Kempen Nilai Murni (2) : "Berhemah Dalam Memberi Teguran Dan Percakapan”

Teks disediakan oleh Ustaz;
Disampaikan oleh Adik pelajar petang.


Salam Sejahtera dan Selamat Petang

Terima Kasih Pengerusi Majlis,
Yang berusaha Penyelia Petang, Madam Mary Lau Ai Ting,
Barisan Warga Pendidik yang dihormati dan seterusnya rakan-rakan pelajar yang dikasihi sekalian.

Saya bersyukur kerana diberi peluang untuk menyampaikan sedikit ucapan dalam “segmen nilai murni”. Pada kali ini saya akan membincangkan tajuk: “Berhemah dalam memberi teguran dan percakapan”

Saya teringat kepada kisah seorang hamba yang bijaksana bernama Lukmanul Hakim apabila di suruh oleh tuannya membeli satu daging yang baik di pasar dia telah membeli bahagian “lidah”. Dan pada hari yang lain pula apabila dia disuruh oleh tuannya membeli daging yang buruk dia telah membeli bahagian “lidah”. Perkara ini telah menimbulkan rasa takjub di hati tuannya lalu beliau bertanya kepada Lukmanul Hakim. Mengapa kamu membelikan kepadaku lidah? Lantas berkata Lukman Al-Hakim: “Lidah itu bila ia berkata yang baik ; yang keluar daripadanya perkataan yang baik dan elok sahaja. Begitulah sebaliknya jika ia berkata dengan yang buruk maka keluar yang buruk-buruk sahaja”.

Rakan-rakan sekalian;

Kesan baik dan buruk dalam percakapan kita bermula dari lidah kita. Oleh itu sebelum bercakap dan bertegur sapa pastikan ucapan yang keluar daripada mulut kita perkataan yang sopan dan tidak menyakiti hati orang lain. Lantunan suara kita akan memberi makna yang berbagai maksud yang boleh menyebabkan salah faham jika kita tidak menggunakannya dengan cara yang betul. Timbul perasaan sakit hati dan sangka buruk yang akhirnya boleh menyebabkan berlakunya pergaduhan. Sebagai contohnya baru-baru ini seorang Menteri Pertahanan Jepun terpaksa meletak jawatannya kerana tersalah membuat kenyataan. Dalam contoh yang lain ; Dua Negara pun boleh berperang kerana salah maklumat dan ucapan. Jelas kepada kita banyak kesan buruk yang akan berlaku jika kita tidak berhati-hati dalam tutur kata dan bual-bicara.

Ingatlah setiap ucapan yang kita ucapkan akan ada pertanggungjawaban yang terpaksa kita pikul. Banyak hati yang menangis, banyak jiwa yang terguris. Kerana Pulut Santan Binasa, Kerana Mulut Badan Binasa.

Oleh sebab itu; Kita hendaklah menjaga mulut dan lidah kita supaya bercakap yang baik-baik seperti memberi nasihat secara berhemah dan bijak sana. Tidak bergosip dan membuat fitnah kepada orang lain. Ingatlah Fitnah itu lebih dahsyat daripada membunuh. Apabila kita bersalah ambillah sikap untuk membetul keadaan dengan cara memohon maaf dan berlapang dada. Dahulukan perasaan kasih sayang kita kepada saudara kita barulah mudah kemaafan hadir dalam jiwa kita. Macam Kata Allahyarham P.Ramli: “Buang Yang Keruh, Ambil Yang jernih”.

Sekian . Terima Kasih.

Comments

Popular posts from this blog

Soalan Berkaitan Dengan Talak Bain Sughra Dan Talak Bain Kubra

Isu Agihan Daging Korban Seekor Lembu , Mestikah 7 Bahagian?

Keliru Soal Mandi Wajib Kerana Was-Was

Lawatan Ke Rumah Seri Kenangan ; Hargai Warga Tua

Sepanduk-Sepanduk Menarik Pelbagai Kategori Sempena Pertandingan Sepanduk Maulidur Rasul 1432H/ 2011M

Pekerja Hotel Dan Sisa-Sisa Babi

Hukum Penggunaan Tanduk Rusa

Bila Nak Mulakan Takbir Raya Adha?