Kempen Nilai Murni (3) : Berdikari

Teks disediakan oleh Ustaz;
Disampaikan oleh Adik: Mohd Radhi Ramli (5B)

Salam Sejahtera dan Selamat Pagi
Barisan Warga Pendidik yang dihormati dan rakan-rakan pelajar yang dikasihi sekalian.

Pagi Semalam; Tuan Pengetua telah melancarkan secara rasminya “Kempen Nilai Murni”. Untuk menjayakan kempen ini, insya Allah kita akan bincangkan setiap pagi satu nilai murni yang boleh kita fahami, kita hayati dan kita amalkan sebagai budaya dalam hidup kita.

Tuan Pengetua, Guru-guru dan rakan pelajar sekalian;

Kita biasa dididik dan dilatih sedari kecil oleh ibubapa dan guru kita supaya melakukan sendiri kerja kita tanpa mengharapkan orang lain seperti membuat kerja yang disuruh oleh ibubapa atau oleh guru kita.

Sebelum saya berbicara lebih lanjut; Saya ingin bertanya?

Siapakah yang masih kasutnya dibasuh oleh ibunya lagi?

Siapakah Pakaian sekolahnya masih mengharapkan ibunya yang menggosoknya?

Siapakah Setiap pagi akan marah-marah di mana letaknya stoking sekolah atau pakaian dalamnya tidak jumpa dicari??

Sementara di sekolah pula siapakah yang kerja rumahnya masih meniru kerja kawan tanpa berusaha melakukannya sendiri?? Masih bergantung penuh nota yang diberikan oleh guru sahaja? Atau datang sekolah tanpa beg, ball pen dan buku-buku tulis. Meminta sana meminta sini…….??

Sifat dan sikap yang saya nyatakan tadi sebenarnya tidak perlu ada pada diri kita khususnya sebagai seorang pelajar. Sikap terlalu bergantung kepada orang lain mesti dikikis dan dihapuskan dalam kamus atau diari hidup kita. Sebaliknya sikap suka berdikarilah sepatutnya menjadi hiasan diri dan akhlak mulia kita.
Warga pendidik dan rakan-rakan pelajar sekalian;

Manusia adalah makhluk teristimewa dan mulia. Kita diberi akal dan anggota badan yang lengkap supaya dapat menjalankan tanggung jawab dan mengurus kehidupan kita tanpa terlalu mengharapkan orang lain. Oleh itu sikap berdikari atau berdiri di atas kaki sendiri menjadikan kita orang yang sanggup dan boleh melakukan sesuatu perkara tanpa bergantung kepada orang lain.

Mengamalkan nilai ini bukan bermaksud menjadikan kita orang yang bongkak dan sombong, melanggar peraturan, tidak mendengar nasihat orang lain bahkan sebenarnya akan membentuk nilai mulia seperti menjadi seseorang yang berteguh hati, tahu menghargai diri sendiri, berkeyakinan tinggi, tabah dan kita akan dipandang mulia oleh orang lain.

Negara kita telah merdeka dan tahun ini Negara kita akan menyambut tahun ke 50 ulangtahun kemerdekaan. Bayangkanlah bagaimana agaknya nasib rakyat Malaysia jika kita tidak berusaha untuk berdikari dan masih bergantung ihsan sepenuhnya dengan Negara lain? Tidak dinafikan kita hidup perlu kepada orang lain seperti kawan atau keluarga tetapi jangan pula terlalu bergantung dan tidak boleh berbuat sendiri. Untuk menjadi rakyat Malaysia yang bebas dan merdeka kita perlu dari sekarang mesti menanam sikap suka berdikari dalam diri kita.

Mengapa rakyat Malaysia dilapurkan masih ada lebih daripada 50% daripada rakyatnya menganggur atau berada dibawah tanggungan? Sedangkan orang lain datang berduyun-duyun mencari kemewahan dan kekayaan di sini, Negara kita kaya, tanah kita luas tetapi mengapa dan mengapa kita masih belum berubah???

Ayuhlah kita semua mengamalkan dari sekarang sikap suka berdikari dan berdiri di atas kaki sendiri.

“Sebaik-baik kamu ialah orang yang makan daripada usaha tangannya sendiri”

Sekian, terima kasih!!

Comments

Popular posts from this blog

Soalan Berkaitan Dengan Talak Bain Sughra Dan Talak Bain Kubra

Isu Agihan Daging Korban Seekor Lembu , Mestikah 7 Bahagian?

Keliru Soal Mandi Wajib Kerana Was-Was

Lawatan Ke Rumah Seri Kenangan ; Hargai Warga Tua

Sepanduk-Sepanduk Menarik Pelbagai Kategori Sempena Pertandingan Sepanduk Maulidur Rasul 1432H/ 2011M

Pekerja Hotel Dan Sisa-Sisa Babi

Hukum Penggunaan Tanduk Rusa

Bila Nak Mulakan Takbir Raya Adha?