Posts

Showing posts from April, 2008

Jangan Menipu Allah Dengan Tudung

Image
Awal tahun 80 an dahulu, tidak ramai wanita yang bertudung. Ketika itu wanita bertudung terpaksa menghadapi cabaran yang besar kerana sering menjadi bahan umpatan masyarakat. Mereka dituduh ekstreem, sesat dan ketinggalan zaman. Bahkan ada juga yang mengatakan itu fesyen ala Arab padang pasir. Kita tidak pelik hal begini boleh terjadi. Ini disebabkan masyarakat jahil terhadap hukum menutup aurat sehingga mereka tidak dapat menerima, malah memandang serong terhadap syariat menutup aurat. Berkat kesabaran wanita-wanita yang bertudung diwaktu itu, akhirnya masyarakat semakin sedar dan faham bahawa memakai tudung itu adalah untuk memenuhi tuntutan syariat. Seperkara yang menarik di waktu itu, apabila seseorang wanita itu bertudung, maka akan nampak beza tingkah lakunya berbanding dengan wanita yang tidak menutup aurat dan peribadinya sendiri sebelum memakai tudung. Kalau dahulu dia senang bergaul bebas dengan lelaki, tetapi bila sudah bertudung, pandangannya sudah mula ditundukkan, bercaka

Aurat!!!

Image
ISLAM menetapkan peraturan dalam soal berpakaian. Tuntutan berpakaian untuk menutup aurat adalah satu kemestian sama ada lelaki atau wanita. Cara berpakaian menentukan tahap keimanan. Namun begitu, Islam tidak menetapkan fesyen pakaian yang mesti dipakai setiap orang Islam. Islam membenarkan apapun fesyen pakaian asalkan menepati syarat menutup aurat. Sebenarnya, setiap bangsa memiliki fesyen pakaian menepati cita rasa setempat. Umat Islam tentunya tidak dapat lari daripada hambatan fesyen pakaian yang sentiasa berubah. Ia mempunyai hubung kait dengan cuaca, kegiatan seharian dan cara hidup. Biarpun pakaian dihasilkan dengan kebijaksanaan dan kemahuan manusia, hakikatnya pakaian ‘diturunkan’ oleh Allah kepada manusia. Kewajipan berkaitan berpakaian datangnya daripada Allah yang mengarahkan supaya lelaki dan wanita beriman menutup aurat. Allah yang melahirkan keinginan dalam diri manusia inginkan kepada pakaian. Keperluan hidup pertama yang dicipta oleh Adam dan Hawa ketika diturunka

Antara Bersukan dan Menutup Aurat

Image
Ayuhlah kita membina kesedaran dengan iman dan taqwa kepada Allah SWT agar kita mendapat kebaikan baik dari segi rohani dan jasmani, antara mendapat pahala dan keredhaan Allah SWT dan mendapat keselamatan di dunia dan di akhirat. Saya ketengahkan beberapa paparan di sini untuk kita lebih berfikir dan membuang khurafat dan tahayul bahawa jika mahu bersukan mesti mendedahkan aurat. Kita semua tahu bahawa menutup aurat adalah perintah Allah SWT yang wajib. Marilah kita menghayatinya tidak kira lelaki ataupun perempuan tanpa berdolak dalih lagi. Allah berfirman yang bermaksud: Wahai Nabi! Katakanlah bagi isteri-isterimu itu supaya mereka melabuhkan (sehingga menutupi ke atas mereka jilbab mereka) (surah al-Ahzab ayat 59) dan firman-Nya lagi yang bermaksud: Tutupilah tudung mereka atas lubang tengkuknya (An- Nur ayat 31). Ruqqaya Al Ghasara , pelari pecut wanita dari Bahrain yang menjuarai lari pecut di Sukan Asia di Doha tahun 2006. Beliau membuktikan bahawa pakaian bukan faktur kejayaa

Kematian Sebuah Tazkirah!!!

Oleh isma daud Saya sedikit kesibukan petang ini kerana melunaskan beberapa hal di bank dan keperluan rumahtangga. Sesampai di Masjid Darul Halim, Sibu para jamaah sudah selesai solat maghrib. Saya terlepas berjamaah kali ini. Malam ini saya menyampaikan kuliah dari kitab "Fiqh Manhaji" dalam bab Pengurusan Jenazah. Oleh kerana malam ini sebagai mukaddimah kepada tajuk ini saya memanjangkan sedikit persoalan mengingati mati. Saya tidak bertujuan menulis semula kuliah saya malam ini. Sekadar mengingati diriku yang sesekali rasa lemah dan kehilangan semangat melaksanakan tugas menyampaikan ilmu kepada masyarakat di sekitar bandar Sibu. Saban malam dan hari setelah menghabiskan kerja resmi saya di sekolah, kerja berdakwah dan berkuliah ini saya lakukan setiap hari secara istiqamah. Apakah faktur pendorong segala semangat ini yang menjadikan saya kental menghadapi kekangan waktu dan diri sendiri yang kadangkala menjadi musuh yang mampu merobek jiwa saya? Semangat saya bagaikan

Jenayah Kian Ganas

Image
Oleh belitung " Ambil pengajaran dan kesimpulan.... Bila Islam tidak didaulat hukum Allah dicaci maki.... Pendidikan Islam tidak dipeduli... siapakah yang dipersalahkan.. dulu kejadian seumpama ini berlaku kita dengar berlaku di Kuala Lumpur, Johor dan lain-lain tetapi kini... di Terengganu Darul Iman... Polis Temui Mayat Wanita Yang Ditanam, Tahan Seorang Lelaki KUALA TERENGGANU, 22 April (Bernama) -- Polis menemui mayat seorang wanita yang dilaporkan hilang sejak Rabu lalu selepas memberkas seorang lelaki di perkarangan sebuah chalet di Cherating, Pahang, awal pagi semalam. Timbalan Ketua Polis Terengganu Datuk Jalaluddin Abdul Rahman berkata penahanan lelaki berumur 27 tahun pada kira-kira pukul 2.30 pagi semalam itu, membawa kepada penemuan mayat Zaiton Muhamad, 55, yang ditanam di sebuah tapak semaian. Katanya polis kemudiannya dibawa ke jambatan Geliga di Kemaman, di mana kad pengenalan serta lesen memandu milik Zaiton ditemui dalam sebuah parit di tepi sungai berkenaan. Men

Artis Bertudung

Image
Eloklah jika artis wanita Malaysia menjadi model ke arah kebaikan. Walaupun cara bertudung itu masih perlu diperbaiki; ianya adalah baik. Gambar di bawah adalah sebahagian contoh baik para artis wanita yang "posting" dalam keadaan bertudung. Daripada tampil terbelah dan terdedah di sini dan di sana, menjatuhkan maruah diri wanita Islam, menyumbangkan lagi kepada keruntuhan moral muda-mudi kita; alangkah cantiknya mereka ini jika terus menutup aurat dengan ikhlas dan tidak menutup aurat secara bermusim dan bertempat sahaja. Menonton rancangan "Ape-Ape Aje" di TV3 nampaknya Shiela Rusly pun dah menutup aurat. Tahniah!!!. bienda wardina (paling sempurna dan nampak ikhlas dan kesungguhannya) salima af maya karin - iklan celcom vesi kelantan (bertudung) n negeri2 lain (tak bertudung) Sheila Rusli “Saya berdoa setiap hari di hadapan Kaabah supaya tetapkan iman kerana apa yang saya lakukan ikhlas terbit daripada hati. Tiada sesiapa pengaruhi saya termasuklah suami. Saya ju

Penangan blog

Image
Oleh Ziauddin Sharuddin mailto:Sharuddinzia@nstp.com.my MAJALAH Time pada 2006 mencatat sejarah apabila menamakan komputer sebagai `Person of the Year’ atau tokoh tahun ini. Anda. Ya, anda. Anda menguasai era maklumat. Selamat datang ke dunia anda. Inilah kata-kata muka depan majalah itu. Ledakan pertumbuhan dan pengaruh hasil kandungan internet, terutama blog diiktiraf di peringkat global dua tahun lalu. Tahun ini, blog dan blogger menerima pengiktirafan di negara ini apabila kuasa dan pengaruhnya mula diakui. Keputusan pilihan raya umum ke-12 yang dipengaruhi oleh blog dan blogger adalah bukti utama. Kini tiada siapa dapat menafikan bahawa media baru ini mempunyai kedudukan, fungsi dan tanggungjawab dalam dunia maklumat. Blog media baru berpengaruh KIRA-KIRA 10 tahun lalu, sesiapa yang mengaku mempunyai blog dan bergelar penulis blog (blogger), dipandang seperti makhluk asing. Kini anda boleh membaca kira-kira 500,000 blog yang diwujudkan blogger negara ini. Kemunculan blog hanya mul

Petua Imam Shafie

Dari e-mel sahabat; mudah-mudahan berguna; 4 perkara untuk sihat Empat perkara menguatkan badan 1. makan daging 2. memakai haruman 3. kerap mandi 4. berpakaian daripada kapas Empat perkara melemahkan badan 1. banyak berkelamin (bersetubuh) 2. selalu cemas 3. banyak minum air ketika makan 4. banyak makan bahan yang masam Empat perkara menajamkan mata 1. duduk mengadap kiblat 2. bercelak sebelum tidur 3. memandang yang hijau 4. berpakaian bersih Empat perkara merosakkan mata 1. memandang najis 2. melihat orang dibunuh 3. melihat kemaluan 4. membelakangi kiblat Empat perkara menajamkan fikiran 1. tidak banyak berbual kosong 2. rajin bersugi (gosok gigi) 3. bercakap dengan orang soleh 4. bergaul dengan para ulama Cara tidur 1. Tidur para Nabi Tidur terlentang sambil berfikir tentang kejadian langit dan bumi. 2. Tidur para ulama dan ahli ibadah Miring ke sebelah kanan untuk memudahkan terjaga untuk solat malam. 3. Tidur raja yang haloba Miring ke sebelah kiri untuk mencernakan m

Blog Tempat Fitnah? Jahil Sangatkah Golongan Muda Sehingga Termakan Fitnah?

Image
Oleh: Isma Daud Terasa berat sekali tuduhan orang nombor satu Melaka terhadap golongan muda di Malaysia ini sehingga sanggup menelan segala fitnah yang dibuat oleh penulis blog. Bagaimana tahap pemikiran seorang pemimpin terhadap rakyatnya yang apabila mereka mula menguasai kemajuan Sains Dan Teknologi yang kerajaan sendiri melaung-laungkannya. Amat malang kepada orang-orang muda di Malaysia jika mereka dituduh atau difitnah sebagai orang yang tidak berupaya menapis maklumat dengan ilmu yang ada dalam diri mereka sehingga mereka dicop sebagai orang yang mudah termakan fitnah. Insaflah wahai pemimpin yang cetek minda, jangan sampai anda dibenci oleh anak-anak muda dalam tanah air anda sendiri. Jika anda tidak berminat dengan dunia IT berilah kepada orang lain menggunakannya. Akui sahajalah bahawa anak-anak muda di Malaysia hari ini semakin pintar dan celik maklumat sehingga mereka tidak mampu ditipu lagi oleh manusia singkat daya fikir mereka. Perhatikanlah apa kata Mohd Ali rustam dala

Destinasiku Ke "Dynasty Hotel" ; Kali Pertama!!!

Oleh isma daud 14-16 April lalu saya diarahkan LPM untuk hadir satu mesyuarat di Miri. Ini kali kedua saya ke Miri. Dulu kursus di Mega Hotel (2005) tapi kali ini di Dynasty Hotel (2008). Banyak tahun juga saya tidak bertandang ke Miri ini. Bukan cerita mesyuarat atau kursus menjadi bahan penceritaan saya kali ini, tapi pengalaman kali ini agak berbeza dengan mana-mana mesyuarat yang lain yang pernah saya hadir. Saya Hanya Pengganti; Saya sibuk mengurus MTQ ( Majlis Tadarrus Quran) Bahagian Sibu dan hampir seminggu saya sibuk di luar sekolah. Habis masa mengajar terus ke PPG (Sibu) atau ke tempat berlangsungnya MTQ. Ustazah sekolah saya menelifon saya memaklumkan saya supaya hadir satu mesyuarat di Miri menggantikan tempatnya. Atas rasa tanggungjawab saya tidak menolak walaupun agak kepenatan sepanjang minggu ini. Seingat saya ini kali pertama saya hadir mesyuarat mengganti orang lain. Saya tertanya-tanya siapa yang akan hadir sama nanti. Saya biarkan persoalan itu begitu sahaja. Seora

Apa sudah jadi ni? Hadiah Dari Pemimpin Rasuah?

Image
Bumbung bangunan yang di bina pada tahun 2005 runtuh menyembah bumi. MARANG, 12 April (Bernama) -- Bumbung Dewan Serbaguna Sekolah Menengah Wakaf Tapai, di sini yang dibina tidak sampai empat tahun lepas, runtuh sama sekali dalam satu kejadian yang berlaku malam semalam. Bumbung bangunan yang berharga lebih RM2 juta itu, dipercayai runtuh akibat struktur kekuda sendi bumbung yang tidak kukuh menyebabkan ia gagal menampung atap genting lalu runtuh kira-kira pukul 8.30 malam. Ia disedari oleh salah seorang guru yang mengajar di sekolah berkenaan ketika baru pulang selepas menghadiri satu program yang diadakan di surau sekolah melibatkan kira-kira 60 pelajar pelajar tingkatan empat dan lima sekolah terbabit. Sebaik dimaklumkan tentang hal itu, Timbalan Menteri Pelajaran Datuk Razali Ismail yang secara kebetulan mempunyai program di Kuala Terengganu, mengadakan lawatan ke sekolah tersebut dan mengarahkan siasatan terperinci dilakukan bagi mengetahui punca kejadian. Pasukan penyiasat akan

Selangor pergiat dakwah, wujud surau di pasar malam, tani

Image
Saidah Hairan Fri Apr 11, 08 KUALA LUMPUR, 11 April (Hrkh) - Anggota exco Hal Ehwal Agama, Adat-Adat Melayu, Infrastruktur dan Kemudahan Awam Selangor, Dato' Dr Hasan Ali bercadang mewujudkan suasana keagamaan di seluruh negeri termasuk di tempat tumpuan ramai seperti pasar malam dan tani. Beliau memaklumkan bahawa Jabatan Agama Islam Selangor (Jais) sudah bersetuju mengadakan musollah (surau) di setiap pasar malam dan pasar tani. Katanya, dengan adanya musollah tersebut memudahkan para peniaga dan pembeli menunaikan solat secara berjemaah. "Kita akan membuat tempat mengambil wuduk yang banyak. Kita mahu melihat suasana keagamaan terus berlaku di pasar, mencakupi semua peringkat umur anggota masyarakat," jelas dalam satu pertemuan dengan Harakahdaily. Beliau yang juga Adun Gombak Setia dan Pesuruhjaya PAS Selangor mahu menjadikan kegiatan di Kota Bharu (Kelantan) dan Rusila (Terengganu) yang mengadakan kuliah agama setiap Jumaat bermula jam 9 hingga 10 pagi, sebagai cont

Isytihar jika peluk Islam

Image
Oleh ZULKIFLI JALIL dan HAMDEN RAMLI Abdullah Ahmad Badawi mempengerusikan Mesyuarat Lembaga Pengarah Khazanah Nasional Berhad di Kementerian Kewangan, Putrajaya, semalam. Turut kelihatan Menteri Kewangan Kedua, Tan Sri Nor Mohamed Yakcop (empat dari kanan) dan Gabenor Bank Negara, Tan Sri Zeti Akhtar Aziz (tiga dari kanan).- Bernama -------------------------------------------------- PUTRAJAYA 10 April - Kerajaan akan memperkenalkan satu peraturan baru mewajibkan mereka yang ingin memeluk agama Islam mengisytiharkan perkara itu secara terbuka bagi mengelak masalah di kemudian hari. Perdana Menteri, Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi berkata, tindakan memeluk Islam yang dibuat secara senyap-senyap seperti diamalkan sebelum ini mengundang banyak masalah sehingga menyebabkan berlaku ketegangan kaum. ''Pada masa ini tidak ada peraturan itu. Oleh itu, kita perlu fikirkan satu peraturan mewajibkan orang yang hendak memeluk Islam jangan buat senyap-senyap. ''Mereka perlu beritah

Klip Video Jawapan Kepada "FITNA"

Klip Video Geert Wedler : "Fitna"

Keadaan TG Hj Abdul Hadi Stabil

Hari ini kami ustaz-ustaz dan ustazah-ustazah sibuk melangsungkan MTQ (Majlis Tadarrus Al-Quran) Peringkat Bahagian Sibu, tiba-tiba secara ramai-ramai menerima mesej tentang Presiden Pas, Datuk Seri Abdul Hadi Awang dimasukkan ke Hospital Sultanah Nur Zahirah setelah diserang strok ringan di rumahnya di Rusila. Beliau yang terkena serangan itu di awal pagi ini berada di dalam keadaan stabil. Kami pencinta perjuangan Islam ( Sebahagian Kami) mendoakan semuga Pressiden PAS itu dikurniakan kesembuhan oleh Allah s.w.t. Apabila saya pulang ke rumah segera membuka internet untuk mengetahui perkembangan Tuan Guru yang banyaknya jasa dan sumbangan beliau kepada saya dan umat Islam yang menghargainya itu untuk mengetahui kedudukannya dengan lebih jelas lagi. Syukurlah beliau berada dalam keadaan stabil.

ALLAH MELIHAT APA YANG KAMU BUAT - AZMIL MUSTAFFA

Image
Oleh HanaHumaira "Petikan ini saya ambil dari sebuah e-mail seorang sahabat hasil tulisan Siti Mashitah. Mudah-mudahan ianya akan menjadi pengajaran dan iktibar buat semua, terutamanya diri saya sendiri, bahawa ALLAH berkuasa memneri hidayah kepada hamba yang dikehendakiNYA, wallahu'alam. Ahad, 3 Februari 2008 - Apabila disebut nama Azmil Mustapha , majoriti generasi muda tidak akan dapat mengecam siapa orangnya. Tetapi sebut saja Ali Setan , 'berkat' daripada siaran ulangan filem tersebut di kaca televisyen , semua orang tidak kira yang kecil atau dewasa dari kalangan peminat filem Melayu pasti mengenal pelakon tersohor Malaysia dekad 80-an ini. Azmil, 55 (umur yang dikira beliau mengikut takwim hijri 22 Safar 1375H) adalah antara sebilangan artis di Malaysia yang melakukan 'penghijrahan' daripada kehidupan yang penuh 'lagha' kepada pengabdian diri kepada Allah. Penampilan terakhirnya adalah sebagai Pengiran Demak dalam filem 'Puteri Gu

Kumalasari: Saya bukan Ustazah...

Image
oleh WAHIDA ASRANI Harap ramai lagi artis yg terlajak diberi hidayah oleh Allah S.W.T. Noor Kumalasari ; SATU ketika dulu, dialah primadona dunia seni tanahair yang memang cukup hebat. Malah sehingga ke hari ini pesona selebriti bernama Noor Kumalasari ini masih lagi menyinar meskipun sudah 12 tahun meletakkan titik noktah terhadap bidang yang penuh glamor ini. Ternyata dalam usia menginjak 52 tahun, bekas pelakon, penyanyi dan model yang selesa disapa Noor ini tidak pernah merasakan karier seni yang diceburinya selama lebih 20 tahun itu satu perkara yang sia-sia buat dirinya. Malah, ketika dia mengambil keputusan untuk membuat 'perubahan' di dalam kehidupannya dan lebih mendekatkan diri dengan Tuhan, perasaan menyesal bergelar anak seni satu masa dulu tidak langsung tersemat di dalam hatinya. Bersyukur kerana masih diberi peluang memperbaiki diri untuk menjadi umat Islam yang lebih taat dan tidak alpa dengan hal duniawi, Noor melihat apa yang diraihnya sebelum ini adalah kete

Cerai dua isteri dalam tiga minit

Image
IKATAN BERAKHIR: Roslan membuka pintu bilik Mahkamah Syariah untuk bekas isteri, Mastura (isteri kedua) dan Norhayati (dua dari kanan) yang diceraikan serentak di Mahkamah Syariah Kuala Terengganu, semalam. KUALA TERENGGANU: Seorang ahli perniagaan yang berang apabila dua isterinya berpakat menuntut fasakh, menceraikan isteri pertama dan keduanya itu selang tiga minit di Mahkamah Rendah Syariah di sini semalam. Roslan Ngah, 44, melafazkan cerai dengan talak satu ke atas isteri keduanya, Mastura Ahmad, 35, pada jam 11.50 pagi, disusuli isteri pertamanya, Norhayati Ismail, 46, tiga minit kemudian, di hadapan Hakim Mahkamah Syariah, Wan Abdul Malik Wan Sidek. Wan Abdul Malik dalam penghakimannya, berkata kes perceraian itu mencatat sejarah mahkamah kerana tidak pernah ada suami menceraikan dua isteri serentak pada hari yang sama. Beliau kemudian mengarahkan Roslan melafazkan cerai dengan talak satu secara berasingan untuk direkodkan kerana perkahwinan dengan isteri pertama dan kedua juga

Dosa Sang Guru Kerana Mendidik Anak Muridnya?

Image
Oleh Anak_Pejuang " Guru diibaratkan sebagai lilin yang menerangi muridnya dengan ilmu. Pengganti ayah dan ibu di dalam kelas. Guru membentuk disiplin anak-anak, dilentur agar betul tegaknya apabila sudah dewasa. Dia mengajar 'anaknya' bagaimana cara menyebut, menulis, membaca. Mengajar agar tahu tegak dan bengkoknya cara solat, cara makan dan sebagainya. Bukan itu sahaja, bahkan untuk menjadikan anak murid sebagai seorang manusia yang berguna dan mempunyai cita-cita. Lihatlah, yang menjadi pemimpin, menjadi ahli perniagaan semuanya atas jasa pejuang yang tidak bernama ini. Kerana guru, tidak diajar untuk menerima balas jasa, tidak inginkan namanya disebut. Cukup dengan ilmu yang diajar dapat diamal, dihayati. Mudah-mudahan menjadi amal jariah di kemudian hari. Fahamkah ibu ayah yang dahulunya juga pernah diajar oleh gurunya? Anak-anak perlukan bimbingan dan perhatian di rumah. Bukunya disemak, dilihat kerja rumahnya, ditanyakan siapa kawan-kawannya. Malanglah sang guru,

Baikot?

Image
Fitnah Filem Fitna! by Abu Saif April 1st, 2008 Saya sedang berfikir, bagaimanakah jika negara-negara dunia memboikot barangan Malaysia, disebabkan oleh ucapan buruk seorang ahli Parlimen Malaysia di media antabangsa. Apakah wajar tindakan begitu dan bagaimanakah kesannya ke atas rakyat Malaysia yang tidak pernah menyetujui perbuatan sumbang ahli Parlimen tersebut?Inilah perbandingan awal yang saya lakukan, untuk menjustifikasi seruan pelbagai pihak agar kita semua memboikot barangan negara Belanda, hanya disebabkan oleh filem Fitna yang dibuat oleh seorang ahli parlimen Belanda, Geert Wilders. Jika kita memandang Belanda dengan pandangan silam, bahawa Belanda itu bekas kuasa imperialisma yang menjajah Indonesia, kita tidak akan berfikir dua kali tentang tindakan memboikot itu. Ia adalah pandangan musuh terhadap musuh. Seolah-olah kaki Belanda masih berpijak dan memijak bumi kita. Hakikatnya kita lupa, bahawa Belanda hari ini bukan Belanda yang itu. Belanda hari ini mempunyai sekurang-