Kenapa takut sangat dengan pelajar agama?

Analisis Isu Oleh haris

" Menyoroti tindakan dan tekanan yang dilakukan oleh kerajaan kepada pelajar agama memang ‘menakutkan’. Menakutkan disebabkan sampai begitu sekali kerajaan lakukan kepada mereka yang mendalami ilmu yang boleh membawa taqarrub kepada Allah.

Bermula dari peringkat serendahnya iaitu Sekolah Agama Rakyat (SAR) lagi mereka ingin cantas padahal apa yang diajar disekolah tersebut bukan ilmu untuk berhibur semata-mata tetapi diadun dari ilmu akademik dan juga ilmu akhirat. Kerajaan memikirkan seolah-olah sekolah tersebut melahirkan pengganas cilik yang akan mengebom Putrajaya barangkali.

Itu cerita peringkat rendah, kalau kita kita pergi lebih tinggi sikit di peringkat menengah dalam tahun 2000 rasanya disekat pelajar yang menduduki peperiksaan Sijil Tinggi Ugama yang berada di tingkatan 6 bawah dari melanjutkan pelajaran ke Timur Tengah sebaliknya dibuat sistem baru iaitu Sijil Tinggi Agama Malaysia. Dengan memiliki sijil ini barulah pelajar tersebut boleh ke Timur Tengah. Dalam keadaan membebankan pelajar yang mana diwajibkan pelajar lulus kesemua 13 matapelajaran barulah akan mendapat sijil dan dibenarkan menyambung pelajaran namun kerajaan tidak dapat menyekat kemaraan ‘budak baik’ untuk mendalami ilmu agama.

Setelah kerajaan melihatkan kedegilan budak-budak baik ini walaupun dibuat sistem yang menyusahkan tetapi ramai yang yang mendapat Mumtaz dan dapat menyambung pelajaran ke Timur Tengah khususnya. Lalu bermeeting lah mereka memikirkan cara lain lagi dan terjumpa dengan idea untuk menyekat pelajar-pelajar kolej Islam yang membuat perjanjian persefahaman dengan mengadakan peperiksaan penerimaan ke Universiti khususnya Universiti Al-Azhar Mesir.

Budak baik yang telah menamatkan pengajian di Kolej INSANIAH ( Kedah ), KUIS ( Selangor), KIAS ( Kelantan ) dan lain-lain yang berjaya ke Universiti Al Azhar dikehendaki menduduki peperiksaan penerimaan setibanya di Mesir. Pada mulanya ramailah yang terkandas disebabkan kali pertama -tahun 2005- menjalani peperiksaan ala Al-Azhar dan sebilanagn kecil sahaja yang berjaya. Mereka yang tidak berjaya terpaksa turun tahun yang mana jika perjanjian antara kolej dengan Al-Azhar untuk kemasukan tahun 3 mereka akan turun ke tahun 2 dan bagi mereka yang berjaya akan memasuki Al-Azhar mengikut perjanjian kolej.

Tetapi untuk tahun kedua dan ketiga peperiksaan tersebut diadakan dengan pertolongan dan bantuan abang dan kakak yang telah menduduki ujian tersebut mereka mampu lulus. Lagi la sakit hati pihak kerajaan!

Melihatkan ramai lagi yang masih ke Mesir walaupun telah dibuat peperiksaan penerimaan tersebut dan disambut oleh budak baik dengan semangat yang kuat mereka sekali lagi bermesyuarat. Kali ini mereka mengambil keputusan yang drastik dengan membatalkan terus perjanjian yang telah dibuat oleh pihak Kolej dan Universiti Al-Azhar.

Pembatalan MoU ini katanya pelajar agama sekarang ini tidak laku dalam sektor pekerjaan. Alahai…murahnya pelajar agama berbanding pelajar sains dan teknologi untuk kemajuan dunia!

Manusia yang berakal sempurna tidak akan mengiyakan kenyataan tersebut melainkan ianya bermotif politik semata-mata.

Mereka takutkan pelajar agama disebabkan pelajar agama bila keluar Universiti akan menentang mereka!

Menentang kezaliman yang kerajaan lakukan, menentang pemimpin yang tidak mahu mengikut perintah Allah, menentang kerajaan yang tidak mahu melaksanakan hukum Allah di bumi Malaysia!

Jika kerajaan melakukan perkara yang menepati syariat Allah masakan kami akan menentang anda malah kami akan bersama-sama anda memakmurkan bumi Allah.

Sunnatullah memang telah tercatat yang mana di setiap zaman akan ada pemerintah yang zalim dan pada masa yang sama Allah akan mengutuskan golongan yang akan memerangi mereka dan menyedarkan mereka tentang azab Allah.


http://www.harisfadila.com/

Comments

Popular posts from this blog

Soalan Berkaitan Dengan Talak Bain Sughra Dan Talak Bain Kubra

Isu Agihan Daging Korban Seekor Lembu , Mestikah 7 Bahagian?

Keliru Soal Mandi Wajib Kerana Was-Was

Lawatan Ke Rumah Seri Kenangan ; Hargai Warga Tua

Sepanduk-Sepanduk Menarik Pelbagai Kategori Sempena Pertandingan Sepanduk Maulidur Rasul 1432H/ 2011M

Pekerja Hotel Dan Sisa-Sisa Babi

Hukum Penggunaan Tanduk Rusa

Bila Nak Mulakan Takbir Raya Adha?