UJIAN ALLAH MENGAJAR KITA ERTI SABAR

Setelah tamat Kem Anugerah Seri Asrama Terbilang “A.S.A.T” Peringkat Negeri Sarawak terasa gembiranya hati. Satu tugas yang diserahkan kepada saya berjaya saya selesaikan. Sebagai ”ustaz” sudah tentu AJK Agama diserahkan kepada saya. Kalau saya berasa penat, pelajar yang terlibat sudah tentu lebih merasa kepenatannya.

Apabila sampai di rumah, baru terasa penatnya. Badan pun rasa nak demam. Sejuk-panas saja tubuh ni. Bila bangun dari tidur bagaikan seluruh tenaga saya telah direntap. Rasa lemah dan sakit segala urat dan daging. Kepala pula rasa pening dan halkum pula rasa perit dan payau saja. Confirm demam ni.

Apa tidaknya; banyak sangat aktiviti sejak hari raya Aidilfitri lagi. Rumah terbuka, berziarah, makan minum tidak terkawal, menyiapkan GeMS, Kem Asat dan aktiviti kemasyarakatan lain. Mungkin juga dalam situasi tu ada tekanan yang menuntut agar disiapkan mengikut jadual menyebabkan sistem badan tidak berfungsi dengan baik. Mungkin juga faktor kurang rehat dan kurang tidur. Di tambah pula sepanjang Kem itu saya berpuasa enam daripada bulan Syawal.

Elok juga demam; lagi pun dalam tahun ni inilah baru sekali demam. Mungkin ini kaffarah daripada Allah SWT supaya kita sedar bahawa kita adalah insan yang lemah. Tapi bukan jenis saya mengambil cuti sakit. Selagi ada upaya saya akan ke sekolah. Sedaya upaya saya sembunyikan kesakitan saya. Malah sepanjang perkhidmatan saya rasanya tidak pernah saya ambil cuti sakit. Bukan tidak pernah sakit. Saya akan lebih cepat sihat apabila semangat saya bagai memulihkan segala kesakitan itu. Saya bukan orang yang suka ambil panadol. Demam ini pun saya tidak ambil panadol. Semalam saya benar-benar kesejukan. Saya banyak minum air masak yang suam. Campur dengan madu. Lumur krim urut ”gamatemas” yang hangat. Pakai tebal-tebal terus tidur sehingga badan saya berpeluh-peluh. Bangun pagi ini rasa sakit itu sudah berkurangan. Cuma selera makan tu belum ada. Ada rasa nak makan tapi kerongkong saya bagai menolak dan hilang segala rasa.

Itulah ujian Allah SWT untuk mengajar kita erti bersyukur atas nikmat sihat dan berselera untuk makan. Bila demam segala nikmat itu telah hilang. Cuma yang ada nikmat sabar pula. Itulah kelebihan orang beriman masa senang dia bersyukur, masa susah dia bersabar. Semoga Allah SWT cepat memberi kesembuhan kepada saya dan saya dapat meneruskan khitmat bakti saya dengan lebih sempurna. Syafanillahu Insya Allah!

Comments

Popular posts from this blog

Soalan Berkaitan Dengan Talak Bain Sughra Dan Talak Bain Kubra

Isu Agihan Daging Korban Seekor Lembu , Mestikah 7 Bahagian?

Keliru Soal Mandi Wajib Kerana Was-Was

Lawatan Ke Rumah Seri Kenangan ; Hargai Warga Tua

Sepanduk-Sepanduk Menarik Pelbagai Kategori Sempena Pertandingan Sepanduk Maulidur Rasul 1432H/ 2011M

Pekerja Hotel Dan Sisa-Sisa Babi

Hukum Penggunaan Tanduk Rusa

Bila Nak Mulakan Takbir Raya Adha?