1.5 juta penduduk terjejas - Keadaan bertambah buruk dengan 20% kanak-kanak mengalami cirit-birit


Kanak-kanak yang kelaparan mengemis makanan daripada orang ramai yang lalu lalang di Bogalay, Delta Irrawaddy di barat daya Myanmar.
- AFP

YANGON 9 Mei - Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) menganggarkan 1.5 juta penduduk Myanmar "terjejas teruk" akibat Taufan Nargis, yang melanda negara ini Sabtu lalu, kata Penolong Setiausaha Agung PBB bagi Hal Ehwal Kemanusiaan, John Holmes.

Duta Britain ke PBB, John Sawers, bagaimanapun percaya bilangan sebenar mungkin berjuta-juta orang.

Pegawai kesihatan PBB juga perlu bertindak pantas untuk mencegah wabak penyakit di kalangan mangsa selepas timbul laporan bahawa terdapat kes malaria dan cirit-birit di kawasan yang paling teruk dilanda bencana itu.

Anggaran awal menunjukkan 20 peratus daripada kanak-kanak di kawasan tersebut mengalami cirit-birit dan keadaan boleh menjadi bertambah buruk, kata Ketua Kesihatan dan Pemakanan UNICEF, Osamu Kunii, di sini.

"Kebanyakan kawasan digenangi air kotor.

"Banyak mayat bergelimpangan dan penduduk mendapati sukar untuk mendapat bekalan air bersih," kata beliau.

Namun, mangsa yang semakin terdesak masih menantikan bantuan kecemasan hari ini, seminggu selepas 100,000 penduduk dipercayai terbunuh dalam taufan yang melanda kawasan pertanian dan perkampungan di kawasan Delta Irrawaddy.

Agensi makanan PBB, Program Makanan Sedunia (WFP) dan Persatuan Palang Merah/Bulan Sabit Merah memaklumkan bahawa mereka akhirnya dapat menerbangkan bekalan bantuan kecemasan ke negara ini, selepas menghadapi masalah dengan sikap junta melengah-lengahkan membenarkan penerbangan itu.

AS, bagaimanapun, masih menantikan kelulusan untuk menghantar penerbangan tenteranya bagi membawa bekalan bantuan.

Setiausaha Pertahanan AS, Robert Gates berkata, Washington sudah bersedia untuk menghantar bantuan dengan segera.

Beliau menyifatkan sebagai satu tragedi jika aset ketenteraan itu tidak digunakan.

Menurut Tentera Laut AS, empat buah kapal pengiring kepada kapal pembinasa USS Mustin dan armada Essex sedang menuju ke Myanmar dari Teluk Siam selepas Essex menghantar helikopter ke Thailand untuk menyertai operasi bantuan.

- Reuters


Lagi Berita Berkaitan Di Buletin Utama (TV3);

Comments

isma daud said…
TAUFAN LANDA MYANMAR: RATUSAN RUMAH MUSNAH

YANGON: (4/5/2008) Beberapa wilayah di Myanmar diisytiharkan sebagai zon bencana semalam selepas satu taufan tropika melanda negara itu dengan kelajuan angin sehingga 190 kilometer sejam (kph) hingga memusnahkan ratusan rumah dan memutuskan bekalan elektrik.

Stesen televisyen Myaddy, yang dikendalikan pemerintah tentera Myanmar, berkata Yangon, Irrawaddy, Bago serta wilayah Karen dan Mon mengalami kerosakan besar setelah dilanda Siklon Nargis sejak kelmarin.

Para saksi di Yangon berkata bumbung ratusan rumah diterbangkan oleh taufan itu dan bekalan elektrik serta khidmat telefon di sebahagian besar bandar itu terputus.

'Ia satu suasana yang buruk. Hampir kesemua rumah musnah. Orang ramai sedang menghadapi satu keadaan yang buruk sekali,' kata seorang pegawai Pertubuhan Bangsa- Bangsa Bersatu (PBB) di Yangon, yang meminta agar namanya tidak didedahkan kerana tidak diberi kebenaran bercakap dengan wartawan.

Mangsa-mangsa bencana itu memang dijangka selepas Siklon Nargis melanda ibu kota komersial Myanmar sekitar 5 pagi waktu tempatan kelmarin.

Namun, baik PBB mahupun pemerintah Myanmar belum lagi mendedahkan perangkaan kematian atau menilai kerosakan yang dialami negara itu.

Siklon Nargis melanda sedang Myanmar dijadualkan mengadakan satu pungutan suara pada Sabtu ini berhubung perlembagaan yang disokong pihak tentera. -- AP.

Popular posts from this blog

Soalan Berkaitan Dengan Talak Bain Sughra Dan Talak Bain Kubra

Isu Agihan Daging Korban Seekor Lembu , Mestikah 7 Bahagian?

Keliru Soal Mandi Wajib Kerana Was-Was

Lawatan Ke Rumah Seri Kenangan ; Hargai Warga Tua

Sepanduk-Sepanduk Menarik Pelbagai Kategori Sempena Pertandingan Sepanduk Maulidur Rasul 1432H/ 2011M

Pekerja Hotel Dan Sisa-Sisa Babi

Hukum Penggunaan Tanduk Rusa

Bila Nak Mulakan Takbir Raya Adha?