Monday, January 07, 2008

'Untuk berjaya kita mesti berubah'

Memetik kalam daripada sahabat e-mel;

"Perubahan" bereti meletakkan sesuatu yang baru di tempat yang lama.
Tanpa perubahan, sesuatu akan kekal seperti sediakala buat selama-lamanya.
Ini bermakna tanpa perubahan, yang "malas" terus dengan kemalasannya, yang
"degil" terus dengan kedegilannya dan yang "cuai" terus dengan kecuaiannya.
Hanya dengan merubah yang "malas" menjadi "rajin" dan "degil" bersedia untuk
mendengar nasihat dan yang "cuai" menjadi lebih berhati-hati akan membuatkan
seseorang itu berjaya.

Salah satu perubahan yang perlu dilakukan ialah perubahan sikap. Selagi seseorang
itu mengekalkan sikap yang lama, tindakannya juga akan sama seperti dulu.

Kesimpulannya untuk berjaya kita mesti berubah. Orang yang pertama untuk membawa
perubahan tersebut ialah diri sendiri. Seperti mana kita tidak boleh merubah sesiapa,
maka orang lain juga tidak boleh merubah kita.




~*~...NaNiE. ..~*~
...Dlm sribu mesti ada satu yg mjd perhatian, dlm perhatian yg satu itu ramai yg mbuat pbandingan, dlm pbandingan itu pula org mcari ksilapan & jarang mnilai kbaikan... kerana apa?? Kerana yg satu itu tlalu istimewa...

Sunday, January 06, 2008

Maal Hijrah 1429H: Menjana Ummah Gemilang

PENGERTIAN HIJRAH
MENINGGALKAN SESUATU, BERUBAH TEMPAT ATAU SIKAP .

Hijrah Rasululah tidak berulang lagi , yang tinggal adalah niat untuk berhijrah dan jihad bagi menegakkan hijrah . Maka Hijrah Sikap sahaja yang kekal dan berterusan

Sabda Rasulullah(saw): “Tiada lagi HIJRAH selepas berlakunya pembukaan Kota Mekah kecuali niat dan jihad”

Maka berniatlah dan berjihadlah. Ubahlah Dalam 3 Perkara;

AKAL = JAHIL - ALIM

NAFSU = LIAR - TENANG

IMAN = SYAK - YAKIN


FIRMAN ALLAH, MAKSUDNYA:
“ Sesungguhnya Allah SWT tidak mengubah keadaan sesuatu kaum melainkan kaum itu mengubah keadaan mereka sendiri. (Akan tetapi) jika Allah SWT mengkehendaki keburukan kepada mereka maka tiada sesiapa yang dapat menolaknya dan tiada sesiapa yang dapat menolongnya.”

TEMA MAAL HIJRAH 1429H : MENJANA UMMAH GEMILANG

UMMAH APA YANG KITA ADA???




Keruntuhan Aqidah, Moral, Gejala Sosial Remaja Tak Habis-habis…..

Dadah, Arak, Seks dan Pergaulan Bebas....entah apa lagi...???

Penyebaran ajaran Black Metal, Gothic, Punk, budaya Money Boy, Bohsia, Mat Rempit, Budak Makan Sampah, Grrr…

Pada tahun 2006, sebanyak 83 kes pembuangan bayi telah dicatatkan di seluruh negara berbanding 65 kes pada 2000. Sepanjang tempoh 2000 hingga 2006, sejumlah 580 pembuangan bayi telah dicatatkan dengan 48 daripadanya masih merupakan janin. Apa yang lebih membimbangkan lagi ialah pembuangan bayi turut menular di institusi pengajian tinggi (IPT).

Hasil kajian seorang pensyarah di UKM yang mendapati hampir kesemua responden pelajar perempuan yang dikajinya di sekolah menengah di negeri Selangor pernah melakukan hubungan seks adalah asas yang paling kuat untuk menunjukkan kepincangan yang berlaku pada sistem pendidikan dan pembangunan sosial negara.

Dengan modal Insan sebegini, mampukah kita berubah dan berhijrah? Mampukah kita membina Ummah Gemilang???



Ciri-ciri Ummat Gemilang


i. beriman dan yakin kepada Allah

ii. sedia berhijrah dan berjihad

iii. mengharapkan rahmat Allah

iv. mendapat keampunan Allah



FIRMAN ALLAH SWT:
{إِنَّ الَّذِينَ آمَنُواْ وَالَّذِينَ هَاجَرُواْ وَجَاهَدُواْ فِي سَبِيلِ اللّهِ أُوْلَئِكَ يَرْجُونَ رَحْمَتَ اللّهِ وَاللّهُ غَفُورٌ رَّحِيمٌ} (218) سورة البقرة


v. sedia membantu dalam senang dan susah

vi. merealisasikan kehidupan muslim sebenar

vii. mendapat kehidupan yang diredhai Allah dan rezeki yang mulia

{وَالَّذِينَ آمَنُواْ وَهَاجَرُواْ وَجَاهَدُواْ فِي سَبِيلِ اللّهِ وَالَّذِينَ آوَواْ وَّنَصَرُواْ أُولَئِكَ هُمُ الْمُؤْمِنُونَ حَقًّا لَّهُم مَّغْفِرَةٌ وَرِزْقٌ كَرِيمٌ}
(74) سورة الأنفال


iix. Sentiasa memperbaharui niat dan ikhlas di dalam pekerjaan

Sabda Rasulullah SAW; Dari Amirul Mukminin Umar Al-Khattab r.a katanya : “Aku mendengar Rasulullah SAW bersabda : ' Bahawasanya amalan-amalan itu adalah (bergantung ) kepada niat, dan bahawasanya bagi setiap orang itu (balasannya) mengikut apa yang diniatkannya. Maka barangsiapa yang berhijrah kepada Allah dan RasulNya, maka hijrahnya itu adalah kepada Allah dan RasulNya. Dan barangsiapa yang berhijrah kerana dunia yang ingin ia memperolehinya atau kerana seorang perempuan yang ingin ia menikahinya, maka hijrahnya itu adalah atas apa yang ia berhijrah kerananya.”

ix. memiliki akhlak terpuji dan gaya hidup bertaqwa

x. ummah yang menegakkan amar makruf, nahi mungkar

Doa Akhir Tahun Dan Awal Tahun 1 Muharram

DOA AKHIR TAHUN(Dibaca selepas asar / sebelum maghrib)

بسم الله الرحمن الرحيم
الحمد لله رب العالمين وصلى الله على سيدنا ومولانا محمد وعلى أله وصحبه وسلم.
اللهم ما عملت في هذه السنة مما نهيتني عنه فلم أتب منه ولم ترضه ولم تنسه وحلمت علي بعد قدرتك علي عقوبتي ودعوتني إلى التوبة منه بعد جرآتي على معصيتك فإني أستغفرك فاغفرلي وماعملت فيها مما ترضاه ووعدتني عليه الثواب فأسألك , اللهم يا كريم يا ذا الجلال والإكرام أن تتقبله مني ولا تقطع رجآئي منك يا كريم .
. وصلى الله على سيدنا محمد وعلى أله وصحبه وسلم والحمد لله رب العالمين
.
MAKSUD DOA
“Ya Allah! Apa yang aku lakukan pada tahun ini daripada pekerjaan yang Engkau tegah, yang aku tidak bertaubat daripadanya, tidak pula Engkau redhai, tidak juga Engkau lupa akan kesilapanku. Namun Engkau tidak murka terhadapku sedangkan Engkau berhak menyeksakan aku. Sebaliknya Engkau menyuruhku bertaubat padahal aku sungguh berani melakukan maksiat terhadapMu. Oleh itu aku mohon ampun daripadaMu; ampunkanlah aku! Dan daripada pekerjaanku ; Engkau redhakanlah dan Engkau telah berjanji memberi pahala diatas amalanku; maka aku mohon Engkau kurniakannya kepadaku.
Ya Allah! Yang Maha Murah! Yang Maha Besar Lagi Maha Mulia! Terimalah daripadaku. Janganlah pula Engkau hampakan pengharapanku, Wahai Tuhanku!”

DOA AWAL TAHUN (Selepas Solat Maghrib)

بسم الله الرحمن الرحيم
الحمد لله رب العالمين وصلى الله على سيدنا ومولانا محمد وعلى أله وصحبه وسلم.
اللهم أنت الأبدي القديم الأول وعلى فضلك العظيم وجودك المعول وهذا عام جديد قد أقبل نسألك العصمة فيه من الشيطان وأوليآئه وجنوده, والعون على هذه النفس الأمارة بالسوء, الإشتغال بما يقربني إليك زلفى يا ذا الجلال والإكرام يا أرحم الراحمين.
وصلى الله على سيدنا محمد وعلى أله وصحبه وسلم والحمد لله رب العالمين.

MAKSUDNYA;
“Ya Allah Engkaulah yang Abadi lagi Kekal dan tidak ada permulaan! Di atas kurniaanMu yang besar, kemurahanMu yang luas; ini adalah tahun yang baru, baru saja munculnya; Kami mohon Engkau peliharakan kami daripada syaitan, penyokong-penyokong dan tentera-tenteranya. Dan tolonglah kami menentang hawa nafsu yang sentiasa mengajak kami melakukan kejahatan. Dan sibukkanlah kami dengan perkara yang mendekatkan aku kepadaMu sehampir-hampirnya, Wahai Tuhan Yang Maha Besar Lagi Maha Mulia! Wahai Tuhan yang Maha Pemurah lagi Maha pengasihani!”

Lagi Emel Deny Den

Emel; 11/12/07
Terima kasih ustat atas penjelasan ustat.
kenapa semasa sembahyang mesti mengarah ke kiblat? adakah ia arah dimana terletak nya MEKAH?
apa kaitan adam dan hawa dengan Agama Islam. (manusia pertama di dunia)? adakah mereka MUSLIM?

ustat mungkin soalan saya macam budak budak tapi saya keliru dengan soalan soalan macam ni dalam otak kepala saya.
dan sya malu nak tanya kawan kawan i nanti kena buli. tai saya rasa jawapan bagi soalan saya ada seribu maksud.

rgds
deny

Jawapan;

Salam Sejahtera.

Pertama, saya suka menyebut bahawa orang yang suka bertanya adalah yang sedang membuka sebuah gedung ilmu yang luas, teruskan budaya bertanya dan jangan malu bertanya. Orang yang suka merendahkan pertanyaan orang tanda kurang ilmu dan dangkal akalnya. Walaupun sesuatu yang kita fikir remeh tetapi ianya tidak remeh sebenarnya. Bagi orang yang tahu bertanya ada pula tujuannya agar orang yang lain turut sama mendapat ilmu. JADI DIA BERTANYA BUKAN UNTUK DIRINYA TETAPI UNTUK KEBAIKAN UMUM. Teruskan tabiat yang baik. Malu bertanya sesat jalan. Bayangkan jalan yang kita nak tanya itu mungkin terlalu mudah untuk orang lain tetapi kita tidak pula pernah sampai ke situ, sudah tentu kita boleh sesat juga kan?

Kedua; Solat (Sembahyang 5 Waktu Sehari semalam) adalah rukun Islam dan menjadi kewajipan kepada orang Islam menunaikannya sebagai pengabdian diri terhadap Allah SWT. Walaubagaimanapun ramai orang Islam yang mengabaikannya. Itu tanda lemah imannya. Sebagaimana saya terangkan hanya Allah yang wajib manusia sembah dengan sebenar-benarnya bukan tuhan yang lain sebagaimana yang dianggap oleh setengah manusia. Allah yang mencipta manusia, menjadikan rezeki dan segala sesuatu; maka layaklah Allah kita sembah dengan sebenar-benarnya. Solat adalah cara kita beribadah kepadaNya dan banyak lagi cara yang lain seperti puasa, zakat, haji, mentaati ibubapa, taat guru, mencari kehidupan, makan, minum termasuk dalam urusan muamalah dan kahwin, semuanya adalah ibadah kepada Allah SWT. Sebab itu kita kena hidup mengikut perintah Allah dan tidak boleh derhaka kepadaNya. Setiap amalan baik akan mendapat ganjaran pahala dan syurga di akhirat nanti manakala dosa dan neraka bagi orang yang syirik ( mengadakan tuhan yang lain), derhaka dan berbuat maksiat kepadaNya.

Ketiga: Mengapa solat mesti menghadap kiblat? Kiblat adalah syarat wajib solat. tidak sah solat jika tidak menghadap kiblat. Kiblat adalah tanda arah tuju dan penyatuan hati umat Islam seluruh dunia. Dimana kita berada mesti mengarahkan solat kita ke arah kiblat. Ini menunjukkan orang Islam mempunyai tuhan yang satu, arah kiblat yang satu, matlamat hidup yang satu. Kiblat umat Islam bukan bermaksud menghadap Makkah tetapi menghadap diri kepada satu perintah Allah SWT. Kiblat umat Islam asalnya menghalakan ke arah Baitul Maqdis, Palestin (sekarang di bawah jajahan Israel) kemudian di perintahkan oleh Allah memalingkannya ke arah Baitillah al-Haram di Makkah. Kiblat adalah tempat hadap makhluk dibumi dan malaikat makhluk dilangit. Kiblat bagi malaikat ialah di Baitil Makmur (Wallahu A'lam).

Ketiga: Apa kaitan Adam dan Hawa kepada umat Islam atau agama Islam? Islam agama Allah sejak manusia diciptakan sehingga hari kiamat. Firman Allah SWT; "Agama yang diakui disisi Allah hanyalah Islam". FirmanNya lagi; "Tidaklah Muhammad itu sahaja Rasul tetapi telah mendahului sebelumnya rasul-rasul". Nabi Adam adalah manusia pertama ciptaan Allah dan Rasul pertama kepada manusia. Sebab itu orang Islam mesti beriman dengan semua rasul yang diutuskan oleh Allah SWT. Sudah tentulah semua Rasul itu Muslim termasuk nabi Isa (Jesus) yang dianggap tuhan oleh golongan Kristian. Rasul adalah manusia biasa, yang diwahyukan oleh Allah dan diperintahkan supaya menyampaikan ajarannya kepada manusia dan kaum masing-masing supaya mereka mendapat bimbingan dan menyembah Allah SWT. Rasul diutus oleh Allah seramai 313 orang dan nabi pula sekitar124,000 orang. Maka salahlah tanggapan setengah pihak yang mengangkat mereka mencapai tahap anak tuhan, bahkan penebus dosa tuhan dan menganggap mereka sebagai Tuhan. Orang Islam wajib mengimani kepada semua Rasul sedangkan agama lain hanya beriman kepada rasulnya sahaja bahkan mendustakan rasul mereka sendiri dengan mengada-adakan perkara yang tidak diajar oleh rasul mereka sendiri. Semuanya mengikut akal dan logik sendiri.

Keempat: Hawa adalah isteri Adam. Hawa dijadikan daripada rusuk kiri Adam sebagai teman dan penghibur hati Adam, makhluk Allah yang diberikan peranan untuk meneruskan zuriat Adam sehingga hari Kiamat. Jadi kita ini adalah anak cucu Adam dan Hawa. Kita semua adalah cucu cicik Adam yang asalnya dari tanah. Cuba cium bau tubuh kita ada bau tanahtak? Dari tanah manusia dicipta dan kemudianya diciptakan daripada saripati ( sperma) dan disenyawakan dalam rahim Hawa (wanita) maka dibentuk menjadi darah, dari segumpal darah menjadi daging, kemudian dibentuk tulang dan disalut daging, dibentuk kejadian manusia dan ditipukan ruh dan apabila disempunakan kejadiannya Allah jadikan baginya rezeki dan lahirlah didunia dengan tujuan mengabdikan diri kepada Allah SWT. Bukannya derhaka dan menyembah yang lain daripadaNya atau berlaku syirik kepadaNya.

Semoga penjelasan saya kali memuaskan hati. Jika ada kekeliruan sila kemukakan lagi soalan2 yang mungkin boleh saya bantu sekadar ilmu yang dikurniakan oleh Allah kepada saya. Insya Allah> Wassalam!!!.

Persoalan Emel Saudara Deny Den Dan Jawapannya

Emel 2/I2/07
I pernah datang ke rosli doby skali ustat.jumpa ustat dsana pas tu jumpa di satu kursus tapi saya tak ikut kursus tu just saya teknikal dalam kursus tu ustat... lama saya nak jumpa ustat sebab nak tanya serba sedikit tentang agama ISLAM.
planning nak convert... apa perkara pertama ustat nak nasihatkan kepada saya berkaitan keputusan saya? adakahpatut atau tidak patut saya tinggalkan adat saya. sebab kata orang biar mati orang tapi jangan mati adat.

Rgds;
Deny, Sibu


Jawapan;

Selamat Sejahtera!!!

Islam agama sejagat bersifat universal, sesuai diamalkan disetiap tempat dan masa. Islam berkembang melalui dakwah dan akhlak yang terpuji. (Jika ada umat Islam yang berakhlak buruk bukan kerana Islam tetapi kegagalan umatnya mengamalkan Islam di dalam hidupnya). Islam tidak menentang adab dan budaya tetapi ianya mesti menepati syarak dan ajaran Islam yang bersumberkan al-Quran dan sunnah Nabi Muhammad SAW. Islam tidak memaksa orang lain menganutnya tetapi kerelaan dan keikhlasan sahaja akan melahirkan insan yang beriman dan bertaqwa. Islam dibina di atas dasar aqidah(kepercayaan yang sebenar), ibadah (syariat) dan akhlak yang luhur. Mana-mana adat yang tidak bercanggah dengan ajaran Islam boleh terus diamalkan tetapi adat yang bertentangan dengan Islam mesti ditinggalkan seperti melibatkan makanan yang haram, minuman yang haram, upacara tertentu yang bercanggah sama sekali tidak dibenarkan. Islam tidak merubah bangsa seseorang, keturunan seseorang bahkan anak yang Islam mesti berbuat baik kepada ibu atau bapanya yang masih bukan Islam. Islam membawa keselamatan dunia dan akhirat, kehidupan yang kekal dan abadi. Kehidupan manusia tidak terhenti di dunia ini sahaja tetapi dunia ini adalah tempat kita beramal demi kehidupan yang abadi di akhirat nanti. Jadi keselamatan mana yang kita pilih? Setakat di duniakah yang sementara? Atau keselamatan akhirat yang bersifat kekal dan abadi???

Islam mengenalkan kita kepada Allah; Tuhan yang sebenar yang mencipta langit dan bumi, mencipta segala sesuatu termasuk manusia itu sendiri. Allah SWT tidak boleh disekutukan, tidak ada awal dan akhir, tidak beranak dan tidak diperanakkan, tidak ada sesuatu yang sebalas dan sebanding denganNya.Tuhan yang kekal yang memerintah alam semesta, dunia dan akhirat. Maka sembahan yang lain daripada Allah adalah syirik dan keimanan seperti itu adalah tertolak. Cukuplah kita mengkaji tentang kejadian langit, bumi, alam cakerawala yang luas termasuk manusia,tumbuhan, binatang untuk kita menkagumi penciptanya. Wajarkah kita mengadakan tuhan yang lain yang tidak mampu memberi mudharat dan manfaat kepada diri sendiri?
Saya harap saya dapat menerangkan lagi pada masa akan datang. Cuba fahami dulu penerangan ringkas ini. Ada sebarang persoalan sila kemukakan. Insya Allah saya akan menjawabnya sekadar kemampuan yang ada kepada saya dengan izin Allah SWt.

Wassalam.!!!

Sembang Bersembang

Lebih Interaktif ^O^Ukhuwwah . Sila Klik Untuk Ke Laman Ini , Terima Kasih.
[ Copy this | Start New | Full Size ]

Sepanjang Jalan Di Sibu

Related Posts with Thumbnails

@Facebook ~ "Ustaz Rosli Dhoby"

~ Salam Persahabatan , Terima Kasih.