Destinasiku Ke "Dynasty Hotel" ; Kali Pertama!!!

Oleh isma daud

14-16 April lalu saya diarahkan LPM untuk hadir satu mesyuarat di Miri. Ini kali kedua saya ke Miri. Dulu kursus di Mega Hotel (2005) tapi kali ini di Dynasty Hotel (2008). Banyak tahun juga saya tidak bertandang ke Miri ini. Bukan cerita mesyuarat atau kursus menjadi bahan penceritaan saya kali ini, tapi pengalaman kali ini agak berbeza dengan mana-mana mesyuarat yang lain yang pernah saya hadir.

Saya Hanya Pengganti;
Saya sibuk mengurus MTQ ( Majlis Tadarrus Quran) Bahagian Sibu dan hampir seminggu saya sibuk di luar sekolah. Habis masa mengajar terus ke PPG (Sibu) atau ke tempat berlangsungnya MTQ. Ustazah sekolah saya menelifon saya memaklumkan saya supaya hadir satu mesyuarat di Miri menggantikan tempatnya. Atas rasa tanggungjawab saya tidak menolak walaupun agak kepenatan sepanjang minggu ini. Seingat saya ini kali pertama saya hadir mesyuarat mengganti orang lain.

Saya tertanya-tanya siapa yang akan hadir sama nanti. Saya biarkan persoalan itu begitu sahaja. Seorang rakan telah menolong saya mengambil tiket kapal terbang dan memaklumkan saya hanya waktu penerbangan sahaja dan surat menghadiri mesyuarat pun saya pergi ambil pada pagi nak bertolak ke Miri. Maknanya saya tidak baca surat panggilan mesyuarat itu..Dengan pertolongan En Yusuf (rakan sekerja); dia menghantar saya ke airport. Sampai di airport Sibu baru saya dapat tiket menaiki pesawat Mas Wing. Ini pun kali pertama saya menggunakan perkhidmatan baru syarikat MAS ini. Setelah "check in" baru saya pasti beberapa orang yang saya kenal turut bersama dalam mesyuarat kali ini. Antaranya Ustaz Lokman dan Ustaz Fadhly. Maknanya saya ada kawan nanti sewaktu di sana. Mereka memberitahu saya apa yang perlu dibawa itu dan ini, saya agak tergamam kerana saya langsung tidak bawa semua itu. Tapi sepanjang mesyuarat ni akhirnya tidak pula menggunakan bahan-bahan itu. Selamatlah saya.


Dynasty Hotel dan kawan cina;
Menginap di sini adalah pertama kali. Peserta mesyuarat pula datang dari Bahagian Tengah Negeri Sarawak seperti Sibu, Bintulu, Kapit dan Miri. Biasanya saya kursus mewakili subjek Pendidikan Islam sahaja tapi kali ini banyak subjek dan pesertanya berbagai bangsa dan agama pula. Saya ditakdirkan menginap di Bilik 317 bersama dengan cikgu berbangsa Cina. Saya biasa kursus tetapi ini kali pertama saya menginap sebilik dengan orang bukan Islam. Setelah dua malam saya bersamanya saya dapati dia seorang yang baik dan mudah berkira. Jadi tiada masalah untuk menginap bersama. Dia hormat kepada saya khususnya ketika saya mahu solat fardhu termasuk solat fardhu subuh.

Nak jadi cerita pada malam kedua saya masuk dulu ke dalam bilik. Kerana keletihan saya terus terlena dan tidak sedar diri lagi. Bila saya terkejut pada jam 12.30 tengahmalam tu, terus saya teringatkan rakan saya ni tetapi saya dapati dia terbaring lena di katilnya. Saya lihat ke "handphone" saya ada beberapa "miss call" daripadanya. Nampaknya dia terpaksa dapatkan khidmat hotel untuk masuk ke biliknya malam tadi.

Keesokkannya saya segera minta maaf kerana saya telah menyusahkannya malam tadi. Tapi katanya saya betul kerana mengunci pintu dalam keadaan saya tidur adalah untuk keselamatan. Biar susah asal selamat. Dia pun betul. Sama-sama betul.


Apa dah jadi ni?
Inilah yang paling saya tidak dapat lupa. Perasmian mesyuarat bermula jam 8:00 malam. Tapi saya benar-benar terkejut beruk kerana saya tidak ada seluar. Isteri saya langsung lupa memasukkan seluar panjang. Dia harapkan saya dan saya harapkannya. Akhirnya saya terpaksa memakai seluar satu helai untuk 3 hari itu. Saya buat tidak kisah saja dan orang lain pun tidak perasan kerana tiada siapapun yang menegur saya. Jadi saya kira orang tidak perasanlah tu. Ini pengajaran bermakna buat saya kerana terlalu mengharapkan isteri tetapi ianya terjadi kerana saya tidak memeriksa beg saya sendiri, apa yang ada dan apa yang tidak ada di dalamnya. Saya tidak tahu Ustaz Fadhly dan Ustaz Lukman yang sentiasa bersama saya perasan atau tidak???


Gelas Pecah
Ini satu lagi. Sudah bertahun saya kursus tetapi inilah kali pertama saya terpaksa membayar kepada pihak hotel kerana gelas yang saya guna terlepas daripada tangan saya dan jatuh ke lantai lalu pecah. Inna Lillahi Wainna Ilaihi Rajiuun. Ajalnya sudah sampai. Tapi saya pula terpaksa membayar RM5.00.

Inilah Qadhak dan Qadar yang ditentukan Allah SWT kepada saya . Hanya Allah SWT yang sebenar-benar mengetahui rahmat, hikmat setiap sesuatu yang berlaku itu. Saya telah pun belajar sesuatu dan kini ianya telah menjadi koleksi kenangan terindah saya sepanjang berada di Bumi Sarawak ini.

Comments

Popular posts from this blog

Soalan Berkaitan Dengan Talak Bain Sughra Dan Talak Bain Kubra

Isu Agihan Daging Korban Seekor Lembu , Mestikah 7 Bahagian?

Keliru Soal Mandi Wajib Kerana Was-Was

Lawatan Ke Rumah Seri Kenangan ; Hargai Warga Tua

Sepanduk-Sepanduk Menarik Pelbagai Kategori Sempena Pertandingan Sepanduk Maulidur Rasul 1432H/ 2011M

Pekerja Hotel Dan Sisa-Sisa Babi

Hukum Penggunaan Tanduk Rusa

Bila Nak Mulakan Takbir Raya Adha?