Sampai Bilakah Pemimpin Islam Hadhari "Tak Nak" Menutup Aurat? Inikah Satu Daripada Tuntutan Islam Hadhari?

Perhatikanlah betapa mereka memandang remeh persoalan aurat? Bagaimanakah rakyat (kaum Hawa dan rakyat umumnya) mahu mencontohi cara pemakaian seorang Muslimah?

Bab 16 Dalam Buku PAFA bertajuk "Batas Aurat Dalam Islam". Maka ustaz akan menerangkan hukumnya adalah wajib kepada setiap muslim yang Mukallaf. Lalu si murid bertanya: Siapa Mukallaf itu, saya kurang faham, ustaz!? Si ustaz dengan jujur menjawab: "Mukallaf itu orang yang sudah menanggung dosa dan pahala dan mesti melaksana setiap hukum agama seperti yang dipelajari dalam kelas fardu ain. Mereka itu orang Islam yang sudah baligh, berakal, merdeka dan mampu membeza yang baik dan buruk serta telah sampai kepadanya dakwah dan ilmu pengetahuan" . Jawab seorang murid: " Jadi orang yang tidak menutup aurat itu orang kafir, masih budak-budak, seorang gila dan terjajah kerana mereka masih belum merdeka".

Disoal lagi oleh sang ustaz: "Boleh kamu jelaskan batas atau had aurat seorang lelaki?". Si murid bangun menjawab: " Apa yang ada di antara pusat dan lutut". Sang guru menyambung: "Aurat wanita muslimah pula?. Seorang murid perempuan bangun menjawab: " Seluruh tubuh badan kecuali muka dan dua pergelangan tangan" Kesemua jawapan murid diiyakan oleh sang ustaz menandakan jawapan itu tepat dan betul. Seorang murid semacam ragu bertanya: "Rambut aurat juga ke ustaz? Sang ustaz menyuruh anak muridnya membaca sekali lagi penyataan yang telah terang lagi bersuluh itu. Kenapa kamu tidak faham lagi ke? Tanya si ustaz. "Tidak ustaz, saya faham tetapi kenapa isteri pemimpin kita semua tidak menutup aurat? Itu yang saya tidak faham." Jawab ringkas sang murid. Si ustaz berdalih: " Tidak semua mereka tidak bertudung. Ramai yang sudah berbuat demikian" Jelasnya dosa pahala tidak kenal sesiapa. Sesiapa berbuat baik tetap baginya pahala dan yang berbuat derhaka tertentu baginya kemurkaan Allah, dosa dan neraka. Jelas sang ustaz dengan merumuskan kelas PAFA se sidang itu dengan kenapa umat Islam wajib menutup aurat dan kesan buruk jika mengingkari perintah Allah SWT.

Mungkin inilah yang dimaksudkan oleh murid saya itu???


Gambar 1: Ketua Wanita UMNO



Gambar 2: Isteri PM( Penghulu Islam Hadhari)


Gambar 3: Isteri Ketua Pemuda UMNO / Isteri Menteri Pelajaran



Gambar 4 : Ketua Puteri UMNO


Apakah agaknya pendekatan yang kami para ustaz/ustazah kat sekolah ni nak pakai untuk menerangkan cara pemakaian wanita menurut Islam apabila nilai yang kami ajar di sekolah sangat berbeza dengan apa yang mereka lihat di luar sana baik dari mereka yang berpangkat tinggi dalam masyarakat sehingga rakyat biasa. Begitu sukarnya saya sebagai ustaz menerangkan kepada pelajar saya!!! Kerana pelajar saya sering membandingkan itu dan ini. Mereka sering bertanya tentang rasionalnya. Apakah hanya mereka sahaja yang berdosa; kenapa tidak "orang-orang " dan orang-orang dewasa seperti sebahagian ibu atau bapa atau sebahagian cikgu-cikgu mereka??. Perlukah saya berbohong dalam menyampaikan ilmu yang benar kepada mereka . Bagaimana jika suatu hari anak-anak didik ini suatu hari mengherdik pemimpin mereka sendiri kerana mereka tidak pernah mahu mentaati perintah Allah walaupun dalam perkara asas Fardu Ain seperti menutup aurat ini. Seorang ustazkah yang bersalah kerana sentiasa benar dihadapan anak muridnya???


Ini hasilnya:

Pelajar-pelajar tidak ada contoh konkrit dalam kehidupan mereka. Tiada contoh "Hal" yang ada hanya teori dalam subjek Pendidikan Islam dan Buku Pafa yang perlu mereka jawab bagi setiap soalan ustaz/ustazah supaya pelajar Islam LULUs 100% dalam Kerja Kursus di peringkat PMR dan SPM.




Jangan sampai mereka memakai pakaian menutup aurat sekadar memenuhi peraturan sekolah; apabila telah tamat hari persekolahan mereka bagai tidak sabar lagi untuk menanggalkannya. Mereka ada juga takut dengan "ustaz" semasa berada di sekolah tapi bagaimana nak jadikan mereka itu takut kepada ALLAH SWT??? Sukarnya untuk mengamalkan sedikit daripada perintah Allah SWT dan mencari redhaNya.



Kepada pemimpin kami, berilah contoh terbaik kepada kami rakyat-rakyatmu...!!!

Comments

Popular posts from this blog

Soalan Berkaitan Dengan Talak Bain Sughra Dan Talak Bain Kubra

Isu Agihan Daging Korban Seekor Lembu , Mestikah 7 Bahagian?

Keliru Soal Mandi Wajib Kerana Was-Was

Lawatan Ke Rumah Seri Kenangan ; Hargai Warga Tua

Sepanduk-Sepanduk Menarik Pelbagai Kategori Sempena Pertandingan Sepanduk Maulidur Rasul 1432H/ 2011M

Pekerja Hotel Dan Sisa-Sisa Babi

Hukum Penggunaan Tanduk Rusa

Bila Nak Mulakan Takbir Raya Adha?