Kerajaan digesa bertindak terhadap artis, pengusaha filem keterlaluan

Salmiyah Harun
Fri Apr 04,08

KUALA LUMPUR, 4 April (Hrkh) - Promosi budaya Barat yang wujud dalam budaya popular di negara ini oleh media telah mengundang generasi muda negara ini untuk melakukan perkara yang sama.

Ini terbukti apabila penyanyi popular, Anuar Zain sudi membenarkan peminat-peminat wanitanya berkelakuan tidak senonoh (mencium dan memeluknya) ketika majlis 'A Nite With Anuar Zain' sehingga menggambarkan sikap yang tidak patut ada pada diri seorang artis yang merupakan 'public figure'.




urd: Anuar Zain Rela DiCium Peminat; dimana batas agama dan maruah?


Amat menyedihkan, apabila artis beragama Islam di negara ini sendiri sanggup mengenepikan hukum agama dan budaya bangsa hanya semata-mata atas tiket 'keseronokan'.

Perkara ini turut mendapat perhatian Persatuan Kebangsaan Pelajar Islam Malaysia (PKPIM) yang menyifatkan perbuatan itu tidak menitikberatkan soal nilai dan akhlak seolah-olah ia tidak lagi menjadi keutamaan.

Setiausaha Agung PKPIM Abdul Muntaqim Zulkipli berkata, fenomena ini perlu dipandang serius kerana dikhuatiri negara akan mengalami kerugian sumber manusia dan seterusnya mengganggu-gugat kestabilan dalam negara.

Tegasnya dalam satu kenyataan, pihak berkuasa, seperti Kementerian Penerangan harus mengambil tindakan tegas terhadap tindakan yang dibuat oleh penyanyi tersebut.

"Jika sebelum ini perbuatan Faizal Tahir di atas pentas dianggap sebagai tidak sesuai dan mendapat denda yang sewajarnya, maka hasrat Anuar Zain untuk melakukan sesuatu yang lebih melampau itu pun harus diambil tindakan yang sewajarnya," katanya.

Tambahnya, apabila generasi muda di negara ini banyak dihidangkan dengan rancangan dan aktiviti hiburan, sehingga mengakibatkan generasi muda hilang idealisme perjuangan dan hilang kepedulian sosialnya.

Apa yang membingungkan dan merisaukan lagi katanya, kelahiran satu lagi filem yang berpotensi untuk merosakkan pegangan agama generasi muda iaitu Filem 'Akhirat' terbitan Sri Saheb Production Sdn. Bhd. merupakan satu lagi filem yang menuruti filem-filem 'tanpa nilai' yang sebelumnya seperti Sepet, Gubra dan Anak Halal.





Sedutan "Akhirat" untuk penilaian bersama.

Katanya, penerbitan filem 'Akhirat' ternyata bercanggah dengan asas nilai dan budaya setempat, khususnya nilai-nilai Islam.

"Malah, apabila produsernya S. Baldev Singh menyatakan bahawa filem 'Akhirat' ditayangkan bersempena dengan Maulidur Rasul, hal itu jelas merupakan satu penghinaan kepada agama Islam,"katanya.

Bidas beliau, jika pihak kerajaan sebelum ini mengambil pendirian tegas terhadap klip video 'Fitna' yang menghina Islam, maka pihak berkuasa harus juga mengambil pendirian yang tegas terhadap filem 'Akhirat' yang turut menghina agama Islam.

"Filem tersebut perlu diharamkan dan pihak kerajaan perlu memastikan filem-filem seperti ini tidak akan dihasilkan lagi. Pihak media, para penghibur dan pihak berwajib haruslah lebih bertanggungjawab khususnya dalam mencorak budaya popular dan menghadirkan hiburan kepada masyarakat," katanya.

Katanya, soal pemerkasaan budaya perlu diberikan perhatian yang serius agar kita tidak membawa budaya-budaya barat yang tidak sihat dan bercanggah dengan nilai-nilai agama dan bangsa setempat.

Justeru, penguatkuasaan yang lebih serius adalah perlu, jika pada awal tahun 90-an dahulu artis-artis tidak dibenarkan untuk berambut panjang sekalipun, maka kini sikap artis dan penghibur yang tidak bermoral juga perlu diberikan perhatian yang serius. - mks.


Sinopsis
Filem Akhirat


“Akhirat”… bermulanya satu kesudahan.
“Akhirat” merupakan senaskah coretan tinta hitam yang membelenggu kehidupan seorang wanita suci Mira (Vanidah Imran) kerana nafsu serakah manusia durjana. Akibat dari tragedi malang itu kehidupan Mira semakin pudar setelah dia disahkan menghidap penyakit yang amat mengerunkan.

Kesangsaraan ini cuba dirahsiakan dari pengetahuan suami tersayang, keluarga dan masyarakat. Namun konflik melanda bila dia tidak dapat menyempurnakan tanggungjawabnya sebagai seorang isteri. Dilema ini menyebabkan Mira melakukan sesuatu diluar dugaan dengan merancang menyatukan Amran (Tony Eusoff) dengan Noni (Nabila Huda). Amran yang kecewa dengan tindakan Mira menuduh Noni cuba mencemarkan nama dan maruah keluarga dengan muslihat tertentu. Keadaan bertambah parah bila Noni pula bersikap semakin liar dan tidak terkawal kerana perbuatan teman lelakinya Ari (Adi Putra). Akhirnya konflik terlerai bila Mira berada di ambang…”Akhirat” dan apakah harga seorang insan di antara dua realiti ini?

Bolehkah Mira melawan takdir yang menimpa dirinya? Bagaimanakah Amran menentang musuh yang sedang memusnahkan rumah tangganya? Adakah Ari akan meninggalkan kehidupan mewah dan kegiatan maksiatnya? Dapatkah Noni menghentikan gelora nafsu batinnya? Bolehkah Dato’ Shamsuddin mengharungi segala dugaan yang melanda keluarganya?

“Akhirat”… pengadilannya di tangan anda!

Komen Pelbagai Pihak:
Filem Akhirat yang skripnya ditulis oleh Ikhzal Azfarel Ideris ini telah diwarwarkan bertumpu kepada cerita berunsur keagamaan namun bagi pengkritik filem Faisal Tehrani bahawa filem ini membawa kesongsangan beragama.

Aspek-aspek dalam filem yang digaris faisal dalam blognya sewajarnya diambil perhatian antaranya:-

1.Menjadikan adegan zina sebagai sesuatu yang 'cool' dan kasual.

2.Dalam satu adegan Tony Eusoff terdesak merangkul Vanidah Imran dari belakang sambil menjerit:'I want to make love with you) setelah tidak dapat menyetubuhi Mira sekian lama (kerana Mira HIV positif).

3.Babak-babak yang dilakonkan oleh Tan Sri Jins Shamsuddin sebagai ayah Mira dan Noni menunjukkan dialog bebal menyalahkan Allah terhadap kesengsaraan yang mereka hadapi

4.Adegan separa seks separa panas dalam filem ini amat menjengkelkan dan memualkan seperti cium leher, peluk rangkul dan belai membelai, tidak dapat mencerminkan judul Akhirat yang ditatang.

"Sekiranya filem Akhirat adalah seorang manusia, maka manusia itu saya putuskan adalah Abu Jahal.



Apa bezanya 'Fitna' Belanda dan 'Akhirat' Malaysia ?
Azamin Amin
Wed Apr 02, 08

KUALA LUMPUR, 2 April (Hrkh) - Kontroversi video klip 15 minit 'Fitna' telah mengundang kemarahan penduduk dan umat Islam dunia kerana menghina Islam dan mencaci al-Quran.
Tanpa kecuali tindakan seorang ahli politik Belanda, Geert Wilders yang menghasilkan klip video berkenaan turut mendapat reaksi daripada rakyat negara ini namun secara tidak disedari, Malaysia juga turut 'menghasilkan' filem-filem yang secara tidak langsung 'mempersendakan' agama dan nilai akhlak seorang umat Islam.

Tanpa sebarang bantahan dan halangan pelbagai jenis filem Malaysia seperti Sepet, Gubra, Anak Halal dan terkini Akhirat telah dilihat cuba 'merosakkan' fikrah para penonton tentang tafsiran mereka terhadap agama Islam.

Ada antara filem berkenaan seolah-olah secara halus cuba menerapkan unsur-unsur nilai terbuka terhadap perbuatan pelacuran, zina dan konsep menyalahkaan takdir atas sesuatu kecelakaan yang berlaku seolah-olah Tuhan yang menciptakan manusia bersifat 'kejam' menetapkan sesuatu yang buruk kepada seseorang individu tanpa boleh diubah.

Alasan penerbitan filem-filem seumpama itu adalah kerana para penonton kini sudah berfikiran terbuka, matang dan boleh menilai pro dan kontranya namun apakah hakikatnya filem-filem terbabit berjaya membina tamadun manusia yang baik dan memperbaiki gejala keruntuhan moral yang semakin rosak?

Filem Akhirat yang skripnya ditulis oleh Ikhzal Azfarel Ideris ini telah diwarwarkan bertumpu kepada cerita berunsur keagamaan namun bagi pengkritik filem Faisal Tehrani bahawa filem ini membawa kesongsangan beragama.

Aspek-aspek dalam filem yang digaris faisal dalam blognya sewajarnya diambil perhatian antaranya:-

1.Menjadikan adegan zina sebagai sesuatu yang 'cool' dan kasual.

2.Dalam satu adegan Tony Eusoff terdesak merangkul Vanidah Imran dari belakang sambil menjerit: 'I want to make love with you) setelah tidak dapat menyetubuhi Mira sekian lama (kerana Mira HIV positif).

3.Babak-babak yang dilakonkan oleh Tan Sri Jins Shamsuddin sebagai ayah Mira dan Noni menunjukkan dialog bebal menyalahkan Allah terhadap kesengsaraan yang mereka hadapi

4.Adegan separa seks separa panas dalam filem ini amat menjengkelkan dan memualkan seperti cium leher, peluk rangkul dan belai membelai, tidak dapat mencerminkan judul Akhirat yang ditatang.

"Sekiranya filem Akhirat adalah seorang manusia, maka manusia itu saya putuskan adalah Abu Jahal.

"Anugerah Abu Jahal yang jahil ini sesuai dijadikan satu anugerah ala-ala Oscar kepada filem ini, ataupun filem-filem lain yang 'mempersendakan' agama kelak," kata Faisal dalam blognya.

Seorang penulis dalam laman web mstar online Wahida Asrani turut merasa tidak 'selesa' ketika menonton filem Akhirat ini gara-gara beberapa babak panas dan elemen seks yang ditonjolkan di dalam filem ini.

"Bukan penulis tidak pernah menonton adegan-adegan seperti ini yang sering disajikan oleh filem-filem luar, tetapi rasa kurang senang itu timbul kerana filem arahan Syed Mohamed Benyahya ini adalah filem tempatan," katanya.

Lalu di samping 'mengutuk' filem luar kerana kebiadapannya menghina Islam adalah lebih baik dalam masa sama rakyat Malaysia khususnya umat Islam mengambil masa 'merenung diri' melihat hasil filem produk tempatan yang adakalanya dikira 'berbahaya' dari segi mesej dan mengelirukan para penonton tentang imej Islam yang sebenar yang sepatutnya dipandang mulia di mata semua.

^_^ "Akhirat", film "fitna" buatan Malaysia ^_^ - Topix

Comments

Anonymous said…
Akhirat 'jual' babak ranjang
Sorotan Suzan Ahmad

PENGARAH: Syed Mohamed Hassan Benyahya

PELAKON: Vanidah Imran, Tony Eusoff, Adi Putra, Nabila Huda Suhaimi dan Tan Sri Jins Shamsuddin.

GENRE: Heavy Drama

MULA TAYANG: 20 Mac 2008

TANDA awal filem ini mungkin mengecewakan penonton sudah mula dirasai seawal menonton tayangan perdana Akhirat di Cathay Cineplex, Selasa lalu. Buktinya, sepanjang hampir dua jam berada di panggung, kesimpulan mudah yang dapat penulis berikan ialah Akhirat tidak ubah seperti persembahan sebuah drama berbentuk telemovie yang diubah menjadi filem cereka.

Sebelum pergi lebih lanjut, Akhirat antara lain mengisahkan Nurin Amira (Vanidah Imran) yang disahkan positif HIV Aids selepas peristiwa hitam dirogol penagih dadah. Selain hakikat berdepan maut, kesengsaraan itu cuba disembunyikan dari pengetahuan suami tersayang, keluarga dan masyarakat. Akhirat juga memaparkan kisah kesetiaan dan pengorbanan pasangan suami isteri, Mira dan suaminya Amran (Tony Eusoff).

Kesetiaan Amran diuji apabila Mira gagal menunaikan tanggungjawab sebagai isteri. Filem ini juga secara tidak langsung memberikan gambaran sebenar kepada penonton bagaimana pesakit Aids mengharungi survival hidupnya.

Tema filem ini cukup berat iaitu mengenai penyakit Aids yang digambarkan bagai berada di alam akhirat bagi sesebuah kehidupan. Malangnya, bukan saja ia mengecewakan, malah gagal meyakinkan penonton untuk berada dalam kepompong rasa derita, kesedihan, lemah dan konflik jiwa. Semua itu tidak dimanfaatkan dengan baik, malah tidak di sampaikan dengan sempurna.

Kelemahan paling ketara jatuh pada skrip filem ini. Dialog gambaran kasih sayang tidak ubah macam skrip filem Hindustan yang cuba menyamai agungnya cinta Mumtaz Mahal dan Jodhaa Akhbar. Banyak perkara yang sentuhannya tidak seimbang, malah isu Aids sendiri tidak dikupas dengan kemas. Realiti konflik itu sendiri hampir tiada langsung kerana terlalu dikaburi elemen sensasi lain.

Apa yang penulis nampak selain babak ranjang Noni (Nabila Huda) dan Ari (Adi Putra) berkali-kali (dan setiap kali pakai singlet dan kemeja sama). Akhirat lebih kepada keluhan hati suami yang tidak mendapat layanan kasih sayang dan seks daripada isterinya. Elemen seksual melangkaui emosi dan jiwa pesakit Aids.

Kos pembikinan yang dikatakan mencecah RM2.3 juta bagaikan tidak menjelma menerusi visual filem ini. Sekadar babak kemalangan Mira yang memandu kereta jenis Proton Perdana V6, rasanya kos itu jauh lebih rendah. Apapun babak itu memang realistik.

Sayang, bakat Aktres Wanita Terbaik Festival Filem Malaysia 2007 seperti Vanidah dipersia-siakan begitu saja. Bukan bermaksud Tony Eusoff tidak mampu berlakon, cuma penjiwaannya bersama emosi yang berjaya dilontarkan Vanidah dalam setiap babak mereka bagaikan tidak setara.

Bercakap mengenai nilai budaya, rasanya mana ada dalam kamus budaya kita, orang Melayu minta maaf dalam keadaan berbaring di ribaan orang tua. Seperti apa yang dipaparkan pada babak antara Noni dan Jins. Tapi kalau hendak tonjolkan nilai budaya menerusi seni batik dan kebaya, rasanya mesej itu tercapai.

Apapun, kita berharap sangat filem Akhirat bukanlah ‘akhirat’ kepada penerbit dan pengarahnya kerana mereka harus terus menghasilkan filem dan berkarya.
Anonymous said…
"Dunia Baru The Movie" Pun Permainkan Islam?


Kisah penghinaan ini berlaku dalam satu babak di sebuah majlis perkahwinan. Dalam adengan tersebut Opie yang dilakonkan oleh Elyana telah berbesar hati untuk menyumbangkan suaranya bagi menyerikan majlis berkenaan. Beliau berpasangan dengan pelakon muda Pierre Andre telah menyanyi sebuah lagu dalam majlis berkenaan. Maka oleh kerana rakannya Mardhiah lakonan Ann Ngasri kelihatan agak warak dan sememangnya menggemari irama nasyid, Elyana dan Pierre Andre telah memilih untuk menyumbangkan sebuah lagu nasyid yang telah popular sepanjang zaman iaitu berjudul 'Sepohon Kayu".

Melihat liriknya sahaja, kita sudah tahu yang lagu ini adalah sebuah lagu ketuhanan yang memerlukan penyampainya memiliki ciri-ciri Islamik. Lagu ini adalag sebuah lagu dakwah yang telah popular sejak sekian lama. Bahkan lagu serta liriknya sahaja sudah boleh meremangkan bulu roma penyanyi dan pendengarnya. Boleh dikatakan hampir seluruh umat Islam di negara ini boleh menghafal dan mengingati senikata lagu ini. Maka itu, apabila ianya ingin dijadikan sebagai sebuah lagu dalam filem, pendekatannya haruslah selaras dengan lagu berkenaan. Lagu itu adalah lagu dakwah dan bukan lagu pop komersial atau pun lagu rock yang membolehkan penyanyinya terkinja-kinja, berjoget lambak serta bersuka ria macam orang tak sedar diri.Dalam filem "Dunia Baru The Movie", pengarahnya Hitler sengaja membutakan mata apabila mengarahkan Elyana dan Pierre Andre menyampaikan lagu berkenaan dengan diringi oleh band rock, berpakaian mendedahkan aurat, terkinja-kinja seolah-olah tidak memahami langsung akan lirik serta tujuan lagu berkenaan dinyanyikan. Lebih menyedihkan lagi, pengantin yang diraikan ketika itu adalah ayah kepada pengarah itu sendiri iaitu Zami Ismail. Sebagai seorang tua, beliau langsung tidak mempunyai kesedaran dan memikirkan perkara ini, walhal beliau boleh menyunting adengan berkenaan jika mahu.

Popular posts from this blog

Soalan Berkaitan Dengan Talak Bain Sughra Dan Talak Bain Kubra

Isu Agihan Daging Korban Seekor Lembu , Mestikah 7 Bahagian?

Keliru Soal Mandi Wajib Kerana Was-Was

Lawatan Ke Rumah Seri Kenangan ; Hargai Warga Tua

Sepanduk-Sepanduk Menarik Pelbagai Kategori Sempena Pertandingan Sepanduk Maulidur Rasul 1432H/ 2011M

Pekerja Hotel Dan Sisa-Sisa Babi

Hukum Penggunaan Tanduk Rusa

Bila Nak Mulakan Takbir Raya Adha?