Kempen Nilai Murni (1) : Maruah Diri

Teks disediakan oleh Ustaz;
Disampaikan dalam perhimpunan pagi: Adik Nazri Shamsuddin (1G)

Terima Kasih Saudari Pengerusi Majlis
Yang berusaha Tuan Pengetua, Encik Tan Tie Muan,
Penolong Kanan Satu; Encik Mohd Syawal Bin Nor,
Penolong Kanan (Hem); Puan Rasidah Binti Ahmad
Penolong Kanan Ko-Kurikulum; Encik Mohammad Bin Jaya
Seterusnya, Barisan Warga Pendidik yang dihormati dan rakan-rakan pelajar yang dikasihi sekalian.

Assalamu alaikum dan selamat pagi;

Kini tiba pula giliran saya untuk menyampaikan satu slot daripada “Segmen Nilai Murni”. Hari ini saya akan membincangkan satu nilai yang sangat penting dalam hidup kita iaitu menjaga maruah diri.

Menjaga Maruah diri bermaksud menjaga budi pekerti, tingkahlaku, pakaian, pergaulan dan tutur kata yang baik selaras tuntutan syarak (perinsip agama) dan nilai budaya yang diterima pakai dalam sesebuah masyarakat bertamaddun.

Rakan-rakan pelajar sekalian;

Perkara pertama yang patut kita lakukan sebelum melangkah keluar dari rumah untuk datang ke sekolah ialah kita berdiri menghadap cermin untuk melihat betapa cantiknya wajah kita. Biarlah kita orang pertama menilai diri kita sebelum orang lain menilainya. Kacakkah saya ? Kurang kacak? ? Senyum Sikit!!. Eh tampak gigi saya putih dan tersusun rapi. Nah nampak lebih menarik. Rambut saya? Kemas Tak? Macam duri landak saje! Menepati citarasa saya sajakah? Sesuaikah fesyen rambut saya ni dengan nilai agama dan budaya sekolah tempat saya belajar? Ya saya seorang pelajar bukan peraga fesyen. Tugas saya belajar. Lalu saya sikat rambut saya kemas-kemas. Betulkan baju, seluar, tali leher, stoking dan kasut. Wah saya seorang pelajar bermaruah sekarang. Memang saya ni kacak juga orangnya. Alhamdulillah!! Kalau saya tidak puji diri saya siapa lagi?

Penampilan diri kita itulah menentukan apa tanggapan orang terhadap kita. Orang yang bermaruah sangat menjaga penampilan diri. Sikap prihatin ini perlu dipupuk daripada sekarang supaya ianya menjadi budaya hidup yang kekal dalam kehidupan seharian kita.

Penampilan diri yang menarik mesti diserikan dengan akhlak dan tingkah laku yang baik. Disebut di dalam hadis : “ Daripada tanda-tanda kecantikan budi pekerti seseorang itu ialah meninggalkan perkataan dan perbuatan yang sia-sia”.

Al-Quran ada menyebut bahawa: “seburuk suara ialah orang yang berteriak seperti keldai” Jadi; Kecantikan itu bukan hanya diukur daripada penampilan diri sahaja tetapi dari cara pertuturan dan gaya hidup seseorang. Bukanlah hidup bermaruah itu kerana tinggi pangkat, kekayaan dan kedudukan seseorang tetapi tinggi budi bahasanya.

Rakan-rakan sekalian;

Siapa orang yang tidak bermaruah? Saya cuba senaraikan disini secara ringkas. Di antaranya orang yang suka melanggar peraturan, kasar tutur kata, mementingkan diri sendiri, suka meminta-minta, sombong, berhasad dengki, tidak menjaga kebersihan diri, pakaian dan badan dan lain-lain lagi. Jelasnnya seseorang bermaruah dapat diperhatikan dari segi cara pergaulannya, pakaiannya, tuturkatanya dan tingkahlakunya.

Akhirnya, saya berharap kita dapat menjaga diri kita. Semoga kita dikasihi oleh semua orang. Jagalah nama baik diri kita, keluarga kita, sekolah kita dan nama Negara kita. Sekian. Terima Kasih.

Comments

Popular posts from this blog

Soalan Berkaitan Dengan Talak Bain Sughra Dan Talak Bain Kubra

Isu Agihan Daging Korban Seekor Lembu , Mestikah 7 Bahagian?

Keliru Soal Mandi Wajib Kerana Was-Was

Lawatan Ke Rumah Seri Kenangan ; Hargai Warga Tua

Sepanduk-Sepanduk Menarik Pelbagai Kategori Sempena Pertandingan Sepanduk Maulidur Rasul 1432H/ 2011M

Pekerja Hotel Dan Sisa-Sisa Babi

Hukum Penggunaan Tanduk Rusa

Bila Nak Mulakan Takbir Raya Adha?