Kes Murtad: Mengapa kita perlu prihatin?

Oleh : Roslan SMS


Saya bukan bertujuan mahu mengajak pembaca saya agar mencetuskan huru-hara ekoran keputusan Mahkamah Tinggi Syariah Pulau Pinang ini.

Tidak! Keputusan ini perlu diterima dengan hati terbuka, kerana ia proses undang-undang, oleh kerana kita duduk dalam negara demokrasi yang menjunjung undang-undang dan Perlembagaan maka kita perlu patuh walaupun kecewa.

Apa yang saya bimbang adalah impaknya terhadap Islam, dan persepsi masyarakat bukan Islam nanti terhadap Islam. Kerana itu saya akan menggunakan blog ini untuk mendesak agar kita semua bangkit menyedarkan para pimpinan kita yang mempunyai kuasa, samada Raja-raja Melayu, Kabinet, Menteri-menteri Besar dan Ketua-Ketua Menteri, ahli-ahli Parlimen dan ADUN kesemuanya agar bertindak memelihara Islam.

Tahukah anda apa reaksi Presiden MCA contohnya terhadap keputusan ini (boleh dikuti di kahbar-akhbar tertentu)? Kata Ong Ka Ting:

It was Siti Fatimah�s right to embrace Islam and likewise, it is also her right to return to her original faith. This is a matter for her to decide and no one else.

(Ianya merupakan HAK Siti Fatimah untuk memeluk Islam sebagaimana beliau juga BERHAK untuk kembali ke agama asalnya. Ianya adalah sesuatu bagi beliau untuk memutuskan dan bukan pihak lain.)

Inilah persepsi bahaya yang kita bimbangkan. Masyarakat bukan Islam merasakan keluar masuk agama itu adalah HAK masing-masing. Mungkin bagi agama-agama lain ianya HAK tetapi bagi Islam tidak, lalu siapakah yang mampu dan berkuasa untuk menyatakan perkara ini ekpada mereka!

Timbalan Presiden PAS, Nasharudin Mat Isa ketika memberikan komennya terhadap kes ini dalam akhbar THE STAR menyebut:

Renouncing Islam is forbidden unless one has been forced to embrace Islam under duress. If one embraced Islam out of one�s own free will, then one must be subject to Islamic law, and the law forbids the renouncing of Islam because it touches ones faith on the religion.

(Tindakan keluar dari Islam dilarang sama-sekali melainkan seseorang itu dipaksa memeluk Islam. Sekiranya seseorang memeluk Islam atas kerelaannya sendiri, ketika itu ianya mesti tertakluk kepada perundangan Islam, dan perundangan Islam melarang seseorang Muslim keluar dari agamanya, kerana ia melibatkan kepercayaan seseorang pada agama itu.)

Boleh tak semua pemimpin Islam dalam negara berpegang kepada tafsiran yang sama? Boleh tak kita semua meletakkan nasib dan masa depan Islam dihadapan lebih tinggi dan utama dari fahaman politik masing-masing? Melalui kuasa yang dimiliki oleh kita, yang walaupun berlainan fahaman, tetapi atas aqidah yang satu, demi Allah, perbetulkanlah kelonggaran ini.

Malah Menteri di JPM yang bertanggungjawab dalam hal-ehwal Islam, Ahmad Zahid Hamidi sendiri dilaporkan sebagai mengakui bahawa tidak ada undang-undang diperingkat Persekutuan yang melarangs eseorang Muslim dari murtad. Dan dari negeri-negeri yang ada cuma Negeri Sembilan sahaja yang melarang, sementara yang lain tidak.

Inilah puncanya, inilah masalahnya. Sampai bila kita mahu biarkan ia terus begini?Lantaran itu selagi ianya tidak ditangani atas keprihatinan mereka yang berkuasa, maka selagi itulah Islam di negara ini walaupun agama rasmi Persekutuan, tetapi agama yang boleh dipermain-main dan disenda-sendakan.

Syabas Fairus, mana yang lain?

Timbalan Ketua Menteri I Pulau Pinang, Mohammad Fairus Khairuddin (PKR) berjanji akan membawa keperhatian SPR Yang Dipertuan Agong darihal kemelut murtad dan menyarankan langkah-langkah bagi mengelakkan kejadian seumpama Siti Fatimah berulang lagi di Pulau Pinang, apabila beliau diperkenankan mengadap Tuanku nanti.

Kata Fairus beliau sedih dan kecewa angkara kegagalan Majlis Agama Islam Pulau Pinang MAIPP untuk membimbing si murtad sehingga keluarnya keputusan di Mahkamah Tinggi Syariah Pulau Pinang itu, yang membenarkan seorang Muslim keluar dari agamanya.Dan yang lebih penting lagi Fairus memberi amaran kepada semua pihak agar jangan mempolitikkan keputusan kes ini, perkara berkaitan agama jangan digunakan sebagai agenda politik.

Dalam akhbar THE STAR hari ini bekas Ketua Menteri Pulau Pinang, Dr Koh Tsu Koon menyeru agar mahkamah bersikap lebih 'humane' (berperikemanusiaan) dalam mendengar kes-kes penganut Islam yang mahu keluar dari agamanya. Katanya orang-ramai akan lebih menghormati 'all great religions' (yang beliau mahu maksudkan di sini saya percaya adalah: "akan lebih menghormati Islam") jika keputusan liberal seumpama ini diambil terhadap mereka yang memohon untuk tukar agama. Maknanya kalau kita liberal, pinda dan ubahsuai Islam untuk kesesuaian lain, barulah kita dihormati!

Dalam hal kenyataan Fairus ini, saya rasa selain Timbalan Presiden PAS, sehingga ketakat ini, beliaulah pemimpin politik yang beragama Islam yang kedua terkanan yang memberikan reaksi dan komen terhadap kes ini dan menyarankan agar tindakan proaktif diambil bagi memastikan kejadian yang sama tidak berulang.

Yang lain bagaimana? Tiada siapakah lagi pemimpin Melayu/Islam yang sanggup tampil ke hadapan membuat saranan yang sama, atau apakah para pemimpin kita telah khayal didodoi lagu-lagu liberalisma dalam beragama (selesa dengan kedudukan masing-masing) sehingga tidak lagi terdetik dihati mereka untuk mengeluarkan kenyataan membela dan mempertahankan Islam? - n32.blogspot.com

Comments

Popular posts from this blog

Soalan Berkaitan Dengan Talak Bain Sughra Dan Talak Bain Kubra

Isu Agihan Daging Korban Seekor Lembu , Mestikah 7 Bahagian?

Keliru Soal Mandi Wajib Kerana Was-Was

Lawatan Ke Rumah Seri Kenangan ; Hargai Warga Tua

Sepanduk-Sepanduk Menarik Pelbagai Kategori Sempena Pertandingan Sepanduk Maulidur Rasul 1432H/ 2011M

Pekerja Hotel Dan Sisa-Sisa Babi

Hukum Penggunaan Tanduk Rusa

Bila Nak Mulakan Takbir Raya Adha?