menjual nya sebagai makanan halal membuat saya terfikir , betapa beraninya orang kafir membuat apa saja pada orang islam tanpa rasa segan silu.

Bukan mereka tak tahu suatu hari nanti perbuatan mereka terbongkar tetapi mereka tidak takut kerana orang Islam tidak akan buat apa apa melainkan menulis dalam surat kabar, menghantar memorandum dan menyerah kepada pihak berkuasa. Mereka pun tahu undang undang hanya akan mendenda mereka seribu dua dan kadang kadang pihak berwajib pun takut untuk menyaman mereka kerana takut kalah dan terpaksa bayar ganti rugi saman malu.

Sebab itu lah banyak berlaku kes menjual makan haram kepada ummat Islam di Malaysia. Ummat Islam pula terlalu tidak mahu berusaha sehingga tidak membuat apa apa untuk menghasilkan barangan asasi untuk kegunaan ummat Islam.

Berikut adalah perbuatan khianat peniaga kafir menjual atau membuat makanan dan menjualkannya atas nama barang halal.



Sembang Bersembang

Lebih Interaktif ^O^Ukhuwwah . Sila Klik Untuk Ke Laman Ini , Terima Kasih.
[ Copy this | Start New | Full Size ]

Sepanjang Jalan Di Sibu

Related Posts with Thumbnails

@Facebook ~ "Ustaz Rosli Dhoby"

~ Salam Persahabatan , Terima Kasih.