Nostalgia 2006

Cuti panjang akan tiba tidak beberapa hari lagi. Bagi perantau seperti kami memang menunggu-nunggu cuti panjang ni. Kalau jumlah keluarga sedikit tu boleh balik kampung bila-bila cuti saja. Perasaan untuk balik kampung kali ini bagai melonjak-lonjak di dalam hati. Anak-anak pula hari-hari bertanya bila nak balik kampung.

Untuk meredakan hati tu; teringat nostalgia bercuti tahun lepas.

Catatan Perjalanan KUALA TERENGGANU / KAJANG
( pada 16 hb Desember (Sabtu) – 19 hb Desember (Selasa), 2006. )

Ahli rehlah:
1. Abah,
2. Ummi,
3. Mak Ngah,
4. Pok Ri,
5. Anis,
6. Irah,
7. Fawwaz (Abang),
8. Adik.

16 hb Desember (Sabtu);

Perjalanan bermula jam 8.30 pagi selepas sarapan pagi. Baby ditinggalkan dengan keluarga di kampung. Adik bila naik kereta terus mengamuk dan menangis sebab tinggal baby di kampung. Sepanjang perjalanan dari rumah sampailah ke stesen bas KT dia terus menangis dan marah dengan semua orang dalam kereta yang di pandu oleh Pok Mat lebih-lebih lagi pada abah; “Abah jahat katanya” Lucu juga tapi sakit hati pun ada dengan kerenah adik ni. Bukan main lagi dia!!

Sampai di stesen bas KT, hujan ada turun renyai-renyai. Sementara itu abah pergi tukar tali jam tangan ummi yang putus semalam. Tepat jam 9.30 pagi kami semua bersama penumpang lain menaiki bas Mutiara dan bertolak menuju destinasi. Tempat duduk kami ialah no. 1,2,3,4 dan 6,7,8. Perjalanan berjalan lancar, drebar pun pandu bas dalam keadaan selamat dan mengikut peraturan jalan raya. Kami berhenti di beberapa destinasi untuk makan, qada hajat dan solat. Di beberapa destinasi bas berhenti mengambil penumpang baru ke destinasi sama. Hujan sekali-sekala turun mengiringi perjalanan. Ala kulli hal cuaca baik. Kami sampai di Chenor jam 12.40 tengahari. Sempat makan nasi ayam dekat sini. Banyak tempat juga berhenti.

Sampai dekat hentian Putra lebih kurang jam 6.00 petang. Punggah penumpang kat sini dan kemudian teruskan perjalanan ke Hentian Kajang. Kami sampai dekat jam 7.00 petang. Kira-kira nak masuk maghrib. Kat Stesen Kajang ni tiba-tiba jumpa dengan Fazdi Harun dan keluarganya. Dia budak thanawi dan belajar kat MU’TAH, Jordan dulu. Kira-kira dah 10 tahun tak jumpa. Dia dah ada dua anak.


Tanpa melengah masa lagi kami terus mengambil teksi menuju ke rumah mak Ngah dan ayah Ngahnya dekat Taman Bukit Mewah. Dekat 10 minit baru kami sampai. Betul-betul maghrib. Ayah Ngah dah siap menunggu. Alhamdulillah kami selamat sampai. Letih juga menempuh perjalanan dari pagi hingga petang.

Sebelah malam kami makan malam secara ringkas. Abah keluar ke Bandar Kajang bersama ayah Ngah untuk cari beberapa bahan dapur dan ambil duit dekat MayBank.Selepas itu kami lepak dekat kedai makan sampai lewat malam. Beberapa kawan ayah Ngahnya turut melepak kat sini. Kami balik rumah hampir jam 12.30 tengah malam. Sampai rumah semua sudah tidur kecuali along (Anis). Oleh kerana dah lewat malam kami terus masuk tidur.


17 hb. Desember 2006;

Setelah siap bersiap dan sarapan; abah dan ayah ngah pergi stesen komuter Kajang untuk mencari teksi. Destinasi kami hari ini ialah Bandar Seremban , Negeri Sembilan. Tepat jam 9.00 pagi kami mula bertolak. Bagi Ummi, Pok Ri dan anak-anak ini adalah pengalaman pertama mereka menaiki komuter. Sebenarnya matlamat utama ke Seremban ni untuk menghadiri PC Fair. Banyak barangan berkaitan komputer dan elektronik . Sasaran abah ialah laptop. Setelah mendengar penjelasan dari saudara Anuar; juru jual computer, abah tertarik untuk mencuba laptop jenama Compaq, walaupun asalnya memang berniat untuk membeli jenama Acer.

Sementara menunggu saudara Anuar menambah perisian dalam computer; kami menaiki tingkat atas terminal satu untuk membeli belah. Masuk dekat Bintang Fesyen; membelilah pakaian serba-sedikit. Banyaknya pada anak-anaklah dan buah tangan untuk buat balik KT nanti. Kami tak lama di sini. Kira-kira jam 1.30 petang kami pergi semula tempat PC Fair untuk membuat pembelian Laptop. Harga asal rm2499.00. setelah di upgrade ram jadi 512 Mb agar lebih laju pacuan enjin computer riba ni. Jadi kosnya rm2570.00. Kemudian beli system audio Philip’ harga offer hanya rm99.00 aje.

Berbalik pasal pengalaman anak-anak pula. Macam-macam hal berlaku. Oleh kerana makan sarapan pagi tadi tak ikut peraturan; ada yang perut masuk angin. Abang dan Irah mula mengadu sakit perut. Terus pergi makan tengahari dekat satu gerai makan dekat tingkat 7 Terminal Satu. Yang dewasa makan nasi campur; anak-anak makan mee goreng. Tengah makan tiba-tiba Irah muntah habis atas lantai. Kenalah pekerja kebersihan (India) cucikan. Maklumlah muntah tempat orang ramai sedang makan. Lepas tu dalam masa nak keluar dari tempat makan tu muntah sekali lagi. Kali ni sempat dengan tong sampah. Adik pula dari pagi sampai nak balik asyik moody aje. Merajuk aja. Ada aje yang tak kena. Begitulah kerenahnya.

Oleh kerana anak-anak dah tak larat lagi; kami terus ke stesen komuter Seremban. Ambil teksi dua buah. Tepat jam 3.30 petang kami bertolak balik ke Kajang dan sampai dekat rumah ayah Ngah lebih kurang jam 4.30 petang. Huh penat! Sebelah malam rehat kat rumah aje. Tidur!!

Malam ni Adik pula demam dan batuk. Ada bagi ubat dan gosok vick kat dada. Sampai pagi tidur-tidur ayam aje kerana Adik batuk. Perjalanan dengan anak-anak kecil ni terpaksalah berhadapan dengan hal-hal sebegini. Pengalaman berharga. Hampir jam 4.00 pagi baru Adik dapat tidur.


18 hb Desember 2006

Pada malam tadi ada janji dengan Syauqi Uthman untuk ziarah rumah-rumah kawan-kawan lama sekitar Kajang dan Bangi. Oleh kerana dia ada kerja dekat pejabat UPM; nampaknya program pagi ini tak menjadi. Hari ini pula hujan turun dengan renyai-renyai. Nampaknya kami terpaksa melekat dekat rumah saja lah. Abah mengambil kesempatan untuk masukkan lagu-lagu dalam laptop dan buat cover depan computer supaya nampak lebih peribadi. Jadi sampai ke petang dekat rumah je le.

Irah ada tanda nak demam, panas je badan nya. Adik tidur sepetang. Syauqi ada call nak ajak keluar. Hanya Ummi dan Fawwaz saja ikut. Kira-kira jam 5.30 baru sampai dan kami pergi ke stesen bas untuk membeli tiket balik ke Terengganu. Asalnya nak balik siang tapi tiket yang kita nak tak ada. Jadi ambil tiket bas Mutiara lagi sebab ada tiket separuh harga untuk kanak-kanak tapi sebelah malam 19hb. Kemudian terus ke Bangi. Rumah Wan Mohammad tak jauh sangat. Lama tak jumpa lebih kurang lapan tahun. Selepas berbual kami bertolak balik ke stesen Komuter UKM. Rancangan tu nak pergi KL. Tapi makNgahnya beritahu Irah demam. Jadi kami hanya balik ke stesen komuter Kajang. Berjalan kaki ke Bandar Kajang dan singgah dekat kedai jam. Lepas itu terus ke Metro Kajang singgah di Giant dan Parkson. Sebelum balik singgah makan malam di restoran Harmoni. Selepas itu beli sedikit sate Haji Samuni yang terkenal dengan sate-satenya. Terus balik rumah dengan teksi. Ada kisah menarik pasal drebar teksi ni. Lelaki India ini dicemburui isterinya. Jadi malam itu isterinya ikut sekali hantar pelanggan. Macam-macam hal


19 hb Desember 2006

Hari ini hanya berehat di rumah ayah ngah dan mak ngah. Rehatkan anak-anak supaya tidak letih dalam perjalanan balik ke Terengganu nanti. Dalam pada itu sempat melayan juru jual Tecno water. Encik Michel dan kumpulannya dapat melembutkan hati abah, Demi kesihatan terbanglah duit rm1588.00. Harga asal rm2988.00.

Malam ini hujan. Telefon En Muthu; drebar teksi minta datang ambil jam 8.00 malam. Sampai terminal; bas sudah sedia ada. Oleh kerana seat tidak sekali; empat berada di depan dan 2 di belakang. Asalnya Anis dan Pok Ri berada di tempat duduk 31 & 32. Anis menangis pula. Jadi terpaksa abah & Fawwaz ke belakang. Yang lain duduk di seat 1,2,3 & 4.

Perjalanan balik agak mencabar dredar bas. Dari Kajang sampai Putra dah 4 kali mampus. Lepas tu berkali-kali enjin mati tapi sampai dekat jalan Sentul bas terus mampus. Hampir pukul 11.30 malam rasanya baru enjin ok. Abah terus tidur mengantuk sangat-sangat. Tiba-tiba ummi kejutkan bila sudah sampai dekat Hentian Chenor. Jam sudah pukul 3.00 pagi. Anak-anak hendak buang air. Lepas itu sambung tidur lagi. Hujan pula lebat turun. Sedar-sedar dah sampai dekat Chendering tapi hujan masih lagi. Jadi fikir elok turun dekat Hentian bas KT saja.
Alhamdulullah semuanya selamat akhirnya.

Comments

Popular posts from this blog

Soalan Berkaitan Dengan Talak Bain Sughra Dan Talak Bain Kubra

Isu Agihan Daging Korban Seekor Lembu , Mestikah 7 Bahagian?

Keliru Soal Mandi Wajib Kerana Was-Was

Lawatan Ke Rumah Seri Kenangan ; Hargai Warga Tua

Sepanduk-Sepanduk Menarik Pelbagai Kategori Sempena Pertandingan Sepanduk Maulidur Rasul 1432H/ 2011M

Pekerja Hotel Dan Sisa-Sisa Babi

Hukum Penggunaan Tanduk Rusa

Bila Nak Mulakan Takbir Raya Adha?